Air Wudhu...Part mana Wajib? Part mana Sunat?
Esok air kat rumah aku kene tutup...sebab nak fix plumbing...sepanjang hari
nanti aku letak air lam besen...nak jimat2 air...tapi besen tu kecik jerk...
so...aku nak tau part mana yg wajib..mana yg sunat
Originally posted by juwaini at 11-2-2009 07:10 PM
Ko isi air mutlak tu semua ke dalam botol mineral kecik bebanyak. Nanti takde la air tu jadi mustakmal.. Pastu ko niatkan tangan ko sebagai cebuk...
Originally posted by juwaini at 11-2-2009 07:10 PM
Ko isi air mutlak tu semua ke dalam botol mineral kecik bebanyak. Nanti takde la air tu jadi mustakmal.. Pastu ko niatkan tangan ko sebagai cebuk...
Sebotol kecik 500 ml tu boleh pakai buat wu ...
oh amik sekali jerk air...tak yah...main 3 kali cam biasa tu kan?
Bolehkah air mustakmal digunakan sebagai air wuduk?
Baru-baru ini rumah saya ketiadaan air.
Air yang ada disimpan hanyalah ada sebaldi air terletak di dalam bilik air. Tatkala itu saya teringat kembali apa yang telah saya pelajari tentang air mustakmal. Saya perlu pastikan betul-betul hukumnya, kerana jika saya ingin mencedok air tersebut dengan tangan saya, adakah air tersebut boleh digunakan lagi?
Sebelum saya menceritakan apa tindakan saya selepas itu, saya rasa elok kita ulangkaji kembali apakah sebenarnya air mustakmal, dan adakah ia boleh digunakan untuk wudhu?
Definisi
Menurut Al-Fadhil Ustaz Ismail Kamus, pengarang buku Panduan Fardhu Ain (Al-Tafkir Enterprise, 1997), air mustakmal bermaksud “air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas sama ada hadas kecil ataupun hadas besar. Ini bermakna air yang telah digunakan untuk membasuh anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai dua kolah, ia dikira sebagai air mustakmal dan tidak sah digunakan untuk bersuci sama ada berwudhu atau mandi wajib”.
Beliau menyambung lagi, “Begitu juga sekiranya air basuhan wajib tertitik ke dalam air yang tidak sampai dua kolah, ia dikira mustakmal.”
Saya kira ini merupakan panduan asas yang telah kita pelajari selama ini. Saya mengajak kita untuk meneliti hal ini baik-baik kerana di sini terdapat beberapa isu penting yang ramai antara kita kurang tahu, iaitu pandangan mengenai air mustakmal menurut perspektif Al-Quran dan As-Sunnah.
Sahnya penggunaan air mustakmal menurut hadith-hadith sahih
Humran r.a. telah berkata:
“Sesungguhnya aku telah melihat Uthman bin Affan meminta sebekas air untuk berwudhu. Kemudian, beliau menuangkan air dari bekas itu ke telapak tangannya dan mencuci kedua-duanya tiga kali. Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam bekas air wudhu itu lalu berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya. Setelah itu dia membasuh mukanya tiga kali….. (beliau membasuh pula anggota wudhu lain, saya sengaja pendekkan di sini -moojaheed) …..Kemudian dia (Uthman bin Affan) berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w berwudhu seperti wudhuku ini.” -Hadith Riwayat Al-Bukhari
Dalam hadith ini, terdapat satu keterangan jelas tentang:
* Uthman bin Affan telah mencelupkan tangannya ke dalam bekas air untuk berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung.
* Kemudian beliau menggunakan bekas yang sama tapi untuk membasuh mukanya pula.
* Kemudian beliau berkata bahawa beliau melihat beginilah cara Rasulullah berwudhu.
Kesimpulannya, hadith ini menunjukkan dengan jelas bahawa sah wudhu jika tangan telah dicelup ke dalam bekas air dan air tersebut digunakan lagi untuk membasuh anggota lain. Ini jelas berlawanan dengan konsep tidak sah penggunaan air mustakmal yang telah kita fahami selama ini.
Ada juga hadith lain, beginilah ia berbunyi:
Abu Juhaifah r.a. berkata:
“Suatu hari, ketika waktu tengahari, Rasulullah s.a.w telah keluar lalu diberikan sebekas air untuk berwudhu. Setelah selesai, orang ramai menggunakan lebihan air wudhunya itu lalu berwudhu.” -Hadith riwayat al-Bukhari
Tentang hadith ini, al-Hafiz Ibnu Hajar, seorang Imam pakar hadith dan pengarang kitab syarahan sahih Bukhari, iaitu kitab Fath al-Bari, telah memberikan komennya: “Di sini terdapat keterangan yang sangat jelas mengenai sucinya air mustakmal.”
Ini kerana jika diperhatikan dalam hadith, jelas disebut bahawa orang berwudhu dengan “lebihan air wudhu baginda”. Malah, jika difikirkan dengan logik, dengan sebekas air adalah sukar untuk semua orang dapat berwudhu dengan menuangkannya ke tanah, melainkan orang ramai mencelupkan tangan mereka ke dalamnya.
