CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2674|Reply: 23

FT @ AIM16.. 2/5/09 ..duet Rossa

[Copy link]
Post time 17-4-2009 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Faizal Tahir akan perform di AIM 16 pada 2/5 nanti disiar di NTV7, selain tercalon muzik video terbaik

sumber - hotfm



sama-sama nantikan, anti nak kata dia tiru siapa pulak kali ni

[ Last edited by  washere2 at 1-5-2009 10:02 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 06:52 PM | Show all posts

Balas #1 washere2\ catat

tiru mawi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 07:14 PM | Show all posts
tiru Tok Pah kot.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 07:15 PM | Show all posts
cuba imagine kalo dia tiru Stacy?!..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 02:16 PM | Show all posts
AIM pilih bulu?

Oleh FAIZAL SAHARUNI
[email protected]


WALAUPUN kuantiti lapan slot yang diperuntukkan untuk para artismelakukan persembahan dalam Anugerah Industri Muzik 16 (AIM 16), namunia bukanlah satu tanggungjawab yang mudah untuk mengelola majlisberprestij itu.
Dilema itu diakui sendiri oleh Pengurus Besar Persatuan AkademiIndustri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson yang harus membuatkeputusan bijak tentang pemilihan artis yang akan mewarnai pentas AIMkali ini.
Hanya artis yang benar-benar berkualiti dan cukup bersesuaian untukditampilkan melakukan persembahan di pentas AIM akan terpilih.
"Setiap tahun saya dihujani dengan banyak panggilan telefon daripada artis yang cukup teruja hendak membuat persembahan.
"Saya hanya mampu memberi jawapan agar mereka dapat menunggu giliranuntuk tahun-tahun berikutnya ditambah dengan pihak kami yang sekadarmeletakkan slot dalam bilangan kecil.
"Tidak boleh dengan sewenang-wenangnya melibatkan ramai artismembuat persembahan kerana ditakuti penonton jemu dengan hiburan yangdihidangkan sekali gus membuatkan AIM mengambil masa yang panjang untukdisiarkan.
"Saya sendiri akui bahawa AIM menjadi platform anak-anak seni tanahair untuk mengenengahkan bakat yang dimiliki serta survival merekasebagai penggiat muzik.
"Namun saya juga perlu ikut prosedur dalam menonjolkan artis. Hanyayang diyakini cukup layak untuk berada di pentas AIM bagi membuatpersembahan," katanya ketika ditemui pada sidang media AIM 16 di HotelConcorde Khamis lalu.
AIM 16 yang akan berlangsung dari Dewan Merdeka, Pusat DaganganDunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 2 Mei nanti menyaksikan artis-artisseperti M. Nasir, Misha Omar, Faizal Tahir, Datuk Sheila Majid, MeetUncle Hussain, Joe Flizzow, Hujan, Chakrasonic, Man Jiang Hong danGoldkartz, membuat persembahan.
Tidak terkecuali, penyanyi dari negara seberang, Rossa akan munculdalam AIM 16 sekali gus membuat persembahan yang pastinya bakal memberikejutan kepada penonton.
Persembahan artis pada malam itu pula akan diiringi oleh kumpulanpemuzik profesional yang dikepalai pengarah muzik terkenal, Ramli MS.
Bukan bermaksud pilih bulu atau menganak-tirikan mana-mana artis,sebaliknya pemilihan artis-artis ini bersandarkan kepada kredibilitimereka membuat persembahan dan diri mereka yang mencerminkan industrimuzik pada tahun lalu.
"Pemilihan mereka selaras dengan hasrat AIM 16 untuk memberi peluang mereka menonjolkan kebolehan masing-masing.
"Jika bercakap tentang kemampuan mereka menarik perhatian penonton, itu bergantung kepada persembahan mereka.
"Kami membuka jalan dan turut yakin barisan artis ini mampumemperlihatkan warna persembahan yang terbaik pada malam itu," beritahuJennifer yang menyatakan tiada sebarang konsep atau tema diwajibkanbagi setiap persembahan.
Dalam pada itu, AIM juga tidak melupakan kehadiran kumpulan indie yang menjadi trend dalam industri muzik di Malaysia.
"Bahkan mereka cukup berbakat dalam menghasilkan produk sendiri sehingga mendapat sambutan di luar dugaan daripada peminat.
"Lantaran itu, saya harus memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka yang berbakat besar ini untuk terlibat dalam AIM.
"Cuma saya harus berhati-hati dalam soal pemilihan kumpulan yangbakal membuat persembahan kerana AIM punya perbezaan ketara berbandingkonsert-konsert biasa apatah lagi majlis penganugerahan ini dipancarkansecara langsung menerusi kaca TV," katanya.
Jennifer sebelum ini pernah memberi peluang kepada sebuah kumpulanindie untuk menyanyi di pentas AIM, namun mereka tidak membuatpersembahan seperti yang dijangkakan. Lain yang diharap, lain pulajadinya.
"Secara tidak langsung, ia memburukkan reputasi penganjuran majlisini," jelas Jennifer yang menjawat jawatan sebagai Penerbit AIM bermulatahun pertama penganjuran acara itu pada tahun 1993 sehinggalah ke hariini.
Dalam majlis sama, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM 16,Rosmin Hashim turut mengumumkan senarai artis yang bakal menjadipenyampai anugerah serta pengacara.
Masih mempercayai kredibiliti Afdlin Shauki dan Bob Lokman, AIM 16turut tidak ketinggalan mengundang Adibah Noor, yang menjadi 'bunga'untuk mengemudikan acara itu.
Pihak AIM 16 bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang segmenkhas. Sebaliknya Rosmin memberitahu: "Kami mahu memberi kejutan keranatidak menarik jika diberitahu awal-awal.
"Ada kolaborasi yang tidak disangkakan, malah ada nama artis yangkami sedang difikirkan lagi untuk terlibat dalam persembahan AIM 16."
Selain itu, beberapa nama terkenal dalam industri seni tempatanturut diundang untuk menyampaikan trofi pada malam bersejarah itu.
Antara mereka yang dimaksudkan ialah Aizat, Atilia, Camelia, Dafi,Jaclyn Victor, Leya (Hot FM), Noryn Aziz, Rahim Maarof, Salamiah Hassandan Syafinaz.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, AIM 16 mewajibkan semua hadirin untuk berpakaian formal atau Black Tie.
Kepada peminat yang ingin menghadiri AIM 16, mereka boleh mendapatkan tiket yang berharga RM50 dengan menghubungi talian 03-40445388.


