CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21628|Reply: 84

Comet Lulin

[Copy link]
Post time 17-1-2009 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Saksikan komet Lulin Februari ini



Satu lagi fenomena angkasa yang menarik dapat disaksikan apabila komet Lulin (C2007 N3) yang kini bergerak menghampiri bumi akan dapat dilihat dengan mata kasar bulan depan.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) memberitahu, pergerakan komet tersebut antara buruj Scorpius dan Libra sebelum ke buruj Leo pada Februari ini telah dirakamkan dari Observatori Negara Langkawi minggu lepas.

Menurut agensi tersebut, komet tersebut dijangka mencapai tahap kecerahan maksimum dan boleh dilihat dengan mata kasar pada 24 Februari sehingga April.

“Orang ramai boleh melihat komet tersebut di bahagian timur sepanjang malam kerana kecerahan dan kelajuannya akan meningkat dari hari ke hari sehingga ia mencapai kecerahan maksimum,’’ kata agensi itu dalam kenyataan akhbar.

Komet Lulin berada pada kedudukan 0.41 AU (unit Astronomi) dan berada pada jarak paling hampir dengan Bumi pada 24 Februari - lebih kurang 14.5 kali jarak antara Bumi dan Bulan.

Satu AU bersamaan jarak di antara Bumi dan Matahari (150 juta kilometer).

Komet Lulin ditemui pada Julai 2007 oleh Ye Quanzhi daripada Sun Yat-sen University di Guangzhou, China.
Sementara itu, pada 26 Januari ini, gerhana matahari anulus akan berlaku selama tiga jam 46 minit bermula dari lautan Hindi ke sebelah Barat Indonesia.

Fenomena ini berlaku apabila bulan merentas di hadapan Matahari. Namun ia tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil berbanding matahari.



jadik.. hampir sebulan lepas solar semi eclipse   kita dapat tengok  comet lulin lak.... fenomena2 ni ler yg tunjukkan kebesaran tuhan..

[ Last edited by  amazed at 15-3-2009 16:57 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2009 02:37 AM | Show all posts
tak payah pakai telescope kot? nak tgk belah mana ni? timur? barat? utara?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 03:01 AM | Show all posts


Langkawi National Observatory, Malaysia - Jan. 7, 2009
by Karzaman Ahmad

"Comet Lulin image was taken by me from Langkawi National Observatory, Malaysia this morning (Jan 7, 2009) shows its bright 'tail' and 'anti-tail'. Photo details: RCOS 20", STL11000, LRGB combined, total exposure 24 minutes"
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 03:27 PM | Show all posts
nak tengok.. tp camne nk tau komet tu lalu belah timur... nk kena tunggu sepjg mlm ke..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2009 08:50 PM | Show all posts

Reply #2 razhar's post

februari nanti akan kuar news pasai nih... ada update aku bagitahu wokey... atau sesiapa yg dapat informasi pun... bley bagi tahu gak.... :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 10:36 AM | Show all posts
skang....ni terang dgn bulan...tgu skit masa lagi, bila bulan dah mula menjauhi kedudukan komet ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2009 07:45 AM | Show all posts
sesapa yg nak teropong comet Lulin bolehlah tgk Skymap kat sini:


http://www.spaceweather.com/come ... 1naq2l9pm3p8cq895i7

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 02:02 PM | Show all posts
teringat aku tengok komet halley bob tahun 1997... lepas maghrib jer clear terus.. berapa ribu tahun sekali baru leh tengok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 08:51 PM | Show all posts

Balas #3 naen\ catat

encik kayzack ni mmg dasyat gamabr2 dia....
ni antara salah satu gambar yg berjaya masuk ke weather.com....

kira dasyat la dtp papar gmbr kat sana....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 11:00 PM | Show all posts
leh tgk ngan mata kasar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 02:15 AM | Show all posts

Reply #10 sweet_charcoals's post

rasanya pki teleskop kot baru leh nampak..
kecuali kalo guna camera dgn telephoto setkan ke ISO tinggi, long exposure mungkin leh tangkap comet Lulin ni.
tp tuler kena tunggu b4 dawn..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 10:22 PM | Show all posts

Reply #11 aimez's post

elok ler tu... bgun tahajud dulu...

