CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2076|Reply: 4

KAT MANA MENCARI PEKERJA UNTUK PERNIAGAAN KELUARGA DI PASAR AWAM

[Copy link]
Post time 9-4-2009 12:38 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,

Sham nak minta pandangan dan idea..
Ayah Sham berniaga kat Pasar Awam di Pekan. Ayah berniaga berumur 74 tahun dan berniaga bersama abg yang kedua. Ayah berada di pasar seawal pukul 7 pagi hingga 7 malam..Bila senja baru baru balik ke rumah. Memang ayah takder masa berehat sehinggakan sabtu dan ahad pun bekerja. Semua ayah sham buat..potong dan siang ikan, angkat baldi air dll.

Rabu lepas ayah sham jatuh sakit..tekanan darah tinggi dan stroke mencecah 210..amat bahaya..sampai suara jadi lain, mulut herot dan lemah tak boleh bangun kena pimpin. Jadi semua kerja kat pasar abang yang buat dari pagi sampai ke senja.
Ayah sham cakap dia x dapat tolong sebab sakit dan dia kesian kat abg yg sorang sorang takder siapa yang membantu.
Sham cakap kat ayah..apa kata ambil seorang pekerja atau pembantu untuk meringankan beban di pasar.

Bayar dalam rm 400 atau rm500...Ayah sham dah berniaga lama semenjak usia muda lagi..xder pekerja atau pembantu cuma ada org tolong2 yg dtg dan pergi..ada seorg pakcik kampung pernah tolong tapi ayah dan abg merungut yg duit tak pernah untung ada je short.

Masalah sham..di mana tempat /institusi yang kita boleh cari pekerja untuk diambil ya? apa cara yg paling berkesan,selamat dan baik untuk mengambil pekerja? di mana?

Please tolong ya? sebab sham kesian kat ayah sham buat kerja berat2 dlm usia 74 tahun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2009 01:52 AM | Show all posts
Mana ada org tempatan nak kerja pasar gaji dlm 400~500 hengget beb...kerja kilang pun boleh dapat 7~8 ratus sebulan campur ot...cuba try hired bangla atau indon boleh kot...
Apa kata ko plak yg tolong...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 08:57 AM | Show all posts
betul tu.... isssh ! kesian betul ayah tuan rumah ni... ayah dia tu jenis kuat kerja, kalau tak kerja mana ada duit kan... nak makan lg... bayar bil lagi... u tak de saudara mara ke yang tak berkerja.. leh mintak tolong. setahu aku orang tempatan susah nak keje potong ikan/cuci macam ni...gaji dlm 500-600 ehmmm....sampai magrib lak tu, kalau cari indo ke... bangla ke.. ada kot, gaji banyak tu dah tak banyak sekarang, sebab makanan dan taraf hidup malaysia pun dah tinggi...paling bagus cari la saudara/jiran yang tak kerja...buat sementara waktu jer... ko tak leh tolong ke ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2009 01:39 PM | Show all posts
Rm 500 tu anggaran...mungkin boleh dinaikkan...ayah Sham ada cakap..sebulan boleh dapat sehingga RM 4000..

tapi kat mana boleh contact? kat jabatan sumber manusia negeri tu ada ker?

sham telah bekerja...sabtu dan ahad kadang2 balik...tapi memang x pernah ikut ke pasar sebab ..entah tak tau sebab apa..tapi rasa segan,geli,malu...semua ada.....

Originally posted by danedzya at 9-4-2009 01:52
Mana ada org tempatan nak kerja pasar gaji dlm 400~500 hengget beb...kerja kilang pun boleh dapat 7~8 ratus sebulan campur ot...cuba try hired bangla atau indon boleh kot...
Apa kata ko plak yg  ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 01:30 PM | Show all posts
iklan kn je kat paper hmetro tu..
basic 500++ komisyen, elaun, etc..

kejap je berderet org cl..

mcm aku buat masa nak cr part time maid..
arini iklan, br 1ari dah bederet cl masuk..
nak pk org local, indon2 plak yg ramai cl..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.263103 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list