View: 2938|Reply: 8
|
perang: india vs pakistan!!
[Copy link]
|
|
Pakistan, India diambang perang
SEKUMPULAN penunjuk perasaan membakar bendera
India sebagai tanda protes di Karachi semalam.
ISLAMABAD - Pakistan mengerah sejumlah askar yang ditempatkan berhampiran Afghanistan supaya bergerak ke sempadan India ketika ketegangan dengan New Delhi semakin memuncak, kata beberapa pegawai kanan semalam.
Hubungan dua negara jiran Asia Selatan itu bertambah buruk sejak serangan di Mumbai pada bulan lepas apabila New Delhi menyalahkan militan-militan berpangkalan di Pakistan sebagai dalang.
Bagaimanapun, Islamabad memberitahu, India sehingga kini gagal mengemukakan sebarang bukti bagi membolehkan negara itu mengambil tindakan.
"Kami tidak mahu mencetuskan perasaan panik mengenai peperangan tetapi kami perlu melaksanakan langkah keselamatan bagi menghalang sebarang ancaman," kata pegawai kanan tentera tersebut yang enggan mendedahkan jumlah sebenar anggota tentera yang terlibat.
Namun, seorang pegawai kanan lain memberitahu kerahan tersebut hanya terhad di beberapa lokasi di sempadan di mana terdapat pertambahan bilangan askar India.
Pegawai berkenaan menambah, kerahan tentera itu dilakukan selepas Islamabad menyedari terdapat pergerakan tentera India ke arah kawasan sempadan berdekatan bandar Lahore, timur Pakistan.
Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan-kumpulan militan Pakistan mengambil sikap untuk melupakan persengketaan dengan kerajaan dan bersetuju membekukan serangan terhadap tentera negara itu.
"Kami bukan sahaja akan mengelakkan sebarang tindakan agresif di wilayah-wilayah ketua puak tetapi kami juga akan menggantung serangan lintas sempadan keatas tentera asing di Afghanistan," kata jurucakap sebuah kumpulan serpihan Taliban, Maulvi Omar.
India dan Pakistan sudah tiga kali berperang sejak kedua-dua negara itu mencapai kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1947 di mana dua peperangan itu melibatkan wilayah Kashmir.
Sementara itu di New Delhi, kerajaan Perdana Menteri Manmohan Singh memberi amaran terhadap rakyat negara itu agar berhenti daripada melawat Pakistan.
Semua cuti anggota dan pegawai tentera turut dibeku atau dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap perkembangan terbaru berkenan. - Agensi
dah zaman alaf 21 nih pun masih nak jadik barbaric bunuh sana sini... heran aku ngan manusia nih !! cisssss :@ perang2 ni dah so jaman medievel.... barbaric time dah.. wokeyy jaman sekarang worang berlomba2 nak maju... india pakistan ni lagi lomba2 nak bunuh sama sundrik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tentera Pakistan dikerah ke sempadan India
ISLAMABAD 26 Dis. - Pakistan telah mula memindahkan ribuan askarnya dari sempadan di Afghanistan ke sempadan India, berikutan ketegangan ekoran serangan di Mumbai, baru-baru ini.
Seorang pemberita Associated Press hari ini menyaksikan sendiri kira-kira 40 trak tentera memindahkan anggota dari Waziristan Selatan.
Hubungan antara Islamabad dan New Delhi bertambah buruk sejak serangan militan ke atas bandar raya Mumbai, di India yang meragut 172 nyawa, yang didakwa oleh India dilakukan oleh kumpulan pengganas dari Pakistan dikenali sebagai Lashkar-e-Taiba (LeT).
"Kami tidak mahu menimbulkan kebimbangan mengenai perang namun tindakan keselamatan perlu diambil untuk mengelak sebarang ancaman," kata seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan Pakistan.
Tentera darat dan udara dipanggil pulang beransur-ansur baru-baru ini, dalam operasi di Lembah Swat dan kawasan Bajaur yang bersempadan dengan Afghanistan.
India hari ini turut memberi amaran kepada rakyatnya agar tidak melawat Pakistan.
"Rakyat India dinasihatkan supaya tidak pergi atau berada di Pakistan kerana keadaan tidak selamat," kata jurucakap Kementerian Luar India.
- Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
US sedang masuk jarumnya ...
perang iraq dah hampir tamat
US kena cari sasaran baru jual senjata |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
india dan pakistan
jadi taruhan US
kemungkinan agen CIA daripada US di belakang serangan Mumbai
dah banyak sejarah beri petunjuk yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 budakjawa's post
betul gak apa ko cakap ni....
depa dua gaduh... amerikana yg hepi... cissss |
|
|
|
|
|
|
|
India - Pakistan border at Wagah
India's Border Security Force, in light-colored uniforms, and Pakistani Rangers soldiers, in black, marched in August.
