View: 3164|Reply: 4
|
NIGERIA: bangunan runtuh, 11 mati!!
[Copy link]
|
|
Bangunan runtuh, 11 terbunuh di Lagos
LAGOS 25 Mac - Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh apabila bangunan kediaman empat tingkat runtuh di bandar terbesar di Lagos, Nigeria, semalam.
Seorang wartawan Reuters melihat pasukan penyelamat mengeluarkan dua mayat, seorang lelaki dan seorang perempuan daripada runtuhan bangunan yang didiami oleh penduduk Idi-Araba, berhampiran Hospital Pelatih Perubatan Universiti Lagos.
"Terdapat kira-kira 14 mangsa berjaya diselamatkan. Ia merupakan sebuah bangunan empat tingkat. Masih ada mangsa yang terperangkap di dalam runtuhan itu," menurut jurucakap Palang Merah, Umo Okon.
Pekerja buruh binaan berhampiran tempat kejadian turut membantu menggunakan mesin pengorek bagi mengangkat bumbung bangunan itu untuk memudahkan usaha penyelamat membawa mangsa keluar daripada runtuhan berkenaan.
Bahan-bahan binaan bangunan yang tidak mengikut piawaian serta pengabaian penyenggaraan menyebabkan banyak kejadian bangunan runtuh berlaku di Afrika, Ia juga disebabkan infrastruktur bangunan lama di sini yang tidak diselenggara dengan baik.
Pada 2006, seramai 28 orang terbunuh apabila sebuah bangunan empat tingkat di sini runtuh.
Pada Julai tahun lepas tiga orang terbunuh apabila sebuah pasar raya empat tingkat runtuh di bandar Abuja. - Reuters
bab2 bangunan runtuh nihhh... tingat lak kat bukit antarabangsa kat KL sinun..... termasuk highland towers tuh!! |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba runtuh ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Hiishh...gilo betul...kot dinding tu jatuh atas jalan himpap org awam..tak ker naya... |
|
|
|
|
|
|
|
tak upah engineer ke mase buat bangunan tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 e-mag's post
tak pon diorang upah engineer cap ayam tak....
mosti engineer building nih dh bungkus kain baju nak migrate kat tempat lain... |
|
|
|
|
|
|
| |
|