View: 6734|Reply: 30
|
Catatan semua peristiwa 'di bawah pokok'
[Copy link]
|
|
Sejarah manusia di seluruh dunia banyak mencatatkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di bawah POKOK. Sama ada ianya LUCU atau tidak, hanya generasi akan datang sahaja yang akan mengadilinya. Ekoran daripada "persidangan" tergempar DUN Perak di "bawah pokok" baru-baru ini, mari kita imbas kembali peristiwa-peristiwa lain yang berlaku di bawah pokok.
Pada pagi 3 Mac 2009 sekali lagi dunia menyaksikan satu peristiwa bersejarah iaitu sidang tergempar DUN yang telah diadakan di bawah sepohon pokok berdekatan tempat letak kereta di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan telah ditangguhkan setelah tiga usul yang dibawa telah diterima secara sebulat suara ahli Dewan. Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah diluluskan dengan sebulat suara.
Usul kedua untuk membubarkan DUN dan menyokong keputusan Speaker menggantung Dato' Zambry Kadir dan enam Exco kerana menghina Dewan telah diterima sebulat suara juga oleh ahli Dewan. Speaker DUN V Sivakumar telah menangguhkan sidang tersebut dan akan mengadakan siadang medianya sebentar lagi berhubung usul yang dilakukan di Sidang Tergempar DUN.
Difahamkan Sivakumar akan memaklumkan perkembangan dan keputusan sidang itu kepada Sultan Perak Raja Azlan Shah dalam jangkamasa terdekat. Sidang yang diadakan di bawah sepohon pokok, dihadiri semua 27 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.
Nizar dalam pada itu memaklumkan bahawa sidang itu terpaksa diadakan di bawah pokok akibat larangan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dan menyatakan sidang itu sah mengikut prosedur yang telah dijalankan seperti biasa sebelum ini. Sementera itu, pasukan peguam Sivakumar ditolak Mahkamah Tinggi di sini untuk mewakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar bagi mengendalikan kes beliau. Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Riduan Ibrahim selepas menemui kedua-dua pasukan pembela dan plaintif kira-kira 30 minit di kamarnya. Alasan yang diberikan Riduan adalah pasukan peguam yang dilantik Sivakumar tidak layak untuk mewakili Speaker tersebut. Perkara itu diumumkan oleh ketua pasukan peguam tersebut, Tommy Thomas.
[ Last edited by tongkatali at 10-3-2009 21:02 ] |
|
|
|
|
|
|
|
PERJANJIAN DI BAWAH POKOK KETIKA PERANG HUDAIBIAH
Hadis Jabir r.a katanya:
Ketika peperangan Hudaibiah bilangan kami seramai satu ribu empat ratus orang, kami telah membuat perjanjian taat setia dengan Rasulullah s.a.w. Umar telah mengambil tangannya (berjanji) di bawah sepohon pokok yang bernama Samurah. Jabir berkata lagi: Kami tidak berjanji setia dengan Rasulullah untuk mati tetapi untuk tidak lari dari medan pertempuran
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3449
Hadis Musayyab bin Hazni r.a:
Diriwayatkan daripada Said bin Al-Musayyab katanya: Ayahku merupakan salah seorang di antara orang yang berjanji setia dengan Rasulullah s.a.w di bawah sepohon pokok. Beliau menyambung lagi, tahun berikutnya kami telah pergi mengerjakan Haji, tetapi kami sudah tidak mengenali tempat perjanjian tersebut, sekiranya pokok itu ada nescaya kamu akan mengenalinya
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3459 |
|
|
|
|
|
|
|
Peristiwan waktu zaman Rome Purba..semua cendekiawan Rome mengajar dibawah pohon... |
|
|
|
|
|
|
|
err..
isaac newton dok bawah pokok, tetibe epal jatuh, lalu die buat catatan ade graviti di bumi? |
|
|
|
|
|
|
|
Dibawah Pokok la Parameswara mendapat Ilham untuk membuka Melaka setelah melihat Kancil menendang Anjing baginda... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 majinn\ catat
Cerita la detail sikit...kita orang nak tau la. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 majinn\ catat
Sir Isaac Newton (4 Januari 1642 - 31 Mac 1727) merupakan ahli fizik Inggeris terkenal yang menulis buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica yang diterbitkan pada 5 Julai 1687. Dalam buku tersebut, Newton menerangkan daya tarikan graviti alam dengan Hukum Pergerakan dan ini telah menjadi asas kepada mekanik klasik. Beliau juga pengasas kalkulus pembezaan.
