CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2177|Reply: 3

EKONOMI MALAYSIA DALAM PROSPEKTIF PERNIAGAAN

[Copy link]
Post time 27-7-2008 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini satu perjumpaan telah diadakan diantara pakar-pakar
ekonomi dan beberapa ahli-ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia
untuk berbincang berkenaan kedudukan ekonomi masa kini.Perjumpaan
tersebut dirancang dan diselengarakan oleh pihak Kementerian. Antara
perkara yang disentuh dalam perbincangan itu ialah :-

a)Samada Bank Negera akan menaikan nisbah faedah ke tahap yang lebih
tinggi.

b)Kedudukan cecairan (liquiditi) kewangan di malaysia

c)Inflasi lawan pendapatan / wang keluar negara

d) Pertumbuhan Ekonomi

e)suasana pasaran.

Semua yang hadir bersetuju bahawa Malaysia pada masa kini sedang
mengalami kekucupan (shringking) ekonomi.Aktiviti yang menjana
kekayaan dan perbelanjaan tidak menentu dan tidak setimpal dengan
kaadaan semasa.

Kuncupan ekonomi yang dimakssudkan ialah kegiatan yang menjana
ekonomi telah menjadi perlahan.Pada tahun 2004 ekonomi negara
dianggarkan berada ditahap 33% satu angka kuncupan dari masa
sebelumnya.Pada tahun 2008 kuncupan tersebut telah sampai ketahap
11% sahaja.

Ini bermakna wujud situasi flight of Capital atau modal keluar ngara yang agak tinggi.Ia juga bermakna pelabur-pelabur tempatan telah mengeluarkan wang dalam negeri untuk dilaburkan ke negeri lain.Wang siapakah yang keluar ..pada pendapat saya wang yang keluar bukan wang kepunyaan orang melayu.Ini juga bermakna sektor koprat yang rataa bukan milik melayu tidak lagi berminat melabur dalam negeri.

Secara rasmi Bank negara menggarkan inflasi telah mencapai kepada 7%
tetapi ini disangkal oleh ahli penal kerana mereka berpandapat inflasi telah mencapai sehingga 10%.Kaadaan ini amat bahaya kerana angaran pertumbuhan dalam Rancangan Malaysia ke9 dikaji semula dan di turunkan daripada 11% ke 10% dan jika inflasi mencapai kepada tahap 7% atau lebih bermakna tiada pertumbuhan yang bolih diharapkan.

Sebenarnya inflasi telah mencapai tahap dua angka dan ini boleh
dilihat dari segi praktikal dan perbelanjaan harian.Pertumbuhan
ekonomi bermaksud Pendapatan melebihi inflasi dan jika ianya berlaku
disebaliknya bermaksud tiada pertumbuhan ekonomi dan potensi untuk
kaadaan menjadi lebih buruk akan menjadi kenyataan.

kaadan ini mendorong rakyat Malaysia menyimpan wang tunai dengan
berlebihan dan akan memburukkan lagi keadaan. Malaysia dikenali
diseluruh dunia sebagai sebuah Negara yang rakyatnya berpotensi dan
mempunyai tabiaat tahap menyimpan wang yang tinggi dan melebihi 40%
pendapatan.Jika wang disimpan kerana takut berbelanja pertumbuhan
akan menjadi lembab kerana pusingan wang modal dan sebagainya akan
terbantut.

Wakil Bank negara berpendapat walaupun inflasi telah melanda tetapi
masih tetap terkawal kerana liquiditi yang tinggi kerana rakyat
malaysia sangat suka menyimpan wang dalam bank dan dengan demikian
liquidit yang banyak dapat menampung kos-kos untuk merendahkan
inflasi.

Pendapat ini disangkal oleh ahli panal yang lain kerana mereka
menyatakan bahawa rakyat malaysia menanggung hutang yang amat
tinggi.Seperti contoh Rakyat Malaysia banyak bergantung kepada kad
kredit untuk kehidupan harian.Untuk tahun 2007 sahaja hutang kad
kredit telah melebihi RM2 billion.Kerajaan pula menggalakan
penggunaan kad kredit supaya ianya boleh diperolihi dengan mudah
dipasar-pasar raya.

Bayanagkan jika kerajaan sekarang meletakkan tahap baru untuk
kegunaan kad keredit seperti hanya orang yang berpendapatan lebih
dari RM50000 sahaja yang boleh gunakan kaqd kredit...sudah tentu
ribuan rakyat malaysia akan menggangur dan menjadi muflis kerana
hutang kad kredit.

