View: 2822|Reply: 12
|
gambar2 faizal sekitar minggu setiausaha 2009
[Copy link]
|
|
saper2 yg ada gambar FT kat minggu setiausaha .... sharelah kat sini!
rockensteiner yg pegi hari tu kat majlis kat nita ker?
untuk permulaan aku tepek pic masa sidang akhbar
|
|
|
|
|
|
|
|
credit to ali skyhigh
[ Last edited by sayasukagame at 12-4-2009 15:16 ] |
|
|
|
|
|
|
|
gambar kat atas sekali dpt kat paper mana?..
takde pun kat rc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal Tahir dan Nita hibur setiausaha (Utusan 12/4)
Oleh FARIZA SAIDIN
Dua bintang yang lahir dari program realiti, Faizal Tahir (OIAM) dan Nita (Malaysian Idol) akan memeriahkan sambutan Minggu Setiausaha yang akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 22 April ini pukul 8 malam.
Kali pertama bertemu pada pentas yang sama, kedua-dua naib juara berasal Terengganu, melalui program realiti berasingan, One In a Million (OIAM 2006) dan Malaysian Idol (MI 2005) ini menjanjikan persembahan hebat menghiburkan kira-kira 1,000 tetamu pada malam itu.
Bertemakan hitam dan merah, jamuan makan malam sempena Minggu Setiausaha anjuran Me & U Creative menawarkan pemilihan tiga jenis meja iaitu titanium, platinum dan emas dengan harga RM3,800 ++, RM2800 ++ dan RM1800 ++.
揝elain jualan meja, tetamu boleh membeli tiket secara individu mengikut harga meja, 搖jar Pengurus Projek Me & U Creative, Karyah Ezanafitri Karim.
Menurut Karyah, majlis makan malam dijangka berlangsung sehingga jam 12 tengah malam. Selain dihiburkan oleh dua penyanyi popular berkenaan tetamu berpeluang memenangi beberapa hadiah lumayan yang disediakan pihak penganjur berupa tiket penerbangan dan barangan elektrik.
Kemuncak majlis tentunya persembahan, Faizal Tahir akan menyanyikan lapan buah lagu popularnya antaranya Mahakarya Cinta dan yang terbaru, Sampai Syurga. Faizal juga akan berduet dengan Nita dalam sebuah lagu yang popular.
Setakat ini, menurut Karyah, sambutan penjualan tiket serta meja amat menggalakkan. Untuk tempahan selanjutnya ataupun pertanyaan bolehlah menghubungi talian 013-3134623 atau melalui e-mel [email protected] . |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by masterdyanna91 at 12-4-2009 19:36
gambar kat atas sekali dpt kat paper mana?..
takde pun kat rc..
media hiburan |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 sayasukagame\ catat
Youtube takdo kew noks? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 masterdyanna91's post
dah tak sempat kalau nak beli pun... sbb keluaran baru dah kuar
tapi keluaran baru ada pak wea aku la.... lee jun ki |
|
|
|
|
|
|
|
Anita tak ambil hati Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
FAIZAL bersalaman dengan Anita Sarawak sebagai tanda memohon maaf.
| Kucupan di tangan, sejambak bunga sebagai tanda tiada perselisihan
HUTANG penyanyi Faizal Tahir kepada diva Anita Sarawak sudahterbayar. Tanpa memikirkan soal senioriti, Anita sendiri bertanyakepada penyanyi itu mengenai hasrat hatinya untuk memohon maaf sebaikmereka bertemu selepas menjayakan Minggu Setiausaha anjuran PNB DarbyPark.
揇engar kata Faizal ingin memohon maaf daripada Kak Nita ya?攑antas penyanyi berusia 57 tahun itu bersuara sebaik Faizal melangkahke bilik sidang media.
Peluang yang sudah lama dinanti-nantikan pemilik laguBencinta itu tidak disia-siakan Faizal. Sudah lama dia menantikan saatitu dan tanpa berlengah, tangan dihulur, maaf pun dipinta bersertasebuah kucupan di tangan Anita sebagai tanda hormat.
Adegan yang cukup manis itu bukan saja disaksikan media, malahsuami tercinta penyanyi itu Mahathir Abdullah serta kakitangan PNBDarby Park. Lalu, Anita menghulurkan sejambak bunga sebagai lambangtiada lagi perselisihan antara mereka.
Bagaimanapun, Anita kemudian menjelaskan, dia sebenarnya tidakpernah mengambil hati atas kelewatan Faizal itu. Malah, dia juga tidakberasakan hal berkenaan perlu diperbesarkan kerana antara dia denganFaizal sebenarnya tidak pernah wujud sebarang persengketaan.
Entahdi mana Anita mengetahui desas-desus mengenai hasrat hati Faizal untukmemohon maaf berikutan kelewatan hampir satu jam ketika menghadirisidang media itu sehingga membuatkan Anita dan tetamu lain terpaksamenunggu lama.
Faizal pula yang tidak mengetahui sudah terlewat, terus sajaduduk di meja utama tanpa rasa bersalah dan langsung tidakmengungkapkan kata-kata maaf. Perkara itu pula sebenarnya berlakudisebabkan salah faham antara penganjur dan Faizal yang seterusnyamengheret penyanyi penuh kontroversi itu sebagai mangsa keadaan.
Namun, kini semuanya sudah kembali jernih. Faizal tidak lagi menyimpan rasa bersalah kepada penyanyi yang amat disegani itu.
Anita mahu bersara?
BARANGKALIberita ini bakal mengejutkan peminat setia penyanyi yang sentiasabertenaga di atas pentas ini. Tetapi penyanyi berasal dari Singapuraini menjelaskan, setakat ini belum pernah terlintas di fikirannya mahumeninggalkan dunia seni yang amat dicintai.
揔etika Kak Nita bertemu dengan Abang Mahathir lebih 10 tahundulu, pernah terlintas di fikiran untuk meninggalkan arena seni suara.Tetapi, dia memberi Kak Nita kata-kata semangat supaya meneruskankerjaya dalam bidang nyanyian dan semangat itu terus mekar sehinggalahke hari ini.
揝etakat hari ini, belum pernah terlintas di hati Kak Nitauntuk mengucapkan selamat tinggal kepada kerjaya nyanyian. Memangsetiap kali bertemu peminat, Kak Nita akan berkata kalau Tuhan izinkanada umur panjang, Kak Nita akan terus bernyanyi. Kak Nita berkatabegitu bukannya sebagai niat untuk mengumumkan persaraan.
揝ebagai manusia, kita tidak tahu apakah yang akan berlakukepada kita esok lusa. Sehingga hari ini Kak Nita masih lagi sihat,tetapi macam Kak Nita katakan tadi kita tidak tahu apa yang akanmenimpa kita pada masa akan datang, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 cikgu_murni's post
laku menyanyi tak pe, laku benda lain, bahaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|