CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 73802|Reply: 82

SENARAI TEMPAT HASIL LAUT YANG SEGAR

[Copy link]
Post time 11-4-2009 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Mari kita share2 kat mana korang biasanya beli ikan /seafood fresh dekat2 ngan KL kita nih...
Mcm pakcik aku selalu pg Banting&  Kuala Selangor tunggu kat jeti/pasar beli iakn2 yg murah & fresh...

Jom kita share cerita2....kalau yg beli kat pasar malam harga murah & agak2 mcm tak letak ubat "tahan kasi fresh" tu bole laaa....

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 13-4-2009 08:24 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2009 01:50 PM | Show all posts
Biasa pergi pasar pudu je.. fresh and cheap. Macam mana nak tahu ikan tu letak fomalin (bahan awet)?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 12:08 AM | Show all posts
Since that dekat dgn K. Selangor memang every week bli kt Pasir Penambang, K. Selangor. tapi la rega agak mahal sket.  Klu rajin p terus ke Bagan Tg. Karang.  Lagi fresh ... cuma beware dgn anjing2 yg suka berkeliaran..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 01:38 AM | Show all posts
ntah kah, ikan kat kl neh, rata2 tak freash sgt lah... even kat chow ket ke apa ke... kalau nak ikan fresh, nak kena pergi jauh2 spt k.selangor bagai... itu bukan kl dah... dah jauh luar kl dah tu

aku balik kedah, dh lah harga ikan murah, ikan mmg mata still hitam, sisik berkilau-kilauan... sotong tuh still jernih putih lagi...

overall, aku rasa, org kl neh quality of life mmg menyedihkan, thumb down lah ... dh lah hidup mahal, jem sana sini, stress, pastu makanan basah pun kurang berkualiti, ikan pun dh ala2 hampeh dah...

[ Last edited by  alangGIRL at 12-4-2009 01:39 ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 02:27 PM | Show all posts

tips kenal ikan fresh

yes, macam kaktaya cakap tu.

or kat port klang (area berdekatan yang ada tempat nelayan).

kat pasar mana2 pun ikan wajib letak pengawet. kalau nak yang tanpa pengawit harus pergi kat area2 kuala selangor atau mana2 dekat laut, beli from peraih as soon as ikan naik laut.

pasar besar / pasar borong / hypermarkets / supermarkets atau mana2 selain tepi laut tu, semua tak fresh dan dah letak pengawet. FYI, it is the same pengawet yang orang guna utk awet mayat.

macam mana nak kenal ikan tu fresh asli atau dah letak pengawet?
senang je.

ikan yang konon fresh tapi dah diawet, rupa ikan tu macam segar, mata macam cerah, badan macam firm, TAPI, kalau kita sentuh badan ikan tu, jari kita rasa kesat (macam bersih).

ikan yang fresh yang belum diawet, kalau sentuh badan dia, akan macam berlendir (slippery). even kalau dah disejukbekukan as soon as naik ke darat, selepas sebulan pun badan ikan tu masih berlendir.

kalau ikan tu dah tak berlendir, maknanya dah lama diletakkan kat luar, kemudian masuk peti sejuk, kemudian keluarkan, kemudian masuk petisejuk etc. badan dah banyak kena air paip sebab tu bersih. ikan ni kalau tak diawet, memang akan busuk & buruk rupa nya.

itu tips utk kenal ikan fresh ke tak.

kalau beli ikan kat kuala selangor ke pasir penambang ke etc, balik rumah jangan dicuci atau disiang ikan tu, straightaway masuk dalam freezer, nak masak baru keluarkan dan siang. that is the way to retain its freshness. you will notice the difference.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 02:29 PM | Show all posts

Reply #4 alangGIRL's post

tu lah alang, me ni nasib baik sentiasa dapat supply ikan fresh from the sea, alhamdulillah.

yang iklan2 hypermarkets ke cold storage tu ke yang claim ikan fresh tu, jangan lah harus percaya. tipu je. kalau orang dah biasa makan ikan fresh, kenal ikan fresh, memang tak beli lah kat tesco dan seangkatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2009 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by kaktaya at 12-4-2009 00:08
Since that dekat dgn K. Selangor memang every week bli kt Pasir Penambang, K. Selangor. tapi la rega agak mahal sket.  Klu rajin p terus ke Bagan Tg. Karang.  Lagi fresh ... cuma beware dgn anjin ...


mmg kat bagan tg karang tuh fresh2 belaka...yang ni kat kg dato adam tu ker...kita selalu gi situ...nak masuk kena lalu kg org dulu...ada macam2 kan...bleh tawar menawar lagi...tp tang anjing tu yg kaco sikit
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 05:05 PM | Show all posts
jauhnya smpai nk gi kuala selangor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2009 05:51 PM | Show all posts

Reply #8 myariesa's post

jauh pun berbaloi. tak perlu pergi kerap2, pergi once a month cukup, beli ikan cukup utk 1 mth supply.
balik, jangan siang atau cuci, terus kemas2 & freeze kan ikan2. biasanya saya masukkan dalam plastik isi makanan tu, asing2 kan, jadi bila nak masak, keluarkan portion utk masak hari tu je lah.

dijamin tahan fresh for 1 month. rasa pun sedap, free from ubat mayat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 07:10 PM | Show all posts
ni tempat yang selalu aku tuju kalo nak cari barang basah..

