CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2579|Reply: 22

Kisah Pohon Epal Dan Manusia

[Copy link]
Post time 22-3-2009 01:33 PM | Show all posts |Read mode
Kisah Pohon Epal Dan ManusiaSuatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2009 01:50 PM | Show all posts

Balas #1 doden\ catat

sedih...aku dengaq cerita ni masa kat u, aku jadi fasi masa baksis... sblm bg budak menangis, aku nangis dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 01:54 PM | Show all posts
panjangnyer.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 02:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 02:25 PM | Show all posts
iyelah, last2 anak2 yang tak sedar diri tu menghabiskan masa bersama-sama dengan orang tuanya.Itulah yang pengajaran yang paling bagus sekali..akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 04:23 PM | Show all posts
cerita pengajaran yang bagus, well done
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2009 04:35 PM | Show all posts
Buatla perenggan.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 04:53 PM | Show all posts
Kisah Pohon Epal Dan Manusia

.
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang

kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia

memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan

adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut

begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.


Masa
berlalu budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia

tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut.

Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang

sedih.揗arilah bermain-mainlah di sekitarku,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2009 08:24 PM | Show all posts
Kisah Pohon Epal Dan Manusia

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu...  budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. Marilah bermain-mainlah di sekitarku, ajak pokok epal itu. Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau, jawab budak remaja itu. Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya, tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan. Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu.. Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. Marilah bermain-mainlah di sekitarku, ajak pokok epal itu. Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku? Tanya budak itu. maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.


Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. Marilah bermain-mainlah di sekitarku, ajak pokok epal itu. Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?  tanya lelaki itu. Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira, cadang pokok epal itu .Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.


Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.  Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati...  kata pokok epal itu dengan nada pilu. Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat, jawab lelaki tua itu. Jika begitu, berehatlah di perduku, cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


CERITA INI DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIGAMBARKAN DI DALAM CERITA ITU DIANALOGIKAN SEBAGAI KEDUA-DUA IBU BAPA KITA.

BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN.

NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA.

HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA PARA REMAJA.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 08:25 PM | Show all posts

Reply #8 Bateesta's post

lor dah ada yg buat perenggan rupanya.... rajin lak In mlm neh...

buat tuan umah, citer ni ada dlm buku cter kanak2 dlm bhs arab.... so nice...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 09:23 PM | Show all posts

Reply #9 indah1285's post

Takpe , yg ptg nanti org ada choice utk baca yg mana , dan bnda tu pun bnda baik
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 03:54 PM | Show all posts
sebuah cerita yg sarat dgn pengajaran dan kasih sayang. biasalah, lumrah manusia tidak kira pda ibu bapa or orang lain, bahkan pada tuhan sendiri, waktu susah ingat padaNya, tapi bila senang, terus lupa padaNya..
moga kita semua tergolong dlm golongan yang sentiasa ingat padaNya..amin..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 09:39 PM | Show all posts
adakah aku mcm tue....yaa...anak2 mcm tue la kan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 03:48 PM | Show all posts
citer ni penuh dgn pengajaran...
apa saja yg dipinta oleh ank..sedaya upaya ibu bapa penuhi wlupon mereka tiada apa2..begitulah pengorbanan ibubapa..sebagai anak..kita fikir-fikirkan lah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 03:56 PM | Show all posts
MMG SEDIH BILA FK BALIK

SEWAKTU KECIK KITA BERSAMA MEREKA BILA DAH BESAR N BKERJA KITA TINGALKAN MEREKA
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by selendangemas at 24-3-2009 15:56
MMG SEDIH BILA FK BALIK

SEWAKTU KECIK KITA BERSAMA MEREKA BILA DAH BESAR N BKERJA KITA TINGALKAN MEREKA



majority mcm tu la kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2009 05:34 PM | Show all posts
makanlah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 06:55 PM | Show all posts
Bace post ni..tringat kate2 ni..:

Wanita ibarat EPAL...

EPAL yg x berkualiti amat senang di perolehi..krn ia berguguran di tanah..

Tapi..EPAL yg x mampu di beli berada di puncak.. Susah utk di gapai..

Kadang2..epal itu risau, kenape diriku belum di petik??

Lantas ia merendahkan martabatnya & menggugurkan dirinya menyembah tanah..

Sedangkan ALLAH telah jadikan begitu TINGGI martabatnya hingga tiada siapa yg berani menggapainya..

Mungkin bukan di dunia, tp..biarlah di akhirat sana..

Biarlah JODOH bkn di dunia..asalkan CINTA ILAHI mengiringi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 02:35 AM | Show all posts

Balas #18 nursha\ catat

mendalam kate2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 02:40 AM | Show all posts

Reply #19 Rempit_25's post

sekadar renungan...

terutame, ppuan2..

jadilah EPAL.. x mudah utk di gapai..& x berguguran di tanah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.089269 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list