CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8077|Reply: 41

SEMUA TENTANG FRANCAIS [MERGE]

[Copy link]
Post time 13-7-2007 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Usahawan kurang mohon pembiayaan francais PNS
Oleh Zuraidah Mohamed


Hanya RM312.1 juta dapat diagihkan daripada peruntukan RM60 juta



PERMOHONAN bagi mendapatkan pembiayaan di bawah skim pembangunan francais yang ditawarkan oleh Perbadanan Nasional Bhd (PNS) masih rendah, kata Pengarah Urusannya, Rusdi Ibrahim.

Beliau berkata, sejak skim itu ditawarkan PNS awal tahun lalu, agensi itu hanya meluluskan 121 pinjaman berjumlah RM31.1 juta.

Katanya, ini berbanding peruntukan kira-kira RM60 juta yang disediakan PNS bagi membiayai usahawan menceburi bidang perniagaan francais.

揗alah ada di kalangan pemohon menarik diri walaupun permohonan pinjaman diluluskan kerana kurang keyakinan yakin untuk menjalankan perniagaan,?katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Program Francais Siswazah dan Program Francais Wanita di Kuala Lumpur, semalam.

Program itu dirasmikan Pengerusi PNS, Datuk Shahrir Abdul Samad. Hadir sama, Setiausaha Bahagian Francais Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), Zainuddin Ahmad.

PNS, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dan agensi di bawah MeCD, sejak September 2004 diberikan tanggungjawab sebagai agensi tunggal yang menumpukan usaha pembangunan industri francais di negara ini.

Rusdi berkata, PNS sebagai ejen pelaksana bertanggungjawab memastikan setiap pelaburan yang dikeluarkan kepada usahawan terpilih tidak disia-siakan sebaliknya membawa pulangan yang baik sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, ketika ini seramai 305 francaisor telah diwujudkan dengan 193 daripadanya menjalankan perniagaan francais berasaskan produk tempatan.

Bilangan francaisi pula adalah kira-kira 7,000 dengan 600 diwujudkan menerusi pelbagai program pembangunan francais MECD.

揃agaimanapun, tidak semua francaisor itu masih aktif. Justeru, kami meminta mereka mengemas kini data perniagaan masing-masing,?katanya.

Rusdi berkata, PNS akan memperkenalkan beberapa program baru termasuk skim pembiayaan tahun depan bagi menarik lebih ramai Bumiputera menyertai perniagaan francais.

Katanya, antara program yang ditawarkan PNS ketika ini adalah Skim Pelaburan dan Pembiayaan Francais, Skim Francais Perkongsian Pintar, Skim Pembiayaan Untuk Francaisi dan Pelaburan Dalam Syarikat Pertengahan.

揚NS menyediakan pinjaman bermula dari RM50,000 hingga RM2 juta bagi membantu francaisor dan francaisi untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan,?katanya.

Beliau juga berkata, PNS merancang menubuhkan Pusat Perantara Francais sebagai tempat rujukan serta panduan bagi francaisor dan francaisi dalam menangani masalah berkaitan perniagaan.

揑a masih dalam peringkat perbincangan dan proses penyediaan rangka kertas kerja, tetapi pada umumnya ia akan bertindak sebagai perantara dalam menangani pertelingkahan antara francaisor dan francaisi,?katanya.

Sementara itu, Rusdi berkata, PNS meluluskan 63 pinjaman berjumlah RM11.4 juta menerusi Program Francais Siswazah dan Program Francais Wanita yang dianjurkan sejak awal tahun lalu.

揇i bawah program ini, 38 premis perniagaan telah dibuka membabitkan bidang makanan, telekomunikasi, perkhidmatan dan teknologi maklumat (IT),?katanya.

My Comment

Dulu classmate aku salah sorang jurupenilai utk melululuskan loan scheme ni. Aku pernah tanya kat dia, ianya bebaloi atau tidak untuk menyertai scheme ni..Dengan jujurnya dia beritahu aku, dia tak galakakn sama sekali, kalau aku tak desparete..Tapi aku dah lupa alasan yang dia berikan. Klaau tak silap, TERM Loan yang kena bayar dalam masa yang singkat kot...Itu cerita  tahun 2003..

[ Last edited by  elle_gogo at 12-2-2009 05:15 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2007 04:21 PM | Show all posts

SEMUA TENTANG FRANCAIS [MERGE]

iii kengkwn....ada sesape tau x cam ne nk mulakan n jlnkan perniagaan francais like dunkin donuts ke,...avon ke...cosway ke?...ade yg blh membantu...

[ Last edited by  elle_gogo at 12-2-2009 05:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 04:32 PM | Show all posts
ko kene jmp management company tu sndri..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 04:43 PM | Show all posts
actly manela tau kot ade yg bukak francais kan...klu xde mslah leh la kongsi bsama...kan 1 ilmu tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2007 08:18 AM | Show all posts
cuba ko try pegi tanya kat pejabat MARA.................

ari tu aku pegi, aku nampak ada banyak senarai program franchais yang diaorg jalankan.....................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2007 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by nieyda at 12-12-2007 04:21 PM
iii kengkwn....ada sesape tau x cam ne nk mulakan n jlnkan perniagaan francais like dunkin donuts ke,...avon ke...cosway ke?...ade yg blh membantu...


belek thread belakang2..banyak sangat kisah franchise ni..
siap ada pengalaman suka duka lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2007 11:12 AM | Show all posts
TQ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2007 04:49 PM | Show all posts
try masuk website ni :

www.pns.com.my

www.mfa.org.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2007 04:04 PM | Show all posts

