View: 15884|Reply: 166
|
Album Mawi : Qasidah Allah Habeebi
[Copy link]
|
|
Qasidah Allah Habeebi album Mawi paling mahal
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
"ALBUM Qasidah Allah Habeebi ini adalah album paling mahal saya berbanding album saya yang lain,” luah penyanyi
Asmawi Ani atauMawi ketika majlis pradengar album keempatnya di Bukit Damansarasemalam. Masakan tidak mahal kerana setiap lagu dalam album terbarunya,Qasidah Allah Habeebi menggunakan muzik ‘live’.
Antara lapan buah lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut adalahAllah Habeebi ciptaan Farihin dan lirik oleh Yasin, Hijab (Bad Hisham/Mawi), Sujud nyanyian duet bersama KRU ciptaan sepenuhnya oleh Edry,Teman Hakiki (Ku Sham/ Dr. Mohd. Asri dan Syeikh Qalam) serta Serojaciptaan sepenuhnya oleh Hussein Bawafie.
Disebabkan semuanya menggunakan muzik ‘live’ maka tidak hairanlahjika kos bagi setiap lagu perlu ditambah RM2,000 daripada kos asalnya.
Menurut ketua pegawai eksekutif Maestro Freddie Fernandez, muzik‘live’ digunakan bagi memberikan impak yang lebih kepada pendengar.
Di samping itu, katanya, muzik ‘live’ mampu meyakinkan pendengar untuk menyokong semula industri muzik tanahair.
“Setiap lagu yang menggunakan muzik ‘live’ berharga lebih daripada RM7,000.
“Dianggarkan bayaran untuk lapan buah lagu sahaja sudah mencapai RM60,000.
Mawi di majlis pra-dengar album terbarunya, Qasidah Allah Habeebi - foto THE STAR oleh AZMAN GHANI
“Itu baru kos untuk lagu dan tidak termasuk kos yang lain-lain dari segi penerbitan dan membuat kulit album.
“Untuk penerbitan, kami anggarkan dalam RM100,000,” katanya.
Mengenai pelancaran rasmi album tersebut, Freddie berkata ia akandilancarkan selepas majlis perkahwinan Mawi dan Ekin yang akanberlangsung pada 20 Disember depan.
Freddie juga menambah, dalam masa yang sama majlis perkahwinan Mawidan Ekin boleh juga diambil kesempatan untuk mempromosikan albumtersebut.
“Jadi, sebab itu kita sasarkan untuk melancarkan album Mawi padaakhir tahun dan dalam masa yang sama dengan majlis perkahwinan mereka,”ujar Freddie.
Menariknya, belum pun lagi album ini terjual, Freddie telahmerancang untuk membuat album baru Mawi selepas ini yang disasarkanpada Mei 2009.
Dalam pada itu, Mawi berkata semua peminatnya boleh mendapatkan album Qasidah Allah Habeebi di pasaran mulai awal tahun depan.
Jelas Mawi, lagu terakhir bagi album tersebut baru sahaja selesai pada dua minggu lalu.
“Selepas lagu dikumpul dan dipilih pada bulan Jun, saya memulakanrakaman vokal pada bulan September iaitu selepas solat Terawih.
“Proses rakaman untuk lagu dan vokal saya secara keseluruhannya mengambil masa selama empat bulan.
“Kiranya, lagu terakhir iaitu Tola’al Badru Alaina bersama Brothersbaru sahaja selesai dirakamkan pada dua minggu lalu,” kata Mawi.
Dalam masa dua minggu lagi, para peminat Mawi boleh mendengarkansingle pertamanya dari album tersebut iaitu Allah Habeebi dicorong-corong radio tempatan.
Lirik Hijab tercipta di Bumi Anbia
Selepas Mawi menulis lirik lagu Ayah, minatnya menulis lirik lagitercetus semasa dia berada di Bumi Anbia maka terhasillah lirik laguHijab.
Menurut Mawi, dia menganggap bidang penulisan lirik sebagai suatukarier yang baru selain sedang berjinak-jinak untuk mencipta lagu pulaselepas ini.
“Apa yang mendorong saya untuk menulis lirik kerana minat mencuba sesuatu yang baru.
“Insya-Allah, saya bercita-cita mencipta lirik untuk album-album akan datang.
“Sekarang, saya juga cuba untuk membuat lagu pula kerana tangan inisudah cuba-cuba menekan piano,” ujar pelantun lagu Angan dan Sedar ini.
Bercerita mengenai idea menulis lirik Hijab ketika bulan puasa lalu,Mawi berkata dia menulis berdasarkan pengalaman yang dilihat dandirasai.
“Bait liriknya memberikan sebuah cerita yang mengajak orang kembali kepada Allah.
“Lirik ini tidak ditujukan kepada ‘sesiapa’ tetapi untuk dikongsibersama semua. Saya ingin mengajak semua orang kembali mengingatiNya.
"Saya hanya mengambil masa selama dua hari untuk menyiapkan lirik ini,” tutur Mawi.
[ Last edited by Syd at 24-4-2009 00:57 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak beli
teringin nak dgr lagu no 3 tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 Syd\ catat
oooooooooooo baju ni mawi chat kat @15 semalam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
paling mahal tak sebut pulak berapa harganya
dah mahal.. tak bolehlah nak beli |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 sRbA's post
baju recycle kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 dino's post
lagu biasa dengar tu kan?
mawi bawa irama lain ke?
yg seroja tu mcm yg mawi nyanyi kat konsert AF3 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 dino\ catat
dino, pinjam erk, nak burn jerk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 sRbA's post
dino tentu setuju n suka
dpt peluang jumpa
ke dah pernah
|
|
|
|
|
|
|
|
aku harap album selepas nih plak
dia duet ngan kikis
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niy at 5-12-2008 11:44 AM
lagu biasa dengar tu kan?
mawi bawa irama lain ke?
yg seroja tu mcm yg mawi nyanyi kat konsert AF3 ke?
musti best nih... rasanya rabbani or raihan ade nyanyi kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 sRbA's post
rumah yg mna
key ell ke ganu?
wah wah wah ... dlm diam je dino nih |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 dino\ catat
mana ada cakap, taip jer ni hah |
|
|
|
|
|
|
|
weh2 back to cite psl album |
|
|
|
|
|
|
| |
|