View: 4546|Reply: 7
|
Kapalterbang terhempas di Buffalo USA: semua 50 penumpang mati!!
[Copy link]
|
|
Kapal terbang terhempas: Kesemua 48 penumpang terbunuh
13/02/2009
WASHINGTON 13 Feb- Kesemua 48 yang berada di dalam pesawat yang terhempad dekat Buffalo, New York lewat tengah malam Khamis terbunuh, lapor MSNBC memetik Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).
Kesemua 44 penumpang dan empat anak kapal pesawat Continental Connection milik Colgan Air dari Newark, New Jersey ke Buffalo terbunuh, kata FAA. - Reuters.
aku penah gi buffalo nih... kalu rentang lake superior dari buffalo pi ke duluth.... buffalo bandar besaq gak...team nfl depa wokey gak dulu... buffalo bills;
pasal crash2 ni.. tu yg aku fobia nak naik pesawat nih!!!
[ Last edited by amazed at 14-2-2009 07:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Firefighters are seen at the site of the wreckage of a plane,
a Continental Connection flight operated by Colgan Air, which
crashed in Clarence, near Buffalo, New York February 13, 2009.
Forty nine people were killed when the passenger plane crashed
into a house 10 miles (16 km) from Buffalo, New York, airport and
burst into a ball of flames late on Thursday, officials said.
Firefighters are seen at the crash site of Continental Connection Flight 3407
operated by Colgan Air, which crashed in Clarence, near Buffalo, New York
February 13, 2009. Forty nine people were killed when a plane crashed into
a house near Buffalo, New York, and burst into a ball of flames late on Thursday,
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Angka korban pesawat di New York 50 orang
BUFFALO: Angka korban pesawat yang terhempas sebelum terbakar di selatan New York lewat semalam mengorbankan semua 49 orang dalam pesawat dan seorang lagi membabitkan penduduk di kawasan perumahan.
Susulan kejadian, pelbagai spekulasi mengenai punca nahas, antaranya menerusi rakaman kokpit menyatakan cermin depan pesawat dan sayapnya diliputi salji tebal.
Nahas itu adalah yang pertama sejak pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat meningkatkan keselamatan dalam industri penerbangannya berikutan nahas sama pada Ogos 2006 membabitkan pesawat jenis sama - Comair yang hendak berlepas di Kentucky.
Kali ini pesawat Continental 3407 yang dimiliki Colgan Air terbabit dalam nahas ketika penerbangan dari Newark, New Jersey ke Buffalo.
Pesawat 74 tempat duduk jenis Dash 8 Q400 buatan Bombardier Inc yang berpangkalan di Kanada itu terjunam dan melanggar sebuah rumah sebelum terbakar seperti 'bola api' pada jam 10.20 malam (3.20 pagi - GMT - Jumaat), kira-kira enam kilometer dari landasan Lapangan Terbang Buffalo. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
GAMBAR yang diperoleh dari stesen televisyen WGRZ-TV ini menunjukkan
anggota bomba, anggota penyelamat dan penduduk cuba menyelamatkan
mangsa di lokasi sebuah pesawat penumpang terhempas ke atas sebuah rumah
dekat Buffalo, New York, semalam. - AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat rempuh rumah di AS - 50 maut nahas cetus bebola api besar
BEBERAPA anggota bomba memadam kebakaran di lokasi pesawat terhempas di Clarence,
New York kelmarin. Gambar kecil menunjukkan kapal terbang model Bombardier
Dash-8 Q400 yang terlibat dalam nahas itu.
CLARENCE - Sebuah pesawat terhempas di sebuah rumah di pinggir bandar Buffalo, dekat New York sekali gus menyebabkan 49 orang terbunuh manakala seorang penduduk turut mati, kata pihak berkuasa semalam.
Api yang marak membakar pesawat Continental Connection Flight 3407 daripada model Bombardier Dash-8 Q400 yang terhempas pada pukul 10.20 malam kelmarin waktu tempatan.
"Langit terang akibat bebola api besar. Tiba-tiba satu bunyi kuat terhasil dan rumah bergegar," kata seorang penduduk, Bob Dworak.
Menurut Eksekutif Erie County, Chris Collins, pesawat 74 tempat duduk itu membawa 2,270 kilogram bahan api tetapi ia dipercayai meletup semasa terhempas.
