View: 3975|Reply: 30
|
Kontraktor Binaan Kerajaan Perasuah?? benarkah atau persepsi?
[Copy link]
|
|
Panas tak topik?hehe..
korang besa dengar tak..kontraktor2 dapat projek..pastu org cakap..
itu kroni die..tak pon dah berapa byk kontraktor tu 'hulur' utk dapat projek..
adakah ini benar ataupon org tu dengki pasai die tak dapat projek tu..
pastu ader plak..kes kene 'pau' time dapat projek..
adela..servis kete T.A la..tukar tayar JD la..mcm2 la..konon kene jaga ati..
'boss'2 tu..benar2 berlaku ke mende2 nie? |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa kalau topik ni bukak kat parlimen, memang pembangkang suker habis...
tapi sebab bersidang kat sini jer....
persepsi - memang BETUL - itulah persepsinya
tetapi - ko tanyalah mana2 usahawan - SIAPA SUKA BERNIAGA DAN UNTUNG PULA TERPAKSA DIBERI KEPADA MEREKA2 YANG MINTAK NI...
so perkataan PERASUAH tu seperti pemberi rasuah dan aku rasa lebih tepat ditukar kepada PEMAKAN DUIT HARAM iaitu mereka yang memintanya. dan topic thread ni lebih tepat KERAJAAN KASI KERJA PEMAKAN DUIT HARAM...
pernah jugak orang mintak, tapi yang mintak2 ni kitaorang tak layan, tak per tak dapat job, buat apa dapat projek kalau at the end rugi, nak masuk kg buat jalan... tok penghulunya mintak sebahagian, ketua bahagiannya mintak sebahagian, ajk2nya mintak sebahagian... so yang tinggal tu - bukan cukup nak buat kerja as per spec... sebab tu byk kerja kerajaan - kualiti rendah...
tapi org yg tak mintak2 ni, bohonglah kalau kita tak bagi apa2 - takat belanja makan, takat duit kapalterbang - kita bayar jugaklah - bukan rasuah - sekadar orang berbudi kita berbahasa - sebab orang2 tu pun byk memudahkan kerja2 kitaorang...
kalau belanja makan pun consider rasuah.... emmm ... org buat kenduri kahwin, dtg tak yahlah makan... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
ikut prinsip integriti ...benda macam belanja makan, tiket kapal terbang free tu pun dikira rasuah...mengikut keadaannya.
Tapi kenduri bukan rasuah...tetapi ia boleh jadi rasuah.
Contohnya kita dijemput kenduri kahwin, kita datang dan makan. kerana tuan rumah memang niat nak buat kenduri untuk meraikan perkahwinan...memberi tahu kenalan tentang perkahwinan tersebut tanpa niat lain. Kalau kita tak datang pun kenduri tetap diteruskan
tetapi ia akan jadi rasuah bila dia buat kenduri, menjemput vip-vip dan berharap mendapat projek.
Dah nak dekat raya haji orang lain satu orang satu keluarga atau diri sendiri biasa buat korban seekor atau dua lembu atau kambing tapi dia mungkin taja 10 ekor dan konon ikhlas nak tolong orang miskin dan berkorban tetapi sebenarnya nak popular kerana nak bertanding pilihanraya kecil atau pemilihan parti (ahli politik)-niat sebenar.
Tapi ada juga yang betul2 ikhlas contoh macam dalam cerita Abang(1981) dah rasa nak mati ....derma harta kat surau sampai 100000 dan selesaikan pengagihan harta antara adik beradik. Kerana sedar diri harta tak boleh bawa masuk kubur.Tapi pahala. Jadi kita jangan buruk sangka
sedangkan ambil bawa balik harta pejabat macam pen pensil yang hak kerajaan pun dari segi integriti dikira rasuah. Guna e-mel organisasi untuk tujuan peribadi pun rasuah. Tetapi ia atas budibicara bos la. benda macam e-mel internet, pen pensil bos tak berkira sangat tapi kalau telefon, minyak, jarak, MC, lambat, tipu claim semua tu ada padahnya kerana pekerja di bayar untuk bekerja tapi bergayut tak berfaedah atau peribadi. bos sanggup potong gaji.
politik wang pun rasuah (yang diberi penjenamaan semula -isi sama kulit lain).
politik wang adalah subrasuah yang berkaitan dengan wang.
selain politik wang, tajaan kapal terbang atau percutian pun rasuah macam kes lingam dan hakim tu.
kalau lingam tu belanja hakim tu as kawan tapi hakim tu tak pernah mengadili kes dia / menangkan dia . tak jadi masalah.