Newton dilahirkan di Woolsthorpe-by-Colsterworth, hamlet di county Lincolnshire. Bapanya meninggal tiga bulan sebelum kelahiran Newton, dan dua tahun kemudian ibunya berkahwin dengan lelaki lain dan meninggalkan Newton dengan neneknya. Newton merupakan kanak-kanak pintar. Ramai orang telah mendengar cerita tentang Newton yang sedang duduk di kebun dan melihat sebiji epal luruh.
Beliau sedar bahawa, seperti juga daya graviti menarik buah epal ke bumi, graviti memastikan bulan sentiasa berada dalam orbitnya. Hal ini boleh dibandingkan seperti seutas tali yang terikat ke seketul batu yang anda putarkan di sekeliling kepala, jika tali putus batu akan tercampak jauh.
Tanpa graviti, bulan akan melayang ke angkasa lepas. Newton cuba mencipta teleskop untuk mengkaji bintang, tetapi mendapati bahawa jika beliau menggunakan kanta, imej yang terang mempunyai tepi bewarna.
Semasa mencari sebab mengapa hal ini berlaku, beliau telah berjaya mencipta teleskop cermin. Teleskop ini tidak menimbulkan tepi bewarna dan banyak daripada teleskop masa kini adalah berdasarkan rekaan Isaac Newton.
Beliau berulang kali bertanyakan soalan tentang tepi bewarna sehinggakan beliau menjadi orang yang pertama menyedari bahawa cahaya puteh adalah campuran semua warna.
Beliau telah menemui Hukum gerakan Newton. |
|
|
|
|
|
|
|
Kehidupan Siddharta Gautama Buddha
Menurut tradisi Buddha, tokoh historis Buddha Siddharta Gautama dilahirkan dari suku Sakya pada awal masa Magadha (546 |
|
|
|
|
|
|
|
KELAHIRAN NABI ISA AL MASIH
Berdasarkan Al-Quran, Nabi Isa Al-Masih telah dilahirkan di bawah sebatang pokok tamar(kurma) di suatu tempat yang diberi nama Bethlehem,Palestin. Kelahiran Isa dianggap ajaib, diceritakan dalam beberapa ayat dalam Al-Qur'an. Dalam cerita Islam disebutkan datangnya malaikat kepada Maryam mengkhabarkan bahawa dia akan segera melahirkan seorang putera (lihat kembali ayat 45 surah Ali Imran pada bahagian awal artikel). Maryam kemudian terkejut dan menjawab kepada Malaikat itu bahawa dia tidak pernah disentuh seorang lelaki pun. Jibril kemudian menjawab:
Jibril berkata: "Demikianlah". Tuhanmu berfirman: "Hal itu adalah mudah bagiKu; dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan". (Qur'an surah Maryam ayat 21)
...Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia. (Qur'an surah Maryam ayat 35)
Beberapa ayat lain berkaitan dengan kelahiran Isa antara lain:
Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia. (Ali Imran 3:59)
Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuh)nya roh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam (Surah Al Anbiyaa' ayat 21) |
|
|
|
|
|
|
|
tak di sangkal...
memang banyak peristiwa telah berlaku di "bawah pokok"
sama ada benda nie adalah di pihak yang benar atau salah...
mungkin satu hari nanti...
anak2 kita akan tentukan...
tapi banyak sejarah yang awk semua telah lampirkan ...
sejarah "dibwah pokok" adalah lebih baik.... |
|
|
|
|
|
|
|
demi pokok tin dan pokok zaitun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tinbeskut at 12-3-2009 08:41
demi pokok tin dan pokok zaitun....
WatTI Ni Wat Zaitunnnn........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 winamp05's post
hehehe...
agak-agaknya apa benda POKOK atau perumpamaan POKOK tu yang sebenar-benarnya ye... |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN MALAYSIA: 17/02/2009
Pokok 'celaka' mujarab menjarakkan kelahiran?
