CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12092|Reply: 37

ape beza maksud insuran, takaful dan perlindungan

[Copy link]
Post time 17-3-2009 01:22 PM | Show all posts |Read mode
boleh sape2 bagi perbezaan

maksud antara insuran, takaful dan perlindungan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2009 01:40 PM | Show all posts
Mmmm... ketiga2 tu lebih kurang sama ajer....

Cuma client kena tahu samaada insuran/Takaful/perlindugan yg macam mana sesaui dgn mereka...

Originally posted by akughi at 17-3-2009 13:22
boleh sape2 bagi perbezaan

maksud antara insuran, takaful dan perlindungan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 01:46 PM | Show all posts

Reply #1 akughi's post

rasa rasanya benda yg sama..cuma insurans tu convensional...takaful tu islamic..

sorry kalau salah...

[ Last edited by  tenteng at 17-3-2009 14:15 ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 01:59 PM | Show all posts

Reply #3 tenteng's post

betul lah tu tenteng...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2009 02:57 PM | Show all posts

Reply #4 ibm632's post

bukan ke sume tu maksud yg same

insuran dlm bahase inglish

takaful dlm bahase arab

perlindungan dlm bahase melayu


convensional dan islamik adalah konsep perlindungan

betu tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2009 02:59 PM | Show all posts
org putih panggil insurans

arab pulak takaful

kite ni pinjam bahase org putih (insurans)


kesimpulannye sume adalah same maksud cume bahase lain2 je
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-3-2009 03:00 PM | Show all posts
sbb aku tgk byk kompeni insurans

dari luar menggunakan konsep islamik

dan ade sesetengah gune konsep convensional

betul kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 03:30 PM | Show all posts
Takaful dgn Konvensional ada sedikit perbezaan ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2009 03:50 PM | Show all posts

Reply #8 ibm632's post

itu la.... aku rase yg buat beza tu

konsep islamik ngan Konvensional kan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 07:49 AM | Show all posts
'takaful' ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan,perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolonagn dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan dimana peserta-peserta sama-sama bersetuju memberi sumbangan bagi maksud itu


dalam bahasa arab,kata dasar bagi perkataan 'takaful' ialah 'kafala' yang bererta untuk menjamin,menjaga atau memelihara.oleh kerana 'takaful' merupakan katanama yang berasaskan daripada kata kerja 'takafala' maka ianya juga bererti 'saling menjamin,menjaga atau memelihara'

konsep asas takaful

konsep asas takaful menggambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan,rasa saling tanggungjawab dan saling berkerjasama dikalangan peserta

falsafah takaful menekan kepada keikhlasan dan dibawah konsep ini para peserta memberi sumbangan keawangan berdasarkan kepada tabarru' yang setiap peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta didalam skim takaful berkenaan.dengan ini semangat akaful menekankan kepentingan persaudaraan antara peserta

tabarru'

tabbaru' bermaksud menderma secara ikhlas.dalam konteks tabbaru; semua peserta besetuju untuk saling membantu dikalangan meeka diatas niat yang sama

apabila konsep tabbaru' diperkenalkan maka dengan sendirinya seluruh pengurusan insuran sudah tidak terlibat lagi dengan unsur-unsur yang diharamkan kerena asasnya telah diubah.ini bermakna kontrak takaful tidak menggunkan asas jual beli kerana ia menimbulkan keraguan disisi syara' sebaliknya kontrak berbentk derma sekali-kali tidak memerlkan sebarang rukun yang perlu diikuti melainkan dengan hati yang ikhlas sahaja

asas kontrak(AKAD) perniagaan takaful

dalam ooperasi pengendali2 takaful hari ini akad takaful terdiri dai 2 akad yang penting iaitu TABBARU; dan WAKALAH,manakala akad MUDHARABAH merupakan akad sampingan

at-tabbaru'(derma ikhlas bertujuan)

didalam industri takaful at-tabbaru' yang diperkenalkan ialah tabbar'derma) beryujuan.derma bertujuan diperkenalkan dimana setiap peserta yang ingin menyertai takaful menderma sesuai dengan dengan risiko yang dibawa.pengendali menetapkan kadar tabbaru' demi memmastikan tabung tabbaru' yang disertai semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak.ini berkonsepkan saling lindung-melindungi

