CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11959|Reply: 47

Sayyid Hussein Jamadil Kubra

[Copy link]
Post time 21-3-2009 12:15 AM | Show all posts |Read mode
Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU SEJARAH DI SEKOLAH.

1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.

2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.

3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.

4. Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.

5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.

6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.

7. Beliau ketua Wali 7.

8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul sebelum ke Jawa.


Ada sesapa mahu sambung?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2009 12:46 AM | Show all posts
Bukti yang terang lagi bersuluh masih ada di Kelantan iaitu:

Masjid Kampung Laut. Butakah mata bahawa masjid ini sama sahaja dengan Masjid Agung Demak di Jawa?

[img]http://tbn3.google.com/images?q=tbn:r8O_glY2Ny1wWM:[/img]


Masjid misteri milik Sultan Brunei di Danau Tok Uban (tidak jauh daripada Bukit Panau). Gilakah Sultan Brunei membina masjid secantik ini jauh tersorok di dalam hutan???







Hang Tuah bertapa di Hulu Melaka, jaraknya 7 hari 7 malam daripada Kota Melaka. 'Hulu Melaka' itu Bukit Panau, Kelantan.


tetapi kena ramai yang masih buta hati untuk mengetahui sejarah sebenar?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 07:09 AM | Show all posts
aku rasa ni cite dongeng je. Hang Tuah pun tak wujud, macam mana plak cite ni boleh timbul. kurun keberapa kisah Sayid ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 07:50 AM | Show all posts

Reply #1 WonBin's post

hang dah betobat ka
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 09:39 AM | Show all posts
wonbin...ana raser takyah nak wowarkan sebab...dah cukup ..sudah banyak perkhabaran itu dibuat...ianya adalah utk pengetahuan org-org tertentu yg ada kaitan saja...kerana org awan atau yg tok tau go sekaro...akan senyum sinis...kerana mereka buta sejarah.... kalau nak bincang juga agak baik dgn secara tertutup dgn org yg berkaitan saja...sebab utama ialah utk mengelakkan fitnah......ana sudah 7 tahun berjalan....ada kala berlari adakala mengesot...hanya semangat dan mengharap pertolongan Allah swt saja...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2009 11:30 AM | Show all posts

Reply #5 Lloni's post

Ok, biarlah sejarah terus buta ..... tetapi saya terus memperjuangkan sejarah.

Di tempat bernama SUNGSANG di muara sungai PALEMBANG, Sumatera, penduduk di sana mempunyai dialek yang agak ganjil berbanding orang Sumatera yang lain, yakni dialek mereka hampir sama dengan Bahasa Kelantan.

Jika anda ke Bukit Tinggi Sumatera, jangan terkejut jika anda disajikan dengan AYAM GOLEK. Rombongan saya daripada Kelantan terlompat kerana terperanjat apabila melihat ada ayam golek di sana. Rasanya dan cara memasak memang sama seperti ayamgolek di Kelantan.

Semua ini warisan SRI VIJAYA MALA.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2009 12:24 PM | Show all posts
nasi padang sama dgn nasi ayam kampung campur gulai kawah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2009 09:55 PM | Show all posts
WALI 7


Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama 'Jiddah' terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.


Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan  itu.

Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini 'tersorok' dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang.

Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu.  Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei.



Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2009 10:04 PM | Show all posts

Reply #1 WonBin's post

..........n0 8 ada sedikit kekeliruan.Nanti saya akan masukkan carta keturunan mereka d sini (Sayyed Hussain) Yg jelas songo ialah sembilan dalam bahasa Jawa. Mereka tu tok nenek atau daging darah saya.Saya boleh gali keturunan mereka sejelas yg mungkin kalau mau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2009 10:18 PM | Show all posts
[imge]http://3.bp.blogspot.com/_JiVUF7j6tCY/SYWtbnopqiI/AAAAAAAAC2Q/LlVxyApWS1U/s400/IMG_3119b.jpg[/img]



Sukar untuk percaya lokasi gambar ini ialah di Pasir Mas, Kelantan. Lagi hairan kerana Sultan Brunei yang membinanya di sini.