Walau bagaimanapun, perkara macam tiket kapal terbang yang bos sendiri bagi untuk pekerjanya sendiri atas urusan kerja itu bukan rasuah tapi faedah yang diperolehi pekerja sambil kerja. sama juga la macam hadiah promosi yang kita terima daripada pembelian barang atau kita beri dan jamuan2 keraian di pejabat atau yang terkandung dalam program2
Tapi dalam dunia sekarang ni memang amat sukar nak beza antara keikhlasan dan rasuah. Contoh adakah anda nak sponsor saya tiket kapal terbang sedangkan tak kenal saya dan saya tak tolong apa2 dan bukan pelanggan anda.
kecualilah anda dah dapat projek yang keuntungannya dah lepas belanja kapal terbang dan kos belanja makan sipelulus projek atau kerani yang mengurusnya dan buat baik dengan belanja makan atau bagi free tiket flight.
saya nak cerita pengalaman saya dulu, masa kerja dulu saya ditaja syarikat ke luar negeri atas urusan kerja, syarikat di luar negeri yang berurusan dengan syarikat ni meraikan saya macam VIP dan nak bodek saya dengan bawa ke tempat makan eksklusif dan belanja saya biarpun syarikat saya dah sediakan poket maney untuk claim expense termasuk makanan. Oleh kerana syarikat luar negeri dah belanja, wang lebihan poket money yang tak digunakan tu di pulangkan balik ke syarikat di sini. Tetapi trip tersebut gagal kerana pada masa tu saya ni jenis skema yang mana tak menepati kriteria saya, saya tolak. Menyebabkan pendapatan syarikat luar tu sedikit dan gagal cover cost yang mereka belanjakan untuk trip itu. Pabila mereka menyedari saya tidak menguntungkan mereka, hari2 terakhir saya di negara tersebut mereka begitu save budget. Pada awalnya makan di restoran mewah kemudian turun ke kedai makan lepas tu ke warung dan last sekali ke gerai tepi jalan. Nasib baik ada poket money yang bolehlah guna untuk makan di hotel waktu darurat tu. Tak cukup dengan itu bila balik ke pejabat di sini mereka menghantar faks mengklaim kerugian dan perbelanjaan yang mereka tanggung dari syarikat sini akibat kegagalan tersebut. Kalau ikhlas burn saja la ini main tuntut...buruk siku.
Saya rasa bos saya waktu tu bayar juga la. |
|
|
|
|
|
|
|
ader jugak aku dengar..kalu kita tak bagi nanti or tak offer..
org2 berkuasa nie akan menyusahkan kerja kiter..
every single inch kerja kite die akan check..tentunya akan lambatkan kerja kiter..
dah la die nak check..pastu datang lak lambat..
kite and pekerja2 terpaksa la melangut tunggu die..
macam mane tue?
dari segi consumer mmg bagus and patut la dieorang check betul2..supaya takde
la defect..
kalu ader bodek2..hulur2 skit..die bole la pejam mate benda2 kecik2 yang kite
buat..
owh..lagi satu..bodek plak..bole ke tak?
pada aku belanja makan tu termasuk dlm nak membodek kot..
jaga hati kununnya..rasuah ker? |
|
|
|
|
|
|
|
nawaitu dude..
kalau belanja makan sebab sedekah tak kot...
tapi kalau belanja makan sebab rasuah.. tu termasuk dalam rasuah lah..
saya pernah experience t.a. dbkl suruh pakai carpenter dia, tapi saya nak pakai carpenter saya sebab mutu kerja dan harga carpenter saya lebih bagus - lepas tu t.a. tu marah2 dan menyusahkan kerja saya - dtg lambatlah, tak nak sign lah.. yang paling kurang ajar tu dia marah2 tak tentu pasal depan end user lak.. saya ketuk jer pintu timbalan pengarah - komplen.
rupanya kerani kat situ citer t.a. ni memang selalu marah2 kontraktor melayu, yg herannya bila dgn kontraktor cina ok jer...so silap hb la t.a... terkena buku dgn ruas. |
|
|
|
|
|
|
|
deal with kerajaan memang banyak rasuah....
kalau tak suka, buat business kat open market..lagi baik
compete dengan harga, service and delivery
tak payah rasuah, rosak name |
|
|
|
|
|
|
|
jgn 100% rely on govt project.
govt project ni as an added value to company jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasuah? Aku tak suka pakai perkataan ini sebab akan membuatkan aku rasa bersalah. Let's use another word. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 WonBin\ catat
Kita gunakan "pelincir" |
|
|
|
|
|
|
|
"token"?
