View: 1813|Reply: 4
|
idea untuk usahawan pasar ramadhan
[Copy link]
|
|
bisnes pasar ramadhan memang menguntungkan kerana ia tumpuan kebanyakan warga selepas bekerja.
Kewujudkan pasara ramadhan memang memberi kemudahan kpd banyak pihak trutama ibu bapa yg sibuk....
pelbagai jenis kuih,masakan,barang2 dll dijual.
Jika anda usahawan atau bakal pasar Ramadhan,teruskan membaca.....
Idea 1 :
Berikan kelainan.
Dalam bisnes,kelainan adalah penting.Jk ingin berjaya,anda perlu sediakan pelbagai jenis kuih,menu masakan dll.
Menyediakan kelainan akan menarik lebih ramai pelanggan trutama sekali jk menu atau produk anda tidak ada pesaing.
Terlalu banyak org menjaul kuih,laksa,cendol,bubur kacang dll.....
Justeru anda perlu sedikan produk yg berlainan berbanding pesaing.Ini bukan sahaja melariskan bisnes anda malah akan melipatgandakan keuntungan.
Idea 2 :
Buat tinjauan.
Sbg usahawan,anda perlu bijak berniaga.Sebelum memulakan bisnes,anda perlu buat tinjauan usahawan lain.Ini akan memberi idea kpd anda tentang jenis atau produk yg perlu dijual.
Idea 3 :
Harga kompetitif
Dlm bisnes makanan n minuman,keuntungan lebih besar brbanding produk lain.Jk ingin lbh berjaya,anda perlu memberikan hrga menarik pelanggan.Pada masa kini,kebiasaannya peniaga menjual kuih sebiji 40 sen,3 biji RM1.00.
Jk anda menawarkan kuih 4 biji RM1,mungkin ia akan menyebbkan lebih ramai pelanggan berkunjung ke tapak anda.
Idea 4 ;
Pelbagai menu menarik.
kalu berkunjung ke pasar ramadhan,kebanyakan menu adalah sama.Dari kuih hinggalah kpd jenis2 lauk.
Jk ingin berjaya cuba sediakan pelbagai menu menarik seperti belut masak pedas,cendol pandan,sup haruan dll.
Begitu juga dgn bubur durian,bubur pisang,bubur jagung,bubur lambok,bubur buah dlll.
mempelbagai men memberi pilihan kpd pelanggan.
Idea 5 :
Lazat!
Jk masakan anda sedp,lazat dan menyelerakan,pembeli akan datang buat kali kedua dan seterusnya.Jadi pastikan masakan dan kuih muih dll sedap!
Idea 6 :
Tukar menu
memang susah dan letih jk sering menukar2 menu.Menukar menu berlainan setiap hari boleh mengelakkan pelanggan jemu.
Idea 7 :
Bisnes sambil mengembangkan bisnes.
Jk anda memang mempunyai byk bisnes,anda boleh gunakan peluang untuk mmperkenalkan bisnes anda.Sebagai contoh,anda menjual baju kurung,baju melayu,aksesori wanita,vitamin dll.
Inilah masa memperkenalkan bisnes2 anda.Sdiakan brosur menarik ,legkap dgn nombor telefon n alamat.
Ini akan memanjangkan bisnes anda selepas pasara Ramdhan annti.Jadi,pelanggan anda masih mendapatakn khidmat anda,.
Idea 8 :
Jauhi hasad dengki
Berniaga mencari pendapatan menyara keluarga.jauhilah segalasikap buruk seperti hasad dengki dll truatama kpd peniaga lain....
Idea 9 :
jalin kerja sama
Kenali semua usahawan.Ini memberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan pengetahaun dalam pelbagai bidang.Jk anda bijak,anda akan tahu cara membuat laksa,sup haruan,,cendol pulut,kuih muih dll.
Idea 10 :
Favorite
Pada masa kini pelanggan suka mencari sesuatu yg baru sama ada makanan dan minuman.ANtara minuman popular ialah air jus jambu batu.
Begitu juga air kurma.Jus kurma adalah baik jk dijual di pasar ramahan,kerana sepanjang saya merayau2 di beberapa pasar Ramadhan yg lepas2,tiada peniaga yg menjual jus kurma.
Jadi,jika ingin lbh brjaya,hasilkan produk baru dan menjadi favorite pelanggan.
Idea 11.
Hadiah percuma!
mungkin pelik namanya....
Jk pelanggan membeli dalam kuantiti banyak,contohnya dalam jumlah RM10 ke atas,berikan hadiah percuma,seperti sebungkus kecil 3 buah kurma dalam pakej menarik.ia sebenarnya tidak akan merugikan anda atau mengurangkan keuntungan kerana tarikan tersebut mampu menarik lebih ramai pelanggan.
Semoga berjaya.....
[ Last edited by saatcham at 10-8-2008 11:24 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kezman tgu nih... |
|
|
|
|
|
|
|
dia nih memang...ada je siaran yg tergendala.
tlg sambung ye...nak tau jgk kot2 ada idea baru. jual sate arnab ke. |
|
|
|
|
|
|
|
idea yang menarik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|