-----
teringat tgok meteor shower (sori...tak ingat sceitific name)
thn 1998 dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 02:59 AM | Show all posts
meteor shower........setiap thn ada.....
geminids
dan
perseids....

msia lebih mudah utk tgk geminids
biasanya pada bulan 12....sebelah mlm....akn nmpk juraian meteor ni

http://www.meteorshowersonline.com/geminids.html
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 03:43 AM | Show all posts
Originally posted by aimez at 1-2-2009 02:15 AM

rasanya pki teleskop kot baru leh nampak..
kecuali kalo guna camera dgn telephoto setkan ke ISO tinggi, long exposure mungkin leh tangkap comet Lulin ni.
tp tuler kena tunggu b4 dawn..


yang paling penting = kena tau ndak tengok arah mana
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 09:07 AM | Show all posts
meteor shower best giler tp oleh kerna kena tunggu lewat malam kena bertahanlah bersengkang bijik mata..
aritu yg aku dpt tangkap Perseids Meteor bln August.


naen: ah itu sudah kemestiannya tgk arah mana..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 01:00 PM | Show all posts

Balas #15 aimez\ catat

rasanya puas bila dpt tgk kan...

bukan selalu boleh tegk kejadian camni, sekali setahun,
dan kalau ramai2....tak la rasa mengantuk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2009 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by me_ai at 2-2-2009 02:59 AM
meteor shower........setiap thn ada.....
geminids
dan
perseids....

msia lebih mudah utk tgk geminids
biasanya pada bulan 12....sebelah mlm....akn nmpk juraian meteor ni

http://www.mete ...



sori off topik kejap ya tuan rumah....

meteor shower ker... yg nmpk byk...mcm percikan bunga api...
seolah2 hujan cahaya.... lama jg anggaran sejam... 1-2 pagi... mmg cantik sguh
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 02:13 PM | Show all posts

Balas #17 gorgonz\ catat

geminids boleh kata 4-5 jam, sapa rajin nak tgu ke tidak je....


pernah join group mencerap ni....utk geminids dah 2 kali aku join,

sekali di Ulu Yam, start kul 11.00 mlm - kul 1 pagi....group ramai la dlm 30 org camtu...
2nd kat pantai kelanang, banting, yg ni sampai kul 2 pagi rasanya,

cuma gmbr tk dpt lagi..
next time kena capture juraian meteor ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 12:02 AM | Show all posts

Reply #16 me_ai's post

betul, rasa puas...
biasanya aku sorang aje tengok meteor, takde geng...tp mmg bestlah!
lagi best kalo tengok kat tempat lapang sket.

ni hasil tangkapan thn lepas
http://www.autumnaurora.com/?p=127

tahun ni Insya Allah jika di izinkan nak tengok lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 12:09 AM | Show all posts

COMET LULIN BRIGHTENS

COMET LULIN BRIGHTENS: Veteran sky watcher Mariano Ribas of Argentina has been monitoring Comet Lulin in the skies of Buenos Aires. "In the past ten days, the comet has brightened by almost 60% (half a magnitude) to magnitude +6.5," he reports. "Even with our heavy urban light pollution, the comet is an easy target for small telescopes and binoculars. Soon, I believe, it will become a naked-eye object for people in the country."

"My retired eyes still can't see it," says Jack Newton of Arizona, "but my 14-inch telescope picked it up quite nicely." He took this picture on Feb. 1st:



Comet Lulin is approaching Earth for a 38-millon-mile close encounter on Feb. 24th. Look for it before dawn in the constellation Libra. A date of note is Feb. 6th when the comet passes by double star Zubenelgenubli. Zubenelenubi is not only fun to say (zuBEN-el-JA-newbee), but also it is a handy guide. You can see Zubenelgenubi with your unaided eye (it is about as bright as stars in the Big Dipper); binoculars pointed at the binary star reveal Comet Lulin in beautiful proximity:

Sky Map

Credit to Spaceweather.com

[ Last edited by  aimez at 2-2-2009 09:10 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.108090 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list