// pasar keramat
// pasar chow kit
// pasar tani taman melawati
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 09:20 PM | Show all posts
penah beli ikan bawal kat tesco.. teringin la nak makan ikan bawal goreng,. skali masa goreng kuar bau busuk da.. nak makan pun tak lalu sebab bau tak sedap.. terus buang ikan bawal tu .. serik pasni taknak beli ikan kat tesco dah..

tapi kekadang beli ikan salmon/ikan merah/ikan kurau yang dah siap potong kat jaya jusco supermarket one utama tu.. sedapp.. masih fresh n manis rasanya kalau goreng.. tapi harga mahal giler lah.. 2 hiris ikan sebesar tapak tangan je dah RM14
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 12:52 AM | Show all posts
sapa dok area puchong perdana ade satu kedai  nama Purnama [kalau tak salah]yg supply ikan dia mai straight dari lumut/pangkor setiap hari...harga mahai sket dari kedai lain tapi kualiti baguih
nak carik sayuq or ulam kampung yg segar2 pun semua ada

me salu weekend kalau pi jalan bagan lalang...kitorang borong ikan fresh dari sana jek utk stok
mahal sket tapi gerenti fresh
lain rasa dari yg beli kat pasar borong atau kedai runcit biasa
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 08:51 AM | Show all posts
Originally posted by mclaren at 12-4-2009 14:27
yes, macam kaktaya cakap tu.

or kat port klang (area berdekatan yang ada tempat nelayan).

kat pasar mana2 pun ikan wajib letak pengawet. kalau nak yang tanpa pengawit harus pergi kat area ...

baru nie pegi pasar kat shah alam syok pilih ikan pelaling sebab berlendir-lendir lagik..
kulit pun merelit-relit..hehehe..
bab penyimpanan tuu, dulu saya memang wat mcm mclaren..balik pasar terus straight away masukkan ke dalam freezer..
tapi lepas saya belek2 buku chef wan..dia ada kasik panduan bagaimana nk simpan ikan dgn cara yg betul..
pastu saya ikut cara dia..so far ok laa..

Tips/Petua Chef Wan

1. Ikan yang segar mempunyai bau air laut yang segar dan bersih. Jangan beli makanan laut yang berbau hanyir.

2. Tengok dengan mata, hidu dengan hidung. Mata, lihat makanan laut tu bersinar dan bersih. Hidung, bau untuk mengelakkan dari membeli yang busuk dan hanyir.

3. Mata dan kulit ikan seharusnya bersinar dan cerah, sisiknya melekat pada kulit dan insangnya merah jernih. Perlu singkap pipi untuk melihatnya. Daging ikan mestilah gebu apabila ditekan.

4. Jika mata ikan terbenam, atau ikan kelihatan mambar, lembik apabila disentuh atau hanyir, jangan beli!

5. Jangan simpan makanan laut lebih daripada 2 hari tanpa mendinginbekukannya.

6. Apabila anda membawa pulang, cuci dengan air sejuk dan keringkannya dengan tuala kertas. Bungkus longgar-longgar dengan kertas lilin agar udara boleh beredar disekelilingnya dan simpan di tempat paling sejuk [freezer].

7. Ketam dan udang boleh didinginbekukan tetapi rasa dan teksturnya tidak akan sama.

8. Makanan laut berkulit keras seperti tiram, lala dan kupang TIDAK boleh didinginbekukan tetapi boleh disimpan selama beberapa hari di dalam peti sejuk. Airnya yang terkumpul boleh dibuang.

9. Seekor ikan boleh disimpan lebih lama jika disiang. Ini akan menghapuskan enzim di dalam perut ikan yang mempercepatkan proses busuk. Ikan yang sudah dipotong berkeping-keping atau filet ikan akan rosak lebih cepat daripada seekor ikan kerana isi yang terdedah lebih mudah diserang bakteria.

10. Oleh sebab itu, lebih baik membeli ikan di pasar yang dipotong dengan serta merta daripada membelinya yang telah siap dipotong.

11. Seperkara lagi, apabila makanan laut dikeluarkan dari peti sejuk, biarkan ia dinyahbeku dengan sendirinya dengan perlahan-lahan. Jangan merendamnya dengan air untuk menyegerakan proses nyahdinginbeku kerana ini akan merosakkan rasa dan teksturnya.


