CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14558|Reply: 28

Maksud hidup manusia didunia ini!

[Copy link]
Post time 19-2-2009 09:54 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...!

Maksud hidup manusia didunia ini.

Sebelum dihuraikan topik ini nak tanya dulu kawan-kawan semua, sudahkahanda semua tahu apakah maksud anda dihidupkan di dunia ini, untuk apa,kerana apa anda dihidupkan, membesar kemudian mati, seribu tahun lagitidak ada manusia tahu anda pernah hidup didunia ini, tidak ada siapayang yang menyebut nama anda, tidak ada seorang pun yang kenal andadimasa itu. Jadi apakah ertinya semua ini. Anda sendiri pun tak tahusiapa Nenek anda di generasi sepuluh yang telah lalu sebelum andadilahirkan.. Apakah fungsi anda?

Apakah perjuangan hakiki anda yang sebenar, apakah yang anda perluusahakan, apakah gunanya harta dan diri anda yang sebenarnya.. dalamerti yang menyeluruh. Apakah maksud anda dihantar kedunia ini. Ibaratsebuah kereta,maksud asal dia direkacipta ialah untuk membawa pemandu dan penumpangke destinasi2. Maksud asal Hand Phone direkacipta adalah semata-matauntuk tujuan komunikasi. Maksud anda dicipta untuk apa? Minta resporndulu...nanti diberi jawapannya

Insyaalllah...jawapan hari rabu atau khamis 24/2/2009
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2009 02:04 AM | Show all posts
Sbg khalifah dimuka bumi ni..
menjalankan t/jwb sbg hambaNya..
tiba ketikanya..kita akan pergi jua meghadap ilahi..
saat itu,kehidupan di alam baru pula bermula..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 09:58 AM | Show all posts
aku tgh tunggu nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 10:35 AM | Show all posts
Lamanyee... minggu depan tuu..kalau nak bg ilmu x boleh tangguh..:@ sesungguh syaitan suka akan manusia yg jahil!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2009 06:05 PM | Show all posts
Originally posted by indah_iman at 20-2-2009 10:35 AM
Lamanyee... minggu depan tuu..kalau nak bg ilmu x boleh tangguh..:@ sesungguh syaitan suka akan manusia yg jahil!!


Tunggu dulu, baru suspen dan ada emmph sket. Sila bagi ler apa jawapannya, jawab aja, salah tak mengapa, cuma nak survey dulu. Jawapan tu insyaallah..jangan bimbang, akan dihuraikan nanti dgn panjang lebar.

Bagi jawapan dulu apa yang anda sangka atau takat yg anda tahu..baru semangat saya nak jawab. Bukan sikit2 nak hurai tu. Maksud hidup adalah intipati dalam kehidupan. Sangat penting untuk semua org islam sedar dan manusia seluruhnya. Jika hidup tak tahu maksud dan tujuan maka akan jadi seperti kalkatu terbang kelangit atau seperti Ikan naik ke daratan tanpa tujuan. Kalau kita dah tahu tujuan dan matlamat hidup senang nak fokus dan kosentrate. Orang dan syaitan dah tak boleh tipu..... Macam gak student University. Dia masuk untuk dapat segulung ijazah, kalau dia leka dengan aktiviti yang lain, nanti exam fail dan sijil pun tak dapat, buang masa 2-3 tahun g belajar. Ok silakan....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 02:34 AM | Show all posts
Originally posted by zamkumis at 19-2-2009 09:54 PM
Assalamualaikum...!

Maksud hidup manusia didunia ini.

Sebelum dihuraikan topik ini nak tanya dulu kawan-kawan semua, sudahkahanda semua tahu apakah maksud anda dihidupkan di dunia ini, untu ...


boleh juga ditanya,
apakah sebab semua makhluk diciptakan dari tiada kepada ada oleh Allah?
mengapa perlu malaikat, jin, manusia, bintang, planet etc dicipta?

apa yer jawapan ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2009 02:46 AM | Show all posts

Reply #6 putragold's post

Sumenya ade sbb..
xde sesuatu yg Allah jadikan tu sia-sia...
nak jwb sume..byk sgt..
tu la jwpn pling ringkas...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 02:55 AM | Show all posts
Originally posted by nursha at 22-2-2009 02:46 AM
Sumenya ade sbb..
xde sesuatu yg Allah jadikan tu sia-sia...
nak jwb sume..byk sgt..
tu la jwpn pling ringkas...


memang ringkas tapi tak padat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2009 03:03 AM | Show all posts
saya bagi satu contoh;

manusia mencipta laptop komputer atas maksud utk bermacam-macam tujuan antaranya
- main games
- word processing
- internet etc

so rasanya laptop komputer tu tahu tak jawapan, mengapa dia dicipta dan atas sebab apa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by zamkumis at 19-2-2009 09:54 PM
Assalamualaikum...!

