View: 2827|Reply: 2
|
Lelongan Barang2 Sejarah Lama di Christie -
[Copy link]
|
|
Lelongan terbaru Christie
Nilai lelongan barangan era Picasso yang mencecah harga ratusan juta ringgit tidak menjadi halangan kepada pembeli walaupun ekonomi dunia merudum.
SEORANG pekerja syarikat Christie membuat pemeriksaan terakhir
pada barangan antik yang akan dilelong pada 23 Februari ini di Paris.
KARYA agung Brancusi yang lahir pada era Picasso tidak pernah dipertontonkan kepada umum. Begitu juga rekaan kerusi unik oleh Eileen Gray. Kini, karya dan barangan mewah itu ditampilkan bagi menyanjung tinggi mendiang Yves Saint Laurent (YSL) oleh rakannya, Pierre Berge menerusi jualan lelong yang akan diadakan pada bulan ini.
"Para peminat seni berada di seluruh pelosok dunia dan mereka tidak akan berdiam diri dalam lelongan ini," kata Naib Presiden Christie Perancis, Francois de Ricqles kepada AFP baru-baru ini. Christie ialah sebuah syarikat pelelong terkenal di Perancis.
Lelongan itu menyaksikan barangan yang dikumpul oleh golongan kelas atasan pada zaman lebih daripada 50 tahun lalu ditampilkan.
Ia diperoleh di merata pelosok dunia dan para pelelong menganggarkan harganya mencecah sehingga RM10 juta.
Turut dilelong ialah minyak wangi kontemporari, patung antik, barang-barang perak abad ke-16 serta barangan peninggalan China yang dilaporkan dicuri dari Istana Beijing.
Sesetengah pakar menganggarkan jualan lelong itu yang akan diadakan tiga hari bermula 23 Februari ini bakal mencecah jualan sehingga setengah bilion ringgit.
Berge yang merupakan peminat setia dan rakan kongsi perniagaan Saint Laurent telah memutuskan untuk bekerjasama dengan 733 pencari harta karun yang berkaliber selepas kematian sahabat karibnya itu pada Jun lalu ketika berusia 71 tahun.
"Saya harap semua barangan yang kami hargai ini akan mendapat pemilik baru daripada pengumpul barangan antik. Ini merupakan jalan untuk menghasilkan kerja seni," kata Berge sambil menambah dia tidak menyesal dan tiada nostalgia terhadap barangan yang akan dilelong itu.
Antara koleksi karya-karya hebat itu ialah Toulouse-Lautrec, Matisse, Leger dan Mondrian yang pernah dimiliki oleh pengarah filem Otto Preminger.
Saint Laurent begitu menghargai Mondrian dengan meletakkannya dalam koleksi legendanya pada tahun 1965.
"Dari sudut mana anda melihatnya, ia merupakan koleksi yang cukup luar biasa," beritahu De Ricqles.
SUNGGUHPUN ekonomi global merudum, masih ramai
berminat untuk memiliki barangan lelong Christie
Dikumpulkan oleh Saint Laurent dan Berge mengikut gaya Raja Renaissance, beliau berkata, ia ialah koleksi sempurna dalam keadaan yang amat baik dan dihasilkan menerusi seni moden sehingga kepada seni perabot dan perhiasan batu permata.
Saiz ukuran penjualan adalah luar biasa. De Ricqles menjelaskan ia sebagai satu tonggak sejarah dalam lelongan terbesar.
Proses lelongan yang akan diadakan di Dewan Besar Paris Grand Palais itu telah mendorong syarikat Christie mencetak lima siri tawaran dalam 1,800 muka surat yang mempunyai berat 10 kilogram.
Sebanyak lapan pelelong akan bekerja sepanjang acara tiga hari tersebut, dengan 100 saluran telefon telah disediakan termasuk 900 tempat duduk untuk para pembida.
Dalam satu perkembangan lain, syarikat tersebut sudah mula menjelajah untuk mengambil yang terbaik daripada 90 barangan di seluruh dunia untuk dibawa ke New York bagi satu acara lelong pada bulan November ini.
Kemudian, barangan itu akan dibawa pula ke London dan seterusnya ke Brussels.
Pada awal abad ke-19, patung Brancusi dianggarkan bernilai RM69 juta dan tidak pernah dipamerkan kepada orang ramai.
Kerusi naga unik berkulit yang berwarna coklat itu pula diletakkan pada harga RM13 juta dan dihasilkan oleh seorang arkitek Irish yang juga seorang pereka, Eileen Gray.
Meskipun ekonomi global merudum, syarikat Christie yang telah memperbaharui semula anggaran nilai hasil kerja dalam keluaran September lalu mengatakan nilainya sentiasa berubah-ubah.
Beberapa harga barangan telah diturunkan seperti Cubist-era Picasso yang bernilai RM139 juta tetapi akan dikurangkan pada harga RM46 juta untuk acara lelongan tersebut.
Sementara itu, para peguam dari China telah mengancam untuk menyaman syarikat Christie ekoran penjualan dua kepala haiwan yang diperbuat daripada gangsa dan pernah menjadi perhiasan di istana musim panas atau Yuanmingyuan di Beijing.
MINYAK wangi era tahun 1950-an ini akan turut dilelong.
Barangan unik itu telah dicuri ketika tentera Barat membakar dan menjatuhkan istana itu semasa Perang Opium yang kedua pada 1860.
Bagaimanapun, jurucakap rumah lelongan itu berkata, barangan peninggalan bernilai RM46 juta itu tetap akan dijual.
"Kami belum menerima sebarang notis pemberitahuan," kata seorang jurucakap Christie. - AFP
************************************************************************************
kalaulah jadi jutawan (macam lagu jamal tu..) memang saya nak pergi kat christie ni -
masa kat oversea every weekend mesti pergi garage sale and auction -
best sangat... barang2 kat auction pun nice dan kalau dapat good deal memang
worth it --
suka mc tu cakap -- we have 10 dollars, 10 dollars, 10 dollars, 10 dollars, 10 dollars
(cepat2 la pulak dia sebut dan ada 'melodi' dia...) pastu dia tunggu orang bid lagi..
tapi masa sebut 10 dollars tu - laju macam kambing... saya mesti ketawa every time
mc tengah buat auction -
beli barang2 kat auction memang seronok sangat -- dan lagi best kalau yang kita bid
tu - tak ada orang nak... -- so usually kita dapat la -- tak ada nak compete -
|
|
|
|
|
|
|
| |
|