"org berbudi kita berbahasa"?
"org yang memakan margin kita"
"org yang tidak berintigriti?"
"bisnes partner" dlm menconfirmkan sales |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin segelintir jer yg buat... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 hamikai's post
My 2 cent...
Same je gomen atau private..takde beza.
Tak semua gomen pau, dan tak semua private tak pau....vice versa
So aku kurang setuju kalau nak cari exit untuk tak nak rasuah kene pegi private..
Aku ni takde la lame mane buat bisness, bisness singgit dua inggit la katekan..tapi dua dua pun lebih kurang je..
Secara realistik, dalam konteks kontraktor ni, competition dr kontraktor yang beribu ribu lemon yang menyebabkan rasuah ni terjadi. Dari tak dpt langsung project, untung seribu pun jadik ek?
Kalau nak diamati, nak ikut buku, kontraktor kat malaysia ni banyak yg tak bertauliah..dan dieorang ni lah yang terpakse memberi rasuah sbb terpaksa nak compete..ni root of all cause..ape yg terjadi skang ni hanyalah rentetan sahaja.
Aku tgk, malaysia ni ade banyak jenis contractor..
1) Proper Contractor ( Owner Ada engineering background, bukan pinjam pakai lesen, betul2 buat keje )
2) Contractor Wasiat ( Yg ni contractor turun temurun, tak reti pun takpe, ali dan baba kan ade )
3) Contractor Politikus ( Yg ni confirm, semua parti pun same, bila dah masuk politik, tiba2 jadi kontraktor)
4) Contractor Tido ( Yg ni senang je keje die, register guna nama org, pastu tido, sbb lesen org pinjam)
5) Contractor Terdesak ( yg ni classic, diakibatkan gagal utk cari keje, semua masuk construction )
6) Contractor Bersara ( bekas polis, cikgu, attendan hospital, bomba, ambulans, security guard, eh semua lah yg buleh bersara, semua nak jadi contractor )
Jadi, kalau nak study case ttg rasuah dlm construction...
job ade 1.....yg nak berebut adalah 6 golongan diatas..yg proper contractor tu dah confirm strong dan ada weight...yg 5 lagik tu, tangan dalam poket je ke?..
Hehehehhee...
go figure.
my honest 2 cents..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku percaya.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by boe at 4-12-2008 04:53 PM
Panas tak topik?hehe..
korang besa dengar tak..kontraktor2 dapat projek..pastu org cakap..
itu kroni die..tak pon dah berapa byk kontraktor tu 'hulur' utk dapat projek..
adakah ini benar ataup ...
bro!
ini memang satu kenyataan. Dlm line aku skrg ni.... rasa nak muntah la bila cite bab ni.
especeli teringatkan muka2 dowang yg tak sedar diri tu.
bosan aku dgn kerenah mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
erm.. kadang2 aku terpikir masalah lagi besar menimpa negara akibat perbuatan mcm ni..
camna anak bini yg makan pendapatan ni.. secara tidak langsung mmg benda2 haram ni akan mengakibatkan perangai anak mcm haram jadah..
selalu yg mintak ni org2 melayu.. dan sebab tu la kadang2 anak2 melayu ni teruk..
ada jugak anak cina dan india teruk.. tp ironinya pekerjaan dan attitude bapak tu menjadikan anak perangai mcm haram jadah.
tu tak kira konteks yg lagi besar.. kerajaan campurkan cukai haram dan halal.. pastu berikan gaji kepada seluruh kakitangan awam yg majoritinya melayu..
so.. korang rasa agaknya camna kedudukan kita skang ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 Alt-F4's post
hahahah... jgn undi.......... |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh jugak.. undi kena undi gak.. tp undi parti kunci ke.. paku payung ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Alt-F4 at 19-12-2008 02:03 AM
erm.. kadang2 aku terpikir masalah lagi besar menimpa negara akibat perbuatan mcm ni..
camna anak bini yg makan pendapatan ni.. secara tidak langsung mmg benda2 haram ni akan mengakibatkan per ...
hang tuah kan dah kata "tak kan melayu hilang di dunia"
dimana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung
hujan emas negeri orang
...ps. teringat sorang bekas ofis mate - masa kerja - kutuk benda yg sama - pastu lama tak jumpa - adalah baca story dia kat majalah - suami dah jadi ydp - baguslah...
last week ada org tunjuk rumah banglo ada swimming pool kat damansara - itulah rumah dia..
ooooohhh.. banyak betul gaji ydp yer, bole bina property macam ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|