CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1989|Reply: 11

dosa ke aku nih??

[Copy link]
Post time 18-3-2009 04:28 PM | Show all posts |Read mode
hari tu saya ada berforum di FD mengenai siapa yang saya patut pilih antara suami dan ibu bapa. setelah di pikir-pikir , saya memilih suami kerana saya rasa suami lebih mempunyai hak keatas isteri,namun setelah saya memilih untuk kembali kepada suami saya, mak saya dengan nada yang serius dan marah mengatakan dia tidak akan mengaku saya anak dia dan sekarang anak dia ada 2 sahaja,malah ayah saya pun terkilan dengan tindakan saya yang kembali kepada suami saya..ibu bapa saya nak saya bercerai sebab mereka kata suami saya tak bagus untuk saya. tapi sekarang dia sudah berubah dan sebab itu saya kembali kepada suami saya demi anak-anak juga..jadi persoalan di sini saya berdosa besar ke macam ala-ala anak derhaka dan apa yang perlu saya buat untuk ambik balik hati mak n ayah saya atau saya patut biarkan dahulu untuk setahun dua dahulu sebelum cuba untuk berbaik dengan mak dan ayah saya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2009 04:36 PM | Show all posts

Balas #1 ezumi84\ catat

salam,
saya rasa u dah wat keputusan yg betul..
once wanita yg dah berkahwin, wajib mentaati suaminya selagi suami tidak menyuruh kpd kebinasaan,kemungkaran, menyalahi & melanggar suruhan Allah SWT..
syurga seorg isteri adalah di tapak kaki suami,dan selagi suami tdk redha pd seorg isteri,nescaya isteri tidak akan masuk syurga..

ini adalah beberapa panduan agama yg basic utk u renungkan, apa2 pun u yg lebih tahu kan, status seorg wanita totally berubah apabila telah bersuami..

tq
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 04:38 PM | Show all posts
hmmm..

tapi taklah sampai betul2 membelakangkan ibu kandung..

rasanya, ibu awak cakap gitu pon sebab risaukan awak, kan?

dia rasa terkilan je.. what's done cannot be undone..

tak guna pk dosa ke tak, betul ke salah, coz it has already been done.. the damage is done..

pendapat saya, awak startlah pujuk mak awak.. mula2 memanglah dia tak terima, tapi kalau slalu pujuk, insyaAllah, pasti cair..

awak perempuan, semestinya awak tahu bahawa hati perempuan itu sebenarnya lembut dan senang dilembutkan dengan kelembutan...

semoga Allah membuka hati ibu awak untuk memaafkan awak, insyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 04:48 PM | Show all posts
Cube berbincang dan memberitahu perkara yang sebenar kpd ibu akak tu..Dia berhak tahu perkara tersebut.
  Jgn pernah sakiti hati ibu walaupun sekali,ibu akak membela akak dgn penuh kesabaran dan kasih sayang
  jd jgnlah sekati hati dia..Akak jugak akan menyesal nanti.

  Mintak maaf sekarang jugak,mintak lah maaf walau apa2 cara pon.

''Sesungguhnya redha Allah terletak pade
  redha ibu bapa''.
   
  Itulah darjat yang Allah berikan kpd ibu bapa. Ingat!! kalau akak sakiti hati ibu akak,nanti anak akak pulak
  yang akan menyakiti hati akak.

  Ingat akak ibu bapa akak membesarkan akak dgn penuh kesabaran...

  Walaupun suami akak mmg ade hak keatas akak tetapi ibu bapa akak pon ade hak jugak keatas akak..
  Kenape begitu lama utk akak biarkan mereka?? mereka tu ibu bapa akak.. Bagaimana mungkin keesokan
  hari akak mati tetapi akak masih x meminta maaf kepada mrk?? Tanpa mrk siapalah kite..
  tanpa mrk mungkin keadaan akak lebih teruk drpd sekarang.