Kosmo 20/4
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 04:22 PM | Show all posts
tak sabar nak tgk persembahan ft malam tu..
must be different performance..
jgn lupa mlm ni ad prelude AIM..
ad ft, sumber Harian Metro..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-5-2009 10:01 AM | Show all posts
Rossa Gantikan Pasha Dengan Penyanyi Malaysia


Adhie Ichsan - hotMusic


Jakarta - Jika biasanya Rossa melantunkan lagu 'Terlanjur Cinta' bersama Pasha 'Ungu', kini ia berpindah ke lain "hati". Rossa akan menggaet penyanyi Malaysia untuk menggantikan Pasha.

Ternyata hal tersebut dilakukan Rossa untuk pertunjukannya di Kuala Lumpur. Di negeri Jiran itu Rossa akan membawakan lagu barunya tersebut didampingi pria lain.

"Nanti di sana bakal duet sama salah satu penyanyi favorit Malaysia. Namanya Faizal Tahir. Kita akan nyanyiin lagu 'Terlanjur Cinta'," ujar Rossa ditemui di Kamasutra Cafe, Hotel Crowne, Jakarta Selatan, Rabu (29/4/2009) malam.

Beberapa waktu lalu Malaysia dengan keras membatasi masuknya musik Indonesia ke negara mereka. Bagaimana tanggapan Rossa tentang musiknya di sana?

