CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6090|Reply: 30

Dubai aims to top its world's tallest---called Menara Nakheel

[Copy link]
Post time 6-10-2008 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Monday October 6, 2008
Dubai aims to top its own world's tallest tower

DUBAI, United Arab Emirates (AP) - With its world's tallest building nearing completion, Dubai said Sunday it is embarking on an even more ambitious skyscraper: one that will soar the length of more than 10 American football fields.

That's about two-thirds of a mile or the height of more than three of New York's Chrysler Buildings stacked end-to-end. Babel had nothing on this place.

"This is unbelievably groundbreaking design,'' Chief Executive Chris O'Donnell said during a briefing at the company's sales center, not far from the proposed site.

"This still takes my breath away.''

The tower, which will take more than a decade to complete, will be the centerpiece of a sprawling development state-owned builder Nakheel plans to create in the rapidly growing "New Dubai'' section of the city. Foundation work has already begun, O'Donnell said.

The area is located between two of the city's artificial palm-shaped islands, which Nakheel also built.

The project will include a manmade inland harbor and 40 additional towers up to 90 floors high.

About 150 elevators will carry residents and workers to the Nakheel Tower's more than 200 floors, the company said.

The building will be composed of four separate towers joined at various levels and centered on an open atrium.

"It does show a lot of confidence in this environment'' of worldwide credit problems and a souring global economy, said Marios Maratheftis, Standard Chartered Bank's Dubai-based regional head of research.

As part of government-run conglomerate Dubai World, Nakheel has played a major role in creating modern-day Dubai, a city that has blossomed from a tiny Persian Gulf fishing and pearling village into a major business and tourism hub in a matter of decades.

Besides the growing archipelago of man-made islands for which it is best known, Nakheel is responsible for a number of the city's malls, hotels and hundreds of apartment buildings.

The company said the new project is inspired by Islamic design and draws inspiration from sites such as the Alhambra in Spain and the harbor of Alexandria in Egypt.

"There is nothing like it in Dubai,'' said Sultan Ahmed bin Sulayem, Nakheel's chairman.

Perhaps not quite. But Dubai is already home to the world's tallest building, even if it remains unfinished.

That skyscraper, the Burj Dubai, or Dubai Tower in Arabic, is being built by Nakheel's chief competitor, Emaar Properties.

Emaar has kept the final height of the silvery steel-and-glass tower a closely guarded secret, saying only that it stood at a "new record height'' of 2,257 feet at the start of last month.

It's due to be finished next September.

The final height of Nakheel's proposed tower is likewise a secret, as is the price tag.

The company would only say it will be more than a kilometer (3,281 feet) tall.

O'Donnell said he was confident that Nakheel could pay for the project despite the financial troubles roiling the world's economy.

He also brushed aside concerns by some analysts that Dubai's property market is becoming overheated and due for a potentially sharp correction.

"In Dubai, demand outstrips supply,'' he said.

"There might be a slowdown, but there definitely won't be a crash.''



lagi mau bina bangunan tinggi tinggi ni apa kejadahnya.... yg alburj pun tak siap lagi...  dah bina yg baru... tau ler banyak duit... tapi kat afrika sana tu... ramai yang malnutrition dan kelaparan...  apa punye  priority la  worang2 islam nih... cissssss

        

[ Last edited by  amazed at 7-10-2008 01:28 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2008 01:29 AM | Show all posts
Kehebatan bangunan tertinggi baru dunia

AHLI-AHLI perniagaan melihat model bangunan tertinggi
dunia yang tinggi lebih 1 kilometer di Dubai kelmarin.

DUBAI - Burj Dubai bakal kehilangan gelaran sebagai tertinggi di dunia apabila sebuah lagi bangunan pencakar langit yang jauh lebih tinggi dan hebat kini sedang dibina juga di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ia yang dinamakan Menara Nakheel bakal memiliki ketinggian lebih satu kilometer, mempunyai lebih 200 tingkat dan dijangka menelan belanja hingga berbilion-bilion pound.

Pembinaannya diserahkan kepada syarikat milik konglomerat kerajaan, Nakheel yang mencipta nama selepas menyiapkan projek dua rangkaian pulau buatan manusia berbentuk pohon kurma dinamakan The Palms.