Kegunaan kad kredit sebenarnya didorong oleh keadaan pendapatan
kurang dari perbelanjaan dan kad kredit yang mudah menjadi buffer
atau sandaran tatkala kekurangan wang.Pusiangan kegunaan kad kredit
akan menjadikan rakyat Malaysia rakyat peminjam dan akhirnya menjadi
muflis.

Bank Negara berpendapat oleh sebab kecairan tinggi maka ianya akan
mengakibatkan kaadaan peningkatan kekayaan (wealth).Pandangan
seperti ini nampaknya meleset kerana tahap hurtang dan inflasi yang
telah lebih menjauhi pendapatan.Sebanarn ya yang diwar-warkan orang
Malaysia berkeupayaan kita kerana kecairan yang tinggi adalah
seperti bayangan sahaja kerana kecairan itu diputar dalam pusingan
interbangking landing .

Ada yang berpendapat kecairan Ringgit Malaysia bukanlah tinggi
seperti yang dijangkakan kerana jumlah wang yang telah keluar negara tiap-tiap hari kerana tingginya pekerja asing di Malaysia.Rakyat Malaysia yang berkerja diluar Negara diseluruh dunia telah mencapai tahap yang tinggi dan melebihi 1.5 juta orang dan wang pendapatan meraka tidak balik ke malaysia.

Ada juga yang menyatakan bahawa pasaran Bond Malaysia amat
baik dan sihat oleh itu banyak kecairan.Pendapat ini juga disangkal
oleh ahli penal yang lain kerana mereka berpendapat walaupun pasaran
Bond Malaysia nampak kukuh tetapi sebahagian besar daripada syarikat
tempatan tidak layak untuk mendapatkan bond seperti ini kerana
mencapai grade BBBatau lebih rendah.Oleh itu wabg Malaysia dijadikan
bond untuk syarikat-syarikat diu luar negara. syarikat luar Negara
yang bertaraf AAA dapat meenggunakan bond malaysia dengan kadar yang
rendah.

Baru-baru ini kerajaan telah menarik Subsidi Patrol dan dilapurkan
talah menjimatkan RM 43 billion. Dimanakah wang itu ibelanjakan. Juga diumumkan kerajaan akan membantu dan memberi modal kepada syarikat berdaya maju dalam skim bantuan SME. Apakah maksud kenyataan ini.Adakanh ini bermakna pihak politik akan menentukan syarikat apa yang berdaya maju dan yang tidak berdaya maju.Syarikat SME siapa yang berdaya maju....

Saya sarankan semua Ahli-ahli kita ambil iktibar dari perkara ini
dan melabur berhati-hati. Ekonomi negara tidak akan dapat berkembang
dalam sesingkat masa ini.Walau pun Bank Negara telah umumkan tidak
akan naikan faedah kewangan tetapi saya berpendapat penguman ini
tidak benar kerana faedah akan dinaikan sedikit masa nanti.
belanjalah berhati-hati. kalau sedsang bekerja makan gaji jangan
lakukan perkara yang boleh menghilangkan pekerjaan ini kerana
pekerjaan akan menjadi sukar untuk didapati...masa kemewahan telah
berlalu .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2008 04:06 PM | Show all posts
wow.... very good info. thanks mr erul.  mana dapat artikel ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2008 12:02 AM | Show all posts
Originally posted by artlx96 at 27-7-2008 04:06 PM
wow.... very good info. thanks mr erul.  mana dapat artikel ni


info ni dpt dr DPMKL(dewan perniagaan melayu KL)...bagus utk renungan bersama
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 07:48 AM | Show all posts
org2 pak loh dok penin pikir cam ne ekonomi bleh turn down nih... last2 menteri kewangan kedua tu kata macam ade org sabotage ekonomi negara...

kelakor aku nengok... itulah dia kalau menteri kewangan nombor satu pakloh, x leh pakai...
aku rasa kerajaan pak loh ni byk berpura2, kalau yg tak elok diorang x cite benda sebenar... yg dok cite benda baik2... kalau korang perasan, selalu berita baik akan mula puji-puji macam ni...

" Kejayaan ini adalah hasil kepimpinan kerajaan Tan Sri Abdullah Ahmad Badawi yang...."

"Melalui Kerajaan Tan Sri Abdullah Ahmad badawi yang berjaya ..."

lebih kurang lah.. tapi giler punyer kipas... nak lemas aku biler dengar berita kata gitu...


p/s: ekonomi kalau nak tau shrinking ke ape ke.. nengok BURSA MALAYSIA.. sebab stock exchange ni akan reflect ekonomi, al maklumlah... kat situ kan kita bleh nengok 100 top malaysia company punyer performance.. so kalau top company problem, mcm mane yg kecik2 ni? rasa dalam 6-8 bulan akan rasa impact org banyak tak ada keje...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.058130 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list