CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5346|Reply: 21

PHILIPPINES Catastrophe : Latest - Feri Terbalik 22 Mungkin Mati -

[Copy link]
Post time 22-6-2008 06:37 PM | Show all posts |Read mode


tadi dengar news...
feri sank.. and 861 victims  masih tak ditemui...

sedih pulak saya dengar...

dengan taufan yang menyerang...
dan ombak besar.....
malang sungguh feri tu

dengarnya feri  from manila to cebu -

btw --  engine failure -

langsung tenggelam -

ishhhhhhh   what a tragedy -

will post any news update later on -


[ Last edited by  dexa at 15-12-2008 09:28 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2008 06:50 PM | Show all posts
SIBU Sabah ke CEBU Filipina?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 06:50 PM | Show all posts
Feri Filipina terbalik, ramai penumpang hilang
22/06/2008 4:26pm

MANILA 22 Jun - Sebuah feri penumpang Filipina dengan 700 orang di dalamnya terbalik semasa puting beliung semalam, mencetuskan keadaan kelam kabut untuk menyelamat.

Kebanyakan daripada 626 penumpang dan 121 anak kapal hilang, manakala pemilik feri, Sulpicio Lines memaklumkan mereka terputus hubungan dengan feri berkenaan, yang sedang dalam perjalanan dari Manila ke Cebu pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

Pengawal pantai kemudiannya sampai ke kawasan kemalangan di mana feri MV Princess of Stars itu tenggelam tiga kilometer daripada pulau Sibuyan, di tengah-tengah kawasan kepulauan itu.

Bagaimanapun pada ketika itu usaha-usaha menyelamat tidak dapat dijalankan disebabkan laut yang sangat bergelora.

Penduduk pulau berkenaan berkata, hanya haluan feri berkenaan sahaja kelihatan di permukaan laut.

Sementara itu Datuk bandar tempatan, Nannette Tansingco memberitahu radio tempatan, tiga yang selamat ditemui di sebuah kampung terpencil.

Dilaporkan empat yang lain di atas feri berkenaan telah terbunuh.

Kejadian itu adalah akibat Taufan Fengshen, yang bertiup ke Filipina dengan halaju maksimum 195 kilometer se jam.

Ia telah membunuh sekurang-kurangnya 85 orang di tengah dan selatan Filipina, termasuk 59 di wilayah Iloilo, di mana banjir telah menenggelamkan komuniti di situ.- Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 06:51 PM | Show all posts

Reply #2 specialmom's post

CEBU..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2008 07:01 PM | Show all posts
Originally posted by specialmom at 22-6-2008 06:50 PM
SIBU Sabah ke CEBU Filipina?



cebu filipina...

btw  sibu  kat sarawak...

also  masa kat news kata  -  sinking bukan pasal taufan
tapi engine failure...
so susah nak cakap la adakah sebenarnya kerana taufan
or technical problem -

whatever it is - it's a tragedy...
hopefully  ada yang dapat menyelamatkan diri -



[ Last edited by  dexa at 22-6-2008 07:03 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2008 10:10 PM | Show all posts
80 terkorban akibat feri karam oleh taufan Fengshen

MANILA (Filipina): 59 orang dilaporkan mati lemas dan 40 lagi masih hilang akibat taufan Fengshen yang melanda wilayah berkenaan, kata Gabenor Neil Tupaz.


Semalam adalah hari kedua Taufan Fengshen melanda Filipina dan mengorbankan sekurang-kurangnya 80 orang dalam satu kejadian membabitkan sebuah feri yang dipenuhi 740 penumpang berserta anak kapal.