  Sye cume nak nasihatkan akak supaya bersabar mungkin ini salah satu drpd ujian illahi kpd akak..
  Ingat syurga di bawah tapak kaki ibu..Bg sye inilah antara ungkapan yang sungguh indah selama ini..

     sabar akak ye..kalau ade ape2 tanyalah sye..Assalamualaikum.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 04:51 PM | Show all posts
suami lebih utama drpd ibubapa bagi seorang wanita yang sudah berkawhwin....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2009 04:52 PM | Show all posts

Balas #4 indah_iman\ catat

er... benda nih belum lagi terjadi lama mana pun..kata orang masih hangat lagi..baru jadi minggu lepas,so kalau gi umah famili pun mahu kene maki hamun sbb saya pilih suami,just maybe saya akan mintak maaf guna surat dulu kot untuk masa yang terdekat nih untuk terangkan keadaan yang sebenar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2009 07:30 PM | Show all posts
salam utk tuan rumah..

zumi dah buat keputusan, jadi tawakal pada Allah..

tentang ibu bapa yang sedang marah, anggap je apa yang mereka lafazkan tu bukan sepenuhnya datang dari hati mereka pun. Orang tengah marah, macam2 boleh terkeluar kata2nya..

so sekarang, iltizam dalam hati utk terus memujuk ibu bapa... ajak suami sekali join the effort... tunjukkan yang zumi ada reason yang kuat kenapa pilih suami...

apa2pun sentiasalah bersangka baik dengan ibu bapa, supaya kita takde rasa susah nak mendekati mereka. Takde ibu bapa yang nak anak dia merana..

buat lah apa cara sekalipun utk memujuk dan rendahkan lah ego kita serendah2nya bila berhadapan dengan ibu bapa..

hantar surat minta maaf.. call selalu bertanya khabar... datang berkunjung dan berziarah...hulurkan bantuan dari segi kewangan kepada ibu bapa atau adik beradik yang memerlukan... belikan hadiah...ingat hari2 penting seperti harijadi, ulangtahun perkahwinan kedua ibu bapa dan pelbagai cara lagi yang boleh zumi buat untuk menyejukkan rajuk mereka...

dan yang paling utama sekali.. berdoalah selalu mohon kekuatan dan mohon dilembutkan hati ibu bapa...

insyaAllah moga dipermudahkan ye...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 07:44 PM | Show all posts

Balas #1 ezumi84\ catat

ezumi ms ni dh bercerai ke atau cume duduk asing2?
kalo ms ni masih lagi punya ikatan yg sah, ezumi dh buat keputusan yg betol..
tp sekiranya dh bercerai dan dh tamat tempoh edah, die bukan lagi suami yg patut dituruti..
so redha dgn ape yg terjadi, insyaallah redha Allah akan bersama ezumi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2009 07:52 PM | Show all posts
Originally posted by indah_iman at 18-3-2009 16:48
Cube berbincang dan memberitahu perkara yang sebenar kpd ibu akak tu..Dia berhak tahu perkara tersebut.
  Jgn pernah sakiti hati ibu walaupun sekali,ibu akak membela akak dgn penuh kesabaran dan ...


indah_iman, apabila seorang wanita sudah berkahwin, hak terletak pd suami 100% dan ibu bapa tiada hak ke atas anak perempuannya..

ade 1 kisah zaman Rasulullah SAW. rasenye ramai yg penah dgr. xpela kan..bile cerita byk kali ia akan jd zikir.
sepasang suami isteri bergaduh. sebelum keluar dr rumah suaminye berpesan pd isteri yg die tidak dibenarkan keluar dr rumah sehingga suaminye balik..pd masa tu datang pula saudaranya bawa kabar yg bapa si isteri td sedang nazak. si isteri menceritakan ape yg terjadi dan menyuruh jumpe Rasulullah meminta pandangan baginda. Rasulullah berkata, turutilah kata suaminya..sampai ayah dia meninggal pon Rasulullah tetap suruh ikut kate suaminye. moral kt sini betapa pentingnye mengikut kata suami, dan suami pula jgn la sekali2 gunakan kuasa yg diberi Allah utk menyeksa si isteri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2009 12:05 PM | Show all posts

Balas #8 adiegani\ catat

masa duk asing-asing tu saya masih isteri kepada suami saya..mungkin org sekeliling kata keluar rumah tanpa izin suami tapi ada sebab yang kuat boleh diexcusekan so saya lari la bersama anak-anak..tapi bila jumpa balik suami lepas 2 minggu berpisah dia sudi maafkan dosa saya keluar dari rumah,saya rasa terharu lak sbb dia btul2 sayang saya..tu yang saya rasa bersalah sangat2 dan nekad kembali kepada suami wpun ibu dan ayah menetang sekeras2nya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 12:59 AM | Show all posts
Bagi isteri, kuasa penentu di tangan suami.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by ezumi84 at 18-3-2009 16:28
hari tu saya ada berforum di FD mengenai siapa yang saya patut pilih antara suami dan ibu bapa. setelah di pikir-pikir , saya memilih suami kerana saya rasa suami lebih mempunyai hak keatas ister ...



keputusan yg tepat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.051105 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list