Francais

nk tanye korang....dlm byk2 francais kat mesia ni,agak2 yg mane paling best dan menguntungkan?
kat mane nk dapat info2 pasal francais ni yek? try gak google,tp xdpt ape yg dicari...
kite nk tau,modal yg diperlukan brape,syarat2nye....boleh dibanding2kan,n choose mane yg paling bagus.
dlm kepala skang ada dunkin donut ngn 1901....
ade pape cadangan tak? tq
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 04:08 PM | Show all posts

Reply #1 Bunga^Api's post

http://www.mfa.org.my/ maybe u can refer here
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 04:21 PM | Show all posts
tq airynz...i dah pegi sane,tp xdpt pe yg i nak....
tp jumpe info kat sini.. http://www.pns.com.my/list.html
nway,thanks 4 ur reply

ade sesape kat sini dah buat bisnes francais x?
leh la kongsi2 info
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 04:23 PM | Show all posts

Reply #3 Bunga^Api's post

ko try pegi pejabat MARA.............

macam2 program franchais yang diaorg ada...............
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 04:25 PM | Show all posts

Reply #3 Bunga^Api's post

kebab melawati pun ok gak... driving school pun ok gak... tapi u kena kursus instructor dengan jpj dulu... dah ada sijil baru boleh buat francais ngan mana2 institut...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 11:33 PM | Show all posts

Program Francais PNS-bole kongsi?

aku tahu thread ni banyak sgt kat sini..
tp tlg aku.. aku dlm dilema..
setelah g seminar dan interview PNS, aku disenaraikan layak mengikuti kursus 6 minggu kat Kajang anjuran PNS bwh program francais..
so sebelum 27 hb Mac ni aku dh kene submit jawapan sama ada nak terima atau tak program francais tu..
tp sampai sekrg aku tak dpt jawapan..
so.. kalau sesiapa tahu berkenaan program ni tolong sgt2.. aku memerlukan jawapan utk bt keputusan

aku cdg nk plih dobi n food n baverage...takpun perladangan..
tp tak pasti lgi.. tgk budget dulu
tp aku br jer grade dlm bidang tak melibatkan management, finance dan sewaktu dengannya...
tak sampai setahun..takde pengalaman, saving, masih muda, hobi meniaga.. hehe..

pd pendapat korang program francais ni bagus tak?
apa kebaikan dan keburukannya
ramai berjaya atau ramai gagal

cmne ngn pinjaman, modal yg ditulis masuk sekali ngn modal bkk kedai tak?, ape pdgn mengenai program realiti PNS di RTM, apa2 jerlah yang berkaitan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 11:50 PM | Show all posts
aku rasa baik ko terima je tawaran tersebut.pada pendapt aku beverage memang boleh buat duit sebab semua org makan kan.dobi rasanya kurang mendapat sambutan sebab org yg beze sgt je akan jantar dobi.tapi org kalau beze dia akan makan luar atau tapau je.ni berdasarkan pengalaman aku sendiri.

mesti nanti diorg akan bagi modal dah tempat kan .jadi itu dah cukup bagus.dalam bisness ni kena sabar dan sentiasa pandang kedepan.

dulu aku keje kontraktor tapi letih sebab kena menyembah org untuk dapatkan projek.

baik buat bisness yang customer cari kita bukan kita cari cutomer

just my opiniion
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:16 AM | Show all posts
Salam Izza Dude n Micasa..

Aku tak tahu pasal program PNS.. tapi kalu dah berjaya itvw tuh.. kiranya hebatla..   rasa rugi plakss kalu di tolak...
Macam aku ikut Program Mentor Jutawan.. yg iklan dlm s/kabar..
Program nih.. m'bolehkn kita dpt pojek m'bekal pd k/tgn krjn n badan b'kanun,
pastu dpt latihan n bimbingan selama 1 year...
Kalu Izza nak joint still t'buka lagi.. yg bestnya aku baru je dpt pojek bekal ngan felda... n yg pasti pasni.. banyak lagi aku nak pi link... kalu korg minat.. pm aku..
kerja nih 1 lagi yg best.. pasaran dah ada.. cuma sapa nak wat jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2008 12:49 AM | Show all posts
Originally posted by izza_dude at 24-3-2008 11:33 PM
setelah g seminar dan interview PNS, aku disenaraikan layak mengikutikursus 6 minggu kat Kajang anjuran PNS bwh program francais..
so sebelum 27 hb Mac ni aku dh kene submit jawapan sama ada nak terima atau tak program francais tu..


aritu aku ade pegi seminar dia... tapi diorg panggil interview aku tak pegi... aku tak ready lg laa.... bz ngan keje ngan part time study... nak tambah lg satu keje... huhuhu....   tapi insyallah hujung tahun aku abis study... then aku bole execute all my pending plans.
masa interview tu... ape yg kena ade ek? maksud aku ko kena prepare biz plan ke?

nasihat aku... kalu ko mmg takde keje lg... ko proceed je laa... takyah nak cari keje... buat business jek...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:53 AM | Show all posts
Originally posted by hanim_rosli at 25-3-2008 12:16 AM
kerja nih 1 lagi yg best.. pasaran dah ada.. cuma sapa nak wat jer..


wow... macam best jek...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 01:55 AM | Show all posts
sapa nak bajar kena training kat kuantanla..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 01:56 AM | Show all posts
sapa nak bajar kena training kat kuantanla..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.350943 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list