View: 6047|Reply: 76
|
Petisyen mewajibkan penglibatan ct di anugerah juara lagu
[Copy link]
|
|
apa crita kat metro ari ni???
aku tak kisah asalkan siti maintain perfomance dia....
tapi kalau dia join AJL lagi meriah! |
|
|
|
|
|
|
|
Siti cari penaja konsert soloOleh Nor Akmar Samudin
[email protected]
Rap | | MENJANGKAU 15 tahun pembabitan dalam bidang senisuara pada 1 April ini selepas kelahiran album sulungnya, JeratPercintaan pada 1996, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30, kini merancangpelbagai atur cara bersama peminat termasuk akan mengadakan konsertamal anjuran Yayasan Nurjiwa. | Konsert dijangka diadakan di Istana Budaya pada Jun ini, selamatiga hari. Bagi melaksanakan hasratnya itu, Siti sedang mencari penajauntuk bersama menganjurkan konsert itu yang bakal membuka lembaransejarah kepadanya kerana julung kali dia mengadakan konsert solo di IB.
Sebelum ini, Siti beberapa kali muncul di IB, namun penampilannya itudemi menjayakan persembahan teater dan menyerikan konsert artis ternamalain. Terkini, Siti baru saja muncul dalam teater Muzikal SirahJunjungan - Tahajud Cinta, arahan Erma Fatima.
"Saya belumpernah buat konsert menyanyikan lagu sendiri di IB. Konsep konsertsudah ada, tetapi pengisiannya belum tahu lagi. Pun begitu sayateringin membuat persembahan seperti konsert Celion Dion yang sayasaksikan di Las Vegas, Amerika Syarikat dan konsert saya di Albert HallLondon.
"Bukan hendak meniru keseluruhan konsep persembahanCeline Dion. Ikut 'standard' sayalah, tetapi persembahannya dijadikaninspirasi untuk konsert ini yang penonton boleh ingat sampai bila-bila.
"Untuk persembahan selama satu setengah jam itu saya memilih 25 hingga30 lagu hits dan terbaik daripada semua album. Mungkin ada terpaksadisampaikan secara medley kerana batasan waktu dan mungkin juga adasegmen nostalgia. Sebahagian kutipan tiket konsert akan disalurkankepada Yayasan Nurjiwa," katanya. Sebagai meraikan 15 tahun kejayaannyadalam dunia seni, Siti akan keluarkan biografi bergambar yangmengandungi gambar eksklusifnya dulu dan kini. Biografi itu akandihasilkan dalam bentuk istimewa untuk disimpan peminat. Untuk itu Sitisedang mengumpul bahan.
Siti yang kembali berseri danbersemangat bekerja selepas bapanya, Tarudin Ismail menyahut panggilanIlahi hampir dua bulan lalu, aktif semula memenuhi pelbagai undangannyanyian dan menyambung promosi album Lentera Timur.
Klipvideo lagu Cinta Ini yang disisipkan dalam album itu sudah ditayangkandi televisyen dan minggu ini Siti akan merakamkan klip video lagukedua, Di Taman Teman.
"Ada cadangan menerbitkan album pop,tetapi biarlah saya selesaikan satu persatu dulu. Terlintas juga dihati menerbitkan album edisi khas seperti album kerohanian untukRamadan.
" Ramai artis Indonesia melakukannya. Kalau saya tidakbuat pun mungkin artis di bawah SNP (Siti Nurhaliza Productions) akanmembuatnya.
"Tersentuh hati ketika menyanyi dalam Sirah Junjungan. Puasdapat sama menjayakan teater itu kerana ia memfokuskan perjuanganRasulullah s.a.w. Kehidupan Baginda sebagai anak yatim dan palingterasa apabila tiba bahagian Rasulullah wafat yang diceritakan naratorteater itu, Mazlan Tahir.
"Begitu kerdilnya kita dibandingkan dengan kekasih Allah itu.Sewaktu saya berdiri di pentas IB, bermacam bermain di fikiran danseolah-olah ternampak arwah abah. Deras air mata saya menitik," katanya.
Hari ini (Khamis) genap 40 hari pemergian bapanya. Siti dan suami,Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa pulang ke Kuala Lipis mengadakan kenduritahlil.
"Emak (Siti Salmah Bachik) tinggal di sana ditemaniadik, Mohd Ali dan sepupu saya. Walaupun puas mengajaknya tinggalbersama kami di sini (Kuala Lumpur) tetapi emak lebih selesa dirumahnya sendiri. Kalau datang KL pun seminggu saja. Selepas ini jikasaya ke luar negara, saya akan bawa emak bersama," katanya yang mulabersenam di gimnasium untuk mengekalkan berat badan.