Kapal penyelamat digunakan untuk menyelamatkan feri seberat 23,824 itu tetapi usaha dihentikan sementara akibat cuaca yang tidak menentu, kata Ketua Pengawal Pantai, Wilfredo Tamayo. - AP
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-6-2008 06:41 AM | Show all posts
Arroyo minta penjelasan - Feri bawa lebih 700 penumpang, anak kapal berlepas semasa taufan


enduduk Manila meredah banjir selepas bandar
raya itu dilanda Taufan Fengshen, semalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2008 09:29 AM | Show all posts
Harapan semakin tipis - Hampir 800 penumpang feri karam masih hilang


orang ramai menyaksikan dari jauh feri MV Princess of Stars
tenggelam berhampiran Pulau Sibuyan, tengah Filipina, semalam.


CEBU 23 Jun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2008 09:33 AM | Show all posts

Feri malang yang karam -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2008 09:52 AM | Show all posts
40 mangsa berenang

MANILA - Kira-kira 40 mangsa taufan di Filipina berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai namun tidak semua yang terselamat merupakan penumpang sebuah kapal yang karam dengan membawa 850 penumpang, kata seorang pegawai tempatan semalam.


"Sebahagiannya merupakan mangsa yang terselamat dari bot-bot nelayan yang turut karam ketika taufan itu," kata datuk bandar Claveria di pulau Burias, Filipina, Eduardo Andueza.

Hanya hujung kapal Princess of the Stars yang dapat dilihat selepas beberapa krewnya ditemui mati di luar perairan Pulau Sibuyan tetapi keadaannya terbalik.

Andueza turut melaporkan bahawa 35 mayat turut ditemui ketika kerja menyelamat dijalankan.

"Sebahagian mangsa terselamat, kebanyakan mereka berenang ke pantai tetapi kemudiannya meninggal dunia dan sejumlah mayat sudah reput dan saya mengarahkan dikebumikan," katanya.

Menurutnya, mangsa-mangsa yang terselamat masih ditempatkan di beberapa hospital di pulau berkenaan. - AFP

------------------------------------------------------------------------------------------------

whoa ye.. sampai kena berenang.. bukan dekat2 tu...
saya rasa ramai yang terkorban ni.....
one of the worst history of sinking ferry -
macam yang kat baltic  years ago -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2008 06:33 AM | Show all posts
Banyak mayat dalam kapal karam


GAMBAR ini menunjukkan dua bot penyelamat berada dekat dengan
kapal penumpang yang karam di perairan Pulau Sibuyan, Filipina semalam.


PULAU SIBUYAN - Pasukan penyelam Filipina semalam mendakwa mereka menemui banyak mayat penumpang yang lemas dalam kapal karam yang membawa lebih 850 penumpang akibat Taufan Fengshen pada Sabtu lalu.

Anggota-anggota keluarga mangsa kini menanti dengan penuh tanda tanya dan marah kerana para penumpang kapal Princess of the Stars itu sepatutnya terselamat daripada dipukul ribut.

Namun, kemarahan mereka meningkat kerana pihak berkuasa membenarkan kapal seberat 24,000 tan itu belayar walaupun ketika itu laut bergelora.

"Kami lihat 15 mayat terperangkap pada satu bahagian kapal. Terdapat juga mayat yang terapung-apung di dalam ruang kapal, kata seorang penyelam pengawal pantai, Inocencio Rosario.


Lorong masuk ke dalam kapal itu dihalang perabot, pelbagai peralatan dan kaca yang pecah manakala ruang di dalam kapal gelap sekali gus menyukarkan kerja-kerja menyelamat.

Kapal malang itu kini terbalik di terumbu karang San Fernando, Pulau Sibuyan.

Ketua Pertahanan Awam Filipina, Anthony Golez berkata, sebanyak 57 orang yang menaiki bot kecemasan terselamat daripada tenggelam. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2008 12:12 AM | Show all posts
Penyelam hanya jumpai mayat bawah perut feri



TIADA TERSELAMAT: Penyelamat menemui mayat terapung
berhampiran feri di perairan pulau Sibuyan, semalam.



Laut bergelora akibat Taufan Fengshen burukkan lagi keadaan


MANILA: Pasukan penyelam semalam berjaya memasuki feri yang karam dilanda taufan Sabtu lalu, tetapi hanya menemui mayat mangsa dalam kapal membawa lebih 800 orang itu.