"Menara Nakheel adalah ikon dari sudut pembangunan. Ia bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia jika tiada bangunan lebih tinggi dibina," kata ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Christopher O'Donnell pada satu sidang media kelmarin.

Menurutnya, bangunan tersebut akan dilengkapi kira-kira 150 buah lif dan pembinaannya memerlukan sekitar 500,000 meter padu konkrit.

Jika semua batang besi yang digunakan untuk membina bangunan itu disambung, jelas O' Donnell, jaraknya menjangkau dari Dubai hingga ke bandar raya New York di Amerika Syarikat.

Lebih mengagumkan, Menara Nakheel yang akan dibina antara dua rangkaian pulau buatan manusia itu memiliki kapasiti penyaman udara mencukupi untuk menyejukkan lebih 14,000 buah rumah.

Ketika ditanya sama ada beliau yakin syarikatnya berupaya membiayai semua kos projek mega itu ketika dunia berdepan masalah kewangan, O'Donnell berkata, perkara tersebut bukan satu masalah bagi Nakheel.

"Bangunan tersebut akan disiapkan dalam masa lebih sedekad, pembinaannya mengambil kira kitaran ekonomi yang berlaku pada setiap 10 tahun," tambahnya.

Pembinaan bangunan mercu tanda Dubai itu merupakan sebahagian daripada projek infrastruktur yang terdiri daripada sebuah pelabuhan kecil dan 40 buah menara di sekitarnya.



BANGUNAN Burj Dubai kini dalam pembinaan dan dijangkakan
akan kehilangan gelaran sebagai yang tertinggi di dunia.



Keseluruhan projek itu nanti akan menjadi kediaman kepada lebih 55,000 orang dan tempat kerja untuk lebih 45,000 pekerja.

" Pelabuhan dan Menara Nakheel terletak di tengah-tengah kawasan Dubai baru di mana kami memberi tumpuan untuk membina satu komuniti sebenar iaitu lokasi bagi tempat tinggal, bekerja, bersantai dan berhibur juga bagi kesenian dan kebudayaan," kata Pengerusi Eksekutif Nakheel, Sultan Ahmed bin Sulayem.
"Semua itu terletak dalam satu lokasi," tambahnya.

Menurutnya, reka bentuk pelabuhan dan bangunan itu diilhamkan oleh mercu tanda dalam reka bentuk Islam termasuk taman-taman Alhambra di Sepanyol, pelabuhan Iskandariah di Mesir dan jambatan-jambatan di Isfahan, Iran.

"Tiada yang setanding Menara Nakheel di Dubai," ujar Sultan Ahmed.

Apabila siap nanti, katanya, bangunan itu akan memiliki reka bentuk yang jauh berbeza berbanding Burj Dubai yang dibina oleh pesaing Nakheel, syarikat Emaar Properties.

Burj Dubai yang setinggi 688 meter itu merupakan sebuah menara yang dibina bercirikan reka bentuk moden menggunakan besi dan kaca.
Menurut Emaar Properties, menara yang bakal memecah rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia itu dijangka siap pada September tahun hadapan. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 03:22 AM | Show all posts
Pembahagian ekonomi yang tak seimbang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 07:29 AM | Show all posts
Dubai bakal miliki bangunan tertinggi dunia yang baru


Sultan Ahmed bin Sulayem, Pengerusi Dubai World menerangkan
kepada tetamu mengenai rancangan membina projek Pelabuhan
dan Menara, bangunan tertinggi di dunia setinggi 1 kilometer yang
akan dibina di Dubai, kelmarin. – AP



DUBAI 6 Okt. – Syarikat pemaju Nakheel semalam mengumumkan rancangan untuk membina sebuah menara setinggi satu kilometer atau 3,280 kaki, sekali gus bakal mengatasi rekod bangunan tertinggi di dunia yang ada sekarang.


Menurut Presiden Dubai World, Sultan Ahmed bin Sulaiyem, ia merupakan satu-satunya projek seumpama itu di dunia yang hendak dilaksanakan setakat ini.

“Keseluruhan projek membabitkan kawasan seluas 270 hektar bagi mewujudkan bandar baru Dubai, merangkumi sebuah menara setinggi satu kilometer,” katanya sebagaimana dipetik oleh agensi berita WAM semalam.