WAGAH CROSSING, India-Pakistan border - If nations rose and fellaccording to their camp quotient and funny hats, then these rivalswould still be locked in a stalemate.
Most every evening fornearly 60 years, a peculiar ritual has unfolded on what has been one ofthe world's most contentious borders.
As twilight approaches andthe gates are about to close between India and Pakistan, the guards oneither side face off in an elaborate show of martial bravado andchest-puffing that nonetheless includes that most basic of fraternalgestures: the handshake.
Hundreds of spectators from bothcountries cheer as their men in uniform strut, goose-step, and stamptheir feet like impatient bulls. Individual guards on either side breakranks and power-walk toward one another as if to collide head-on, butstop just short of the invisible line dividing their homelands andglower fiercely through their mustaches.
Patriotic songs boomthrough loudspeakers as the national flags are lowered at exactly thesame speed and the gates finally swing shut.
The tightlychoreographed ceremony is part colonial pomp, part macho posturing, andpart Monty Python's Ministry of Silly Walks. The rowdy tourist crowdslove it.
http://www.boston.com/news/world/asia/articles/2007/09/23/its_showtime_at_india_pakistan_border/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Pakistan tidak mahu berperang dengan India'
ISLAMABAD: Pakistan memberitahu India bahawa ia tidak mahu berperang tetapi sedia menggunakan kekerasan jika diserang selepas Islamabad dilaporkan menghantar tentera ke sempadan manakala Amerika Syarikat menggesa dua negara itu mengelakkan ketegangan berlarutan.
“Kami tidak mahu bergaduh, kami tidak mahu berperang, kami juga tidak mahu melakukan kekerasan terhadap jiran.” kata Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani dalam ucapan di televisyen.
Bagaimanapun, Gilani juga berkata, tentera Pakistan bersedia sepenuhnya untuk bertindak balas terhadap sebarang kekerasan oleh India.
New Delhi menyalahkan Islamabad atas keganasan tiga hari di Mumbai tetapi pentadbiran Gilani menuntut jirannya itu memberi bukti mengesahkan dakwaannya.
Pegawai perisikan berkata, beribu-ribu askar Pakistan mula bergerak ke sempadan Afghanistan, India sejak kelmarin. Ada pihak mendakwa, Pakistan akan menempatkan 20,000 askar di sempadan.
Perkembangan itu menyebabkan Washington menggesa dua negara Asia Selatan itu segera menamatkan ketegangan.
Gesaan itu dilakukan berikutan usaha diplomatik yang cuba meredakan hubungan tegang di antara kedua-dua negara, sebulan selepas serangan di Mumbai, yang didakwa India dilakukan oleh kumpulan militan berpangkalan di Pakistan.
Kelmarin, pegawai tentera Pakistan menyatakan pasukan keselamatan negara berkenaan dipindahkan dari kawasan suku kaum berhampiran Afghanistan, kawasan pertempurannya dengan Taliban dan al-Qaeda, ke sempadan di timur India sebagai langkah keselamatan tahap paling rendah.
Pegawai kanan keselamatan dan pertahanan berkata pemindahan pasukan keselamatan itu dilakukan dengan bilangan yang ‘terhad’ tapi berita mengenainya menyebabkan Perdana Menteri, Manmohan Singh mengadakan mesyuarat dengan ketua angkatan keselamatan bagi mengatur strategi pertahanannya.
India juga menasihati warganya supaya tidak melawat Pakistan, atas alasan ia tidak selamat. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
update
Sempadan India, Pakistan rapuh
ISLAMABAD - Perdana Menteri Pakistan, Yousaf Raza Gilani semalam memberi amaran bahawa situasi di sempadan negara berkenaan dengan India semakin rapuh.
Kenyataan beliau itu disuarakan ketika kunjungan bakal Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bagi mengadakan perbincangan untuk mengurangkan ketegangan hubungan antara dua seteru utama tersebut.
Biden dan rombongannya turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari serta beberapa pemimpin negara itu.
"Situasi sempadan kami dengan India sekali lagi menjadi sangat rapuh," kata Yousaf dalam satu seminar.
Yousaf berkata, beliau berasa kesal apabila India membekukan proses damai yang membantu meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara sebelum ini.
"Dunia mesti tidak membiarkan ketegangan antara India dan Pakistan menjadi bertambah buruk," katanya.
Hubungan antara kedua-dua negara kuasa nuklear itu semakin tegang selepas satu siri serangan terancang di Mumbai yang menyebabkan seramai 179 terbunuh pada November tahun lalu.
India menuduh serangan itu dilancarkan oleh kumpulan militan yang berpangkalan di Pakistan dan mungkin mendapat bantuan daripada beberapa agensi rasmi di negara itu.
Namun, dakwaan tersebut dinafikan Pakistan tetapi mengesahkan bahawa seorang militan yang masih hidup dalam serangan tersebut adalah rakyat negara itu. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
| |
|