"Kebanyakan mayat mangsa terapung di dalam perut feri. Mereka terperangkap apabila kapal tujuh tingkat itu tiba-tiba terbalik dan karam," kata seorang jurucakap tentera laut Filipina, Leftenan Kolonel Edgard Arevalo kepada radio dzBB.


Beliau tidak membuat sebarang spekulasi sekiranya ada mangsa yang masih terselamat dan menyatakan keadaan dalam kapal terlalu gelap untuk mengenal pasti jumlah mayat di dalamnya, tetapi membayangkan kemungkinan tiada terselamat dalam bencana itu. Lampu turut digunakan untuk menerangkan kawasan terbabit.

Arevalo berkata, sukar bagi kebanyakan penumpang untuk hidup, manakala keadaan laut yang bergelora akibat Taufan Fengshen menyebabkan mereka yang selamat sukar berenang ke tepi laut dan kemungkinan ramai di antaranya lemas.

Beliau berkata, kebanyakan mayat juga memakai jaket keselamatan dan kemungkinan kebanyakan penumpang teragak-agak untuk terjun ke laut berikutan kejadian berlaku secara tiba-tiba.

"(Dengan jaket keselamatan) anda boleh terselamat selama beberapa jam, tetapi pada masa sama udara diperlukan," katanya.

"Antara mayat yang ditemui termasuk seorang pegawai kapal terbabit yang masih memegang radio," kata pengawal pantai, Luis Tuason.

"Pada masa ini, hanya satu tempat dimasuki dan keseluruhan kapal belum lagi diterokai," kata Tuason sambil menambah dua mayat turut ditemui.

"Sukar untuk membuka semua bahagian kerana kami juga perlu memikirkan keselamatan penyelam. Sekiranya ada yang terselamat ia mungkin hanya ditemui di bahagian depan."

Ketua pengawal pantai, Laksamana Wilfredo Tamayo, berkata sejumlah 20 pengawal pantai dan penyelam tentera laut berada di tempat kejadian dan kapal tentera laut Amerika Syarikat, Stockham tiba bersama pasukan penyelam dan helikopter mencari dan menyelamat.

Katanya penyelam terpaksa memecahkan tingkap dan menggunakan setiap ruang yang ditemui untuk memasuki feri Princess of Stars yang tenggelam di perairan Pulau Sibuyan. - AP

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

memang sedih.. sangat.. saya tak boleh nak bayangkan ketakutan orang2 yang
dalam feri tu.. di tengah2 laut bergelora dengan taufan....
dan feri terbalik...   what a tragedy.. -

nampak mayat kat laut tu -= (gambar yang paste di post ini)
sedih, eh -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2008 06:56 AM | Show all posts
Tiada tanda mangsa hidup - Lebih 100 orang penyelam AS, tempatan jalankan gerakan mencari


anggota penyelamat memasukkan mayat ke dalam beg mayat
selepas ditemui dari bangkai feri MV Princess of the Stars.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2008 08:17 AM | Show all posts
Mayat hanyut ke pulau berhampiran

SAN FERNANDO 25 Jun - Beberapa mayat yang masih memakai jaket keselamatan hanyut ke pulau-pulau berdekatan ketika usaha mencari diteruskan di dalam feri yang karam semasa taufan.


Ketika penyelam hanya menemui beberapa mayat, para pegawai masih belum putus harapan untuk menemui mangsa yang terselamat dalam tragedi pada Sabtu lalu.

"Peluang amat tipis untuk kami menemui mangsa yang selamat di dalam feri. Setiap hari yang berlalu bermakna peluang kami semakin tipis," kata Leftenan Komander Rogelio Villanueva dari pasukan pengawal pantai.

Empat bot getah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) bersama-sama lapan penyelam telah dihantar ke lokasi feri karam pagi ini.