Pesawat malang dua enjin kipas kendalian Colgan Air itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, New Jersey ke Lapangan Terbang Antarabangsa Buffalo Niagara.
Sebelum nahas, juruterbang wanita Flight 3407 itu menghubungi pengawal trafik udara dan tidak ada sebarang petunjuk luar biasa dikesan ketika juruterbang tersebut memohon untuk terbang pada ketinggian 700 meter.
Beberapa minit kemudian, pengawal trafik udara cuba menghubungi pesawat itu tetapi tidak ada reaksi balas.
Namun hampir empat minit kemudian, seorang penduduk menghubungi pihak berkuasa setelah pesawat tersebut terhempas di Clarence, dekat New York. Punca kejadian masih diketahui.
Kejadian tersebut merupakan kemalangan pertama membabitkan pesawat komersial di Amerika Syarikat sejak 27 Ogos 2006 yang mengorbankan 49 orang setelah sebuah pesawat terhempas di Lexington, Kentucky. -AP |
|
|
|
|
|
|
|
Ais punca pesawat terhempas
SEORANG penyiasat memeriksa kawasan sekitar pesawat terhempas
di Clarence Center, New York, kelmarin. (Gambar kecil) pesawat
Bombardier Dash 8 Q400 turboprop. - AFP
NEW YORK 14 Feb. - Pembentukan ais pada bahagian sayap mungkin menjadi punca pesawat Continental Airlines terhempas dekat bandar Buffalo dan membunuh 50 penumpang, demikian menurut penyiasat persekutuan.
Penerbangan 3407 dari Newark, New Jersey ke Buffalo terhempas dan menimpa sebuah rumah di Clarence Center semalam.
Pesawat jenis Bombardier Dash 8 Q400 turboprop itu meletup sebaik terhempas dan meragut nyawa 49 penumpang dan seorang krew.
Seorang lagi mangsa adalah penghuni rumah berkenaan sementara seorang wanita dan anak perempuannya berjaya merangkak keluar dari runtuhan dengan kecederaan ringan.
"Krew membincangkan pembentukan ais pada cermin depan dan bucu sayap," kata seorang penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), Steven Chealander.
Petunjuk itu diperoleh daripada rakaman kotak hitam yang ditemui di kawasan kejadian.
NTSB masih belum membuat kesimpulan akhir mengenai punca nahas, Chealander menyatakan kemungkinan pembentukan ais tersebut menjadi punca utama.
"Pembentukan ais yang ketara mencacatkan aerodinamik sayap kerana ia mengubah bentuk sayap," tambahnya.
Saksi kejadian menceritakan bunyi bising luar biasa seperti bunyi lebah, kemudian keadaan bertukar sepi sebelum letupan kuat menggegarkan kawasan tersebut.
Pasukan penyiasat menjelaskan bahawa rakaman kotak hitam menunjukkan krew pesawat bimbang dengan keadaan cuaca serta tahap penglihatan rendah akibat salji dan kabus ketika menghampiri Buffalo.
Mereka diminta merendahkan pesawat pada aras 11,000 kaki namun mula menyedari masalah pembentukan ais.
Chealander memberitahu, beberapa saat selepas tayar pendaratan dibuka, pesawat itu mengalami masalah penerbangan dan mereka cuba menutupnya kembali sebelum rakaman tamat.
Ujarnya, siasatan masih dijalankan dan belum ada sebarang keputusan dibuat ketika NTSB dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berusaha mencari punca nahas. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat terhempas di AS langgar peraturan
BUFFALO - Siasatan awal nahas udara yang berlaku berhampiran New York, Amerika Syarikat (AS) mendapati pesawat berlepas dalam cuaca buruk dan di kawal melalui pemanduan automatik ketika cuaca berais sekali gus menyalahi peraturan penerbangan, kata seorang penyiasat kelmarin.
Pesawat penumpang itu merempuh sebuah rumah membabitkan kematian 49 orang yang menaikinya manakala seorang penduduk terbunuh pada 12 Februari lalu.
"Seseorang juruterbang dapat merasai sesuatu yang tidak kena jika dia mengemudi pesawat secara manual berbanding melakukan pemanduan automatik," kata Pegawai Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Steve Chealander.
Menurutnya, data kotak hitam menunjukkan pesawat tersebut menjunam dari ketinggian 550 meter kepada 300 meter hanya dalam tempoh lima saat sebelum terhempas. - AP |
|
|
|
|
|
|
| |
|