CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2574|Reply: 21

mawi nak terbit telemovie ???

[Copy link]
Post time 13-4-2009 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Satu yang pasti, Mawi juga kini berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip apabila dia kini dalam proses menyiapkan skrip telemovienya yang pertama.

“Ini merupakan langkah baru saya selain daripada menyanyi. Yang pasti, bukan saya dan Ekin akan berlakon kerana saya tidak mahu jadi syok sendiri. legaaaa Insya Allah, banyak lagi perancangan yang saya mahu lakukan menerusi syarikat saya, MW Entertainment Sdn. Bhd.,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Mawi yang kini popular dengan lagu Sujud kolaborasinya bersama kumpulan KRU turut menyatakan keterujaannya apabila baru sahaja mengikat kontrak selama setahun sebagai duta makanan segera, Marrybrown selama setahun. - para ni tak berkaitan ngan tajuk thread.. tapi nak masukkan jugak



[ Last edited by  niy at 13-4-2009 09:04 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2009 08:23 AM | Show all posts
baguih gak perancangan mawi ni
nyanyian dlm zaman merudum nih tak berapa nak jalan
namun drama .. ada jer permintaan

persoalannya... menjadi ke tak usaha dia nih?
ke jadi mcm byk2 perancangan dia yg sekerat jalan
antaranya penerbitan prog. memancing bersama mawi
dan yg lain-lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2009 08:23 AM | Show all posts
lupa lak nak sebut
artikel tu adalah sebahagian dari artikel panjang dari utusan malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2009 08:32 AM | Show all posts
aku paste ajelah artikel tu kat sini
walaupun tajuk n isi utamanya tak memberangsangkan



“Ekin tidak mengawal saya” -Mawi
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]


kata Mawi, dia selesa ekin menjadi pengurus peribadinya kerana isterinya itu memahami perangainya.


APABILA mahu membicarakan tentang penyanyi lelaki popular yang seorang ini, ada kalanya sukar juga untuk diluahkan.

Ini kerana hakikatnya sudah terlalu banyak kisah tentangnya terpampang di media baik sewaktu dia masih bujang mahupun selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita pujaannya, Nora’Asikin Rahmat atau Ekin pada 20 Disember tahun lalu.

Menjadi seorang artis popular seperti Asmawi Ani atau Mawi memang begitu sukar sekali kerana apa sahaja yang dilakukan sering kali menjadi perhatian dan perbualan mulut orang sekeliling.
Sudah menjadi adat manusia, ramai yang suka dan tidak kurang pula yang mengeji dan bagi Mawi sendiri, dia sudah tidak kisah dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya dan isteri tercinta.

Kisah Ekin yang kelihatan setiap masa bersama Mawi mungkin boleh dianggap sebagai satu kisah menarik untuk dikupas.
Masakan tidak, hampir setiap masa dan dalam apa jua majlis sekalipun, kelibat Ekin akan tetap ada untuk berada di samping suaminya sehingga ramai yang sudah jelik melihatkan gelagat mereka.
Sehinggakan ada yang mendakwa Ekin mengawal Mawi dari semua aspek sehingga tiada lagi kebebasan untuk Mawi menguruskan dirinya sendiri.

Bukan itu sahaja, ada juga kata-kata nakal yang singgah di telinga bahawa kaki dan tangan Mawi sudah dikunci rapat isterinya.
Tidak kurang pula yang dengan nakal merumuskan Mawi kini hidup di bawah ketiak isterinya sehinggakan langkah Mawi akan dituruti oleh Ekin.
Semua itu menimbulkan perasaan kurang selesa orang sekeliling terutama sekali peminat fanatik Mawi. ada lagi ke ?
Banyak juga maklum balas yang diterima Hits yang memperkatakan tentang gelagat Ekin sehingga mereka sendiri berasa mual dan mempersoalkan kredibiliti Ekin sehingga mampu untuk bersama Mawi setiap masa.
Kata mereka, jika hendak diukur kejayaan, sumbangan dan populariti Ekin dalam bidang seni, bagaikan langit dan bumi dengan pasangan selebriti lain.

