View: 48347|Reply: 1252
|
Laporan konsert AF7 Minggu 5 + diari ext
[Copy link]
|
|
apa-apa pasal konsert bincang di sini yer...
Serasi Bersama
Berdasarkan sesi rehersal yang dijalankan malam tadi, kebanyakanpelajar nampaknya semakin serasi bersama pasangan duet masing-masing.Namun, masih juga terdapat pelajar memerlukan lebih masa untuk latihanbersama. Jadi, jangan ketinggalan menonton konsert kedua AkademiFantasia 7 di Astro Ria (Saluran 104), jam 9.00 malam ini
Berikut adalah perkembangan pelajar setakat malam tadi
YAZID & Yazer - Terharu (Jamal Abdillah & Mawi)
Peningkatan yang sangat memberangsangkan oleh Yazid. Dia kelihatansemakin yakin dan berani di atas pentas. Keserasian juga ditunjukkanoleh mereka berdua. Persembahan yang agak seimbang
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA
ARIL & Marsha - Aku Dan Dirimu (Ari Lasso & Bunga Citra Lestari)
Penghayatan yang bagus diberikan oleh Aril dan disambut oleh Marshadengan baik sekali. Ada peningkatan dari segi vokal oleh Aril namunkeserasian dengan Marsha perlu diperbaiki
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA
QHAUD & Heliza - Dibius Cinta (Yusry & Melly Goeslow)
Nyanyian Qhaud sedikit sumbang tetapi sebutannya jelas dan bolehdidengar. Penghayatan agak menarik tetapi boleh lebih diperbaiki. Belumnampak keserasian antara mereka berdua
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA
SIDI & Zahid - Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense & Noe Letto)
Peningkatan yang baik oleh Sidi dari aspek nyanyian. Namun, penghayatankurang konsisten. Dia perlu mengekalkan fokus lagu ini yang ditujukankepada Yang Maha Esa. Belum nampak keserasian mereka berdua menyanyikanlagu ini
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA
HAFIZ & Mila - Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha Ungu)
Seperti biasa, Hafiz sentiasa menunjukkan persembahan terbaik. Diabenar-benar sudah berada di kelasnya yang tersediri, Namun, aspeklakonan yang ditunjukkan perlu sedikit diperbaiki untuk lebih natural.Tapi, sangat serasi
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA
AKIM & Farah - Jika Kau Tiada (Erra Fazira & Yusry)
Akim kelihatan sangat berani beraksi di pentas. Dipasangkan denganFarah untuk lagu ini menonjolkan lagi karektor Akim yang sememangnyalincah di atas pentas. tariannya ada peningkatan, tetapi bolehdipertingkatkan
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA
CLAUDIA & Vince - Kau Muzik Di Hatiku (Jacyln Victor & Vince)
Tidak tahu di mana silapnya, vokal Claudia agak sumbang malam ini.Mungkin kerana terlalu teruja berduet dengan Vince. Namun, persembahanpentasnya seperti biasa, kemas dan dirancang dengan baik. Adakeserasian bersama
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA
AISHAH & Vince - Dua Hati Menjadi Satu (Gita Gutawa & Dafi)
Penghayatan yang sangat baik. Vokal Aishah juga dilontarkan dengankemas. Walaupun pasangannya belum bersedia sepenuhnya, tidak mengganggukonsentrasi Aishah ketika melakukan persembahan. Namun, keserasianmasih belum ada
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA
ISMA & Zahid - Kau Mawarku (Siti Nurhaliza & 2 By 2)
Penghayatan dan nyanyian Isma masih boleh dipertingkatkan, namunkeserasian dengan Zahid belum lagi ditunjukkan. Ada ketika merekabagaikan tidak menyanyi pada pentas yang sama.
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA
LAGU BONUS
Lucky (Jason Mraz/ Colbie Caillat)
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDiA
[ Last edited by eekkamouse at 11-4-2009 20:44 ] |
|
|
|
|
|
|
|
nanti sapa2 tgk konsert nih, tlg update kat cni ye..i x dpt tgk, harapkan update dr korang je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 poret83's post
baiklah :victory: :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
tu dia, kul 7 lebih dah booking awal2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eekkamouse at 11-4-2009 19:23 
baiklah :victory: :victory:
tengkiu2.. |
|
|
|
|
|
|
|
semangat AF..maknenye AF nih releven lg la ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 eekkamouse's post
> confident jer tuan benang partner esah n isma tu vince n zahid  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 melor!'s post
entahlah..amik kat website astro |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 Dicota8's post
> tulung update sini  |
|
|
|
|
|
|
| |
|