View: 4579|Reply: 25
|
makruh ke perniagaan cacing?
[Copy link]
|
|
Assalammualaikum...
sahabat aku tanye berkaitan dengan perniagaan.. MAKRUH ke Perniagaan Cacing? kire nye perniagaan cacing tuh melibatkan jualan cacing utk makanan ikan2, import/export cacing etc... |
|
|
|
|
|
|
|
tu pun kira makruh ke?
bkna wat makanan pn kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 lolina's post
sapa2 tahu, leh jawab. aku pun nak tahu gak nih. adik badik aku dah da yg join bznes bela cacing nih. dapat pulangan lumayan kata nya. tak tahu lah mana kebenaranya |
|
|
|
|
|
|
|
makruh???nape plak ek...???sape2 tau shre2 kat cni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 stfunewbiez\ catat
tak leh jadikan makanan ke
dia kan banyak protein
sangaaaaaaaaaaaaaaaaat baik untuk kesihatan |
|
|
|
|
|
|
|
apasal pulak makruh?
kalau jual baja taik unta, lembu, kambing tu apa pulak hukumnya?
bukan harus ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Dari mana dpt idea makruh ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan di atas ini berkait dgn Bab Muamalat. Memang senang jika kita tidak mengaji Bab Muamalat ini dgn mendalam kita boleh putuskan satu2 benda tu dgn hukum yg menurut rasa akal dan nafsu kita sendiri. Saya sendiri dulu pun begitu jugak. Tapi bila dah mengaji di mesjid dgn mengguna kitab dan guru yg boleh memberi penerangan yg baik...melopong gak mula2. Sebab pekara yg sebelum ini kita pakai redah tanpa berlandas hukum agama rupa2nya ada yg diharamkan oleh syarak. Lebih2 lagi soal muamalat ini bersangkut paut dgn pekara urus niaga yg kita sendiri terlibat.
Saya dulu mengaji Bab Muamalat ini dgn mengguna Kitab Bahrul Mazi karangan Syeikh Idris Marbawi. Jadi, soalan di atas tu saya cuba jawab menurut sebagaimana yg diterangkan dlm kitab tersebut serta menggunakan Kitab Fiqh Syafie sebagai tambahan.
Secara mudahnya Rukun Jual Beli itu wajib mempunyai 3 pekara :
1. Akad ( berlaku ijab dan kabul - yg memberi & yg menerima )
2. Orang yg berakad ( dlm hal ini pembeli dan penjual yg bersetuju utk urusniaga )
3. Makqud alaih ( wang/ganjaran dan barang/perkhidmatan )
Okay dari Rukun Jual Beli ini ada pula beberapa syarat yg wajib dipatuhi utk membuatkan sahnya ijab kabul dlm satu2 urus niaga itu. Salah satunya ialah berkenaan makqud alaih itu sendiri.
Disyaratkan barang2 yg dibuat urusniaga itu :
1. Suci atau boleh disucikan. Tidak sah berjual beli barangan yg najis. Misalnya anjing, babi, berhala, tahi dan lain2nya.
Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : " Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.
( Hadis Riwayat Bukhari & Muslim )
Dari Ibnu Mas'ud Al-Ansari r.a bahawa Rasulullah SAW telah melarang menerima wang hasil penjualan anjing, wang zina dan tukang tenung.
( Hadis Riwayat Bukhari & Muslim )
2. Memberi menafaat menurut syarak.
Tidak sah jual beli cengkerik, ular, semut, binatang2 buas dan yg lain2nya. Bagaimanapun bintanag seperti buaya, harimau dll jika diambil kulitnya utk disamak kemudiannya dijual maka ini dibenarkan kerana ia memberi menafaat. Tetapi jika diambil utk digunakan sebagai permainan maka tidak sah hukumnya kerana ini jelas tidak mendatang menafaat.
Ada beberapa lagi syarat lain tapi saya tak senaraikan di sini kerana ia tidak berkait dgn soalan di atas.
Maka utk menjawab soalan di atas, perlu tgk urus niaga yg dibuat. Adakah ianya memenuhi syarat2 pertama dan kedua di atas ini. Tapi jika rasa was2 ada baiknya tidak diteruskan kerana besar kemungkinan ia akan jatuh dalam hal syubahat.
Satu lagi hendak saya nyatakan di sini ttg salah faham orang kita ialah berkenan "makruh". Makruh ini dalam Islam bermaksud sesuatu yg Allah SWT tidak menyukainya walau pun ia bukan haram. Tetapi ramai orang menyimpulkan bahawa makruh itu memberi tiket utk kita membuat sesuatu pekara. Ini sesuai dgn ayat Allah dalam Al-Quran yg memperjelaskan antara ciri2 orang Mukmin :
Sesungguhnya beruntunglah orang2 yg beriman, ( iaitu ) orang2 yg khuysuk dalam solatnya dan orang2 yang menjauhkan diri ( perbuatan dan perkataan ) yg tiada berguna.