Mengajukan persoalan ini kepada Mawi dan Ekin sewaktu sesi fotografi yang berlangsung di studio Utusan petang Jumaat lalu, Mawi tenang menjawab setiap dakwaan yang dilemparkan kepadanya.
Kalau sudah namanya suami, sudah tentu Mawi akan menyebelahi isterinya.
Malah, Mawi berpendapat, segala dakwaan itu bukanlah satu perkara yang seharusnya diperbesarkan kerana apa yang dilakukan tetap ada batasnya.
Setidak-tidaknya, kata Mawi, kehadiran isterinya itu adalah bertujuan untuk mengelakkan fitnah mahupun kata-kata dusta dilemparkan kepadanya.
“Saya tidak pernah ikut telunjuk Ekin mahupun dikawal olehnya seperti mana yang diperkatakan. tak pernah? he he he .. strong word tuh   Dia tahu tanggungjawab dia sebagai seorang isteri. Malah, saya senang apabila dia ada bersama untuk menjaga penampilan dan pakaian saya.
“Bayangkan kalau dia tidak ada bersama saya, orang boleh berkata macam-macam kepada saya dan seterusnya akan sampai ke telinga isteri saya,” katanya memulakan perbualan.
Menurut jaguh SMS itu juga, setiap kali Ekin di sisinya, banyak manfaat yang mereka peroleh.
Paling utama, Mawi dan Ekin dapat mengelakkan fitnah daripada mereka yang mungkin kurang senang dengan kebahagiaan yang sedang mereka kecapi.

Ini adalah tentang soal kehidupan peribadi saya dan saya tahu apa yang saya lakukan. Tidak perlu untuk mereka di luar sana untuk menentukan tindakan yang perlu saya buat. taupun peribadi.. abih tu nak dicampurkan dgn kerjaya .. apasal ?
“Minta maaf, saya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Malah, saya kini sudah tidak kisah lagi apa yang orang mahu perkatakan tentang diri saya,” luah Mawi lembut namun sarat dengan maksud yang mendalam.
Ekin yang tenang di samping suami tercinta juga menyuarakan pendapatnya dan sebagaimana Mawi, dia juga tidak peduli dengan kata-kata nista orang sekeliling.
Baginya, perkara itu sudah menjadi lumrah dalam hidupnya sejak dia mula berkawan dengan Mawi hampir tiga tahun lalu.
Ekoran itu, dia sering kali menjadi mangsa ketidakpuasan masyarakat sekeliling terutama peminat Mawi yang melihat dirinya sebagai satu ancaman.
Bahkan, kegusaran orang lain terhadap mereka dianggap Ekin sebagai permainan dunia seni kerana wanita itu sedar apa dilakukannya.
Kata Ekin, bukan selalu dia mendampingi Mawi, kalau ada sekalipun kehadiran mereka berdua sebagai memenuhi undangan.
Begitu juga dengan dakwaan Ekin menumpang populariti Mawi juga diibaratkan sebagai tidak masuk akal.
“Saya terlibat dalam bidang seni pun bukan atas kehendak saya tetapi kerana kembar saya, Aein yang mengheret saya sekali sewaktu membintangi drama Kawan. Jadi semuanya, atas nama kebetulan,” kata Ekin mempertahankan dirinya tentang isu kehadirannya bersama Mawi yang menjadi buah mulut orang.
Pemilik vokal lagu Aduh Saliha dan Angan dan Sedar ini turut disoal tentang popularitinya yang dikatakan jatuh merudum sejak bernikah dengan Ekin dan ternyata anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini begitu optimis terhadap jawapannya.
Apatah lagi, namanya juga tercicir daripada menjadi pilihan pihak penganjur bagi menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha tahun ini.

Sedar diri

Sebagai manusia yang waras akal fikirannya, Mawi tidak cepat melatah dengan perkembangan itu, sebaliknya, dia sangat realistik dan percaya semua itu kerja Yang Maha Esa.
Menyalahkan Ekin kerana popularitinya merudum tidak pernah terlintas di fikiran Mawi.
“Saya seorang yang sentiasa sedar diri. Saya tahu tidak selamanya saya akan berada di atas, satu hari nanti saya akan berada di bawah,” kata Mawi menyambung perbualan.
Pada masa yang sama, Mawi tidak pernah putus memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana ketika orang lain merungut akibat terasa tempias kegawatan ekonomi, undangan untuk dia mengadakan persembahan masih ada.
“Alhamdulillah, tawaran untuk persembahan masih lagi ada walaupun saya akui, dengan keadaan ekonomi sekarang, ia sedikit sebanyak terkesan juga kepada saya.
“Tetapi, satu yang pasti, saya kini mempunyai masa yang banyak untuk melakukan aktiviti yang tidak mampu saya lakukan dulu sama ada bersendirian mahupun bersama Ekin,” tuturnya yang kelihatan semakin berisi selepas berumah tangga.

Satu yang pasti, Mawi juga kini berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip apabila dia kini dalam proses menyiapkan skrip telemovienya yang pertama.