KUALA TERENGGANU 16 Feb. - Pokok 'celaka' - sejenis tumbuhan yangtumbuh meliar di hutan negeri ini khususnya di daerah Kemamandipercayai boleh dijadikan ubat menjarakkan kelahiran anak.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, berdasarkan maklum balasdan pengalaman orang tua-tua setempat, pokok 'celaka' (tiada namasaintifik) didakwa mampu menjadi ubat paling mujarab bagi wanita yangingin menjarakkan kelahiran.
Katanya, walaupun nama pokok itu sebagai 'celaka', namun menurutorang tua-tua, ia dikatakan amat mujarab dan diakui ramai wanita yangingin menjarakkan kelahiran.
Sehubungan itu, beliau meminta para penyelidik dan saintis khususnyadari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini menjalankanpenyelidikan secara saintifik bagi menentukan kesahihan kenyataantersebut.
''Kerajaan negeri sendiri bersedia membiayai kos penyelidikan keranapokok 'celaka' jika terbukti mujarab, bakal mengubah wajah negeri inisebagai sebuah pusat pengeluar ubatan tradisional utama.
''Menurut orang tua-tua, nama pokok itu 'celaka', tetapi saintistempatan dikatakan belum dapat memberikan nama sebenar kerana iamungkin terlepas kajian," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatanganimemorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Darul Iman Malaysia(UDM) dengan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)di Primula Beach Resort di sini hari ini.
UDM diwakili Naib Cancelornya, Profesor Datuk Dr. Alias Daud,manakala ECERDC pula oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Jebasingam IssaceJohn.
Difahamkan, menurut orang tua- tua, pokok itu dinamakan 'celaka'kerana penduduk setempat beranggapan ia mempunyai 'kehebatan'menjarakkan kelahiran.
Terdahulu itu, dalam ucapan beliau, Ahmad berkata, Terengganu jugaakan memperkenalkan gadung, sejenis pokok yang tumbuh meliar dalamhutan di negeri itu sebagai salah satu bahan makanan utama negeri.
Katanya, walaupun sudah menjadi makanan bagi segelintir penduduk,namun ia belum dijadikan bahan makanan secara meluas kerana mempunyaigetah.
''Jika getahnya diasingkan dengan penggunaan teknologi sekarang,saya yakin pokok gadung sesuai dijadikan makanan pilihan selain ubikeledek yang menjadi makanan popular masyarakat sekarang," katanya.
Sementara itu, MoU itu akan mengukuhkan lagi komitmen ECERDC bagimelaksanakan semua projek yang dikenalpasti di bawah ketiga-tiga PusatKecemerlangan UDM.
Pusat-pusat itu ialah Pusat Serantau untuk Produk Halal, PusatTeknologi Bio dan Produk Herba dan Pusat Kerjasama Akademik Industri(CIAC).
MoU itu juga akan membantu ECER dalam mengenalpasti kelebihanbersaing dalam industri makanan halal melalui pembangunan pusatserantau untuk produk halal dan pusat untuk produk teknologi bio danherba.
Di bawah pelan induk ECER, UDM merupakan pusat kecemerlangan untuk pembangunan produk halal di rantau ini.
p/s....boleh masuk ke dalam thread ni
[ Last edited by tongkatali at 12-3-2009 22:07 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Di akhir zaman...khusus bagi perjuangan menentang Yahudi / Zionis di Palestin, Allah SWT menjanjikan...
Sesungguhnya perjuanganIslam pasti akan memperolehi kemenangan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Hadis riwayat Bukhari, Muslim & Ahmad
HariKiamat tidak akan berlaku sehinggalah para muslimin memerangi orang Yahudi.Para muslimin memerangi mereka menyebabkan orang Yahudi bersembunyi di belakangbatu dan pokok. Maka batu atau pokok berkata: Wahai para muslimin! Wahai hambaAllah! Ada Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini dan bunuhlah dia melainkanpokok yang berduri, kerana pokok itu adalah di antara pokok kaum Yahudi .
Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".
[ Last edited by tongkatali at 12-3-2009 22:45 ] |
|
|
|
|
|
|
|
SEJARAH TEMPATAN MUAR
KOLAM AIR PANAS SUNGAI GERSIK
PERISTIWA GANJIL YANG PERNAH BERLAKU DI KOLAM AIR PANAS SUNGAI RESIK
Beberapa peristiwa yang ganjil dan aneh lagi menyeramkan pada sesiapa yang pernah mengalaminya:
|
|
|
|
|
|
|
| |
|