CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18975|Reply: 138

MAUT dari bade.. 15 Jan 2009

[Copy link]
Post time 23-1-2007 02:57 PM | Show all posts |Read mode

Tajuk 'Malaikat Maut' untuk pikat penonton?
23-01-2007 01:09:21 PM
Oleh WAHIDA ASRANI

DALAM menantikan filem Syaitan lakonan Rosyam Nor, Que Haidar dan Lisdawati ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan bermula 25 Januari ini, pengarahnya Bade Azmi kini kembali sibuk dengan filem terbarunya, Malaikat Maut, yang juga berkonsepkan thriller.

Dengan kos pembikinannya sebanyak RM1.5 juta, filem terbaru Bade ini akan mengetengahkan mesej tersendiri untuk dinilai sendiri oleh audiens, termasuklah aktiviti Black Metal di dalam generasi hari ini.

"Sebenarnya, Malaikat Maut ini ada kesinambungan daripada Syaitan. Bukan melalui jalan cerita, tetapi tema atau konsep bagi dua filem ini adalah sama.



Bade pertaruhkan 'Malaikat Maut' sebagai filem terbarunya yang masih mengekalkan genre thriller (Foto The Star oleh Low Lay Phon)


"Cuma, apa yang berbeza, jalan cerita Malaikat Maut lebih straightforward, penonton akan mudah ikuti keseluruhan filem itu nanti," ujar Bade ketika ditemui di lokasi penggambaran filem tersebut di Little Havana Club, Jalan Ceylon, Kuala Lumpur.

Menariknya, filem ini berkisarkan kepada tiga cerita yang digabungkan di dalam sebuah filem. Elemen misteri turut dimuatkan, selain kisah kehidupan yang memang berlaku di dalam diri manusia.

"Idea jalan cerita filem ini tercetus sebaik saya tamat buat filem Syaitan. Saya buat filem ini berdasarkan fakta yang benar, termasuklah aktiviti Black Metal.

"Bila dicadangkan pada Tayangan Unggul, mereka memang berminat dengan konsep cerita tersebut kerana ada kelainan," kata Bade lagi.

Ditanya tentang penggunaan tajuk Malaikat Maut untuk filem ini, Bade menjelaskan, tajuk tersebut bersesuaian dengan jalan cerita yang diketengahkan di dalam filem itu.

"Sewaktu saya buat Syaitan, ramai juga yang merasakan filem itu adalah filem seram hanya kerana disebabkan oleh tajuknya. Saya serahkan kepada penonton untuk menilai sendiri.

"Tetapi, apa yang pasti, walaupun ia bukan filem seram, tajuk 'Syaitan' itu masih relevan dengan jalan ceritanya. Begitu juga saya lakukan untuk Malaikat Maut.

"Mungkin tajuknya agak 'pelik', tapi percayalah, mesti ada sesuatu mengenai cerita tersebut yang menyebabkan saya gunakan tajuk seperti itu. Hanya yang menontonnya nanti akan menyedari sendiri maksud sebenarnya," tambah Bade.


               
(Dari kiri); Que Haidar, Nana dan Awal Ashaari antara tunggak utama Malaikat Maut. Ketiga-tiga pelakon tersebut membawakan watak sebagai pengikut Black Metal


Menampilkan bakat-bakat muda sebagai tunggak utama filem ini, antaranya Que Haidar, Liyana Jasmay, Sabrina Hassan, Nana ERA dan Awal Ashaari, Bade berkata, barisan pelakon ini juga merupakan kekuatan untuk filem 'Malaikat Maut' ini.

"Jangan pandang rendah akan bakat mereka. Meskipun kali ini saya tidak guna nama-nama besar di dalam indusri ini, ini tidak bermakna filem ini tidak bagus.

"Saya yakin dengan kebolehan bintang-bintang muda ini. Que Haidar sendiri sudah semakin menyerlah di dalam bidang lakonan.

