View: 7159|Reply: 29
|
Taipei 101 - Ikon Taiwan -
[Copy link]
|
|
Diselaputi awan di puncak Taipei 101
Oleh AQMAR ALLADAD
Bangunan tertinggi di dunia itu mengambil tempoh selama enam tahun untuk dibangunkan. Anda akan terpegun melihat seni binanya yang kukuh walaupun pernah berdepan dengan dua kali kejadian gempa bumi.
[img][/img]
BANGUNAN setinggi 101 tingkat ini mempunyai
pusat beli-belah, restoran dan kelab malam.
PERJALANAN yang memakan masa selama enam jam dengan pesawat Cathay Pasific akhirnya tiba jua ke destinasi yang dinanti-nantikan.
Hati tidak sabar untuk melihat panorama semula jadi bandar Taipei, Taiwan yang diuar-uarkan mempunyai seribu satu kisah menarik dari segi sejarah dan destinasi pelancongannya.
Lebih menarik, kunjungan kumpulan media Malaysia selama enam hari ke sana ketika Taiwan sedang melalui musim bunga.
Namun, jauh lebih istimewa daripada merasai kedinginan suhu kota Taiwan, sesiapa pun yang menjejakkan kaki ke pulau seluas 272 kilometer persegi itu, pasti ingin menyaksikan dengan mata sendiri sebuah bangunan yang memegang status sebagai bangunan tertinggi di dunia.
Sebut sahaja Taipei 101, ramai akan membicarakan soal keagungan menara yang turut mempunyai 101 tingkat meliputi enam tingkat ruang membeli-belah, restoran dan kelab malam.
BANGUNAN ini pernah diberi jolokan Pusat Kewangan Dunia Taipei.
DI salah sebuah kawasan beli-belah di Taipei.
Sebelum ini bangunan yang mempunyai lima tingkat di bawah tanah itu pernah diberi jolokan Pusat Kewangan Dunia Taipei.
Malah, setiap pengunjung yang melawat bangunan itu juga akan merasai kemudahan lif terlaju di dunia dengan kepantasan 16.83 meter setiap saat (63 kilometer/jam).
MENIKMATI pemandangan dari tingkat 89 sangat mengagumkan.
Bukan itu sahaja lif itu juga mampu membawa pengunjung dari tingkat bawah ke tingkat 89 dalam tempoh kurang daripada 39 saat.
Bangunan yang direka oleh arkitek C.Y Lee itu dibina dengan kos AS$ 1.6 bilion (RM5.91 bilion) berketinggian 509.2 meter meninggalkan Menara Berkembar Kuala Lumpur (452 meter) yang berada di tangga kedua sebagai bangunan tertinggi di dunia.
PANORAMA Taipei pada waktu malam.
Menyentuh mengenai seni binanya, Taipei 101 menyerupai seperti satu batang buluh yang diliputi oleh batu-bata serta kotak duit yang antik digunakan oleh kaum Cina pada zaman dahulu.
Selain itu, pintu masuknya mempunyai lambang seperti tiga duit syiling emas yang mempunyai reka bentuk purba.
RUANG beli-belah turut disediakan di Taipei 101.
Struktur-struktur menara itu pula kesemuanya seperti perlambangan satu pusat dunia di mana bumi dan pertemuan langit serta empat arah kompas.
Reka bentuk itu mencapai kekuatan tetapi pada masa yang sama memberi fleksibiliti untuk Menara Taipei 101 bergoyang tanpa menjejaskan struktur asasnya melalui penggunaan keluli yang berprestasi tinggi.
Menjejaki Taipei 101, menimbulkan rasa kagum yang amat sangat. Apatah lagi dibenarkan menjejakkan kaki ke tingkat 89, hanya 21 tingkat lagi dari puncak bangunan berbentuk pagoda itu membuatkan penulis begitu teruja.
Hanya dalam 39 saat sebaik menaiki lif dari tingkat bawah, kami sudah sampai ke tingkat 89 yang sememangnya dikhaskan untuk pelawat. Namun, pengalaman menaiki lif terlaju sedikit mencabar.
Bukan apa, tekanan dan kelajuan itu menyebabkan telinga terasa seperti berdengung dan sedikit kesakitan.
Sebaik pintu lif dibuka, mata dijamu dengan sebuah kawasan sosial yang meriah. Sebuah kafe dan teropong yang sedia diletakkan di tepi tingkap dipenuhi dengan pelancong.
