View: 17213|Reply: 30
|
Info berkenaan Lubuk Ikan
[Copy link]
|
|
Oklah..satu thread berilmiah dari CEO...dulu CEO suka gak memancing ni..memandangkan bebanan kerja yang banyak setelah bergelar CEO...minat memancing tu CEO hold dulu...maybe next time CEO akan berkecimpung semula di arena pancing memancing ni.
Tujuan CEO bukak thread yang tak seberapa ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan informasi berkenaan lubuk-lubuk ikang yang pernah CEO kunjungi. Barangsiapa yang mempunyai pengalaman sedemikian, marilah sama-sama menceriakan thread CEO yang mesra alam ni. Ceritakan lokasi lubuk-lubuk ikan yang pernah anda kunjungi supaya manalah tahu ada juga rakan-rakan kita yang ingin mencuba nasib beradu tenaga untuk menewaskan ikang-ikang dilubuk sana. |
|
|
|
|
|
|
|
saya tumpang baca je lah eh |
|
|
|
|
|
|
|
lbuk kg aku: PULAU PANGKOR
1.tukun terendak
2.pulau raja
3.batu mandi,batu keramat, mcm2 lagi la batu ...
4.pulau dua
5.pulau giam n mentagor..
6.tukun perak
bla3....
kesimpulan nya byk la wei..nak tau berhasil ke tak meh try dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
byk wei lubuk..tak ternama aku nak taip sumer...haha |
|
|
|
|
|
|
|
PANGKALAN jeti nelayan di Kuala Dulang Kecil, Yan Kedah, sudah tidak asing lagi bagi ramai pemancing yang menggemari teknik casting (melontar umpan). Jika musim tenggiri mengamuk, kawasan tempat meletak kenderaan sesak di segenap ruang.
Seawal jam 6 pagi, jeti yang sempit mula menerima kunjungan pemancing yang bertali arus semata-mata ingin merasai amukan tenggiri. Jeti Kuala Dulang Kecil menempatkan bot nelayan kecil sesuai untuk dinaiki 4 hingga 6 pemancing tetapi kebanyakannya menggunakan enjin kuasa kuda besar.
Halim Ismail, 36, berasal Yan Kedah menjadikan Kuala Dulang sebagai tempat tumpuan kaki pancing dan nelayan. Penulis yang berkesempatan mencuba khidmat Halim baru-baru ini, puas hati dengan kerjasama yang diberikan walaupun dalam cuaca tidak menentu.
Tekong Halim cukup rajin dan sentiasa berusaha mendapatkan tenggiri untuk pelanggan. Setiap waktu digunakan sepenuhnya supaya usaha beliau menjadi inspirasi pelanggan untuk turut sama berusaha memancing. Menjerat tenggiri di sini memerlukan seseorang melakukan casting berterusan kerana spesies ini tidak memilih waktu untuk membedal umpan asalkan hidangan sentiasa berada di wilayahnya.
Jika musim memuncak, beliau keluar lebih tiga kali seminggu untuk memenuhi tuntutan pelanggan yang kebanyakan taksub dengan penangan dan kelincahan tenggiri merembat umpan. Malah ramai kumpulan pemancing mendapat habuan lebih besar apabila hasil tangkapan boleh mencecah ribuan ringgit untuk tempoh setengah hari memancing. Sebab itu, pemancing menggunakan sepenuhnya peluang yang ada selain puas memancing. Kos memancing ditampung dengan hasil jualan tenggiri yang mencecah RM16 sekilogram.
Bot Halim Dulang biasanya membawa pemancing ke lokasi tumpuan iaitu unjam buluh (tuas) dan lokasi kapal karam. Perjalanan ke sana memakan masa hampir 40 minit . Unjam itu yang diusahakan bersama rakannya dan akan ditambah tiga bulan sekali kerana ia hanya bertahan kurang empat bulan sebelum reput dan tenggelam sebagai tukun. Untuk ke kapal karam, akan mengambil masa hampir sejam.
Tenggiri di situ mudah diperdaya dengan teknik casting menggunakan umpan ikan pelaling mati. Ia dipasang dengan mata kail bersaiz 3/0 hingga 4/0. Seekor ikan umpan kebiasaannya dipasang tiga atau empat mata kail. Perambut kabel 30 paun perlu digunakan bagi mengelak putus digigit spesies bergigi tajam itu. Di hujung mata kail diikat ladung kecil dan pengilat kecil berwarna merah. Ladung bertujuan menenggelamkan umpan manakala pengilat merah akan berputar ketika dikarau. Warna merah dan kilat berperanan memikat tenggiri supaya menyambar umpan dengan rakus.
