CariDotMy
Forgot password?
Register
ADVERTISEMENT
View: 13438|Reply: 117
Kedai Pingan Mangkuk - Bahagian Ketiga dah update
[Copy link]
Post time 10-3-2009 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Ntah camne aku edit.. dah jadi berkecamuk posting nie.. taktau nak buat macam mana bagi elok balik..
anyway, aku letak link kat sini dan yang lama aku tak ubah
http://www.shahabudeenjalil.com/ ... dia-bahagian-1.html
[ Last edited by  Hiven at 24-4-2009 19:00 ]
Reply
Use magic Report
ADVERTISEMENT
Post time 10-3-2009 03:58 PM | Show all posts
wah... menarik nih...
Reply
Use magic Report
Post time 10-3-2009 04:11 PM | Show all posts
pinggan mangkuk mcm mana yg kau nak jual.....
aku rasa skrg ni org sibuk cari english style......vantage (tipu)
Reply
Use magic Report
Author| Post time 10-3-2009 04:21 PM | Show all posts
ni yg aku tulis dlm blog
Kata-kata kawan baik saya Sidry (atau lebih dikenali Sinar Inspirasi) yang berkata kepada saya sewaktu kami lepak pada satu malam terngiang-ngiang dalam kepala.
"Lil, kami dok cari kedai baru lagi sebab sekarang ni kami masih ada waktu untuk tidur petang. Kedai baru ini akan membuatkan kami tak ada masa untuk tidur petang dan kedai ini akan menjadi inspirasi untuk kita bekerja dengan lebih kuat"
Kemudiannya pada minggu lepas, sewaktu berjalan-jalan di kawasan Masjid India, terjumpa ada satu kedai ada tertampal "untuk disewa". Setelah saya buat kajian selama beberapa hari, nampak gaya macam kedai ini sesuai untuk diambil sewa.
Kata-kata Sidry itu tadi kembali menjelma, menguatkan lagi semangat untuk menyewa kedai ini.
Setelah ditelefon pada tuan kedai, diberitahunya sewa untuk kedai sekecil itu di kawasan itu adalah RM 4000. Saya tidak terkejut sangat kerana saya ada pengalaman menyewa di kawasan itu sebelum ini tetapi percubaan pertama itu gagal. Terduduk.
Ini percubaan kedua, banyak yang saya belajar dalam kegagalan kali pertama itu. Pengalaman yang tak mungkin dapat dipelajari dari mana-mana universiti atau buku.
Antara yang saya dipelajari walaupun masih belum mahir dalam semua ini, saya sedar saya harus terus belajar.
1. Kita perlu tahu politik untuk menjaga orang yang bekerja dibawah kita.
2. Kaedah penyusunan barangan.
3. Jangan jual barangan secara kredit jika anda membeli barangan ini dengan tunai (cash).
4. Buat pengakaunan yang lengkap sejak dari awal.
5. Jangan jadikan kedai tempat kawan-kawan lepak atau buat port sampai pelanggan jadi takut nak masuk ke kedai. (he he he)
6. Promosi yang berterusan. Perniagaan akan berkembangan berkadar terus dengan tempoh masa kita berada dalam satu-satu perniagaan.
Ini imbasan tentang apa yang saya belajar sebelum ini.
Sekarang apa kita perlu buat ???
Setelah fikir dan fikir, saya perlu buat benda-benda berikut.
1. Bayar Deposit sewa
- Sewaktu saya telefon, soalan pertama yang ditanya adalah barangan apa yang saya nak jual. Saya cakap, mungkin pinggan mangkuk. Dia cakap, "kalau pinggan mangkuk ok. Kalau tudung, tak boleh"
2. Tentukan produk.
-Setelah difikirkan, saya membuat keputusan untuk membuka kedai pinggan mangkuk dan benda-benda yang berkaitan dengan golongan 'akak dan makcik'. Saya tak berminat nak menjual tudung
3. Renovation
-Saya budget dalam RM 2000 saja untuk renovation. Kebetulan kenal dengan orang Indonesia yang buat kerja-kerja ini. Dah panggil dia untuk tengok apa yang perlu diubahsuai. Perlu buat rak-rak untuk meletakkan mangkuk dan produk lain.