“Ini merupakan langkah baru saya selain daripada menyanyi. Yang pasti, bukan saya dan Ekin akan berlakon kerana saya tidak mahu jadi syok sendiri. Insya Allah, banyak lagi perancangan yang saya mahu lakukan menerusi syarikat saya, MW Entertainment Sdn. Bhd.,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mawi yang kini popular dengan lagu Sujud kolaborasinya bersama kumpulan KRU turut menyatakan keterujaannya apabila baru sahaja mengikat kontrak selama setahun sebagai duta makanan segera, Marrybrown selama setahun.

Selain itu, anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai Johor ini juga menjelaskan, dia akan kembali ke lokasi untuk menjayakan musim terbaru Langkah Mawi yang akan membawanya mengembara ke Melbourne, Hong Kong dan Itali. gi sepanyol dah tak jadi dah  ke?

Sementara itu, Mawi juga menyatakan rasa gembira apabila album terbarunya, Allah Habeebi berjaya membolosi tembok kebal Anugerah Industri Muzik ke-16 apabila menerima empat pencalonan dalam dua kategori.
Pencalonan itu merangkumi tiga pencalonan untuk Lagu Nasyid Terbaik bagi lagu Allah Habeebi, Serulah Namanya dan Teman Hakiki selain kategori Album Nasyid Terbaik.

“Alhamdulillah, pengorbanan dan pelaburan semuanya berbalas. Saya gembira dengan penghasilan album ini yang saya sifatkan sebagai sebuah album yang menarik dari segi lagu dan susunan muziknya.
“Menang atau kalah, itu adat pertandingan. Saya tidak kisah,” ujarnya yang akan terlibat dengan Konsert Rock Rohani pada 18 April ini di Shah Alam, Selangor.



hehehehe... aku edit letak pic kat belah bawah
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 09:34 AM | Show all posts

Reply #2 niy's post


Tula kan... karang kena saman lagi
Mawi tu bukannya nak amik tahu apa
Dia tahu sebut je, keluar modal

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 09:41 AM | Show all posts
Semoga berjaya ye mawi.... Ambil segala iktibar atas apa yg berlaku disekeliling anda.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2009 10:59 AM | Show all posts
...sebenarnya kita selalu memperlecehkan setiap perancangan Mawi..
seolah2 kita merasakan dia sebagai insan yang tidak tahu apa2
walhal..
hakikat sebenarnya mungkin Mawi lebih bijak merancang masa depannya dengan iziin
Allah...
( sekian ulasan dari pem backing tegar Mawi yg bukan saudara darah daging Mawi tapi saudara seagama Mawi)
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 12:42 PM | Show all posts
Aku rasa dia bakal buat JV ngan Rosyam Nor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2009 12:53 PM | Show all posts

Reply #4 niy's post

suka cara mawi jawab soalan dalam artikel ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 01:08 PM | Show all posts
sweet nye gambar ni...
nampak mawi berseri sgt.. apsal korang tak suka tgk? pelik aku

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 01:13 PM | Show all posts

Balas #10 MsAnonymous\ catat

Mmg sweet.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2009 01:17 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 13-4-2009 12:42
Aku rasa dia bakal buat JV ngan Rosyam Nor.


ada dengar ura-ura ke?
baguslah kalau betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2009 01:18 PM | Show all posts

Reply #10 MsAnonymous's post

he he he
susah nak jawab nih


Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 01:21 PM | Show all posts

Reply #13 niy's post

hahaha.. tak baik tauu



cuba abaikan rasa sakit ati kat kikin tu.. mesti hang akan suka gambar ni punya..

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 01:32 PM | Show all posts
nak gak
buat telenovela

buat novel jer dulu
tengok leh laku ke tak

hiks
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 01:35 PM | Show all posts
JV pun tak apa janji jangan keluar muka ikin dalam drama tu nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2009 01:41 PM | Show all posts

Reply #15 chekshu's post

novel cacatan duka ina pon leh laku.. takkan cacatan suka mawee takleh laku kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by MsAnonymous at 13-4-2009 13:08
sweet nye gambar ni...
nampak mawi berseri sgt.. apsal korang tak suka tgk? pelik aku

http://www.utusan.com.my/pix/2009/0413/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.1.jpg


ada satu lagi gambar kat otosan..
ikin sandar kat badan mawi..
tersangatlah sweeeeet.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 01:47 PM | Show all posts

Reply #18 wangi08's post

aku tak beli utusan la yang.. hang tepek, aku kasi kedit..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 01:49 PM | Show all posts
Originally posted by MsAnonymous at 13-4-2009 13:47
aku tak beli utusan la yang.. hang tepek, aku kasi kedit..



tak beli otosan gak..
masa rehat belek kat cafe.....
lagi pung dik anom intan payong..
akak buta  bab tepek menepek ni.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.048107 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list