Selain itu lima kapal, sebuah pesawat peninjau P3, dua helikopter tentera laut HH-60 dan sebuah kapal terbang peninjau tanpa pemandu telah dikerahkan dalam tugas mencari mayat dan mangsa yang selamat.

Hari ini tiga mayat yang masih memakai jaket keselamatan ditemui hanyut di Pulau Burias yang terletak 90 kilometer dari tempat kejadian Princess of teh Stars karam selepas dipukul ombak kuat.


- AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2008 08:52 AM | Show all posts
Racun perosak ganggu operasi


SEORANG nelayan mendayung sampan berhampiran
feri yang karam di Pulau Sibuyan semalam



SAN FERNANDO
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2008 08:22 AM | Show all posts
Insurans punca feri karam enggan diapung

SAN FERNANDO 28 Jun - Feri Princess of the Stars didakwa boleh diapungkan semula tetapi pemiliknya keberatan kerana mereka tidak akan dapat menuntut ganti rugi penuh daripada syarikat insurans jika berbuat demikian.Seorang pegawai kanan maritim hari ini mendedahkan, feri tersebut boleh diapungkan semula dengan mudah bersama-sama ratusan mayat yang masih terperangkap di dalamnya tetapi pemilik, syarikat Sulpicio Lines dan pihak berkuasa keberatan melakukannya.


Badan feri itu masih utuh dan mengandungi poket udara yang membolehkannya diapungkan dan ditegakkan semula, kata pegawai itu.

Bagaimanapun Sulpicio Lines dan pengawal pantai "enggan mengambil langkah itu kerana mereka dipercayai menunggu syarikat insurans menjalankan siasatannya sendiri."

"Jika mereka mengapungkan semula feri itu, Sulpicio Lines tidak akan dapat menuntut ganti rugi bagi kategori kapal yang musnah sama sekali," menurut pegawai kanan itu.


Feri 24,000 tan itu dalam kedudukan terbalik di perairan dekat Pulau Sibuyan, tengah negara ini, dengan hanya sebahagian badannya kelihatan di permukaan air.

Hanya 57 mangsa ditemui selamat dan kebanyakan mayat dipercayai terperangkap di dalamnya.

Penyelam tempatan dan penyelam tentera laut Amerika Syarikat (AS) semalam menggantung operasi mengeluarkan mayat selepas feri itu didapati membawa kargo 10 tan racun perosak toksik.

Feri tersebut karam di perairan Sibuyan bersama-sama 850 orang di dalamnya semasa Taufan Fengshen pada Sabtu lalu.

- AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2008 05:02 AM | Show all posts

tanah runtuh di filipina; 6 mati kena hempap!!

50,000 penduduk diarah berpindah





BEBERAPA buah rumah ranap berikutan tanah runtuh di Kampung Masara, Compostela Valley, selatan Filipina semalam.MACO - Pihak berkuasa di selatan Filipina semalam mengarahkan kira-kira 50,000 penduduk berpindah selepas dua kejadian tanah runtuh di sebuah kampung yang menyebabkan 25 mangsa terkorban atau hilang.

Penduduk-penduduk menyertai sejumlah anggota tentera untuk mencari mangsa runtuhan rumah di pinggir bandar Moco di Compostela Valley.
Agensi penyelamat bencana di wilayah itu menyatakan bilangan kematian meningkat kepada sembilan orang dengan 19 lagi mengalami kecederaan.
Sebanyak 16 orang lain disenaraikan hilang dan usaha untuk mencari semua mangsa dilakukan dengan segera.

