CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13635|Reply: 46

mencari guru mursyid...............

[Copy link]
Post time 14-6-2009 01:02 PM | Show all posts |Read mode
as'kum forumers sekalian.Saya berada di terengganu sekarang. Saya ingin meminta bantuan daripada forumers sekalian jika ada yang tahu mana-mana guru murshid......tolonglah saya kerna Allah.Saya benar-benar amat menderita sekarang.....apabila dalam hati ada cinta tetapi tidak menemukan jalan....

apabila duduk sendirian saya menangis, dengar azan menangis, apabila samapai kepada ihdinasirotolmustaqim saya menangis sebak...........

Sebak apabila ada cinta tetapi masih belum menemukan jalan yang dicari....bila hati sentiasa berdetik di manakah jalan yang aku cari itu...dan dari mana hendak ke mana sedangkan aku dari tiada menjadi ada...

Tolonglah jangan cop saya ini sebagai gila atau tidak waras....sedangkan cinta dan pencarian itu adalah suatu anugerah daripada Allah.Ia hadir tanpa ditemui atau dicari.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2009 04:11 PM | Show all posts
W'salam,

Alhamdulillah dan tahniah, mendapat hidayah...:handshake:

Tuntut ilmu pd mana2 kuliah agama or ustaz dulu, sementara nak jumpa guru mursyid.
Bukan senang nak berguru dengan guru mursyid...
Kalu kat seremban or klumpo, bleh gak bantu.  Ni nunnn..kat ganu, saya x tau. Maap!
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 04:38 PM | Show all posts

Reply #1 tarabas1976's post

hehe dulu pun saya terasa kekosongan jiwa dan mula mencari mursyid.

ALHAMDULILLAH saya telah ketemu dgn izin ALLAH. di saat itu barulah saya memahami & merasai hati yg terbakar akibat HUBUNGAN & CINTA itu.

namun itu hanyalah cara2 utk sampai shj. bukan matlamat. pdhal DIA tuh hampir dari urat tengkuk kamu jer. namun kita kenal DIA hanya NAMA & SIFAT NYA shj! siapa yg kenal DIA ?  

oleh itu aku pun xmencari lagi ZAT NYA. sebaliknya aku BERIMAN secara ghaib kerana ada keselamatan di dlm IMAN YG GHAIB itu....

namun, HUBUNGAN & CINTA itu penting kerana " seseorg akan bersama dgn yg di cintai nya besok di hari akhirat " & " segala perhubungan pd hari itu akan menjadi musuh sebagian mereka dgn sebahagian yg lain kecuali org2 yg bertaqwa ".

oleh itu, hendaklah kita mencari org2 soleh utk SUHBAH ( bersahabat ) dgn mereka.

mursyid itu ada banyak & subjektif. kenalah berkelana di negeri2 yg banyak auliya' itu. seperti ikan dlm aquarium. masuk ke laut baru lah nampak ikan2 yg lebih besar.

kadang2 ada org tidak ketemu mursyidnya secara fizik, tetapi melalui HUBUNGAN & CINTA macm uwais al qorni. jasad tidak bersama tetapi hatinya sentiasa bersama nabi. inilah TARIQAT.

la saya ketemu CINTA di dlm AHLULBAYT pulak.

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by Marr at 14-6-2009 16:11
W'salam,

Alhamdulillah dan tahniah, mendapat hidayah...:handshake:

Tuntut ilmu pd mana2 kuliah agama or ustaz dulu, sementara nak jumpa guru mursyid.
Bukan senang nak berguru dengan guru  ...



Kalaulah engkau merasa apa yang aku rasai sekarang.....mencintai yang ada tiada, yang tiada tetapi ada. Tahukah engkau bagaimanakah pedihnya apabila dalam dada itu diletakkan cinta tetapi masih mencari-cari jalan untuk menuju kepada yang Dicintai itu?

Sungguh, saya hanya ingin berjumpa dengan guru yang dapat merungkaikan getar di dalam dadaku ini...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 04:43 PM | Show all posts

Reply #3 sirri_khafi's post

Sungguh benar sekali katamu itu sahabat. Akan tetapi, aku harus mencari mereka yang boleh merungkaikan getar di dalam dadaku ini......
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 04:47 PM | Show all posts

Reply #4 tarabas1976's post

ada pepatah yg mengatakan " jauh di mata, dekat di hati ".

la nih kita kena fokus & aktifkan titik khofi yg melambangkan HITAM. utk bangkit membela kezaliman di timur tengah. rage againts the zionist.


WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-6-2009 04:53 PM | Show all posts
Originally posted by sirri_khafi at 14-6-2009 16:47
ada pepatah yg mengatakan " jauh di mata, dekat di hati ".

la nih kita kena fokus & aktifkan titik khofi yg melambangkan HITAM. utk bangkit membela kezaliman di timur tengah. rage againts the  ...







bangkitnya di sebelah sini.....15-17 jamadilakhir, sudah kelihatan tanda......
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 05:44 PM | Show all posts
have you asked Allah to help you find a person who can help you understand Islam better, my brother?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2009 07:17 PM | Show all posts
Alhamdulillah kerna diberi hidayah.Ustaz ku dulu penah bgi tau utk mendapatkan guru mursyid kena buat solat hajat mintak dr ALLAH moga diketemukan sbb takut ngko terpilih yg murs*** plak....tapi aku lupa nk salin doanya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 09:15 AM | Show all posts
erm, nak tanye. Mursyid tu kata nama ke kata sifat? I thought mursyid tu maksud dia guru. So aku ingat saying "guru yang murshid" is like saying "guru yang teacher". Sape yang terer tolong jelaskan. Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 09:34 AM | Show all posts
kesiannya dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by kucingblue at 15-6-2009 09:15
erm, nak tanye. Mursyid tu kata nama ke kata sifat?  


mursyid itu betul, sempurna, baik...
guru mursyid ni di anugerahkan ALLAH kashaf & six sense yg tinggi..
pendiam, byk mendengar dr berkata2 kecuali tika mengajar beliau amat tegas.  
Ada sebab kenapa guru jenis ni 'pendiam'.  Kata2 itu doa...


Wallahhu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 11:03 AM | Show all posts

Balas #4 tarabas1976\ catat

salam saudaraku

PERIT ya
MERANA ya
SENGSARA ya..........

MENYINTAINYA........MEMUJANYA.............MENYAYANGINYA.........
tak ramai yg bisa sebegitu saudaraku
hanya segelintir je yg benar-benar ikhlas MENDEKATKAN
ia....................MENDEKATKAN PADANYA

dan sebagai pedoman, sebegini ya....
kalaulah kita menyintai seorang wanita
tentu kita akan cuba menghampirinya, cuba memikatnya
baca dan hayati warkah2nya, tatap dirinya
kasi hadiah2 dan kasih sayang

kalau kat DIA....................cam tu gak le....wahai saudaraku
makhluk hanya bisa beri nasihat, ikhtibar dan pengajaran
dan DIA YANG MEMBERI PETUNJUK DAN HIDAYAT
KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA
DAN MENYESATKAN KPD SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA

teruskanlah berkasih sayang.....moga saudara kan DISAYANGINYA
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 05:36 PM | Show all posts
Berdoalah di jauhkan dari syaitan yang direjam dan di tunjukkan jalan yang lurus dan yang lelain tu serahkan pada NYA kerana semua urusan NYA
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 09:20 AM | Show all posts
salam,

membaca dan mengambil pelajaran daripada saudara2 disini, dan kalian lebih jauh dihadapan dan lebih tahu hal ini - suka juga mom nak respon, bangunlah dimalam hari yg lewat dan menghadap kan wajah kepada Rabbul Alamin, Dia Yang Maha Indah dan Maha Pemberi, dan jika Dia Kehendaki, tiada masalah bagiNya memberikan segala-galanya kepada sesiapa.

Membaca surah semasa solat pada lubuk sanubari terdalam yang mampu, terdengar jelas suara bacaan guru kita.. berkesinambungan melalui sanad.. umpama kita mendengar bacaan Insan mulia dan kekasih SWT.

Semoga mom dan kalian berada dikumpulan SAW dan sahabat...
Rabbi benarkan rasa rindu kami ini dan sungguh Engkau berjanji akan menghimpunkan kami bersama-sama mereka yang merindui insan yang dirindui seluruhnya. Amin

[ Last edited by  mom2003 at 17-6-2009 09:36 ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 12:13 PM | Show all posts
Nie ada satu tips leh kongsi.....

Wat sembahyang hajat slama 90 hari berturut2....... minta ditunjukkan seperti hajat yg di pinta...... Insyallah tercapai ..........

Pokok pangkalnye yakin......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2009 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by tarabas1976 at 14-6-2009 16:40

Kalaulah engkau merasa apa yang aku rasai sekarang.....mencintai yang ada tiada, yang tiada tetapi ada. Tahukah engkau bagaimanakah pedihnya apabila dalam dada itu diletakkan cinta tetapi masih mencari-cari jalan untuk menuju kepada yang Dicintai itu?