Maksud hidup manusia didunia ini.

Sebelum dihuraikan topik ini nak tanya dulu kawan-kawan semua, sudahkahanda semua tahu apakah maksud anda dihidupkan di dunia ini, untuk apa,kerana apa anda dihidupkan, membesar kemudian mati, seribu tahun lagitidak ada manusia tahu anda pernah hidup didunia ini, tidak ada siapayang yang menyebut nama anda, tidak ada seorang pun yang kenal andadimasa itu. Jadi apakah ertinya semua ini. Anda sendiri pun tak tahusiapa Nenek anda di generasi sepuluh yang telah lalu sebelum andadilahirkan.. Apakah fungsi anda?
Semua yang HIDUP itu kejenya / fungsinya adalah untuk memuji DIA..

Apakah perjuangan hakiki anda yang sebenar, apakah yang anda perluusahakan, apakah gunanya harta dan diri anda yang sebenarnya.. dalamerti yang menyeluruh. Apakah maksud anda dihantar kedunia ini. Ibaratsebuah kereta,maksud asal dia direkacipta ialah untuk membawa pemandu dan penumpangke destinasi2. Maksud asal Hand Phone direkacipta adalah semata-matauntuk tujuan komunikasi. Maksud anda dicipta untuk apa? Minta resporndulu...nanti diberi jawapannya
Untuk 'sampai-menyampaikan' TIADA Tuhan yang patut disembah melainkan ALLAH.


kalu salah harap perbetulkan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 06:29 AM | Show all posts
beribadah kpdNya sptmana dijelaskan dlm Quran
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 01:16 PM | Show all posts
utk mengabdikan diri. Jawapan yg simple tapi perlukan huraian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2009 08:10 PM | Show all posts
Originally posted by penyo at 20-2-2009 09:58 AM
aku tgh tunggu nih


Terima kasih kerana menunggu, anda memang seorang yang bijak kerana mahu mengetahui sesuatu yang sangat penting dalam hidup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2009 08:14 PM | Show all posts
Originally posted by putragold at 22-2-2009 02:34 AM


boleh juga ditanya,
apakah sebab semua makhluk diciptakan dari tiada kepada ada oleh Allah?
mengapa perlu malaikat, jin, manusia, bintang, planet etc dicipta?

apa yer jawapan ?


Semua makhluk dicipta untuk berkhidmat kepada manusia, termasuk malaikat, bintang-bintang, planet2, matahari, langit dan bumi serta apa yang ada diantara keduanya. Semuanya adalah untuk manusia.  Manusia pula dicipta untuk menghambakan diri kepada Tuhan yang mencipta segala-galanya. Kecuali jin saya tak pasti, ia bukan untuk berkhidmat kepada manusia, tetapi sebagai ujian untuk manusia.

[ Last edited by  zamkumis at 24-2-2009 08:20 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2009 09:32 PM | Show all posts
Dua jawapan telah ada diatas, tahniah jawapan yang tepat yaitu Untuk beribadah kepada Allah, kedua sebagai khalifah dimuka bumi.

Baiklah disini diterangkan satu persatu, mudah mudahan ianya terpahat di minda anda, seterusnya muga-muga perjalanan hidup anda akan terus fokus kepada matlamat yang akan disebutkan nanti. Insyaallah. Terlebih dahulu ingin saya katakan disini, bahawa saya bukanlah org pandai cuma saya dapat tahu dari seorang ustaz. Alhamdulillah bolehlah dikongsikan bersama sekadar yang tahu. Yang pandai dan sempurna pengetahuannya ialah Tuhan yang maha bijaksana. Manusia hanya memiliki ilmu yang sedikit.

Jawapannya ialah:
1. Sebagai hamba yang memgabdikan diri kepada Allah swt.
2. Untuk memperbaiki amal
3. Sebagai khalifah dimuka bumi.

Yang pertama sebagai hamba yang sentiasa menghambakan diri kepada Allah, contoh yang terbaik dan complate ialah Nabi SAW.

Yang kedua untuk memperbaiki amal, contoh yang terbaik ialah para sahabat-sahabat  nabi SAW seramai 124,000 orang semuanya, dimana mereka dulunya adalah dari kaum jahiliah yang tidak ada dalam sejarah manusia yang lebih rosak dari mereka samada dahulu atau akan datang. Sehingga kerajaan Rom pun tidak mahu menakluk mereka kerana bimbang dijangkiti akhlak mereka. Kemudian mereka memeluk islam lalu mereka memperbaiki keadaan mereka sehingga hati mereka sangat suci dan diredoi.