Hujan lebat sepanjang tiga hari lepas mengakibatkan dua kejadian tanah runtuh di mana satu daripadanya berlaku kelmarin.
Gabenor Wilayah Compostela Valley, Arthur Uy berkata, kerajaannya mengarahkan perpindahan penduduk di Masara dan di tiga buah lagi kampung. - AFP





filipina ni selalu ajer ler  kena bencana ; sama mcm indon sana... aku tumpang sedey !
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 05:05 AM | Show all posts
6 mati dihempap tanah runtuh


Seorang mangsa yang terselamat keluar daripada runtuhan rumah akibat kejadian tanah runtuh di pekan Maco, di selatan Filipina, semalam.
- AFP


MANILA 7 Sept. - Sekurang-kurangnya enam terbunuh dan tujuh lagi dilaporkan masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa berpuluh-puluh buah rumah di pekan Maco, Lembah Compostela, di selatan negara ini hari ini.

Sehingga kini, penduduk membantu pasukan penyelamat bagi mencari dan mengeluarkan mangsa yang tertimbus tanah runtuh akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Majlis Penyelarasan Bencana Kebangsaan berkata, para penduduk dan anggota penyelamat masih berusaha menyelamatkan mangsa terutama mereka yang dilaporkan hilang.

Anggota tentera turut berusaha mengeluarkan mangsa dari rumah-rumah yang tertimbus dan pelbagai bekalan bantuan telah dihantar bagi membantu mangsa.

Setakat ini, kira-kira 100 mangsa terpaksa berlindung di gereja akibat kejadian itu.

Pengerusi Daerah, Jovencio Anquera berkata kejadian tanah runtuh itu berlaku selepas hujan lebat turun berterusan selama tiga hari menyebabkan berlaku tanah runtuh menimpa 13 buah rumah dan menyebabkan bekalan elektrik juga terputus.

Pada tahun lalu, sepuluh orang terbunuh dalam kejadian serupa di kawasan tersebut, manakala pada Februari 2006, satu kejadian tanah runtuh yang besar menimpa seluruh kampung Guinsaugon di tengah pulau Leyte menyebabkan hampir seribu penduduk terbunuh.
- AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2008 05:30 PM | Show all posts
Taufan Hagupit ragut satu nyawa
22/09/2008

MANILA 22 Sept.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 06:58 PM | Show all posts
Lombong emas runtuh dibadai Hagupit, enam maut
23/09/2008 6:05pm

MANILA 23 Sept. – Enam orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh sementara 13 pelombong terperangkap di dalam terowong lombong emas yang dibanjiri air berikutan hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Hagupit di utara Filipina.

Gabenor wilayah Benguet, Nestor Fongwan berkata, beliau mengarahkan operasi dijalankan untuk menyelamatkan pelombong dilombong pekan Itogon tetapi air mesti dipam keluar dari terowong berkenaan sebelum penyelamat boleh masuk.

Kumpulan pelombong tersebut tidak pulang ke rumah malam tadi, kata pegawai Biro Perlombongan dan Geosains, George Baywong yang menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat.

“Kami tidak tahu sama ada mereka masih hidup atau sudah mati.

“Kami menaruh harapan mereka masih bertahan dan mencari perlindungan di bahagian yang ada ruang udara,” kata Baywong.

Pihak berkuasa menghantar pam air berkapasiti tinggi dan meneliti peta kejuruteraan untuk mencari jalan bagi menyelamatkan pelombong yang dipercayai terperangkap kira-kira 120 hingga 210 meter di bawah tanah.

Di bandar Bagiuo yang berdekatan, seorang wanita berusia 39 tahun terbunuh manakala suami dan anak perempuannya berumur sembilan tahun cedera apabila tanah runtuh menenggelami rumah mereka.

Berpuluh-puluh tanah runtuh lebih kecil di kawasan itu menyebabkan sekurang-kurangnya lima buah rumah dan beberapa keneraan rosak.

Taufan Hagupit reda awal hari ini semasa bergerak ke Laut China Selatan dengan angin maksimum 160 kilometer sejam. – AP





aku dengaq news tadi  kata nak pi ke hongkong china pulak dah  topan hangupit ni... pastu ke taiwan....  tak silap topan yg ke 14 taon ni yg serang china!!  mampos kalu aku dok china... sampai 14 topan dan belum setaon pung laei....  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.284665 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list