View: 9180|Reply: 61
|
Perihal Iskandar Zulkarnain..
[Copy link]
|
|
Assalamu'alaikum...
tatau samada kat sini lebih sesuai atau HML lagi sesuai, tapi beliau, Iskandar Zulkarnain adalah salah seorang tokoh yang disebut di dalam al-qur'an..
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya": Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya). Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka". Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya. Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya. Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.
(Al-Qur'an; 18:83-99)
jadi sajer je nak ajak share.. adakah Iskandar Zulkarnain = Alexander the Great? sbb setau aku, nih 2 orang yang berbeza... |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka org yg berbeza... Pak Abu ada tengok dalam jejak rasul.
Dari nama pun berbeza sebenarnya:
1. Dalam Quran, yg disebut ialah Zulqarnain saja iaitu merujuk kepada jenis topi tanduk yg dipakainya
2. Alexander = Iskandar ... 'The Great' tidak disebut secara terus tetapi diganti dengan Zulkarnain --- mungkin menunjukkan tentang keluasan jajahan takluknya
Wallahu - a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 gunblade712's post
gun... sakit mata neh..... wat perenggan aaarrr |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Islam Memanggil Baginda Iskandar Dzulkarnain...Orang Kristian(Barat) memanggilnya Alexander The Great...kedua2 ini adalah tokoh yg sama..tetapi mempunyai nama yg berbeza...ibarat satu negeri di Mesir...Orang Islam memanggil Iskandariah...orang Barat memanggil Alexandria... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 indah1285's post
hehe.. sorry.. tuh ayat qur'an.. ok2 aku pecahkan ikut ayat, eh?
Maksud/Terjemahan Surah Al-Baqarah :
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya": [83]
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. [84]
Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya). [85]
Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka". [86]
Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.[87]
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati". [88]
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. [89]
Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya. [90]
Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya. [91]
kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. [92]
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. [93]
Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" [94]
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. [95]
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". [96]
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. [97]
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". [98]
Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar. [99]
oohhh ye ke atuk? nnt sayer try cari kat youtube.. yang bagi sayer info tentang berbezanye kedua tokoh nih pon adalah sorang kawan sayer, dier study kat al-azhar..
p/s : millions thanks to In sbb tegur tentang post ni..
[ Last edited by gunblade712 at 21-5-2008 11:29 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 revolusi_30's post
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg Pak Abu tahu...
1. Zulqarnain yg disebut dalam Quran itu tidak diketahui nama sebenarnya dan nama sebenar dia bukan Iskandar. Zulqarnain itu adalah gelaran yg diberi kepadanya -- kerana topinya ada dua tanduk atau rambutnya diikat dua tocang.
2. Alexander the Great itu namanya dalam bahasa arab/timur tengah adalah Iskandar. Tambahan "zulkarnain" itu mungkin merujuk kepada takluknya dari "terbit matahari" hingga "terbenam matahari" -- dua tanduk -- mungkin perumpamaan arab
3. Zulaqarnain adalah raja yg adil dan beriman kpd Allah
4. Alexander adalah raja yg kejam dan tidak beriman. Setiap negeri yg ditaklukinya akan dibina bandar bernama Alexandria / Iskandariah -- atau ditukar nama dari bandar asal -- menunjukkan keegoannya.
[ Last edited by p4k4bu at 21-5-2008 11:20 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 gunblade712's post
gun... sebelum In kongsi gak citer menarik ni... In nak kongsi gak apa yg guru In pesan kat anak2 murid dia...
apabila kita menulis ayat2 Allah maka hurufnya samalah dlm alquran.. jika selain tu maka kita kena menyebut MAKSUD AYAT... krn Allah tdk berfiman dlm bhs lain selain bhs arab.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 indah1285's post
ohhhh ok In.. thanks sbb tegur..
sorry2... sat lemme re-edit the post..
ohh pak abu.. that is exactly what my friend told me.. dan point yang memang dorang tak bole terangkan adalah bahawa Zulkarnain yang disebut di dalam al-qur'an merupakan seorang yang amat beriman kepada Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 gunblade712's post
Surah Yusuf ayat 3: Kami menceriterakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Qur抋n ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum [Kami mewahyukan]nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 Syarul's post
yes.. i agree..
but.. uhhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by revolusi_30 at 21-5-2008 11:02 AM
Orang Islam Memanggil Baginda Iskandar Dzulkarnain...Orang Kristian(Barat) memanggilnya Alexander The Great...kedua2 ini adalah tokoh yg sama..tetapi mempunyai nama yg berbeza...ibarat satu neger ...
maaf yer...setahu aku mereka org yg berbeza...byk pendapat ulama cenderung mengatakan mereka berbeza....lagipun setahu aku alexander macedonia tu sembah byk tuhan/dewa ..sedangkan iskandar yg dicerita dlm al-quran beriman kepada Allah...ada pendapat mengatakan iskandar adalah Cyrus the great, bukan alexander the great...sebab ekspedisi cyrus menyerupai yg disebutkan dlm al-quran... |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan isreliyat... ada ulamak yang menafsirkan Zulkarnain sebagai salah seorang nabi yang diutus...
adalah lebih baik kita mengimani sebagaimana ianya diwahyukan, kecuali sains dan sejarah dapat membuktikan kesahihannya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 gunblade712's post
Semua orang bersangka-sangka.
Surah Al-Anaam ayat 116: Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 Syarul's post
itu benar.
sbb tu aku bukak thread nih. nak dengar pendapat orang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 gunblade712's post
pendapat tak sama dengan sangkaan? aku pun orang kebanyakan juga sekiranya aku mengikut pendapat aku sendiri, aku juga berdusta. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 Syarul's post
that is why we need to share and do some check and balance... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 gunblade712's post
Surah al-Baqarah ayat 78: Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab, kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga. |
|
|
|
|
|
|
|
ada ilmuan berpendapat, Iskandar Zulkarnain yg disebut dalam AlQuran adalah Maharaja Parsi dari dinasti Sassanid yang bernama Darius. Darius ni anak kepada Cyrus the Great dan bapa kepada Xerxes yg famous dlm battle of Thermophylae mementang Leonidas.
Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 Syarul's post
jadi bagaimana dengan nasib mereka yang menduga2?
apa tugas orang yang mengetahui? bukan ke untuk menyedarkan orang2 ini dan memberitahu perkara yang hak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|