Yang ketiga sebagai khalifah dimuka bumi, contoh yang terbaik ialah gandingan antara Nabi SAW dan Para sahabat-sahabatnya dalam mengembangkan dan meninggikan kalimah Alllah dimuka bumi.(Berdakwah)

---------

Untuk yang pertama, beribadah 24 jam adalah mustahil bagi kita, tetapi dengan kaedah sunnah yang ditunjukan oleh Rasulullah SAW kita boleh. Dengan mengamalkan sunnah Rasulullah hidup kita hidup ini menjadi ibadah. Sebagai contoh tidur mrnjadi ibadah jika bibuat dengan niat yang betul dan dengan adab yang betul, disini kita dah dapat pahala untuk tidur ianya juga dikira ibadah. Makan dengan niat dan adab yang betul juga menjadi ibadah. Bekerja menjadi ibadah jika dengan niat dan adab yang betul. Berkawan, berjiran, bercakap, bergurau, berkahwin, berpakaian, berniaga dan lain-lain semuanya menjadi ibadah jika dgn niat dan adab yang betul. Untuk ini kita kena blajar ilmu sunnah Rasulullah saw. supaya tiap detik dalam hidup kita tidak jadi sia-sia. Ibadah ada yang khusus dan ada yang umum. Ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, haji, baca quran, berzikir, berselawat, berdoa dan sebagainya. Ibadah umum seperti yang diatas dan lain-lain.

Untuk memperbaiki amal pula ialah iman dan akhlak. Iman adalah tapaknya, sementara akhlak adalah perhiasannya. Iman dan akhlak tempatnya dihati, ia zahir melalui perbuatan, tingkahlaku, percakapan dan pendirian. Hati manusia umpama sebidang tanah, jika mahukan hasilnya ia perlu diushakan, jika dibiarkan ia akan menjadi semak-samun lalu menjadi hutan kemudian menjadi habitat dalamnya segala macam binatang buas.

Oleh itu hati perlu dijaga dan dibersihkan sentiasa dari sifat2-sifat yang keji seperti dengki, iri hati, sombong, cinta dunia dan sebagainya, kemudian dimasukkan dengan sifat2 yang terpuji seperti ikhlas, tawakkal, redho, rendah hati dan macam-macam lagi. Bagaimana kita lahir dalam suci bersih, kemudia begitulah juga ketikamati, jika mati dalam perjuangan sudah termasuk dalam hitungan.

Sementara iman pula perlu disuburkan yaitu beriman kepada Allah swt, Nabi dan Rasul, Malaikat, Al-Quran, Hari kiamat dan berita-berita ghaib yang diberita kan oleh nabi SAW. Dan lain-lain yang berkaitan. Iman yang paling tinggi sekali dalam diantara seluruh umat Nabi Muhammad SAW ialah iman saidina Abu Bakar as siddik.

Yang ketiga ialah sebagai khalifah dimuka bumi. Khalifah ini tugasnya ialah memgembang, menguatkan, mempertahankan, memperjuangkan, menyebarkan, meluaskan, meninggikan dan sebagainya agama Islam dimuka bumi. Seperti mana Nabi dan Para sahabat, mereka berjuang siang dan malam untuk mengembangkan agama islam, mereka meletakkan agama dihadapan dan lain-lain perkara dibelakang. apabila keadaan mendesak nyawa nyawa mereka pertaruhkan untuk mencapai matlamat ini.

Akibat dari itu Islam tersebar merata dunia. Bagaimanapun ruang untuk kita masih ada, berbillion lagi manusia tidak mendapat islam yang perlu kita usahakan. Disamping itu kawalan dari dalam diperlukan, dimana orang islam sedikit-demi sedikit sudah jauh dari agama, mereka ini perlu didekatkan kepada Islam. Untuk perkara ini anda perlu libatkan diri dalam kerja-kerja kekalifahan, perlu bergabung dalam satu kumpulan yang mempunya sifat2 kerja2 kekhalifahan ini.

Dalam erti yang lebih ringkas, disebut dalam surah Al-Asr. (Demi masa.... dan seterusnya). Ada 4 ciri didalamnya iaitu Beriman, Beramal soleh, perpesan-pesan dengan kebenaran dan sabar (Istiqomah). 4 ciri ini mengarah kepada Taqwa. Orang yang paling taqwa adalah yang paling mulia disisi Allah swt.