"Yang penting, saya ingin sampaikan mesej tertentu menerusi filem ini dan saya percaya, mereka ini mampu membawakan peranan masing-masing dengan baik," ujarnya.

Namun, menurut Bade, dia akui, agak 'janggal' pada mulanya kerana ini adalah kali pertama dia membuat filem tanpa penglibatan Rosyam Nor.

"Boleh dikatakan kesemua filem saya, mesti ada Rosyam. Kekok juga pada mulanya.

"Bukan tidak mahu menggunakan khidmat lakonan dia lagi, tapi saya ingin buat sedikit kelainan pada filem ini dengan membariskan semua bintang baru. Itu saja," katanya.

Penggambaran Malaikat Maut telah bermula kira-kira dua minggu yang lalu, namun dihentikan seketika memandangkan Bade perlu menjalani pembedahan akibat batu karang.

Semalam, proses penggambarannya disambung semula yang kini hanya tinggal 50 peratus sebelum melabuhkan tirainya dijangka pada 4 Februari ini. Filem ini dijangka akan ditayangkan di pawagam tempatan pada akhir tahun ini.


----------------------------------------

filem pertama tanpa rosyam... hmmm...





[ Last edited by  aYuGiLeR at 14-1-2009 12:01 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2007 05:38 PM | Show all posts
:clap: :clap:
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 05:43 PM | Show all posts
no rosyam? :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 06:15 PM | Show all posts
cumil la awal ngan bibir itam tuh :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 06:25 PM | Show all posts
disaster jer si awal ashaari tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 08:40 PM | Show all posts
CAM BEST ...

GOTHIC ..:love: .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2007 08:54 PM | Show all posts
kompom aku tak tengok

aku tgk promosi cicakman kemain lagik mcm bagos2

rupanya hampeh (aku tak tgk.. tapi kebykan kawan2 aku yg dah tgk)

ni lagi satu.. kompom mcm shilaker
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 10:28 PM | Show all posts
ada awal..bestnya:love::love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2007 11:47 PM | Show all posts
bada should stop directing film
filem dia makin lama makin teruk, bukan makin bagus
lepas kl menjerit menang filem terbaik (tu pun sebab takde filem lain yg lagi baik), semua filem2 dia pastu ntahapahapa...filem prequel la, gangsterla...
bilut is the most dissappointing...
bazir 3 juta duit felda jek..bajet besar2 tapi filem cam hampas kelapa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2007 12:34 AM | Show all posts

Reply #9 iscol_klang's post

dengarnya syaitan not bad..















Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 06:47 AM | Show all posts

Mari Tengok Gambar Awal jadi Budak Metal ... huhuhuh







Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 09:24 AM | Show all posts
naper lah mesti ader si Nana plastik tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 01:06 PM | Show all posts

Malaikat Maut

Malaikat Maut baru selesai shooting last Friday night. It's directed by Bade Azmi, tapi dari last scene meka shooting, memang power ler. Should be better than Syaitan...and Syaitan itself was pretty ok. Better than Puaka Tebing Biru at least.
Kalau nak tengok behind the scenes and babak2 from Puaka, as well as the shooting of Malaikat, come over to  my blog at http://klubbkidd.blogdrive.com
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 11:05 PM | Show all posts
hahaha geli usus aku.

filwem badar makkin karut la
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 11:14 PM | Show all posts
tajuk filem power gilos
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 01:55 AM | Show all posts
tajuk gempak! harap cerita ok lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2007 11:55 AM | Show all posts
tak minatnyer aku dgn que haidar sejak dua menjak ni.. sejak dia gile glamer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 11:48 PM | Show all posts
ader sesaper tau bila filem nih nak tayang???
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 10:07 PM | Show all posts
tayangan bermula 28 Ogos 2008 (3 hari sebelum Merdeka, 4 hari sebelum Ramadhan)..

BTW, tertakluk kepada perubahan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 02:51 PM | Show all posts
katanyaaa 11 potongan LPF
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.072143 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list