4. Cari orang kerja
- Pada mulanya, saya nak ambil 2 orang, seorang kerani akaun dan seorang lagi salesgirl. Kawan saya pula mencadangkan, saya mencari orang untuk membuat akaun ini secara part-time. Maksudnya, kerani akaun ini hanya akan datang ke kedai sekali dalam seminggu untuk buat akaun dan pemeriksaan stok. Kalau dia duduk setiap hari dalam kedai pun tak berapa sesuai.
Betul juga kata kawan saya. Jadi saya menghubungi rakan saya yang bekerja di Bank Negara (kebetulan berdekatan dengan tempat saya) untuk dilantik menjadi kerani akaun minggu saya. Dia bersetuju. Bayaran hanya RM 500 berbanding RM 1300-1500 yang perlu saya bayar kepada kerani akaun full time. (Rakan ini pula sudah mempunyai ACCA, sijil yang diiktiraf dalam bidang perakaunan).
Dengan penjimatan ini pula, saya dapat mengambil dua orang salesgirl. Terima kasih kepada Ibnu Hasyim yang memberikan idea ini.
5. Mencari nama perniagaan
- Masih berfikir-fikir. Ikutkan hati nak letak nama adik saya. Aishah. Tapi belum buat keputusan lagi mengenai ini.
Sekian buat kali ini. Saya akan menyambung lagi Insya-Allah jika ada masa dan kesempatan.
Shahabudeen Jalil
10 Mac 2009
Kuala Lumpur
Rate
1
View Rating Log
Reply
Use magic Report
Author| Post time 10-3-2009 04:33 PM | Show all posts
nie tambahan sket lagi
Lokasi ini nampak ok kerana sebab-sebab berikut
1. Berdekatan dengan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India
2. Tempat ini menjadi tempat lalu lalang pekerja-pekerja di bangunan DBKL, KWSP, Bank Negara dan pejabat-pejabat lain untuk ke tempat makan di Jalan Masjid India.
3. Terdapat pasar malam yang pada hari Sabtu malam Ahad.
4. Terdapat pasar Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan.
Reply
Use magic Report
Post time 10-3-2009 04:36 PM | Show all posts
rory tau kedai ni kat mana..agak strategik jugak kat sini..sbb dekat dgn trafic light n bus stop..lorong ni org selalu guna kalau dr kwsp@turun dekat bus stop berdekatan
rory cadangkan dekorasi kedai mesti menarik..sbb rory suka masuk kedai yg decoration dia cantik..n kaler pun mesti pandai pilih utk tarik perhatian org utk masuk
Reply
Use magic Report
Follow Us
Author| Post time 10-3-2009 04:42 PM | Show all posts
hehe.. ada consultation fee ke kalau minta rory cadangkan macam mana yg saya patut buat ???
buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukan.
Reply
Use magic Report
Post time 10-3-2009 05:00 PM | Show all posts
selamat maju jaya.... semuga diberkatiNya.....
Reply
Use magic Report
ADVERTISEMENT
Author| Post time 10-3-2009 05:03 PM | Show all posts
terima kasih.
Reply
Use magic Report
Post time 10-3-2009 05:05 PM | Show all posts
kat tempat saya, ada jual kristal (pinggang mangkuk )... hari sabtu... berduyun2 kakak & makcik datang didrebarkan oleh somi ambil barang (saya nampak sabtu sbb ari lain saya kerja).... ok gak tu klu niaga pinggang mangkuk....
dulu masa saya di pattaya... ada kedai jual pinggang mangkuk gak.... ramai yang beli gelas kaca cam brand oceon tu... saya pun beli sama...
gud luck... semuga diberkatiNya...
Reply
Use magic Report
Post time 10-3-2009 05:07 PM | Show all posts
dulu selalu gak lalu kat lorong ni... masa tu jadi tempat tepak kutu rayau.... dah lama tak lalu... dah beroperasi dah rupanya..... ni kira main road pejalan kaki.....
