View: 2291|Reply: 12
|
Pengalaman pertama yang berHARGA...
[Copy link]
|
|
aku menulis ini dgn tujuan untuk kongsi cerita ini dgn geng2 P&V sini semoga bermanafaat. bukan untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali mengaku sendiri ni terrer ke hapa...
tanggal 18 Oktober (Sabtu lepas) kawan ku telah bertunang. Majlis pertunangan yang diadakan bolehlah tahan meriahnya. 3 hari sebelum itu kwn ku tersebut telah meng-approach aku menyatakan hasrat untuk mengupah aku jadi jurufotonya mlm tersebut. Mulanya aku menolak sebab aku tak mahu memikul tanggungjawab itu yang abgi aku agak berat untuk aku yang tak seberapa berpengalaman dan gear yang tak secanggih ini. aku cadangkan dia upah jurufoto sebenar. dia enggan, katanya bukan kerana budget semata-mata, tapi katanya dia percaya dgn kebolehan aku. dia kata gambar-gambar yg aku ambil untuk majalah dan buletin dan untuk dijadikan banner di syarikat kami bekerja meyakinkan dia yang aku berkemampuan kalau setakat gambar bertunang itu katanya. (kembang jugak lah hidung aku masa itu bila dia puji gambar2 yg aku ambik utk syarikat punya events etc tuh.. ) Aku rasa rendah diri juga pasal aku punya senjata hanyalah sebuah Nikon D60 saja dan bukannya D200 ke D300...
Kemudian dia tanya berapa aku caj harga etc. Lepas aku bagitau dia semua itu dan ini akhirnya rasmi lah aku jadi jurufoto mlm pertunangan nya.
senjata aku:
Camera: Nikon D60 (entry level dSLR)
Flash unit: Nikon Speedlight SB600 + omnibounce
Lens: 18-55mm kit lens, 50mm 1.8D prime
2 memory card 2G
bateri kamera - 2 bijik
bateri flash - 2 set
majlis mula pukul 8:30mlm, aku sampai awal... kamera, lens, spare battery, flash semuanya sudah ku sedia awal di rumah lagi. setting kat kamera aku dah set awal2 agak2 dia punya situation supaya tidak kelam kabut.
bila rombongan datang, aku shoot satu persatu pembawa dulang disambut oleh tuan rumah.
aku shoot, majlis berlangsung, tetamu, gelagat budak2 kecik, gelagat org tua, org2 yang sibuk, penandatanganan surat, brg2 hantaran, org berborak kemudian tiba masa memasang cincin. Yang ni aku shoot banyak2 sampai flash aku pitam sekejap. Bila flash aku pitam (sebab tak sempat recycle) aku mula menggelabah pasal aku takut ter-miss event2 penting e.g bersalaman, berpelukan antara ibu & anak etc tu. Bila aku gelabah, setting kamera aku dah tak terfikir dah... Sepatutnya aku pakai setting berbeda-beda sikit supaya aku boleh study jugak balik nanti. Kemudian aku terlupa dah nak shoot RAW beberapa gambar yang penting.
Kemudian dlm kelam-kabut aku itu majlis jadi semakin meriah dengan ramai sanak-saudara di rumah itu, aku nak carik angle dah makin susah... mulalah berasak sikit dan aku sempat menyiku kepala beberapa org warga tua..
Untuk memastikan tak ada event yang miss, aku tiba2 teringat pesan seseorang dlm internet iaitu "when in doubt, shoot like there's no tommorrow". Apa lagi, aku tembak2 cuma beri masa untuk flash aku recycle... balik rumah nanti baru aku pilih mana yang best.
Akhir sekali aku ambil gambar org makan kat canopy di luar rumah.. then aku balik. Sepanjang perjalanan pulang bermacam2 soalan berlegar di kelala lutut aku? "apasal sikit sangat ambik RAW?"... "apasal pakai 'A' saja... apa salahnya pakai 'P' mode, AUTO mode juga dsbgnya supaya ada pelbagai setting ditangkap?".
Sampai rumah aku check gambar yang diambil.... lega , gambar okay, aku sendiri puashati... tinggal nak PP saja lagi.
