View: 3665|Reply: 22
|
Pemasaran Kreatif - curahkan idea anda disini
[Copy link]
|
|
Salam,
terfikir juga tentang pemasaran kreatif di negara kita yang masih baru dan belum diterokai sepenuhnya... Jadi kita gunakan thread ini untuk bagi idea tentang pemasaran kreatif.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku start dulu
http://www.shahabudeenjalil.com/ ... padan-iklan-di.html
Pemasaran Merentasi Sempadan - Iklan di Telur Ayam
Kadang-kala apabila kita terbaca, terdengar atau terlihat sesuatu idea yang mudah, kita mula terfikir "Kenapa aku tak terfikir macam ini ?"
Ramai orang yang memikirkan idea tetapi tak ramai antara mereka yang bekerja untuk merealisasikan idea tersebut. Ada juga orang yang langsung malas nak berfikir.
Pada zaman kereta baru dicipta, semua kereta berwarna hitam. Sehinggalah terdapat penemuan bahawa kereta berwarna juga cantik. Maka inilah apa yang kita lihat hari ini. Cuba bayangkan semua kereta di bandar Kuala Lumpur ini berwarna hitam ?
Ok. Berbalik pada tajuk kita. Pernahkah kita terfikir untuk mengiklankan produk kita diatas telur. Pada mulanya sewaktu rakan saya (Hasnizam Md. Zaki) menceritakan tentang teknik pengiklanan ini, saya gelak besar. Tetapi jika dikaji dengan teliti, memang pengiklanan jenis ini boleh menjadi berkesan dan dalam masa yang sama akan mengurangkan kos pembelian telur.
Terdapat satu syarikat bernama Egg Fussion yang merealisasikan idea ini. Mereka bukan saja meletakan iklan di telur tersebut malah diletakkan juga tarikh luput sesuatu telur itu.
Biasanya tarikh luput untuk telur akan ditulis di atas bekas telur yang dibeli, tetapi kita biasanya akan mengeluarkan telur itu dari bekas tersebut untuk diletakan dalam ruang peti sejuk. Maka kita tidak lagi tahu bila waktu luput telur itu. Kaedah pengiklanan seperti ini akan membantu kita kerana tarikh luput itu tertulis terus di atas telur.
Gambar menunjukan iklan (ERAGON) dan juga tarikh luput telur (EXP 04 27)
Iklan ini bakal bertahan untuk beberapa minggu dalam peti sejuk kita dan kita akan melihat iklan ini setiap kali kita membuka pintu peti sejuk ini.
Iklan ini juga akan diperhatikan dengan teliti oleh pelanggan yang ingin memecahkan telur ini kerana ditakuti telur itu sudah tamat tempohnya.
Gambar di bawah ini menunjukan telur-telur yang telah diletakan iklan oleh sebuah syarikat television untuk mempromosikan rancangan-rancangan television.
Telur-telur yang diletakan iklan rancangan television.
Terdapat banyak lagi kaedah pemasaran dan pengiklanan yang boleh kita sama-sama fikirkan untuk memajukan perniagaan kita.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman
Kuala Lumpur
25 November 2008
http://www.shahabudeenjalil.com/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ayoyo.. takdak org komen langsung ke? |
|
|
|
|
|
|
|
idea kreatif cemana ye, tak berapa jelas tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak tengok case study, boleh study pasal U-Mobile.
Memang good marketing.
Dulu takda siapa berani jamin U-Mobile akan bertahan, semua ingat akan bankrupt seperti MITV. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Iklan telur tu memang kreatif. Tapi persoalan di Malaysia ni, ramai ke yang mahu mengiklan? Kita tengok kat pelbagai tempat, masih banyak advertising space yang kosong malah kat TV dan suratkhabar pun ada agensi kerajaan macam MECD yang bantu.
Kalau cakap pasal iklan, selain telur, atas meja makan di restoran dan warung pun boleh jadi ruang pengiklanan yang baik. dalam keretapi dekat sarung kusyennya, Dalam bas kat sarung kusyennya selain di badan bas, dalam kapal terbang kat sarung kusyennya, dekat tisu.
Di Jepun tisu-tisu diberi percuma sama macam kita bagi flyers. Kalau pengiklan bagi flyers ...maybe last2 masuk tong sampah...tapi bila bagi tisu, sekurang-kurangnya boleh guna sebelum buang dan orang semua nak benda percuma.
Selain tu di luar negara dan di Malaysia pun mungkin dah ada juga kot ....lampu2 yang membentuk iklan2 yang dipancarkan di atas jalan.
Pemasaran kreatif yang murah adalah seperti yang Air Asia buat. Ke mana saja boss2 dia pi akan pakai baju T atau topi jenama berkenaan. Bila wartawan interview dan ambil gambar, imej korporatnya terpampang jelas. Mereka juga menjual di dalam pesawat barang2 berlogo syarikat. Memberi kerjasama kepada penulis buku, wartawan, penerbit drama dan filem untuk memaparkan tentang mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Kos iklan yang terlampau tinggi
Berapa agaknya Power Root bayar kat mawi dan Rosyam? Itu belum campur production cost.
