|
Penyanyi lelaki yang boleh mencipta lagu sendiri memang tak terkira jumlahnya. Sejak dari era P.Ramlee sampailah ke era M.Nasir membawa pula ke era trio KRU mereka sudah terbukti berbakat menghasilkan lagu untuk diri sendiri juga untuk penyanyi lain. Selain tu, Yassin Sulaiman, Ajai, band-band seperti Kopratasa, Spider, Exist, Subculture, OAG, Too Phat, Estranged, Hujan, Meet Uncle Hussain, dan ramai lagi juga mampu mencipta lagu sendiri. Bagi penyanyi wanita pula siapa? Aku cuma terbayang nama Abot saja...tu pun dah tak aktif lagi menyanyi. Kalau ada lagi sila senaraikan. TQ!
[ Last edited by samax at 14-6-2009 18:54 ] |
|