Syeikh Sayyid Sabiq berkata:
“Hukumnya (air mustakmal) suci lagi menyucikan sebagaimana halnya iar mutlak tanpa ada perbezaan walau sedikit. Hal itu disebabkan asalnya yang suci, sedangkan tidak ditemui satu alasan pun yang mengeluarkannya dari kesucian itu” -Kitab Fiqh al-Sunnah, karya Syeikh Sayyid Sabiq
Pendapat Imam Syafie tentang air mustakmal
Di dalam kitab al-Umm yang amat terkenal, karangan Imam Syafie r.h., telah tertulis:
“Apabila seseorang meletakkan air, lalu dia mengerjakan perbutan sunat dengan bersugi dan dia membenamkan sugi itu ke dalam air, kemudian dia mengeluarkannya, pasti dia dapat berwudhu dengan air itu. Kerana yang terdapat pada sugi itu adalah air liurnya. Sekiranya dia meludah, berdahak atau mengeluarkan hingus ke dalam air, nescaya ia tidak menajiskan air itu. Binatang ternak itu sendiri minum di dalam air dan kadang-kadang bercampuran air liur dengan air maka ia tidak menajiskan air kecuali anjing dan babi.”
Jelaslah menurut beliau sendiri, iaitu imam dan pengasas kepada mazhab Syafie yang dianuti ramai umat Islam Malaysia, bahawa sah berwudhu dengan air yang telah digunakan. Malah walau jika dalam air itu terdapat kahak dan air liur, ianya masih suci dan masih boleh digunakan, kerana kahak dan air liur bukanlah najis.
Demikianlah pemahaman asli mazhab Syafie tentang isu ini. Anda telah melihat sendiri apa yang ditulis Imam Syafie r.h.
Perlunya kita kepada berfikiran terbuka untuk menerima kebenaran
Adalah malang sekali jika kita tidak bersikap terbuka fikiran dalam menerima sesuatu kebenaran, iaitu hujah-hujah yang disokong fakta dan bukti.
Dalam isu air mustakmal ini, kita dapati memang wujud hadith-hadith sahih, dan disokong oleh komen dan pendapat para ulama terkemuka yang mengatakan bahawa sah berwudhu dan bersuci menggunakan air mustakmal.
Malah, tiada dalil sahih yang menunjukkan larangan menggunakan air mustakmal untuk wudhu dan mandi wajib.
Jadi sebagai seorang muslim, kita bertanggungjawab untuk berpandukan kebenaran walau dari mana ia datang. Adalah ruginya kita jika masih menganggap tidak sah menggunakan air mustakmal, kerana dengan selalu menggunakan air yang mengalir, kita banyak membazirkan air. Bil air pun semakin naik.
Malah, dalam keadaan tiada air, kita tetap masih mahu menuangkan air menggunakan gayung, sedangkan kita boleh sahaja mencedok air menggunakan tangan ke dalam baldi untuk berwudhu, sepertimana yang disebut dalam hadith-hadith sahih di atas.
Sebab itulah akhirnya, semasa rumah saya ketiadaan air tersebut, saya mengambil keputusan untuk mencedokkan tangan saya ke dalam baldi untuk berwduhu, agar lebih banyak air dapat disimpan untuk kegunaan ahli keluarga saya yang lain.
Ruginya kita tidak mengambil apa yang mudah dalam agama ini, sedangkan yang mudah itu adalah pilihan Rasulullah s.a.w. Aisyah r.a. berkata:
“Tidaklah Rasullullah s.a.w jika diberi dua pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah diantaranya selagi tidak mengandungi dosa.” -Hadith sahih riwayat Al-Bukhari
Originally posted by eastrun at 11-2-2009 07:41 PM
Bolehkah air mustakmal digunakan sebagai air wuduk?
Baru-baru ini rumah saya ketiadaan air.
Air yang ada disimpan hanyalah ada sebaldi air terletak di dalam bilik air. Tatkala itu saya ...
oh kesimpulannya...
kita leh recycle air...asal jangan ada air liur babi and hanjeng...
tapi...klu berwudhu tu nanti...nak amik sekali ka..or tiga kali?
Originally posted by nursha at 11-2-2009 09:07 PM
Klu xde air camni...skali pon dah ckp..
tp make sure rate la..
3 kali tu..sunat je..
yg wajib nye..ratakan air ke anggota wuduk..
Originally posted by nursha at 11-2-2009 09:37 PM
Salah tu..
camni...mule2, niat dlu..
pastu, muke.. then tgn kanan n kiri..,sbhgn kepale, laz skali kaki..
tgn dgn muke,muke dlu..
oh thank you
dah faham dah semua..
i appreciate your help..
and thanx kpd semua kerana sudi membantu and mengajar....
makcik,
kalau complicated sangat, makcik solat jemaah di surau atau masjid. Ambil wuidhu kat sana terus. Lepas-lepas ada air nanti makcik teruskan solat di surau dan masjid berjamaah.
Originally posted by ibnur at 11-2-2009 09:52 PM
makcik,
kalau complicated sangat, makcik solat jemaah di surau atau masjid. Ambil wuidhu kat sana terus. Lepas-lepas ada air nanti makcik teruskan solat di surau dan masjid berjamaah.
oh thank you for the suggestion...
tapi aku dah faham...apa yg dorg sampaikan...