Masa aku tulis ni sekarang gambar2 semua dah bagi kat kwn aku dan pembayaran dah diterima.
Daripada pengalaman itu dapatlah aku simpulkan bahawa.... tak senang ambik gambar org majlis.... apatah lagi gambar org kawin! Bukan nak melemahkan semangat kwn2 semua mana yg baru-baru itu. Tapi kalau yang punya majlis tu ialah kwn baik sendiri, berterus-teranglah akan kemampuan anda atau wlaupun mampu merendah-diri sajalah supaya org tidak memberi harapan terlalu tinggi. Kalau majlis tu agak besar, nasihatkan dia upah pakar, kalau dia tak nak... nak kan kita juga... okay teruskan. bagus sebagai titik permulaan untuk dimensi baru hobby photography anda. tapi pastikan anda mahir menggunakan alatan anda bila menerima kerja tersebut.
Pelajaran paling berharga bagi aku mlm itu ialah:-
1. Cari angle sebaik mungkin, jgn segan, biar sampai tertolak org lain. Gambar tu lama nak simpan tu - sepanjang hayat.
2. Walaupun aku biasa ambil gambar indoor family, indoor office events, majlis ini guna flash banyak kali dgn rapid pasal sarung cincin, tepung tawar, berlangsung dengan cepat dan berturut-turut... hati2 next time flash pitam.
3. Jangan biarkan 'nervous' menguasai anda. Aku sendiri nervous di awal majlis (mengalahkan org yg dipinang ) lepas tu baru rentak aku okay... kemudian masa flash aku pitam tu... aku sendiri rasa nak pitam jugak.
4. Kena kenal betul dgn kamera yang diguna supaya pantas.
terima kasih kerana sudi membaca coretan ini (mcm novel pendek lah pulak ). lepas melalui pengalaman pertama ini aku sekarang lasa lebih konfiden. moga ada rezeki lagi.
kalau tak kisah, korang cerita jugalah pengalaman pertama korang, sama-samalah kita belajar..
[ Last edited by mo-mo at 24-10-2008 09:34 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah gi kursus...cikgu tu cakap kena sediakan kamera kompak satu sebagai spare..kot2 kamera utama hang.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah ditegur masa cover satu majlis kat hotel.... kata 1 pakcik tu "dik camera lens flash semua dah ok tapi apasal diffuser buat sendiri nie pelik sgt.... beli la 1 dik... baru nampak pro sikit...."
aku terpikiaq yer tak yer jugak daaaa....
kadang kadang kita pikiaq hasilan DIY kita cukup bagus tapi kita lupa kita caj org tapi kita pakai equipment dr kertas putih jer hehehehhe
ingat ingatlah yer... org d sekeliling anda yg hadir sebagai tetamu lagi dasat dr anda... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 alongarts\ catat
panass.... |
|
|
|
|
|
|
|
Fulamak.. equipment.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 alongarts's post
benda ni lah yg aku selalu terfikir bila bab-bab majlis nih... di kalangan tetamu tu entah ada yg jauh lebih berpengalaman dr segi equipment dsbgnya....
kat company aku kerja, bila ada event melibatkan org2 kenamaan maka ramailah reporter dan fotographer dtg, segan siottt bila tengok kamera dorang... tapi nasib baik dari pakaian kerja aku diorang tau aku in-house photographer, masa berasak2 ambil gambar ceremony etc mmg aku ada tempat kat depan tu... dorang bagi aku ruang.
tengok dorang punya lowepro yg disandang tu pun aku dah kecut rasa... belum bukak lagi beg tu... heheheh...
entah2 org mcm ni ada dtg majlis yang kita ambik gambar... mahu tak bertambah nervous |
|
|
|
|
|
|
|
pic mana momo???citer je tp takde pic x besh lah... |
|
|
|
|
|
|
|
gambar please .... bukan apa ... kami nak belajar ... sharing is caring |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 mo-mo's post
bro .. ko keja company apa bro? |
|
|
|
|
|
|
|
thanx to momo coz sedikit sebyk pasni sape2 newbie yg dpt job leh la stanby sungguh2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|