dr yusuf al-qardhawi(yusuf qardhawi the lowful and the prohibited in islam(trans) m.s 278) menegaskan insuran islam boleh diadakan dengan syarat setiap eserta menderma didalam 1 tabung untuk membantu sesama mereka.derma ikhlas ini depat menyempurnakan tujuan tersebut dan dapat mengelak sebarang keraguan.justeu itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

wakalah

konsep wakalah merujuk kepada akad wakalah iaitu penggunaan wakil

al-wakalah dari segi bahasa adalah bermaksud wakil-mewakili

menurut syarak wakalah ialah perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu atau pemberian kuasa kepada seseorang wakil untuk mengurus dam menjaga sesuatu perkara

berdasarkan takrif tersebut.al-wakalah merupakan suatu akad atau kontrak diantara 2 pihak (pewakil dan wakil) yang memebri kuasa kepada wakil untuk melaksanakan seseuatu urusan yang diperakui oleh undang-undang bagi pihak pihak wakil

pengendali takaful menerima pakai konseop al-wakalah yang mana para peserta sabagai satu pihak ayang membuat akad berdasarkan akad wakalah menngizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta mengurus dana.diatas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik WAKIL bagi pihak mereka.jika mereka memerlukannya

dengan akad tersebut maka mereka membenarkan pengendali untuk mengambil upah atau komisyen yang ditolak dari sumbangan mereka


perbandingan takaful dan insurans

TAKAFUL -tertakluk kepadaAKTA TAKAFYUL 1984

INSURAN KONVESIONAL - tertakluk kepada AKTA INSURAN 1963(pindaan 1996)

TAKAFUL - peserta dikehendaki membayar sumbangan berdasarkan konsep tabbaru'

INSURAN KONVESIONAL - pemegang polisi dikenakan bayaran premium atas perlindungan

TAKAFUL - pihak pengendali merupakan pengendali risiko

INSURAN KONVESIONAL - pihak syarikat merupakan penanggung risiko

TAKAFUL -penyertaan takaful adalah merupakan satu akad diantara peserta dan pengendali takaful

INSURAN KONVESIONAL - pembelian insuran adalah satu kontrak diantara penginsuarans dan pemegang polisi

TAKAFUL - lembaga pengawasan syariah bertanggungjawab memastikan urusan perniagaan pengendali berpandukan syariat islam

INSURAN KONVESIONAL - tiada lembaga pengawasan syariah

TAKAFUL - tiada unsur gharar,maisir dan riba

INSURAN KONVESIONAL (tidak termasuk invesment link) - terdapat unsur gharar,maisir dan riba
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2009 02:48 PM | Show all posts

Reply #10 ibm632's post

thanks... tepek info ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2009 03:14 PM | Show all posts
TAKAFUL - pihak pengendali merupakan pengendali risiko

INSURAN KONVESIONAL - pihak syarikat merupakan penanggung risiko



ape maksud ayat ni...

tolong explain
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 06:01 PM | Show all posts
Penanggung insuran--> bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)


Pengendali Takaful-->bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:17 PM | Show all posts
sunyi je........ makan ke semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 01:26 PM | Show all posts

Reply #14 integra's post

ejen mkn angin kat gold coast tuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 11:07 PM | Show all posts

Balas #15 jenglut\ catat

emmm tinggal la aku keseorg ngan di sini.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2009 08:01 PM | Show all posts

Reply #16 integra's post

takpe..kita bole bolot semua klien..hehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 10:35 AM | Show all posts
Ok ... ibm dah kurang sebok .... boleh aktifkan semula cari.com  .... sebok dgn jemputan main golf laaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 04:07 PM | Show all posts
up sikit.. takut ada org nak tahu lg pasal info penting nii
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 08:57 AM | Show all posts
Perlindungan tampa sempadan ... ok ayat aku


p/s: integra apasal ko tak join kaunter kat Alpha Angle
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.053846 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list