|
Faisal AF6 Nak Duet Dengan Qhaud
![](http://media.mit.net.my/photo/59/4302009_qhaudfaisal%28a%29.jpg)
KL, 1 MEI 2009: Apabila bercakap bintang AF7, pasal Qhaud, tiba-tiba Murai Batu teringat nama bintang-bintang Akademi Fantasia(AF) terdahulu iaitu Mawi AF3, Faizal AF4, Ebi AF5 dan Faisal AF6. Inikerana mereka ada persamaan iaitu mempunyai imej tempias penyanyinasyid dan lagu-lagu dakwah.
Bercakap pasal salah seorang daripada mereka iaitu Faisal, Murai Batu dengar cerita terbaru bahawa Faisal kini sedang sibuk sambung belajar. Tapi dia ada projek barudan teringin sangat nak mengajak Qhaud turut serta. Khabarnya Faisalmahu berduet dengan Qhaud yang bersuara besar dan macho itu.
Murai Batu difahamkan, Faisal baru saja menyiapkan single terbarunya yang diterbitkan sendiri berjudul Mencari Cinta. Selepas melihat mutu persembahan Qhaud dalam AF7, Faisal terus tertarik dan menasihatkan Qhaud agar lekas-lekas buat single dengan bantuan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).Jangan Tak Lihat |
|