Sekian.. jika ada silap dan kekeliruan boleh dibincangkan...insyaallah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 12:05 AM | Show all posts
the beauty of life does not depend on how happy you are but on how happy others can be because of you...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2009 02:42 AM | Show all posts
Originally posted by zamkumis at 19-2-2009 17:54
Assalamualaikum...!

Maksud hidup manusia didunia ini.

Sebelum dihuraikan topik ini nak tanya dulu kawan-kawan semua, sudahkahanda semua tahu apakah maksud anda dihidupkan di dunia ini, untu ...


Soalan yg ringkas tetapi begitu mendalam kesannya jika tahu jawapannya.

Ada 3 sebab utama manusia diwujudkan didunia ini.

1. Ini jawapan yg terdapat pada beberapa reply diatas iaitu untuk menyembah Allah tuhan yg satu, bersyukur kepadaNya atas semua nikmat yg diberi.

2. Allah menghidupkan kita didunia ini untuk menikmati keindahan, nikmat, riang dan bergembira, dalam kata lain "to feel the joy, to be happy" dengan syarat tidak menyusahkan atau mengambil hak orang lain. Kita hidup bukan untuk tersiksa dan merana, jika hidup dalam kedaifan adalah disebabkan fikiran, sikap dan perbuatan kita sendiri. Syarat diatas tadi amat penting, sebab itu "riba" teramat berat hukumnya, kerana ia menindas org lain.

3. Hidup kita untuk berbakti, berkhidmat, berbuat baik dan tolong menolong sesama manusia. Semua kesan2 sampingan dari solat, puasa, zakat dan haji adalah untuk menjadikan kita lebih prihatin terhadap sesama manusia.

Solat merawat "frontal lobe" yg memberi kita pemikiran yg lebih mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan, tidak pentingkan diri sendiri dan boleh merasa simpati terhadap penderitaan orang lain. Lebih sempurna frontal lobe seseorang itu lebih berguna dirinya kepada masyarakat.

Puasa melatih kita untuk sabar, ketika marah, ianya melatih otak agar lebih menggunakan frontal lobe, marah dgn tiada sabar tidak memberi masa untuk "signal" marah itu sampai ke otak yg berfikir (frontal lobe), akibatnya tindakan mereka yg marah dan tidak menahan sabar itu hanya menurut tindakan reflect "survival mode" arahan "amygdala" to fight or to flight sama seperti tindakan haiwan.

Zakat menaikan ekonomi sesama manusia, tolong menolong antara yg mampu dan yg fakir.

Haji meletakkan kita semua setaraf, tiada beza aku, dia dan kamu. Hanya amal dan perbuatan kita yg membezakan.

Bukankah 3 saham kita di akhirat berkait dgn perbuatan kita terhadap manusia
1. Jika kita mempunyai anak yg soleh, insyaallah akan sampai doa2 untuk kita, effect anak soleh yg kita tinggalkan akan membentuk manusia yg lebih berguna kepada masyarakat
2. sedekah jariah kita.
3. ilmu yg kita tinggalkan

Sebenarnya kita semua berkait melalui satu "energy field" yg kita tidak boleh nampak, sedar, kesan. Ini salah satu teori quantum fizik yg dinamakan "quantum entanglement". Secara falsafahnya ini bermakna apa sahaja tindakan dan fikiran kita akan memberi kesan kepada dunia. Jika manusia sedar yg hidup ini bukan hanya untuk aku, aku (keluarga) dan aku (kroni) tetapi aku, kamu (muslim) dan mereka (non muslim), akan lebih berhati2 lah lagi tindakan tangan2 mereka itu.

Yg baik itu dari Allah, melalui diriku yg sentiasa mencari ilmu2Nya, alhamdulillah..

Join komuniti SyurgaDiDunia http://syurgadidunia.ning.com

[ Last edited by  flighteng at 24-2-2009 10:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 09:05 AM | Show all posts

Reply #1 zamkumis's post

Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi."(Kejadian 1:26)

[ Last edited by  eastrun at 25-2-2009 09:07 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2009 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by <i>eastrun</i> at 25-2-2009 09:05 AM <a href="http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=29180570&ptid=402833" target="_blank"><img src="http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />
Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi d ...
<br />


Ini bukan dari ayat Al-quran nie kan...lain macam jer bunyi nya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 01:31 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 25-2-2009 09:05 AM
Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi d ...


aah..ayat Quran ke ni? maaf bertanya, memang xtahu ni..huhu
tu surah brape ayat brape ke --> (kejadian 1:26)
surah 1st bukan alFatihah ke? xde la smpy ayat 26..
huhu..dan bukan kejadian @ creation adalah surah 1st (bleh panggil surah ke?) dalam bible ke?
betul2 maaf kalau saya salah phm...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.059016 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list