Selain umpan mati, umpan ikan hidup dari unjam juga lebih cepat memikat tenggiri. Selain itu, sotong plastik dan jig bulu ayam juga boleh digunakan ketika casting. Keterangan, hubungi Halim Tuas: 019-5577406. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pojikun85 at 14-1-2009 03:48 PM
lbuk kg aku: PULAU PANGKOR
1.tukun terendak
2.pulau raja
3.batu mandi,batu keramat, mcm2 lagi la batu ...
4.pulau dua
5.pulau giam n mentagor..
6.tukun perak
bla3....
kesimpulan nya ...
buat la trip bro................... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Joe_Shaper at 15-1-2009 11:26 AM
buat la trip bro...................
erkk..kalu wat sapa nak join?? ada brani ka?:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 Syd's post
syd wat malu2 gi edit gambar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 Ceo-Of-Cari's post
hiks...
memalu eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 Syd's post
tengok CEO...manader edit...real gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 Ceo-Of-Cari's post
kang tak edit
terus jadik avatar ceo
kang orang ingat kita berduet
|
|
|
|
|
|
|
|
syd..kat n9 takde lubuk ko.introduce la sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 MetalFire's post
aku tak tahu lubuk2 yang dorang poie
aku tahu omak aku
selalu poie kat anak2 sungai kat sawah tu jo
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenal pasti lubuk sebelum memancing
Oleh Nuri Angkasa
KATA pepatah orang tua-tua, berjalan siang pandang-pandang, berjalan malam dengar-dengar. Apakah maksud yang tersirat di sebalik pepatah ini? Jawapannya mudah jika ditafsirkan atas kenyataan yang paling hampir pada diri sendiri. Kita yang melakukan perjalanan pada waktu siang yang dapat melihat segenap ruang depan dan kanan kiri jelas. Kita boleh mengelak daripada sebarang bahaya. Ini berlainan pula pada waktu malam yang mana kita hanya dapat menggunakan telinga untuk mendengar sedangkan mata cuma dapat menembusi jarak pandangan yang sangat terhad.
Beralih pada terjemahan lain pepatah ini, ia boleh dikaitkan dengan sesuatu yang baik dilakukan biar kena pada tempatnya dan bukan atas sebab-sebab ada udang di sebalik batu.
Justeru berdasarkan atas fakta daripada pepatah ini, Pak Nuri mengaitkan terjemahan pada aktiviti memancing yang mungkin lebih dekat dengan kita dan baik jika diamalkan sebelum meninggalkan rumah (turun dari rumah) untuk mencari rezeki sama ada di laut, sungai, lombong atau tasik.
Langkah pertama, anda perlu mendapatkan tekong yang berpengalaman dan boleh diterima pakai kejujurannya. Dia juga berupaya mengenal pasti kawasan yang selamat. Jika di sungai, lubuk-lubuk yang tidak harus dikunjungi dan bahaya ada ‘keras’ (tempat ada penunggu) yang boleh dipercayai mengenai kewujudannya kerana makhluk itu tidak dapat dilihat oleh manusia kecuali atas sebab-sebab tertentu.
Di samping itu, tekong juga perlu mengetahui terlebih dulu keadaan cuaca, pasang dan surut air laut serta pelbagai lagi maklumat awal demi kebaikan dan keselamatan.
Orang-orang tua sering mengaitkan juga bahawa lokasi memancing adalah lokasi keras yang sering diganggu oleh makhluk halus sama ada lokasi ini berada di darat mahu pun di laut.
Justeru, mengenal pasti tempat ini lebih dulu adalah satu persediaan yang sangat perlu bagi pemancing. Malah amalan ini perlu dijadikan petua selain daripada minta pertolongan Allah pada setiap masa. Allah berfirman dalam Al-Quran yang maksudnya: “Akulah yang berkuasa di darat dan di laut, Aku yang menentukan buruk baiknya seseorang itu dan Aku yang menentukan rezeki kamu.”
Pak Nuri harap kepada semua pemancing harus mengamalkan prosedur mengenal pasti dulu tempat atau lokasi memancing sebelum turun memancing’ kerana mengenali dulu sesuatu itu adalah kebaikan.
Istilah zaman anak muda sekarang ialah kita kena buat ‘homework’ atau kerja rumah sebelum pergi. Ini bukan setakat lubuk malah anda perlu tahu spesies ikan di situ, umpan sesuai, jaraknya, halangannya, kelebihannya dan kewajarannya. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya forumer,
siapa yang ada lubuk mancing kawasan pulau tioman, pulau tinggi dalam GPS yang boleh dikongsi sama.
GPS aku dah jadi tukun kat pulau tioman gara gara member teruja sangat dapat lubuk ikan merah sampai terpelanting GPS tu ke dalam laut berserta dengan koleksi koordinat lubuk lubuk yang pernah dijelajahi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|