CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2703|Reply: 9

SUJUD SYUKUR

[Copy link]
Post time 17-5-2008 01:06 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua.erm nak tanya nih?....cmner ek nak wat sujud syukur nih??ajar step by step.k..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2008 01:32 AM | Show all posts
Sujud Syukur sama dengan sujud Tilawah/Sajadah, dilakukan di luar solat.  Niat nak sujud syukur dalam hati, berdiri, Takbir, kemudian sujud sekali sahaja (baca "subhana rabbial a'la"), takbir bangun dan duduk macam duduk antara dua sujud bagi salam, selesai.
=================================================

Kafiat Sujud Syukur sama sahaja dengan sujud Tilawah/sajadah diluar solat cuma tidak terdapat bacaan yang khas didalamnya. Jumhur ulama'mengatakan bahawa sujud syukur ini sunat, akan tetapi hukumnya makruh dari pandangan Maliki. Bagi Mazhab Maliki, nikmat Allah swt tidak terkira nilainya.Walaubagaimana pun sujud syukur ini adalah yang mendekatkan diri kita dengan Allah swt.

Sujud Syukur dilakukan ketika menerima apa-apa yang membuat seseorang itu gembira, sama ada mendapat ganjaran ataupun dapat mengelak sesuatu bala dsb. Dalil kepada sujud syukur ini terdapat didalam Hadith dan Athaar. Salah satu hadith ialah Hadith dari Abu Bakar (r.a) mengatakan bahawa [1] beliau melihat:

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أتاه أمر يسره وبشر به خرساجدا شكرا لله تعالى
"Nabi saw apabila mendengar apa-apa berita yang membuat baginda merasa lapang, baginda akan turun sujud syukur kepada Allah swt" -(Hadith diriwayat oleh Lima kecuali Al-Nassai. Al-Turmidzi mengatakan Hadith ini Hasan Gharib)

Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam bab 5: Sebab dan sifat sujud Tilawah - Fiqh islami (2/118)[2], Sujud Syukur di dalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang di dalam permusafiran. Terdapat 5 rukun iaitu:

a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.

Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahajadan semasa bangun dari sujud.

Dari pandangan Sheikh Ibn Utsaimin rh pula, sebagaimana didalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan :

يكون سجود الشكر عن مصيبة اندفعت أو لنعمة تهيأت للإنسان وهو كالتلاوةخارج الصلاة ، فبعض العلماء يرى له الوضوء والتكبير ، وبعضهم يرى التكبيرة الأولى فقط، ثم يخر ساجدا ويدعو بعد قوله سبحان ربي الأعلى
"Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama 'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A抣aa."

Sekian, wassalam
--------------
Rujukan :

1.Al-Lajnah al-Daa抜mah li抣-Buhooth al-慖lmiyyah wa抣-Ifta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2008 10:03 PM | Show all posts

Reply #2 kupia's post

ok thanks kupia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 10:09 PM | Show all posts

Reply #2 kupia's post

thnx




.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 08:09 AM | Show all posts
klu nak wat sujud syukur kene ade
whuduk x?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 08:24 AM | Show all posts
Originally posted by daigo_tiga at 21-5-2008 08:09 AM
klu nak wat sujud syukur kene ade
whuduk x?


khilaf ulamak, sebahagian ulamak kata kena berwuduk dulu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2008 02:59 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 17-5-2008 01:32 AM
Sujud Syukur sama dengan sujud Tilawah/Sajadah, dilakukan di luar solat.  Niat nak sujud syukur dalam hati, berdiri, Takbir, kemudian sujud sekali sahaja (baca "subhana rabbial a'la"), takbir bangun dan duduk macam duduk antara dua sujud bagi salam, selesai


kupia,

masa duduk antara 2 sujud tu kena baca doa duduk antara 2 sujud tak? ataupong sekadar duduk antara 2 sujud ajer dan terus bagi salam?

masa dalam sujud tu kita kena nyatakan kesyukuran atas apa yg Allah limpahkan, kan? atau baca doa sujud aje?

niat dalam hati tu ada niat yg specific ke atau sekadar niat nak buat sujud syukur?

Leha

[ Last edited by  Leha. at 1-7-2008 03:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 03:17 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 17-5-2008 01:32 AM
akan tetapi hukumnya makruh dari pandangan Maliki. Bagi Mazhab Maliki, nikmat Allah swt tidak terkira nilainya


kupia,

satu soalan lagi..

katakan every quarter saya dpt ganjaran... dan setiap kali saya dpt ganjaran, saya akan buat sujud syukur... kira macam routine dah sujud syukur saya tu... ni dikira makruh tak?


Leha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 04:08 PM | Show all posts
satu soalan lagi..

katakan every quarter saya dpt ganjaran... dan setiap kali saya dptganjaran, saya akan buat sujud syukur... kira macam routine dah sujudsyukur saya tu... ni dikira makruh tak?


Leha


Rujuk semula posting awal mengenai kafiat sujud syukur itu dilakukan.

"Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah ataumenerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih).Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lainmengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengansujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A抣aa."


Misalnya Rasulullah SAW pernah menerima berita tentang kemenangan tentera Islam lalu baginda menghadapkan dirinya ke arah kiblat dan melakukan sujud syukur.

Namun ada sesetengah orang kita yang berbuat demikian boleh dikatakan pada setiap solat waktu atau solat sunat, sedangkan Nabi SAW sendiri tidak berbuat demikian dan hanya melakukan sujud syukur pada ketika tertentu sahaja ( spt sebab yg dinyatakan dlm hadis di atas ).

Sebenarnya jika kita benar2 hendak menzahirkan kesyukuran kita kpd Allah SWT pada setiap masa maka lakukanlah spt mana perbuatan Rasulullah yg banyak membuat solat sunat di tengah malam. Ini sesuai dgn hadis berikut :

"Dari Al-Mukhairat bin Sya'bat Radiallahuanhu berkata:Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mendirikan sembahyangsampai bengkak kedua kakinya, lalu ditanya kepada Baginda: WahaiRasulullah, mengapa tuan membebani dengan hal yang demikian sedangkanAllah telah pun mengampuni dosa-dosa tuan yang telah lalu dan yang akandatang? Baginda lalu menjawab: Tidak patutkan saya menjadi hamba yangbersyukur?"


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 09:52 AM | Show all posts

Reply #8 Leha.'s post

Setahu saya tiada makruhnya.

Sujud banyak ni inshaallah boleh membina karektor insan yang bersyukur.

Ustaz saya suruh sujud syukur kalau boleh tiap2 malam lepas isyak, bersyukur akan peluang kehidupan yang Allah kurniakan kepada kita for that day dan berazam utk improvekan lagi for the next day. Ini disamping melakukan ibadat lain seperti solat sunat, baca quran, berzikir dsbgnya.

Yang penting perbuatan sujud kita itu di"trigger" dari perasaan syukur kita. Cuba suburkan perasaan bersyukur kepada Allah itu hari-hari dalam hati, dan terjemahkan kepada perbuatan fizikal seperti sujud agar ianya tidak hanya di dalam hati tapi terserlah pada perbuatan.

Ianya lebih kepada  latihan yang inshallah boleh di"upgrade" ke ibadat2 yang lebih memerlukan effort seperti solat malam dsbgnya.

Dengarkan ayat quran yang menceritakan para sahabat dalam perjuangan mereka.

Taroohum rakka'aan sujjadan yabtaghu na fadhlan minallahi waridhwaaanaa. Al Fath 29
Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya.

Semoga Allah meredhakan kehidupan kita di dunia ni setiap hari dan masa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.356534 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list