SAMSENG penjual telefon bimbit membawa kayu untuk mengejar
Mohamad Nor ketika kejadian salah faham di sebuah kedai menjual
telefon bimbit di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Sekumpulan penjual telefon bimbit di sebuah pusat membeli-belah terkenal di ibu negara bertindak ala samseng apabila membelasah seorang pelanggannya hingga cedera kerana salah faham baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, kejadian pukul 12.40 tengah hari itu juga turut mengakibatkan mangsa, Mohamad Nor Md. Akir, 49, mendapat malu apabila disorak dengan perkataan 'boo' oleh seramai 10 rakan pemilik premis tersebut yang melihat pertengkaran itu.
Bagaimanapun, Mohamad Nor bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan parah apabila pergaduhan itu dapat dileraikan oleh orangramai yang lalu lalang di situ dan pengawal keselamatan premis tersebut.
Menceritakan semula mengenai kejadian selama 30 saat itu, Mohamad Nor memberitahu, kedatangannya ke premis tersebut ialah untuk menukar alat pengecas telefon.
MOHAMAD NOR menunjukkan laporan polis yang dibuat akibat dibelasah samseng penjual telefon bimbit di ibu negara semalam.
Malangnya, kedatangannya telah disalah ertikan oleh pemilik kedai terbabit.
"Sehari sebelum itu, saya pergi ke kedai tersebut untuk membeli alat itu dengan harga RM10 tanpa disertakan resit pembelian kerana saya ingin cepat dan dia pun tidak menawarkan kepada saya.
"Apabila sampai rumah, saya cuba mengecas telefon bimbit saya tetapi ia tidak padan kerana pengecas yang diberi bersaiz kecil dan tidak sepadan dengan telefon bimbit saya,'' katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, keesokan harinya, dia datang semula ke kedai tersebut untuk menukarnya tetapi pemilik kedai itu bukan sahaja enggan menerimanya kerana tidak mempunyai resit malah bercakap dengan nadakuat, kasar dan kesat.
Sapa blh bagi info... booth kat mana ni............:@:@:@:@
[ Last edited by musang_pulut at 1-12-2008 08:19 AM ]
Kalau x silap...booth ni kat tingkat bawah.....pekerja2 ddiapun mmg samseng2....mcm harem senang citer...dan kalau x silap aku jugak la....pekedai tu la yg buat muka seposen ngan aku masaaku just tanya je HP kat kedai dia ni...
mereka2 si samseng ni mmg dah sedia utk apa jua kemungkinan Blek.....Aku mmg dah Block terus beli HP kat Pertama ni...setakat jalan2 tgk gelagat derang tu ok la.....
aku sendiri pernah tgk Tokei kedai bergado dgn Sorang mamat ni...mamat ni pun muka leh tahan gengster....ingatkan dah setel...sekalai mamat tu bawak Geng dekat 20 orang.....abih cermin display HP tu pecah kene henrak dgn helmet geng2 mamat tu....baru dia tahu buku ngan ruas....
penuual2 HP kat Pertama ni mmg berlagak nak mampus kalau ada pendatang2 yg nak beli HP kat kedai mereka.....layan tak layan...walhal aku nengok...skang ni ramai yg melakukan HP2 dan prepaid2 at kedai mereka tu dr golongan pendatang ni la....itu pun masih nak berlagak tokei2 HP ni..:@
aku mmg dah tau dah situ mmg giler vavi kat situ.. so mmg maleh nak carik apa2 kat situ.. gilos bergaduh kat situ.. ada yg simpan pistol woo dlm locker bawah display tu..
biasalah kebanyakkan penjualtelepon mg samseng klu kat tempat aku susah nak jumpa org baik baik buat keja nie klu ada pon jurujual dier je tapi tokey bapak kepada samseng diorg kan kaki seludup sbb tu jual hp dpt untung besoq