( Surah Al-Mu'minun Ayat 1-3 ) |
|
|
|
|
|
|
|
jadi makruh ke x.. kompius plak aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukankah Majlis fatwa baru2 ni kata Harus menternak/berniaga cacing dan lintah?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ternak cacing ikut syarak
Oleh Salina Abdullah dan Norfatimah Ahmad
[email protected]
Penternakan haiwan eksotik seperti lintah dibenarkan: Majlis Fatwa
NILAI: Kegiatan penternakan haiwan eksotik seperti lintah dan cacing yang semakin mendapat sambutan ramai dibenarkan mengikut syarak, kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk pakar haiwan bagi menjalankan kajian berhubung perkara berkenaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.
"Selepas diteliti, jelas sekali perniagaan dan kegiatan penternakan haiwan seperti lintah dan cacing ini dibolehkan.
"Umat Islam yang berhasrat menceburi bidang ini boleh teruskan hasrat mereka kerana daripada segi pemakanan haiwan itu juga tidak meragukan, malah penggunaannya untuk menghasilkan kosmetik juga didapati tidak timbul sebarang masalah," katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, baru-baru ini.
Selain menghasilkan baja kompos, cacing mempunyai protein yang boleh digunakan dalam perubatan dan kosmetik.
Wujud 1,800 spesies cacing, tetapi lima yang mudah ditemui adalah cacing merah (red worm); cacing harimau (tiger worm); cacing biru (blue worm) dan cacing malam (African night crawler). Harganya mampu cecah RM600 sekilogram selepas tempoh matang empat bulan.
Bagi lintah pula, ia makin popular digunakan sebagai bahan asal produk untuk kesihatan lelaki, wanita, kosmetik, pertanian dan ekstrak. Di Eropah, lintah digunakan untuk menghisap darah toksik seperti berbekam untuk menyedut darah kotor. Di Jepun teknik ini dipanggil Hirudo.
Air liur lintah mengandungi bahan bius, antipembekuan darah dan antibiotik. Lintah juga mempunyai bakteria yang dinamakan aeromonan hydrophila untuk mencerna darah dan menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang menyebabkan pembekuan.
Rawatan lintah boleh menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari, kesan antiinflamasi yang cepat dan melegakan tekanan.
Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa mula menjalankan kajian selepas ramai umat Islam mengemukakan soalan berhubung perkara itu berikutan pasaran dan kegiatan pemeliharaan dan perniagaan haiwan eksotik itu semakin berkembang kebelakangan ini.
"Majlis Fatwa berpendapat, dalam sesetengah perkara perlu bersikap positif kerana jika memandang serong kegiatan seumpama ini, umat Islam juga akhirnya akan rugi," katanya |
|
|
|
|
|
|
|
"Umat Islam yang berhasrat menceburi bidang ini boleh teruskan hasratmereka kerana daripada segi pemakanan haiwan itu juga tidak meragukan,malah penggunaannya untuk menghasilkan kosmetik juga didapati tidaktimbul sebarang masalah," katanya ketika ditemui Berita Harian, disini, baru-baru ini.
Dari kenyataan Majlis Fatwa d atas, dapat kita lihat mereka juga menghalusi beberapa pekara seperti yg wajibkan dlm syarat2 ijab kabul sebelum membenarkan ternakan/jual beli yg sebegini.
apasal pulak makruh?
kalau jual baja taik unta, lembu, kambing tu apa pulak hukumnya?
bukan harus ker?
Sebagaimana yg saya faham dari penerangan dalam Kitab Bahrul Mazi, mmg tidak boleh kita berjual beli benda2 yg najis ini. Misalnya baja tahi ayam, tahi lembu dll kerana ia terang2 sesuatu yg tidak suci.
Walahu 'alam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noriabdullah at 30-7-2008 15:15
Dari kenyataan Majlis Fatwa d atas, dapat kita lihat mereka juga menghalusi beberapa pekara seperti yg wajibkan dlm syarat2 ijab kabul sebelum membenarkan ternakan/jual beli yg sebegini.
...
Pernah teman bertanya kpd seorg Ustaz mengenai nya.
Dier berkata, akad lah dgn menjual 'baja' dan bukan tahi nya.
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 niceghost2005\ catat
tu sebab saya tanya kalau jual 'baja' tahi lembu.... kalau berniaga tahi memang ler tak boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku senang jer . Dari sekilo cacing la ni dah bertambah jadi 5 kilo . Campur dengan habuk kayu dengan nisbah 7:3 . Cukup 4 bulan aku buat baja untuk tanaman kelapa sawit . Berbuah dan bertandan yang agak besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Baja cacing dan najis lembu aku tak jual . Tapi aku proses untuk buat baja di kebun sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 AboNawas\ catat
yang aku tahu, kedai persatuan peladang jual baja taik ayam untuk pokok durian. memang berkesan, durian memang sodap... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 ibnur\ catat
cacing tu cuma jadi mesin memproses je kan
hasilnya ia mengeluarkan baja |
|
|
|
|
|
|
|
jual tahi kelawar.. itik ke.. kambing ke ayam ke..
akad la upah himpun baja2 tu.. bukan jual beli tahi tu.. sah2 la tak buleh.. tapi kalo ambik upah cari/himpun/proses/begkan tahi utk baja.. takde masalah kot.. or ada pandangan lain?
kalo bab lintah n cacing.. aku ok je dengan hukum harus.. sbb takde apa yang salah pun.. wallahu a`lam |
|
|
|
|
|
|
| |
|