View: 18740|Reply: 176
|
Teori Evolusi Dan Darwinism
[Copy link]
|
|
apa pendapat pakar2 islam tentang teori evolusi ? sains dan teknologi DNA terkini telah berjaya membuktikan teori darwin adalah betul. apa kata islam tentang asal usul bumi, manusia, dinosaur dan hidupan2 pra-sejarah ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 adi_iskandar's post
kita buat poll ...
poll yg pertama utk golongan yg nak declare yg diorg nih keturunan nabi adam AS ...
lagi satu poll pulak, utk golongan yg nak declare yg diorg nih berasal dari keturunan monyet, kera dan beruk ...
setuju ? ada berani ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 sirri_khafi's post
setujuk gak ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 adi_iskandar's post
mari kita tengok maksud ayat Quran dari surah mukminun tentang kejadian manusia dahulu..
23 : 12 : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
23 : 13 : Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
23 : 14 : Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 adi_iskandar\ catat
Ini macam dari fakta dengar-dengar dan bukan fakta saintifik.
teori Darwin tu ada banyak cabang-cabang. Teori utamanya ialah Natural Selection.
Untuk tak buang masa, dan kalau buat poll pun buang masa juga.
Minta pembuka thread ceritakan Darwin punya teori mana yang dah dibuktikan betul dan teori mana yang dah bibuktikan salah. Sila kemukakan hujah-hujah saintifik. Sila kemukakan juga bukti DNA bahawa manusia pra-sejarah (Neanderthal, homo habilis, homo erectus dan lain-lain homo kecuali homosek) ada hubungan dengan manusia moden (homo sapien).
Berkenaan dinosaur, manusia pra-sejarah dan lain-lain tu, juga harap dapat kemukakan ayat al-quran atau hadith yang menyokong atau menentang usia bumi 4.5 billion tahun, dinosaur hidup antara 200-65 juta tahun dahulu, manusia pra-sejarah ada hubungan manusia moden (bani Adam).
Kalau boleh dikupas satu persatu, baru la seronok bincang. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 indah1285\ catat
tu cerita penciptaan manusia. macamana pula penciptaan alam, bumi, haiwan, dinosaur dll..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 ibnur's post
yelah.. kan In da cakap, pasal penciptaan manusia dahulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 indah1285's post
apa bezanya dengan binatang yang seksual?dihasilkan drpd proses yg sama juga kan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 8-10-2008 10:17 AM
apa bezanya dengan binatang yang seksual?dihasilkan drpd proses yg sama juga kan
sebelum perbicangan lebih lanjut lagi, kita lihat maksud firman Allah ini tentang kejadian makhluk lain selain dari manusia...
Dari surah Al Anbiya bermaksud :
21 : 30 : Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air,tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
21 : 31 : Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.
21 : 32 : Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya.
21 : 33 : Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).
Maksud surah An Nuur :
24 : 45 : Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 Neraka Bulan\ catat
Tapi untuk kita menolak sepenuhnya teori evolusi mungkin bukan sesuatu yang wajar kan ? Bagaimana kehidupan "bertranformasi" dari satu keadaan ke keadaan yang lain akan menjadi misteri jika kita menolak sepenuhnya teori darwin itu
untuk menolak teori evolusi sepenuhnya mesti ada asas. Setakat sekarang ni hanya penciptaan manusia sahaja yang dapat menolak teori Darwin. Yang lain-lain tu tak bolah nak kata sokong atau tolak.
lagi satu, kalau kita bincang pasal evolusi, natural selection dan origin of species, apa pasal pi masuk big bang?
macam kata pembuka threadtentang asal usul bumi, manusia, dinosaur dan hidupan2 pra-sejarah ?
Darwin bukannya tau gopodio big bang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 ibnur's post
Tapi mengenai manusia pra sejarah yang berusia jutaan tahun tu macamana pulak??Sedangkan rekod ketamadunan manusia dari Nabi Adam mengikut perkiraan agama Abraham/Ibrahim hanyalah ratusan ribu tahun maksimum. Jadi bagaimana ianya hendak disesuaikan dengan fakta manusia pra sejarah itu?
Teori big bang tu Indah nyatakan untuk menyokong origin of species, jadi ada sedikit kaitan
[ Last edited by Neraka Bulan at 8-10-2008 02:23 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by indah1285 at 8-10-2008 12:50
meh, kita halusi sikit maksud surah anbiya ayat 30 yang In paste di atas...
أَوَلَمۡيَرَ ٱلَّ ...