Berada di ketinggian sekitar 400 meter di udara, kami sebenarnya diselaputi sekelompok awan putih di luar bangunan.
Sempat mencapai sebuah teropong, mata segera menangkap kenikmatan pemandangan malam di ibu kota Taipei. Teropong itu membenarkan penulis melihat dengan jelas kereta di jalan raya dan rumah-rumah di kawasan sekitar.
Namun, tidak dinafikan lebih lebih indah sebenarnya menyaksikan pemandangan di tempat setinggi itu tanpa menggunakan alat bantuan seperti terowong.
Melihat limpahan lampu-lampu kecil di bawah sememangnya amat mengagumkan.
Anda tidak perlu risau berhubung keselamatan, misalnya jika tersesat ketika berada di dalam bangunan itu. Ini kerana setiap pengunjung akan menerima alat bantuan yang mudah digunakan bagi membantu arah lokasi dengan betul.
Menjadi ikonik Taiwan dan dunia, Taipei 101 pada sebelah malam juga cukup menakjubkan. Berdiri gah dengan pelbagai rekod dunia, Taipei 101 diterangi oleh cahaya lampu yang berwarna-warni.
***************************************************************************************************
bila siap al burj kat dubai.. tak adalah jadi bangunan tertinggi -
bila ada yang tertinggi... akan ada lagi yang akan lawan nak lebih tinggi-
biasa aje la manusia memang begini -
selagi tak boleh nak tunjuk dia lebih terrer... boleh buat lagi lebih -
selagi tu tak puas hati -
dulu last pergi taipei - bangunan ni masih dalam pembinaan -
tengok dah siap ni... cantik juga design taipei 101 ni - |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau klcc tu masih tertinggi di dunia..
kedua pon jdlah..bukan 1 kedua d;dunia tp 2.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku for one lagi suka design KLCC yang bekembar..
Walaupon taller,Taipei101 ni sebatang kara je so kurang edge as oppose to KLCC..
Meanwhile,kat Dubai tu almost ridiculously tall.Arabs are insane!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 InVendeTTa's post
macam tu la tahap pemikiran orang2 arab islam ni -
buat bangunan tinggi2 -
pastu kosong - sapa nak sewa kat sana -
ah.. kat KLCC pun banyak lagi empty offices -
rent kat situ.. punya lah mahal
(nak bayar balik cost2 maintenance and built it -) |
|
|
|
|
|
|
|
Ni semua dah jadi histori nanti. Dah banyak pencakar langit baru yang cantik-cantik mencapai awan dirancang di seluruh dunia. Yang paling tinggi di Jeddah, Mile High Tower, dengar kata on juga w/pun ekonomi dunia dah gawat. Yang dah lawan Taipeh 101 tu , Burj Dubai.
Height: 818m
Floors: 162
Use: Mixed (hotel, res and office)
Architect: SOM
Developer: Emaar
|
|
|
|
|
|
|
|
By Height
1200m Mile High Tower - Jeddah
1140m Nakheel Tower - Dubai
1001m The City Of Silk - Kuwait
956m Sewun IFC - Seoul
808m Burj Dubai - Dubai
655m Pagcor Tower - Manila
650m City Tower - Sao Paulo
632m Shanghai Center - Shanghai
618m Pentominium - Dubai
615m Korean Rail Corp. Tower - Seoul
612m Russia Tower - Moscow
610m Chicago Spire - Chicago
610m Guangzhou Television Tower - Guangzhou
610m Incheon Towers - Incheon
610m Tokyo Sky Tree - Tokyo
600m One Dubai - Dubai
600m East Park Towers - Dubai
600m Oryx Tower - Doha
600m Solar Tower - Australia
Nanti saya tempek gambar-gambar, cantik dan mengkagumkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 dome\ catat
gambar ni kredit kpd Saudiguy, Skyscrapercity.com |
|
|
|
|
|
|
|
Noida Tower |
|
|
|
|
|
|
|
Nakheel Harbour Tower |
|
|
|
|
|
|
|
Korean Rail Corp Tower, Seoul |
|
|
|
|
|
|
|
Russia Tower, Moscow |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak lagi gambar ni, kalau senang nanti tepek.
Petronas Twin Towers lagi cantik !!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
?v=0 |
|
|
|
|
|
|
|
?v=0 |
|
|
|
|
|
|
| |
|