Reply
Use magic Report
Post time 10-3-2009 05:25 PM | Show all posts
aku nk bagi sedikit cadangan yg x seberapa nie...maklum le org baru juga dlm bidang bisnes
selain jualan retail...ko wat gak jualan borong...sebab aku tau ramai makcik2 minat jual pnggan mangkuk nie..
ko tgk jer la vantage...sales juta2 punye....
yg penting harga ko murah dari vantage...
ko untung dari segi kurang persaingan produk pinggan kat jln tar...
my2cents
Reply
Use magic Report
Post time 10-3-2009 06:36 PM | Show all posts
Balas #7 Hiven\ catat
hehhe
nak consultant fee apa nyer..tolong menolong..tak kisah
Reply
Use magic Report
Post time 10-3-2009 06:38 PM | Show all posts
cantik gak ko bukak kat situ hiven...nanti kalu nak cari pinggan mangkuk,aku gi kedai ko je lah...cadangan aku..utk sudu,carilah hang hi quality,tapi rege murah...dapat mcam rege kat langkawi pon dah ok...
semoga berjaya...
Reply
Use magic Report
Post time 10-3-2009 06:44 PM | Show all posts
Reply #9 Hiven's post
Betul kata rory, kena decorate dengan menarik. I advise, focus on product 1st, lepas tu baru cari tempat dimana paling banyak pelanggan untuk produk anda. 2nd, sebaliknya, jika confirm tempat dulu, kena buat survey apa produk yang diperlukan oleh pelanggan disekitar tempat tu. Lepas tu, tentukan concept atau Tema yang betul bersama Nama Kedai yang bersesuaian denagn Tema & Produk. Lepas tu, baru senang confirm Warna dan cara reno.
Ingat produk mix yang sesuai akan membawa padah, kerana banyak capital sangkut pada stok.
Reply
Use magic Report
Author| Post time 10-3-2009 07:49 PM | Show all posts
ok.. saya ambil note pasal decoration dan design.
Tadi baru dapat tahu.. total renovation tu dah cecah RM 2000. Budget sebelum nie dalam seribujer.. Cermin saja dah RM 1600. he he he.. nanti saya letak gambar buat kerja plak.
Reply
Use magic Report
ADVERTISEMENT
Post time 10-3-2009 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by Hiven at 10-3-2009 14:53
Rabu lepas 4hb kot.. aku jalan2 kat masjid india.. tertengok ada satu ruang kedai untuk disewa.. nampak tempat macam menarik.
Aku tanya kat budak kedai sebelah tu sedikit sebanyak pasal tempa ...
Pinggan  Mangkuk    ape  ko  nak  jual  tu?
Reply
Use magic Report
Post time 10-3-2009 09:42 PM | Show all posts
jelous n admire ngan hiven yg dah nk bukak kedai.. sewa sebln dh rm5k.. betul2 tinggi dengan keluasan yg tak seberapa..aku rs just dlm 10x10  kot.. klu kat sini nk sewa dlm rm2k sebuln kedai besar pun aku fikir lagi.. by the way good luck to u bro..
tu nk buat retail je ke atau nk wat borong skali?
hope to hear u succes like other big company like mena..g or van..ge...
Reply
Use magic Report
Post time 10-3-2009 09:45 PM | Show all posts
insya'Allah...semoga diberkati Allah...
Jadikan setiap masalah yang wujud disekitar kita, sebagai peluang kita untuk menjana pendapatan.Cuma perlu diingat, setiap kejayaan adalah melalui usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi. Itu lebih bermakna dan kita akan lebih menghargai apa yang kita perolehi kemudiannya.
Good Luck ...
Reply
Use magic Report
Post time 10-3-2009 09:50 PM | Show all posts
ok lah sewa tu dgn lokasi org kata 'lubuk duit' kat KL..
berbanding ngan satu kedai kat tepi jln besar kat pekan Dungun ni ngan sewa RM4.5k :@ :@
Reply
Use magic Report
You have to log in before you can reply Login | Register
Points Rules
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Follow Us
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-1-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.686499 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.
Quick Reply To Top Return to the list