Billboard pon mahal. Contohnya Big Tree yang merupakan anak syarikat Media Prima. Hanya public listed company dan perniagaan yang besar-besar sahaja yang mampu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 26-11-2008 09:42 AM
Kos iklan yang terlampau tinggi
Berapa agaknya Power Root bayar kat mawi dan Rosyam? Itu belum campur production cost.
Billboard pon mahal. Contohnya Big Tree yang merupakan anak syarik ...
dan berapa agaknya yg power root dapat hasil drpd promosi mereka? |
|
|
|
|
|
|
|
big investment in advertising, more profit you get
semua org ade kereta kan? so try gunakan as medium iklan
[ Last edited by PrintChez at 26-11-2008 05:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
alaa..... letak je nama kompeni kat keta korang.... letak no tpon... letak sikit nama produk... bleh jugak tu kan?...
cuma ramai yg malu dugong nak letak tu semua... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by khai149 at 27-11-2008 06:59 AM
geng2 herbalife selamba jer penuhkan sticker herbalife satu kereta diorg...
itu la motivasi yg derang dpt hasil seminar2 dan training yg diorg gi..
yaa. itu dekat kereta. kenapa tak kiter iklan produk2 kiter kat motorsikal. tapi kena motor yang selalu travel la, contoh mat despatch ker? instead mengiklankan produk kiter. mamat despatch tu pun dapat income.
betul tak? itu je idea leh terpikir skang. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau negara lain.. dah ada iklan promosi atas jalan raya.. atau jalan pejalan kaki..... |
|
|
|
|
|
|
|
haha..freecard
more info cntct aku aa |
|
|
|
|
|
|
|
dalam mktg, selalunya peniaga hanya fikir below/above the line punya a & p.
kekadang kita lupa, pr execution dan mktg services atas sales after service is much much cheaper yet its works better. all u need is the right time and at the right place. |
|
|
|
|
|
|
|
ye ye... yg sdia ada pun tak terbuat....
dan yg sedia ada pun masih rileven lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak dak sapa ke nk smbungkan lg tread ni... bg la ide yg bernas..selain dari pengiklanan dlam tb dn srt kbr...apa lg cara pemasaran yg berkesan.. |
|
|
|
|
|
|
|
cara pemasaran terkini...
buat orang ternanti2...tertunggu2...tertanya2...sume nyer penuh ngan suspen... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by monashis at 20-10-2009 22:00
salam..
saya terserempak topik ni...nak add sket je..
marketing ni banyak cara..tapi kenatau apa itu marketing...bagi saya...marketing is let people know...kalo company marketing is let people know bout ur company..
ada banyak cara yang kita boleh buat untuk marketing...
bagi saya antara banyak cara saya suka kalo kita tengok keadaan semasa...paling mudah sekali dari segi fesyen..
kebanyakan saya yakin ramai xsedar tentang tanggapan kita terhadap fesyen..sori jika fesen akan membuatkan lari topik..tapi tau tak...kalo orang pakai baju dedah sana sini dah di anggap biasa...tapi korang semua pkir tak menda ni pelik>???!!!
so conclusion nya..orang suka menda yang nampak aneh...cuba korang pkir dalam2...
bagi saya....marketing menggunakan kapal terbang...letak banner kat pungkoq kapal terbang tu..cari bangunan tinggi.pastu terbangkan ia dalam waktu 15 minit ke.. wat time peak hour...caj la ikut suka ati korang...
macam saya under Dagang Metro...kitaorang ada plan sendiri untuk merancakkan produk marketing kami...
idea ni bukn ngarut...sebab dah buat dah...
yang terbaru dan akan terlaksana insyallah JV ngan senatehouse... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku letak website aku besar2 kat keta, kadang2 aku selamba gantung produk aku kat keta. Ade yg pdg serong, yg gelak pun ade. Tapi aku dah dpt byk customer dari iklan kat keta aku tu...yg penting masyukkk. Biasanya diorg call " sy ade nmpk website awk kt keta tuuutt...tuuuttt tu, kedai kt mne eh?". Selalunya org malu nak letak website sndiri kat keta takut kena cop pki keta company kot...
Klu ade exhibition, aku x join exhibition tu, tapi aku offer kat org yg join exhibition tu JV ngn aku flyers. Depan iklan dia blkng iklan aku, automatically org akan tgk iklan aku & iklan dia. So x pyh aku kuar modal byr booth beribu. Aku upah sorg budak letak dpn booth dia bg flyers. Dia pun x pyh susah2 nak bg flyers kt org. Dah jimat tenaga. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|