CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1299|Reply: 0

Manfaatkan Ramadhan

[Copy link]
Post time 19-8-2008 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Bg Usahawan tertentu seperti usahawan pakaian,usahawan pasar Ramadhan,Usahawan kuih raya dll,Ramadhan adalah bulan bertuah dan memberi banyak kenikmatan.
Bukan sahaja kenikmatan berpuasa,malah kenikmatan mengumpulkan wang berganda-ganda.

Namun sebagai usahawan,kita perlu memanfaatkan Ramadhan.Bukan sekadar berpuasa dan berniaga tetapi juga menambahkan pahala dengan pelbagai amalan kebaikan.
Banyak hadis yang menjelaskan fadilat Ramadhan.Justeru setiap usahawan perlu melipatgandakan pahala disamping melipatlipatkan keuntungan.

Antara cara mudah menambahkan pahala ialah :

1.Mengurangkan keuntungan.

Anda boleh bersedekah secara tidak langsung kepada pelanggan.Sebagai contoh,pelanggan membeli kuih muih,lauk dll sebanyak RM10 atau lebih,anda sedekahkan 3 biji buah kurma....
Walaupun menyedekahkan 3 biji kurma adalah memerlukan modal dan mengurangkan keuntungan,namun sedekah anda akan diberi pahala dr Allah swt....

2.Menambah sedekah tabung Masjid.

Jika setiap Jumaat anda menghulurkan rm1 dalam tong2 sedekah di masjid,pada Ramadhan anda tambah sedikit jumlahnya...RM2,RM10 dll mengikut kemapuan anda...

3.Sedekah fakir miskin.

Kebiasaannya pada Ramadhan,banyak sekali dipaparkan keperitan org miskin bin papa di media cetak bin elektronik.Hulurkan bantuan sekadar kemampuan.

4.Berkata baik.

ANda akan berjumpa ribuan jenis pelanggan.Pelbagai watak bin perangai.Walau apa pun karenah dan cerewet bin tempelak pelanggan,berikan kata-kata manis kerana kata2 baik adalah sedekah

5.Berkongsi idea,buah fikiran.

Luangkan sedikit masa untuk meluangkan idea dan buah fikiran kpd usahawan2 lain untuk berjaya.Ia adalah sedekah yang amat besar pahalanya dan memberi banyak kebaikan kpd usahawan lain.

6.Habiskan stok lama.

Jika anda mempunyai stok lama ( bukan kuih raya basi yea) yg mungkin tidak boleh dijual lagi seperti pakaian,tudung dll,sedekah kepada golongan emmerlukan.

7.Muhasabah diri.
  Ramdhan perlu diajdikan bukan muhasabah diri atas segala yg berlaku kpd diri n keluarga.Muhasabah akan menginsafkan diri dan menjadikan kita lebih dekat dgn Allah....

8.Program berbuka puasa.

Menganjurkan program berbuka puasa amatlah besar pahalanya sebagaimana sebuah ahdis brmaksud "Barangsiapa memberi makanan dan minuman untuk org berpuasa membuka puasa,maka baginya pahala sebagaimana pahala org yg berpuasa'.
Justeru korbankan sedikit wang untuk menganjurkan program berbuka puasa trutama sekali kpd anak yatim,org msikin dll.
Jk tidak mampu melakukan sndiri,kongsilah dngn beberapa kawan usahawan lain.


9.Zakat.

Jika jatuh cukup tahun wajib membayar zakat perniagaan,bayarlah.Moga Allah menggandakan pahala krn emmbayar zakat di bulan mulia ini.

10.Meringankan beban pengguna.

Beban kenaikan kos memang dirasai usahawan.Semua harga barang2 melonjak dan usahawan kdg2 trpaksa menjual dgn harga lama walaupun keuntungan merosot.Ini dilakukan agar bisnes bertambah maju dan bertahan.
Sebagai usaahwan peka,kita perlu mementingkan pengguna.Keuntugan adalah matlamat perniagaan,namun jika di bulan Ramadhan ini,kita menguirangkan sikit keuntungan demi meringankan beban pengguna
terutama pelanggan yang kurang mampu,ia adalah sedekah terbaik .
Jika tidak mampu memberi percuma kpd golongan kurang mampu,berilah harga istimewa dengan mendapat keuntungan sedikit demi membantu mereka.
Ramai ibu bapa miskin/kurang mampu  hendak membelikan pelbagai pakaian baru untuk anak-anak mereka namun mereka eksempitan wang.Jika anda mampu memberikan harga istimewa buat mereka,anda telah mengurangkan beban mereka...

Dan lain-lain...

Moga Allah memberi kita semua pahala dan ganjaran sebaiknya di ramadhan yg mulia nanti.
Moga Allah menjadikan kita usahawan cemerlang dunia dan akhirat....
Manfaatkan Ramadhan dengan mengumpulkan pelbagai jenis kebaikan dan pahala  kerana mungkin ini adalah Ramadhan terakhir kita....
siapa tahu....

sekian
terima kasih kerana sudi membaca....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.445416 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list