Beliau berkata, projek Menara dan Pelabuhan Hakheel itu dijangka siap menjelang tahun 2020 dengan kos pembinaan bernilai berbilion dirham. (Satu dirham bersamaan AS$0.27)

Ketika ini, bangunan tertinggi di dunia, Burj Dubai masih dalam pembinaan dan telah mencapai ketinggian 688 meter atau 2,257 kaki.

Menurut syarikat pemaju bangunan itu, Emaar - Burj Dubai kini telah mencapai paras 160 tingkat. – AFP


************************************************************************************88

tak faham kenapa berlumba2 nak dirikan bangunan tinggi tinggi ni - to what purpose -
kalau banyak duit pun... saya percaya ramai juga orang2 kat UAE sana yang dhaif juga -
tapi kerajaan depa habiskan duit dengan bina bangunan2 tinggi begini - macam nak beragah
saja... - memang negara kaya.. tapi entahla.. saya harap kerajaan malaysia tak payah la buat
macam ni -
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 11:01 AM | Show all posts

Balas #4 dexa\ catat

diaorg nak pcepatkan akhirat kot........
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 04:40 PM | Show all posts
Salah satu dari tanda tanda akhir zaman tu. Menara pencakar langit banyak banyak.

Mungkin diorang nak dapatkan keuntungan dari sektor pelancongan. Sebab tu kerajaan depa support. Aku rasa lah.

takde lah bangga tapi saja nak ulang Tun cakap: kita tetap ada menara BERKEMBAR tertinggi. haha.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2008 12:44 AM | Show all posts
aku memang takkan faham camne orang2 arab ni berfikir..

buat menara tinggi2 nak buat apa? nak petik bintang ke?

[ Last edited by  thessailly at 8-10-2008 12:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 01:14 AM | Show all posts
bukan ke tanda2 kiamat tu byk bangunan tinggi
yang duk buat tu apo
makin menjadi2 lak aku tengok
duit byk2 tu baik bantu ekonomi negara sesama islam
buat le pelaburan kat negara2 islam ke
lagi baik
orang arab memang NGOK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2008 03:41 AM | Show all posts
Kita dah diberi petanda. Adakah kita dah bersiap sedia?

macam off topik je aku ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 09:42 AM | Show all posts
dubai akan ada lebih kurang 3 ke 4 or lebih bangunan tertinggi didunia..

One Dubai 850m















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 09:45 AM | Show all posts
One Park Avenue 600m



Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 09:52 AM | Show all posts
Anara Tower 700m



Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 09:55 AM | Show all posts
perbandingan menara tertinggi didunia dengan Nakheel Harbour

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 07:40 PM | Show all posts
tak leh lawan X Seed 4000 lg
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 10:51 AM | Show all posts
dorang ni tak gayat ker dok tpt tinggi-tinggi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2008 07:53 PM | Show all posts

Reply #15 haZelEyEz's post

aku kalu pi apt abg aku kat bandar sunway tengkat 5 kat balkoni dier pung aku dah gayat wooo ...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2008 11:29 PM | Show all posts
Duba nie mcm bleh jadik bandar architecture moden
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 02:58 PM | Show all posts
cuci mata sungguh............ good info beb!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 06:06 PM | Show all posts
terserlah kebodohan pak arab ni

banyak lg umat islam perlukan bantuan,,tp sibuk dok guna rezeki yg Allah bg ni buat  benda merapu ni

pi la tolong rakyat palestin tu lagi bagus....asyik nak show off jer pak arab ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 09:20 AM | Show all posts
500 pekerja dipecat

DUBAI – Pemaju hartanah Nakheel yang diberi tanggung jawab membina menara setinggi satu kilometer di Dubai, mengumumkan semalam bahawa ia akan memecat 500 pekerja ketika bahang krisis ekonomi global mula terasa di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Syarikat milik kerajaan yang merupakan antara majikan terbesar di negara Teluk itu turut menyatakan bahawa kerja-kerja ke atas beberapa projek miliknya akan dikurangkan.

Pengurangan pekerja yang diumumkan itu adalah yang terbesar di UAE dan Dubai, iaitu bandar raya yang menjadi tempat tinggal ribuan pekerja asing termasuk dari Barat dan Asia. – AFP




banyak negara kat doniya ni yang laid off pekerja depa... yg kaya mcm UAE ni pun... terpaksa buat tuh!! teruk sgt dah ekonomi doniya yg meleset nih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.081680 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list