"Mereka sangat welcome. Di radio sana banyak lagu-lagu Indonesia yang diputar. Saya juga sering diundang ke ultah para raja Malaysia, sultan-sultan juga. Kerajaan Malaysia sangat menghargai musik kita," jelas Rossa.

http://music.detikhot.com/read/2009/04/30/081327/1123646/228/rossa-gantikan-pasha-dengan-penyanyi-malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 07:29 PM | Show all posts
wah.. esok ke? huhu tadapat tgok.. hope ada org rakam and upload kat youtube..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2009 07:36 PM | Show all posts
stay tuned NTV7 jam 9 malam ni, FT dan Rossa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 12:45 AM | Show all posts
mantap, penuh perasaan, romantik

FT the best

[ Last edited by  washere2 at 3-5-2009 00:47 ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 07:39 AM | Show all posts
romantic sgt persembahan diorang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 11:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 10:55 PM | Show all posts
nper haku rasa mcm pejal makin ilang magik dia bila on stage
mungkin dia dah makin menjerit kot
mner mr.manager .... nak mtk dia cakap "jangan menjerit"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 11:14 PM | Show all posts
aku rasa OK je, low note dia control, bila high note je dia tarik suara, ikut bahagian yang perlu, entah la selera masing-masing, aku suka performance dia

bila dia mellow down part rendah, dikata takde energy, bila dia tarik tinggi kata menjerit, pendapat masing-masing
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 11:44 PM | Show all posts
jangan lupa minggu depan sabtu jam 5.30 pejal kat muzik2....

pencalonan kot....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 02:22 PM | Show all posts
Mantap glerr la prsmbahan drg...... mata x pejam tgk gbungan drg.... hopefully FT got d chance DUET ngn CT plk.. tgk pe hasilnya.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2009 06:47 PM | Show all posts

Balas #14 washere2\ catat

biasa la, manusia..
yg anti2 tu mst ngutuk bagai nk gler..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2009 08:39 PM | Show all posts
http://www.youtube.com/watch?v=p_tQkrwpkrY&feature=related


dalam PWTC tu audio dari mic FT lebih jelas dari dengar kat TV

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 09:13 PM | Show all posts
best sgt!!
ari tuer xsempat tgk aim...
selamat ada yg tepek kat sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 06:56 AM | Show all posts
Persembahan ringkas dan berkesan

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]


KOLABORASI DUA NEGARA... Faizal Tahir dan Rossa berduet menerusi lagu Terlanjur Cinta dan Cuba.


