CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5149|Reply: 29

Sedekah

[Copy link]
Post time 22-8-2008 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Kekuatan Sedekah
Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. LaluAllah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikankepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudianmereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yanglebih kuat daripada gunung ?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupunboleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atausejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"
Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),
Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin"(air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulungdan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain keranakekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada,iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannyasementara tangan kirinya tidak mengetahuinya".

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnyaadalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya,sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa adaunsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalampidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah: "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepadaniat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yangdiniatkannya".

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita denganniat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji,dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kitamenjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah

RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kitaumatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezekiyang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaranyang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nyadan sabda RasuluAllah SAW, sbb :

* Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya dijalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik(syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah".{Qs. Al Lail (92) : 5-8}

* Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh)orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupadengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulirseratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Diakehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs.Al Baqarah (2) : 261}

* RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari,ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "YaTuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanyakepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahanhartanya".

Tolak Bala dengan Sedekah

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untukmenolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabdaRasulAllah SAW, sbb :

* "Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah".
* "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah".
* "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuranbersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untukmelakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagaicontoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yangkita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/pemintatsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahalsesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikansyaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik(bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkanprasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kitaniatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nyayang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yangkita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagiurusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagihamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnyaadalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkanandaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kitadapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepadapengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbanganmaka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelumsholat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia danbiasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya Jum'atini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum'atberikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberilebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza WaJalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkansebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapatkeberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untukkepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akanmemperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidakmenghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur(invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkanpemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnyaberlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya merekakehilangan sesuatu.

Sedekah yg pahalanya terus mengalir

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda: "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecualitiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yangmendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :

SADAQAH JARIAH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2008 01:03 PM | Show all posts
panjang nyer.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2008 01:36 PM | Show all posts
sajew nk share,..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 01:50 PM | Show all posts
dan sedekah tak kira agama bangsa...

it sooo sad.. ade muslim yg berkira sedekahnye...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 01:54 PM | Show all posts
adoi..

pjg sgt... karangan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 10:26 PM | Show all posts
Jika dilihat dr sudut yg lain pula, bila seseorang itu bersedekah dgn ihklas, tiada terdetik di mindanya yg dia kekurangan duit, bila tidak terfikir yg duitnya akan berkurang ini tak secara langsung percaya yg Allah itu maha pemurah, lebih kepada hamba yg bersyukur, lebih byk bersyukur lebih byk nikmat-nikmat lain yg Allah akan berikan.

Lagi satu, org yg menerima sedekah pula selalunya akan berkata didlm hati, bagusnya org yg bersedekah ni, mesti dia banyak duit ni...

Ramai org tidak tahu the power of thought... apa yg org lain fikirkan itu juga doa kepasa kita.. Sebaliknya jika kita berkata.. aku takde duitla nak sedekah, maknanya dia fokus kepada kekurangan duit sedangkan byk lagi nikmat Allah yg dinikmatinya dilupakan lantaran menjadi hamba yg tidak bersyukur...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2008 11:15 AM | Show all posts
orang yg slalu bersedekah ni Allah lapangkan hatinya dan dimurahkan rezeki untuknya.bila meninggal dunia wajah mereka akan bercahaya
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 08:52 AM | Show all posts
sedekah ni bukan cuma wang ringgit dan mata benda saja... pada yg ada, boleh ler depa bersedekah dgn wang ringgit dan mata benda... pada kita yg tak ada, kita bersedekah dgn ilmu atau kepandaian yg kita ada, bersedekah dgn tenaga tulang empat kerat kalau kita sihat walafiat, kalau tak ada juga... bersedekah dengan membuat kebaikan dan tidak membuat kerosakan... yg dianjurkan oelh agama ni boleh dipraktik oleh semua orang, tak kira kaya miskin, tua muda, cerdik pandai... ada banyak jalan dan peluang utk kita beramal... contoh, dalam forum ni kita bukak topik yg berfaedah, kita sebenarnya sudah bersedekah juga...wallah huaklam!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2008 10:44 AM | Show all posts
Sedekah paling mudah.... senyumannnn.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 11:25 AM | Show all posts
terima kasih sebab berkongsi ilmu ini....

senyum pun sedekah
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 09:41 PM | Show all posts
kalo sedekah al-fatihah atau pahala baca quran kpd org yg dah meninggal, masuk dlm kategori sedekah si atas tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 10:29 PM | Show all posts
sabda Rasulullah SAW..."kullu khairin sadaqah"..(setiap perbuatan baik adalah sedekah)
maka sadaqah atau org melayu sebut sedekah ni...meluas definisi nye..
tp kite selalunye klu sebut sedekah ni...mesti terlintas..bg duit kat org miskin..or sumthin' like dat..
sbnrnye, bg duit kt org miskin tu lebih tepat klu disebut menginfak..(infak juga termasuk dlm bersedekah)
biasanya, perkara-perkara yg menyebabkan berkurangnya apa yg ada pada kita...mcm bg duit td or isi tabung masjid dsb..tertakluk pd infak..
laen-laen yg xsebabkan kekurangan pd kite..mcm senyum, al-fatihah untuk org mati...kite panggil sedekah..
just nak kongsi ilmu..xde salahnye pun klu panggil infak tu sedekah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 11:20 PM | Show all posts
sapa yg ada anak tu, ajarlah masa dia masih kecil...kalau ada pegi pasar malam ke...kadang2 ada peminta sedekah kat kaki lima...suruh le anak2 kita bagikan...kalau anak2 bertanya...bagitahu ler sebab2nya...