Lebih kurang ahh inn...meteor/asteroid yang yang menghentam bumi pada ribuan juta tahun dahulu dikatakan sebagai pembawa air ke bumi ini kerana ianaya dalam bentuk ais..tak lari dari ayat Al-Quran itu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 Neraka Bulan\ catat
adakah manusia bani adam atau homo sapien tu hasil dari persenyawaan manusia-manusia zaman purba? kalau tidak ada confirmation dari DNA atau kajian saintifik maka, tidak ada hubuingan yang boleh di buktikan melainkan hanya teori-teori yang belum di buktikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 Neraka Bulan\ catat
Air dari meteor atau comet hanya teori yang belum dapat dibuktikan benar atau salah. Kalau NB kata lojik dan benar, maka persoalannya berapa banyak meteor dan comet kena menghentam bumi utk mendapatkan air 7 lautan termasuk ais-ais di kutub dan puncak gunung. Jangan lupa air di tasek, dai sungai dan dalam tanah. |
|
|
|
|
|
|
|
org2 beriman itu apabila menghadapi persoalan2 ini ... maka mereka akan mengembalikan pengetahuan mereka kpd ALLAH SWT ...
seperti pertanyaan hakikat roh & berapakah bilangan ashbulkahfi ...
sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui ...
adapun hikmah ALLAH SWT tidak jawab secara detail @ cerita dlm ALQURAN secara detail satu persatu tentang penciptaan makhluk NYA ialah : SUPAYA MANUSIA ITU BERIMAN DAN BERTAWAKKAL SERTA SEDAR DIRI YG DIORG TUH JAHIL SERTA ZALIM ...
tujuan ALQURAN itu diturunkan bukannya nak jadi penglipur lara @ himpunan kisah2 dongeng dan mitos sejarah ...
TUJUANNYA ADALAH DAKWAH & MEMBERI PERINGATAN , KHABAR GEMBIRA BAGI ORG2 BERIMAN & ANCAMAN BAGI MEREKA YG INGKAR ...
lagipun si darwin & pakar2 teori darwin tuh x pernah menyaksikan penciptaan langit dan bumi nih .. apalagi penciptaan seliruh makhluk ...
NAMA PUN TEORI, BUKAN NYA FAKTA ...
so, bagi mereka yg berpegang dgn ALQURAN & ASSUNNAH tidak akan gelabah bila menghadapi persoalan2 ini ...
lagpun, teori darwin tuh bukannya ILMU YG YAQIN malah TIDAK ADA UNSUR2 KESELAMATAN BAGI IMAN & AQIDAH PUN TENTANG TEORI DARWIN NIH ...
WALLAHU A'LAM ...
[ Last edited by sirri_khafi at 8-10-2008 02:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 Neraka Bulan\ catat
Sedangkan rekod ketamadunan manusia dari Nabi Adam mengikut perkiraan agama Abraham/Ibrahim hanyalah ratusan ribu tahun maksimum.
perkiraan mengikut rekod sejarah hanya boleh dibuat dari Nabi Ibrahim senhingga kini. Dari Nabi Adam a.s. hingga Nabi Ibrahim a.s. hanya agak-agak dan sangka-sangkaan sahaja. Yang kata hanya ribu tahun (atau lebih tepat 6,000 tahun) tu hanya creaotionist berdasarkan kitab kejadian. Islam tak ambil kitab kejadian sebagai hujah untuk menyanggah perkiraan saintifik umur manusia spesis homo sapien. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 Neraka Bulan's post
Tapi untuk kita menolak sepenuhnya teori evolusi mungkin bukan sesuatu yang wajar kan ? Bagaimana kehidupan "bertranformasi" dari satu keadaan ke keadaan yang lain akan menjadi misteri jika kita menolak sepenuhnya teori darwin itu
boleh jelaskan tak apakah maksudnya bertransformasi dari satu kejadian ke satu kejadian yang lain?
adakah maksud neraka bulan, suatu species telah menjadi suatu species yang lain?
sekarang ini, banyak transitional fossils (fosil berkenaan species yang berada dalam keadaan peralihan sebelum berevolusi kepada species yang lain) telah ditemui
bagaimanapun masih banyak lagi terdapat missing links yang memisahkan suatu species dengan suatu species yang lain atau antara species peralihan dengan species peralihan yang lain
dengan sebab itulah teori natural selection yang mengatakan suatu species mestilah mengalami keadaan peralihan sebelum berevolusi menjadi species yang lainnya masih menjadi suatu teori yang belum terbukti, sehinggalah kesemua missing links tersebut dapat dijumpai
sebab kemungkinan, yang dikatakan sebagai transitional form of species itu sebenarnya boleh jadi juga merupakan suatu species sempurna lain yang telah pupus
samalah seperti tidak ada bezanya antara keadaan serigala dan anjing, di mana kedua-dua haiwan ini adalah species yang berlainan tapi mempunyai beberapa ciri-ciri morfologi yang sama, kerana genus dan familinya adalah sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 8-10-2008 14:31
adakah manusia bani adam atau homo sapien tu hasil dari persenyawaan manusia-manusia zaman purba? kalau tidak ada confirmation dari DNA atau kajian saintifik maka, tidak ada hubuingan yang boleh ...
Yup ini hanya sekadar teori..tetapi adakah ianya berkaitan dgn perbualan di antara malaikat dgn Allah di mana malaikat mempersoalkan pemciptaan manusia yang telah banyak melakukan kerosakan di bumi ? Adakah manusia itu merujuk kepada manusia pra sejarah itu yakni "adam" sebelum Adam? |
|
|
|
|
|
|
| |
|