[teks yang dah saya edit supaya mudah untuk dibaca]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 08:52 AM | Show all posts

Balas #9 mclaren\ catat

Semalam baru pegi Pasir Penambang. Ada sorang aunty tu jual ikan, dia kata pakai pukat jaring. Ikan dia semua fresh, mata hitam n still badan ikan tu berlendir. Usually beli ikan jenahak mata dah merah, tempat dia mata still hitam. Bawal tambak diapun memang fresh gila.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 09:25 AM | Show all posts

Hasil Laut

mmg syokkan kalo tgk hasil laut yang segar bugar tu..bila makan fresh jer.
ayah suka ke laut kalo time dia buat balik ikan wooohhhhh freshhh giler..manis
sotong lagi la..rangup lagi makan bila goreng..mmg sedap
paling fresh saya dapat ikan bila beli ikan kat paya jaras..kat kuala selanagor tak pernah p lagi tapi org kata kat sana pun fresh..:0nak p nanti
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 09:28 AM | Show all posts

Hasil Laut

pasir penambang kat ner yer?

http//chems-[email protected]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2009 10:13 AM | Show all posts
biasa yg aku tau.. kalau gi sabah mesti bawak balik polisterine putih.. bawak hasil ikan,sotong,udang,ketam yg segar2 & murah... kalau kat area kL ni payah sket nak cari yg betul2 fresh.. kalau ada pun mcm mahal...ada pun biasa ku beli kat pasar borong selayang jek...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 10:57 AM | Show all posts

Reply #13 Kacip_Fatimah's post

yes, agree dgn chef wan, kalau udang ketam tu kalau freeze lama sikit memang rasa dah lain. shells memang tak pernah lah freeze, apa2 shells pun beli masa hidup, balik masak terus.

bab siang ikan tu kurang pasti, sebab dulu2 memang dok siang ikan dulu baru simpan, tapi dia tak setahan ikan yang belum disiang & dicuci.
logik jugak apa chef wan cakap pasal enzim tu, tapi rasanya kalau dah frozen, bakteria ke apa pun tak boleh hidup, sebab tak ada suhu optimum for them.

lagi satu ni, kalau lah nak mintak penjual ikan tolong siangkan ikan masa beli kan, which is more convenient to us lah, jangan bagi dia rendamkan ikan kita tu dalam air besen yang dia dah guna banyak kali celup2 ikan lain, nanti hanyir.
kalau mintak dia siang, then make sure lepas siang tu, either dia cucurkan kat air lalu then cepat2 bungkus & kita cepat2 balik dan masak, OR lepas dia siang, tanpa cuci ikan tu suruh dia cepat2 bungkus and kita balik masak as soon as possible.
air darah2 ikan yang terendam dalam besen tu akan hanyirkan ikan.

also for us lah, kat rumah katakan siang sekilo ikan kembung kan, jgn rendamkan ikan2 yang telang disiang dalam bekas berisi air sementara nak habiskan menyiang ikan.
biar ikan yang disiang tu dalam bekas kering, dah habis siang semua ikan, baru lah mula proses mencuci.

ikan yang beli fresh from the sea, tak perlu dicuci dengan garam & asam, memadai cuci dengan air lalu je, ia tak akan berbau hanyir, unlike ikan beli kat pasar. even tangan kita pun tak berbau hanyir macam lepas kita siang ikan beli kat pasar.

cuma kalau ikan sembilang tu, walaupun ikan fresh, hanyir lah jugak bau dia masa menyiang, tapi bila dah masak tak hanyir kalau yang baru naik from laut.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by mclaren at 13-4-2009 10:57
yes, agree dgn chef wan, kalau udang ketam tu kalau freeze lama sikit memang rasa dah lain. shells memang tak pernah lah freeze, apa2 shells pun beli masa hidup, balik masak terus.

bab siang  ...

utk ikan tu biasanya balik dari pasar, saya buang perut dan cuci darah-darah yang ada..
saya tak siang semua..pas tu baru masukkan dlm beg kecil-kecil ikut portion nk masak..
time nak masak, thaw jap then baru siang btoi2..
ada gak penjual tu cakap balut dgn surat khabar ikan2 tuu kalau dah balik kang..
takyah siang..terus masukkan dlm freezer..
ada plak yg cakap suh perah sket jus limau on top ikan2 tu seme..
haii..byk benor petua2 derang nie..
saya plak ikut dan je yg mana rasa seswai..

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 01:06 PM | Show all posts

Balas #12 ninoZ\ catat

kat mana nih yer kat depan kompleks niaga puchong perdana tu ker atau kat puchong prima dekat2 flat tuh ...yg kat puchong prima tu ada gak ikan hasil laut jeti apa tah dia tulis..tp kat situ ikan mmg fresh tp kengkadang ada tak fresh gak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.274284 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list