mendidik biar le dari rebung..InsyaAllah amalan sedekah tu akan sentiasa menjadi tabiat anak2 kita bila dia meningkat dewasa nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 11:54 PM | Show all posts
Originally posted by matlampir at 17-9-2008 11:20 PM
sapa yg ada anak tu, ajarlah masa dia masih kecil...kalau ada pegi pasar malam ke...kadang2 ada peminta sedekah kat kaki lima...suruh le anak2 kita bagikan...kalau anak2 bertanya...bagitahu ler s ...


tapi satu laa kan...kat mlaysia ni macam daa ilang sifat rahmah..
sebab apa? sebab banyak sangat org menipu skrg..
kadang-kadang nak sedekah pon kene tajdid niat..husnuzon kat peminta sedekah tu..
mane x nye..tgk lam edisi siasat orang mintak sedekah ni dpt beratus setiap ari...
bulan-bulan pose ni pulak..ramai je ketok pintu umah, bg salam..kate nak zakat..
klu bukan bulan pose pon, ari jumaat..
kadang-kadang bukan ler xmo bg..tp kita pasti ke org tu layak terima zakat..?
huhu..dalam hal sedemikian, rasanya elok laa kite pertimbang betul-betul..
kalau kita betul rasa nak bagi..bagilah..ikhlaskan ati..
kadang-kadang klu pk lojik..org susah ni, biasanya die bemaruah..sebolehnya dia nak jugak dpt duit hasil usaha sendiri..
xmo meminta-minta..kalau daa xde kudrat, org daa tak terima nak bekerja..barulaa mungkin dorg meminta-minta..
ce tengok lam rancangan bersamamu tuh..dorg susah, makan nasik ngn bawang je..sampai anak ingt tu ikan bilis goreng..tp x mintak sedekah..
keje jugak even pendapatan xseberapa...kan?
atas pertimbangan masing-masing laa ye..semua untuk kebaikan umat..insyaAllah =)
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 11:55 PM | Show all posts
apapun....ape jer yang kita lakukan.....ingat satu je -AKU BERIBADAT / BERSEDEKAH BUKAN MENGEJAR PAHALA DAN TAKUTKAN DOSA, AKU BERIBADAT KERANA ALLAh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 10:36 AM | Show all posts

Reply #16 carpet's post

salam..

bukan kat Malaysia saja...kat mana2 pun memang ada perkara macam tu berlaku...

Amalan bersedekah ni yang penting kita kena lah ikhlas  kerana Allah Taala...kalau kita bersedekah kerana peminta sedekah sebab tu la kita akan rasa was-was..dalam hati asyik tertanya2 betul ke jalan yang digunakan duit sedekah yg kita bagi tu..entah2 beli itu ini...so, buangkan perasaan camtu....itu antara dia dan Allah Taala...kalau dia bersyukur, pahala untuknya..

satu lagi sedekah dan zakat tidak sama...jangan salah paham pulak..

Tangan yang memberi lebih mulia dari yang menerima...so, terpulanglah bagaimana keikhlasan kita atas ibadat yang kita usahakan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2009 10:26 AM | Show all posts
Matematika dasar sedekah yang baru saya belajar, dipetik dari buku An Introduction to The Miracle of Giving tulisan Ust Yusuf Mansur:

10-1=19

Penjelasan

Kenapa bukan berkurang jadi 9, malah bertambah?  Sebab ini ialah matematika sedekah.  Di mana ketika kita memberi dari apa yang kita punya, Allah justru akan mengembalikan lebih banyak lagi.  Matematika sedekah di atas adalah matematika sederhana yg diambil dari QS al-An'aam ayat 160 ketika Allah menjanjikan balasan 10 kali lipat bagi mereka yang mau berbuat baik.

Jadi, ketika kita ada 10, lalu kita sedekahkan 1, maka hasil akhirnya bukan 9, melainkan 19.  Sebab yang satu kita keluarkan dikembalikan Allah sepuluh kali lipat.

**

Ada banyak lagi pengajaran & kisah2 menarik bagaimana sedekah sebenarnya malah menjadikan kita lebih kaya di

http://www.wisatahati.com/ (web dalam bahasa Indonesia, tapi masih mudah untuk difahami)

Baca juga tulisan menarik di http://www.salsabeela.com/2008/11/09/menjadi-kaya-dengan-sedekah/
(juga dalam bahasa Indonesia!)

Mudah2an bermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 01:56 PM | Show all posts

Reply #21 fns81's post

terimakasih fns81
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 02:18 PM | Show all posts
sedekah bagus utk buang sifat kedekut dlm hati kite...
bahaye kedekut ni... kalau lame2 mmg boleh memudaratkn diri...
contoh sifat kedekut : dah sakit xmo beli ubat... dah lapar xmo carik makan... sme sbb sayang duit...
so kena buang sifat ni dari dalam diri...
kalau x susahkan diri, anak2 dan isteri plak...
sayangkan sangat duit tu, sampai benda2 yg perlu x beli...
ekonomi pon x jalan kalau semua org ade sifat kedekut ni...
duit juta2 tp simpan makan sorang jek... macam mana nk maju masyarakat...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 01:30 PM | Show all posts
which one is better aaa
katakan nak sedekah ke masjid

better bagi duit ke beli barang2 untuk masjid tu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.094100 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list