Youtube:<br /><br /><a href="http://www.youtube.com/watch?v=XtgmlnB_xGc" target="_blank">http://www.youtube.com/watch?v=XtgmlnB_xGc</a>

[ Last edited by  WonBin at 21-3-2009 22:29 ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 10:20 PM | Show all posts
Teringat kisah lama kami. Kisah yg telah berlalu 400 juta tahun lps sehingga Melaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2009 10:22 PM | Show all posts

Reply #9 tanggo's post

Wali Songo itu gelaran yang orang Jawa bagi. Kita panggil mereka Wali 9. Mereka lebih popular di Jawa, dan orang Kelantan tak kenal mereka sangat. Keanggotaan mereka tidak tetap pada suatu masa, bukan semua orang hidup pada satu zaman, bukan semua bergerak dalam satu group macam kumpulan muzik rock.

Sehingga kini masih lagi bergaduh antara ahli sejarah Jawa, ahli sejarah Malaysia dan ahli sejarah Kelantan. Namun ada salinan carta aliran keturunan milik keluarga DiRaja Kelantan yang mengesahkan salasilah ini adalah betul. Dengar cerita Sultan Brunei pon ada satu copy. Tetapi masing-masing tak bukak mulut.


Saya memperjuangkan sejarah ini kerana saya MARAH dan RASA TERCABAR bila ada orang yang kata Wali Songo (Wali 9) itu adalah asalnya orang Cina Sami Shaolin yang lari dari kuil dan memeluk Islam, ada yang kata mereka adalah rombongan Cina muslim yang datang dengan Laksamana Cheng Ho, ada yang kata Hang Tuah = Han Too Wah, Hang Jebat = Han Jee Bat.

Saya telah lalui banyak pengalaman 'mistik' yang sukar untuk dipercayai berkaitan dakwaan sejarah di atas, cuma bukan tempat di Internet untuk saya kongsi dengan anda.

[ Last edited by  WonBin at 21-3-2009 22:38 ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 12:35 AM | Show all posts
Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang


yg ini...dimuskilkan dan masih mencari...kerana tak bertangkup atau bertemu...kerana ada dakwaan bahawa Brunei adalah dari al-Hassan dan tok wali dari al-Husein......atau mungkin sebelah mak dia dari al-hassan.

Bapa Brunei tu ....'Ajlan Abu Sari'a pernah jadi Syarif Mekah...1346M - 1375M....jika ini betul maka sah brunei dari al-Hassan.


p/s : jika saudari2 ada info yg lebih detail atau 'advance' dari saya sila PM atau gmail saya ......llonni.....saya sedia bermuzakarah......
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 08:27 AM | Show all posts
Konsep Highlanders adalah kunci kpd puzzle anda semua
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 09:02 AM | Show all posts
Ni Highlander mana pulak ni.......ke main multinick.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 09:21 AM | Show all posts
wah best best ...cerita yang tak pernah saya dengar nih...teruskan posting...saya cuma pembaca yang tak mampu menyumbangkan artikel...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2009 10:16 AM | Show all posts

Balas #15 alphawolf\ catat

anak murid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 01:52 PM | Show all posts
Pasir Mas Kelantan terus menjadi tumpuan orang Arab dan Shaikh daripada Pakistan/India pada masa dahulu untuk berguru agama sambil berniaga.

Tiada apa2 kesan yang tinggal pada hari ini kecuali RAMAI WANITA CANTIK DI PASIR MAS yang kulit putih melepak, rambut original perang, mata coklat, hidung mancung hasil perkahwinan campur sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 01:55 PM | Show all posts

Balas #15 alphawolf\ catat

aaa...aaa....highlander kembali

p/s...kemana kau mengembara selama ni hah ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 04:15 PM | Show all posts
to wonbin n lloni
thanx n congratz 4 both of u coz banyak memberi info berguna
sumtimes hakikat sukar diterima umum , nak2 klu manusia yg skema berpegang pada b
uku teks sejarah ,,,
banyak lagi hakikat sejarah umum xtau dan faktanya diputar belit
n bagi aku la personally
mistik xdapat lari bile berkaitan ngn sejarah ...xtau la kenapa ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.074630 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list