View: 5134|Reply: 7
|
Perginya Seorang Revolusioner Rakyat-Abu Samah Kassim
[Copy link]
|
|
" Pertama sekali..kita berdoa kepada Illahi agar Roh pejuang2 kemerdekaan ni diselamatkan di dunia dan akhirat...serta diselamatkan dari fitnah dunia dan azab akhirat...Abu Samah menemui Illahi pada pagi 8hb April 2009"
[quote]
Abu Samah 1926-2009, Pemergian Seorang Lagi Revolusioner Rakyat
Pagi ini, kami mendapat berita bahawa Pak Abu Samah telah meinggal dunia kira-kira pukul 5 pagi (waktu Thailand) di Hospital Sungai Golok.
Seluruh kepimpinan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sedih atas berita ini dan ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham dan juga kepada kawan-kwan seperjuangan beliau.
Abu Samah Mohd Kassim atau lebih dikenali sebagai Pak Abu Samah, cucu kepada Datok Bahaman adalah salah seorang revolusioner Tanah Air Negara kita dan terlibat dalam Perang menentang penjajah Jepun dan British. Beliau pernah menjadi ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939, menyertai gerakan Anti Jepun pada tahun 1945, menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1946 dan bersama Parti Komunis Malaya (PKM) terlibat dalam menyertai perang Anti British. Pada tahun 1975, beliau telah menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PKM.
Abu Samah pernah berkata, |
|
|
|
|
|
|
|
Alfatihah Buat Pak Abu Samah Mohd. Kassim
Pak Abu Samah Mohd. Kassim (1926 - 2009) telah pulang ke rahmatullah pada 7 April 2009, pukul 5 pagi (waktu Thailand), di Hospital Sungai Golok, Narathiwat Selatan Thailand. Jenazahnya dibawa ke rumah warisnya Ustaz Abdullah Hanafi, Sungai Golok.
Pak Abdullah C.D. bersama lebih 50 orang rakan seperjuangan dari Kampung Perdamaian Sukhirin atau nama rasminya Kampung Chulabhorn Patana 12 berkejar ke Golok untuk mengadakan pemakaman jenazah dan menyampaikan takziah buat isteri beliau Siti Norkiah Mahmood Baginda.
Adik ipar Alllahyarham, Tuan Haji Mokhtar Mahmood Baginda berkejar dari Pahang ke Golok dan tiba selepas solat Zohor. Jenazah Allahyarham disemadikan di Perkuburan Besar Sungai Golok pada pukul 2 petang.
Allahyarham mengidap sakit paru-paru, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sakit kencing manis.
Pahlawan (memetik sajak Usman Awang)Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
- Usman Awang
[ Last edited by revolusi_30 at 22-4-2009 16:12 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sosialis adik komunis?
Parti Sosialis Malaysia legasi Parti Komunis Malaya? |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah..
Al fatihah..
semoga dosanya diampunkan Allah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|