Selainitu Siti akan membuat persembahan pada Anugerah Bintang Popular BeritaHarian 2008, 12 April ini di Arena of Stars, Genting Highlands danAnugerah Kajai, awal April ini. Pun begitu Siti mengambil keputusan'berehat' daripada menyertai Anugerah Juara Lagu ke24.
Disamping itu selepas dua tahun tidak menjayakan Minggu Setiausaha, tahunini Siti tampil membuat persembahan menghiburkan bos dan setiausaha diPusat Konvensyen & Pameran, Matrade, MECC, Jalan Duta anjuran HotelQuality City Centre Kuala Lumpur (HQCCKL), 22 April ini.
Seharisebelum itu, Kris Dayanti muncul membuat persembahan sama. Mereka tidakdapat disatukan pada hari persembahan kerana kesibukan jadual dua divaitu.
"Termasuk tahun ini sudah enam kali saya bekerjasamadengan HQCCKL kerana mereka bertolak ansur dan faham cara kerja saya.Setiap tahun mereka menjemput saya.
"Dua tahun tidak menyanyidi pentas Minggu Setiausaha, rindu pula. Persembahan ini berlainandengan persembahan makan malam kerana ia dibuat waktu siang.
"Saya akan pastikan mereka yang datang terhibur dan rasa berbaloiberserta sajian antarabangsa yang enak. Buat masa ini saya tak bolehmenceritakan keseluruhan corak persembahan pada hari itu. Datang tengoksendiri. Seperti pada tahun sebelumnya, ada peminat yang bukansetiausaha pun mengambil peluang datang ke majlis ini.
"Hariitu saya menyanyi 'live' bersama lima hingga enam pemuzik dibawahpimpinan Jenny Chin. Saya biasa bekerja dengan Aubrey Suwito tetapitahun ini dia sibuk dengan OIAM (One In A Million) dan projek lain.Jangka masa persembahannya dari 45 minit hingga sejam dan akanmenyanyikan dalam 9 hingga 10 lagu. Ada segmem nostalgia," katanya.
Harga meja untuk seorang, RM580++ (VVIP), RM480++ (VIP), RM380++ dan RM280++. |
|
|
|
|
|
|
|
No! tak yah lah ct masuk.. dah tak laku dah ct tu.. kalau masuk pun mesti kalah.. lagu pun dah tak sedap.. balik jual ctea jer lahh :@ :@
(agak2 kalau cakap camni ct tergerak tak nak masuk ajl) |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 ingat lagi cikgu kata.. kalau nak suruh org jangan buat satu benda.. kita kata ha.. buatlah.. kalau nak suruh org buat kita cakap `jangan buat'
so NO! kot lebih mujarab |
|
|
|
|
|
|
|
bagus lah..
saya setuju dgn siti nurhaliza
poyo je nak nangis2 siti tak masuk ajl |
|
|
|
|
|
|
|
ok kot calon... tapi wakilkan saidah / saerah je lah nyanyi..
kan ni tanding lagu kaedahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 eddysheddy's post
nk bt camtu jgk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mekot at 26-3-2009 20:37
i need siti masuk ajl untuk ketengahkan lagi pop etnik ni. ni reason baik untuk naikkan lagi kategori ni. bukan sbb aku nak siti menang ke ape but ni salah satu cara nya. lagipun last ajl die tak ...
itu sebab aku rasa..mungkin last2 minit ct akan berubah fikiran |
|
|
|
|
|
|
|
takpun ct nak tgk prestasi lagu dia kat AIM dulu |
|
|
|
|
|
|
|
takpun ct nak join next ajl bila tiga2 kategori dia dah ada lagu |
|
|
|
|
|
|
|
bknke juara lagu klu tak de sape nk tanding etnik kreatif, diorang akn btlkn kategori tu
hrpn terletak di bahu ct mase diberi lagu etnik kreatif oleh komposer tmptn utk dinyanyikan dlm juara lagu
klu ct bt camni...mcm dh punahkan hrpn komposer yg bersusah payah bt lagu tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak sgt2 siti sertai AJL lg..rindu kat dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dauswq at 26-3-2009 20:46
bknke juara lagu klu tak de sape nk tanding etnik kreatif, diorang akn btlkn kategori tu
hrpn terletak di bahu ct mase diberi lagu etnik kreatif oleh komposer tmptn utk dinyanyikan dlm juara l ...
harap2 adalah komposer yg pujuk gila babas dia nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 eddysheddy's post
arapnye gitula |
|
|
|
|
|
|
|
nak tgk siti perform lagu tradisional kat pentas AJL! dah bape tahun siti x perform utk kategori etnik? |
|
|
|
|
|
|
|
adui, agak sedih, tapi apa pun, bagi Siti buat keputusan sendiri. Siti tetap no.1 |
|
|
|
|
|
|
| |
|