MELANGKAH ke siri ke-16 penganjuran, Anugerah Industri Muzik (AIM) yang berlangsung saban tahun dilihat tidak pernah lepas dari dihujani pelbagai kontroversi dan sindiran.
Segala-galanya berkaitan majlis termasuk senarai pemenang, pengacara, persembahan artis mahupun perjalanan majlis diberi perhatian yang bukan sedikit.
Biarpun saban tahun disimbahi dengan pelbagai kritikan yang membuka cela AIM itu sendiri, hakikatnya khalayak tidak langsung mengendahkan.
Buktinya, pada Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM 16) yang berlangsung malam Sabtu lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hampir keseluruhan dewan dipenuhi penonton yang hadir memberikan sokongan.
Ini memberikan gambaran bahawa sokongan masyarakat terhadap perkembangan industri muzik masih utuh biarpun terpaksa berdepan dengan zaman kejatuhan yang dalam diam identitinya semakin terhakis diasak arus kemasukan muzik luar.
Seperti tahun lalu, AIM 16 sekali lagi memberi kepercayaan kepada pasangan pengacara Adibah Noor dan Afdlin Shauki dalam mengendalikan anugerah yang bukan sahaja mengangkat martabat para pencipta lagu, malah penyanyi, pencipta lirik dan mereka yang bertungkus lumus dalam menghasilkan karya muzik dan video muzik tempatan.
Bezanya, kali ini pentas AIM 16 dimeriahkan lagi oleh seorang pengacara, Bob Lokman yang sememangnya bukan asing dalam mengendalikan siri anugerah berprestij itu.
Gandingan ketiga-tiga selebriti 'comel' itu sememangnya tidak menghampakan. Masing-masing mempunyai karakter tersendiri, lucu, berpengalaman dan tidak berlebih-lebihan.
Tirai AIM 16 pada malam itu dibuka dengan persembahan penuh bertenaga oleh M.Nasir dengan lagu Langgam Pak Dogo diiringi 100 ahli dikir barat yang memenuhi ruang tengah pentas serta kiri dan kanan laluan tempat duduk penonton.
Ternyata, aura seorang M. Nasir bukan sedikit, lari dari kebiasaannya dalam mempersembahkan nyanyian, impak persembahan yang dilatari kumpulan dikir tersebut berjaya menyuntik rasa di kalangan penonton yang hadir.
Berbeza dengan tahun lalu, ruang pentas yang besar dengan penataan yang tidak disaratkan dengan barisan pemuzik melancarkan perjalanan persembahan yang rata-rata boleh dikatakan memberi kesan tersendiri biarpun nampak minima.
Persembahan Misha Omar misalnya menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa begitu memukau dengan mempamerkan kekuatan vokal mantap penuh bertenaga.
Tidak keterlaluan jika dikatakan rata-rata persembahan pada malam kemuncak anugerah tersebut dirasakan begitu terisi dengan alunan lagu-lagu hits terkini yang sarat dijayakan oleh barisan penyanyi yang vokalnya tidak boleh dipandang ringan.
Pujian harus diberikan kepada persembahan yang menggandingkan penyanyi dari dua negara iaitu Faizal Tahir dan Rossa yang berduet menerusi lagu Terlanjur Cinta dan Cuba.
Paduan vokal mantap dua penyanyi ini ternyata menarik perhatian malah, hampir seluruh dewan terkesima disaat menyaksikan aksi mereka melantunkan suara dengan penghayatan yang begitu baik.
Ternyata, pentas AIM bukan setakat menjadi medan memperjuangkan lagu-lagu tempatan tetapi sebagai
jambatan dalam mempromosikan produk muzik tempatan dan kolaborasi dengan artis luar.
Tumpuan seterusnya kepada persembahan yang menggandingkan paduan lima penyanyi wanita yang rata-rata bakat mereka dicungkil daripada program realiti TV iaitu dari One In A Million, Ayu, Shila dan Alyah serta Malaysian Idol iaitu Dina dan Nikki.
Bergandingan menyampaikan lagu Terasing nyanyi Allahyarham Sudirman Arshad yang liriknya ditulis oleh Habsah Hassan, biarpun kelihatan ringkas namun kelima-lima penyanyi itu berjaya memberi jiwa kepada lagu tersebut.
Dalam masa yang sama, ia cukup memberi signal kepada industri bahawa artis-artis realiti yang dilahirkan adalah antara barisan pelapis yang mampu bersaing dalam memartabatkan lagi industri muzik tempatan.
Biarpun industri bagaikan dilimpahi oleh ramai penyanyi realiti TV, namun tidak dapat disangkal ada di antara mereka mampu menyinar.
Bagaimanapun, alangkah manisnya jika lagu Menaruh Harapan yang pernah dipopularkan oleh Zaiton Sameon turut didendangkan kerana ia antara karya hebat yang mengangkat nama Habsah Hassan dalam bidang penulisan lirik.
Di samping berhibur dengan lagu-lagu hits terkini, pentas AIM 16 pada malam itu cuba diputarkan ke zaman yang sedikit ke belakang dengan kemunculan ratu
jazz negara, Datuk Sheila Majid menerusi lagu keramat, Legenda yang ternyata berjaya membangkitkan nostalgia
kepada atmosfera di Dewan Merdeka itu.
Antara lain yang menarik pada malam kemuncak itu ialah persembahan variasi lagu-lagu Cina serta Bangra oleh Man Jiang Hong, Chakra Sonic dan Goldkartz.
Klimaks acara pada malam itu menyaksikan penyandang Artis Baru Terbaik, Meet Uncle Hussain dan pemenang Album Rock Terbaik, Hujan bergandingan di satu pentas menyanyikan medley lagu-lagu mereka antaranya Lagu Untukmu dan Pari-Pari Di Bawah Angin.
Gandingan bertenaga di pentas cukup membuktikan mereka sememangnya layak diberi pengiktirafan memenangi anugerah tersebut. Apatah lagu persembahan kemuncak AIM 16 itu diserikan dengan kehadiran 200 orang peminat setia kedua-dua kumpulan itu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.109736 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list