Sungguh, saya hanya ingin berjumpa dengan guru yang dapat merungkaikan getar di dalam dadaku ini...........


Sungguh saya dapat merasakan apa yg sdr rasakan kerana 'rasa-rasa' itu pernah saya alami. Cuma rasa itu akan bertambah subur dan ada arah tuju bila sudah bertemu mursyid yg secocok dgn jiwa kita. Bersyukurlah kerana ia anugerah dariNya dan jagalah baik2 anugerah itu hingga sdr diizinkan Tuhan bertemu mursyid sdr.

Walaubagaimana pun untuk meredakan serba sedikit rasa getar di dada tu...cubalah sdr ingat DIA secara 'sir' iaitu ingat Dia tanpa bersebab (tanpa dikaitkan dgn benda2 lain spt lihat alam ini atau kejadianNya dsbnya). Ingat Dia bukan juga kerana bila kita berzikir secara lafaz. Dan bukan juga ingat Dia dlm minda tp 'ingat semata-mata ingat' Dia dlm setiap hela nafas sdr. Perkara ini perlu latihan.

Cubalah amalkan pelan2. Insya Allah getar di dada dan rindu memuncak padaNya itu akan terubat serba sedikit dan lambat laun sdr akan dilorongkan jalan bertemu dgn seorg mursyid.

Jika sudah jadi amalan zikir 'sir' ini, insya Allah akan berlaku perubahan besar pada jiwa sdr...antaranya sdr akan rasa resah dan rasa berdosa dan rasa segala2nya tidak bermakna lagi dlm hidup ini andai terlalai walau seketika iaitu bila tidak ingat Dia dlm bentuk 'sir' spt itu.

Bukan apa sekadar berkongsi pengalaman saya sehinggalah akhirnya saya bertemu dgn guru mursyid saya akhirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by gunblade712 at 14-6-2009 17:44
have you asked Allah to help you find a person who can help you understand Islam better, my brother?



Ya benar. Tanya memacam org, memacam pulak guru mursyid yg direkomen. Kalau dapat yg benar, elokla.

Kalau dapat yg karut macam ayah pin & sis tu, makin hancur...

Kebenaran itu bukan 2, bukan 3 & bukan seterusnya. Kebenaran itu satu. Kebenaran itulah yang hendak kita cari...

Bangun malam, "sorang2 dgn Tuhan", tanyalah Dia (Yang Maha Mengetahui), siapakah mursyid yg boleh membawa diri kpd jalan kebenaran, dalam keredhaanNya. Mungkin sekali dua belum ada respon. Tapi kalau dah cukup ikhlas dan dibuat berulang2, takkan Tuhan tak respon.

Selamat berjaya.

[ Last edited by  observateur at 17-6-2009 12:51 ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by observateur at 17-6-2009 12:48



Ya benar. Tanya memacam org, memacam pulak guru mursyid yg direkomen. Kalau dapat yg benar, elokla.

Kalau dapat yg karut macam ayah pin & sis tu, makin hancur...

Kebenaran itu bukan 2 ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2009 06:17 PM | Show all posts
Originally posted by mom2003 at 17-6-2009 09:20
salam,

membaca dan mengambil pelajaran daripada saudara2 disini, dan kalianlebih jauh dihadapan dan lebih tahu hal ini - suka juga mom nak respon,bangunlah dimalam hari yg lewat dan menghadap kan wajah kepada RabbulAlamin, Dia Yang Maha Indah dan Maha Pemberi, dan jika Dia Kehendaki,tiada masalah bagiNya memberikan segala-galanya kepada sesiapa.

Membaca surah semasa solat pada lubuk sanubari terdalam yang mampu,terdengar jelas suara bacaan guru kita.. berkesinambungan melaluisanad.. umpama kita mendengar bacaan Insan mulia dan kekasih SWT.

Semoga mom dan kalian berada dikumpulan SAW dan sahabat...
Rabbi benarkan rasa rindu kami ini dan sungguh Engkau berjanji akanmenghimpunkan kami bersama-sama mereka yang merindui insan yangdirindui seluruhnya. Amin


sewaktu mengangkat takbirulihram.....saya 'lepaskan'.......saya hanya 'berdiam diri' dan membiarkan sahaja 'diri bersolat' sehingga selesai salam. Sewaktu bacaan solat dari doa iftitah sehinggalah kepada memberi salam......dari hati 'naik' ke kerongkong sebelum keluar melalui lidah. Wallahualambissawab.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.082494 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list