CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5664|Reply: 20

Posisi tidur menurut Islam dan sains

[Copy link]
Post time 6-5-2009 02:41 PM | Show all posts |Read mode

Diriwayatkan daripada Barra2 bin ' Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن ...
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

Pengkaji dariAustralia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ' Times ' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan: Mausuah al-I ' jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus
.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2009 03:00 PM | Show all posts
hmm...aku tido dudok...salu...seriously
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by mrohaida at 6-5-2009 14:41

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.


Tambahan- ada masa seseorang itu perlu tidur mengiring ke kiri. Ibu mengandung yang usia kandungan 16minggu sebaiknya tidur dgn posisi sebegini. ini penting untuk aliran darah & nutrisi yg maksimum kpd bayi. Tido posisi mengiring ke kiri membantu ginjal utk mbuang cairan & sisa produk dr tubuh ibu serta dpt mengurangkan pembengkaka kaki & tgn
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 03:18 PM | Show all posts
Originally posted by makcikmengamok at 6-5-2009 15:00
hmm...aku tido dudok...salu...seriously

ko ada buasir ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 03:20 PM | Show all posts
dah lama amal cara tdo sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 04:03 PM | Show all posts
dan posisi tidur yg terbaik ialah mengiring ke kanan serta muka menghadap kiblat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2009 05:04 PM | Show all posts
aku memula nk tido tuu mengiring ke kanan..
pastu dh x tentu hala pasal aku tido lesak
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 08:55 PM | Show all posts
idur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan: Mausuah al-I ' jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad da



anatomically this is correct.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2009 08:57 PM | Show all posts
Originally posted by AreTheLee at 6-5-2009 15:14


Tambahan- ada masa seseorang itu perlu tidur mengiring ke kiri. Ibu mengandung yang usia kandungan 16minggu sebaiknya tidur dgn posisi sebegini. ini penting untuk aliran darah & nutrisi yg ma ...


i see...thanks yer ..i did not know this ..so,  pregnant ladies are advised to adopt this sleeping position , yer?

kalau depa tidoq menelentang ? apa jadi yer agaknya ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 09:48 PM | Show all posts

Balas #9 mbhcsf\ catat

pelvic pressure nanti..
dicadangkan kalau pregnant ladies
nak tidur telentang juga,letak bantal la kat bawah kaki tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 10:35 PM | Show all posts
Originally posted by blackwar at 6-5-2009 21:48
pelvic pressure nanti..
dicadangkan kalau pregnant ladies
nak tidur telentang juga,letak bantal la kat bawah kaki tu


oh yessss...betul jugak kan? aah tak terfikir saya pulak....compresssing the veins see..see..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 11:42 AM | Show all posts
memang dah lama amalkan tidur mengadap ke arah kiblat
suami yang ajar dan kaki tu tetap dialas dengan bantal
walaupun tidak pregnant sampai sekarang nie sebab nak
rehatkan kaki. (selalu pakai high heel pegi pejabat)
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 02:26 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 6-5-2009 20:57


i see...thanks yer ..i did not know this ..so,  pregnant ladies are advised to adopt this sleeping position , yer?

kalau depa tidoq menelentang ? apa jadi yer agaknya ?


i didnt mean, preagnant ladies should sleep 'mengereng ke kiri'...tetapi adalah baik kalau mereka tidur dalam
posisi sebegitu. pd usia kandungan 20minggu ke bawah, mereka masih boleh tidur mengikut keselesaan.
but, after 20weeks, mereka tidak digalakkan tidur telentang krn akn menyebabkan tekanan pd pembuluh darah
yg utama yg mengalir dr bhgn tubuh ke jantung. Selain tu boleh menyebabkan sakit punggung.
Nk tidur mengiring ke kanan pn boleh, tp better ke kiri
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 02:30 PM | Show all posts
Originally posted by blackwar at 6-5-2009 21:48
pelvic pressure nanti..
dicadangkan kalau pregnant ladies
nak tidur telentang juga,letak bantal la kat bawah kaki tu


betul tu. selain tu boleh menyebabkan mslh penghadaman, sembelit, & pegaliran darah tdk lancar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by AreTheLee at 7-5-2009 14:26


i didnt mean, preagnant ladies should sleep 'mengereng ke kiri'...tetapi adalah baik kalau mereka tidur dalam
posisi sebegitu. pd usia kandungan 20minggu ke bawah, mereka masih boleh tidur m ...

o ok..i get what you mean...it is all about the pressure exerted by thegravid uterus...hmm...it's ok. thanks
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 05:06 PM | Show all posts
yang tak tidor insomnia tu cemane la gamaknyer ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2009 05:32 PM | Show all posts

Reply #16 mejik's post

sleep disorders..kecelaruan tidur in Malay ...

well - suruhlah tidur tutup lampu, no music , do light exercises

lastly ish tapi tok sahlah get help jer lah kot...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 11:50 PM | Show all posts
kalau kes aku nih cam mane haa.... tidur merata-rata
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 02:39 PM | Show all posts

Reply #18 pintubesi's post

well...why? posisi tidoq  ok ker?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 04:02 AM | Show all posts
bila my best fren yg namanya asthma dtg, selalunya kena tdo duduk n bersandar. belakang kena ada bantal wat bersandar. kalo tdo berbaring gak... napas nak putus weh...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.076922 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list