|
Faizal: Saya takkan tiru sesiapa
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Persembahan Faizal di ABPBH Ahad lalu dikatakan mirip persembahan penyanyi Agnes Monica
MASIH ingat lagi persembahan penutup penyanyi Faizal Tahirdengan lagu Bencinta yang dinyanyikan semasa Anugerah Bintang PopularBerita Harian (ABPBH) 2008 baru-baru ini?
Persembahan yang dilakukan dengan iringan gendang Cina itu didakwamirip seperti persembahan penyanyi Agnes Monica yang boleh ditonton dilawan web YouTube.
Dakwa sumber itu lagi, 'step' yang digunakan oleh Faizal menyerupai 'step' yang dipraktikkan oleh Agnes.
"Setiap persembahan Agnes akan dimulakan dengan tarian, jadi Faizalmungkin mengambil idea setiap persembahan Agnes sedikit demi sedikit,"kata sumber itu lagi.
Ditanya kepada Faizal, dia menyangkal dakwaan itu sekaligus berkatadia tidak pernah menonton persembahan penyanyi yang popular dengan laguMatahariku itu.
"Idea persembahan itu merupakan idea saya sendiri. Insya-Allah, saya takkan tiru sesiapa apabila membuat persembahan.
"Selalunya apabila hendak 'perform', saya sudah tahu visual mengikut konsep lagu sendiri.
"Saya hanya pejam mata dan selepas itu bayangkan untuk mendapatkanapa yang diingikan," jawab Faizal atau nama sebenarnya Ahmad FaizalMohd Tahir.
Dalam masa yang sama, Faizal melabelkan dirinya sebagai seorang yang'membosankan' kerana kepakarannya hanya terletak dalam bidang muzik.
"Kalau nak tahu, Faizal Tahir seorang yang membosankan kerana hanyatahu membuat muzik," katanya yang turut tercalon bagi kategoriPengacara TV Lelaki Popular dalam ABPBH 2008.
Dalam nada merendah diri, dia menganggap faktor 'membosankan' itu yang membuatkan orang ramai kurang meminatinya.
"Saya memang dah rasa yang saya takkan menang dalam ABP. Secarajujurnya, saya bukan seorang yang sibuk hendak mengejar populariti.
"Saya lebih suka jika orang kenal saya apabila saya menghasilkan muzik yang berkualiti.
"Saya rasa saya lebih sesuai diletakkan dalam Anugerah IndustriMuzik (AIM) atau Anugerah Juara Lagu (AJL) yang lebih kepada bidangmuzik.
"Tetapi tak bermakna saya tak pandang ABPBH. Saya sedar posisi sayadan artis lain. Jadi, saya akan fokuskan kepada bidang muzik sahaja,"jelasnya yang tercalon lagi dalam AIM bagi kategori Video Klip Terbaikmenerusi lagu Sampai Syurga.
Sebelum ini, Faizal pernah meraih anugerah Artis Baru Terbaik AIMke-15, Persembahan Vokal Lelaki Terbaik AIM ke-15, Album Rock TerbaikAIM ke-15, Vokal Terbaik dan Juara kategori Balada Anugerah Juara Laguke-23.
"Dalam AIM ke-16, saya hanya tercalon bagi kategori video klip.
"Saya tak harap menang dalam AIM kali ini sebab dah menang tahun lepas. AJL pun saya dah menang.
"Secara jujurnya, saya buat apa-apa hanya kerana muzik. Ia datang dari jiwa, tiada target untuk menang award," ujar Faizal.
Walaupun dirinya kurang mendapat pendedahan di televisyen, Faizal sambil tersenyum mengaku dia gembira dengan keadaan sekarang.
"Saya juga gembira dengan muzik saya sekarang ini.
"Saya lebih banyak menghabiskan masa dengan famili.
"Saya juga mahu tonjolkan diri apabila ada persembahan dan tidakberapa suka tonjolkan diri dengan terlalu kerap," ulasnya yang akuinilai eksklusiviti penting seseorg artis.
Duta pakaian Superman yang mengikat kontrak selama setahun lagidengan jenama tersebut kini sedang sibuk dengan kerja menggubah lagudan lirik.
"Saya lebih gemar kerja belakang tabir dalam bidang muzik kerana cinta saya kepada bidang itu.
"Ia bergantung, kadangkala saya boleh habiskan masa dalam seminggu dan ada kalanya sehingga sebulan untuk membuat sebuah lagu.
"Sekarang, saya sedang membuat dua hingga tiga buah lagu. Saya taknak 'push' sangat," akhirinya yang kini telah menerbitkan singleterbarunya, Bencinta.
Kata Faizal, maksud Bencinta adalah benci campur cinta.
Lagu tersebut telah diputarkan di corong radio tempatan sejak hampir tiga minggu lalu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|