CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9635|Reply: 49

[Lain-Lain] FENOMENA INDIANA JONES : IKONIK CINEMA DUNIA

[Copy link]
Post time 4-7-2009 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Fenomena watak ikonik sinema dunia

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL



FILEM Indiana Jones PERNAH tersenarai di tangga kedua dalam
senarai 50 watak hero sepanjang masa yang dipilih oleh American
Film Institute (AFI).


SEJAK kali pertama dizahirkan menerusi filem pertama, Raiders of the Lost Ark (1981), watak Indiana Jones menjadi fenomena dalam sekelip mata.

Dibawakan dengan penuh karisma oleh pelakon versatil, Harrison Ford yang dilihat begitu serasi membawakan watak hero, tiada siapa yang mampu menafikan impak yang terhasil daripada filem itu.

Kehebatan filem arahan Steven Spielberg itu berjaya mencatatkan kutipan box-office yang cukup luar biasa apabila mencatatkan AS$387 juta (RM1.4 billion) di seluruh dunia.

Malah, Raiders of the Lost Ark juga mencuri perhatian juri Anugerah Academy apabila berjaya menerima lapan pencalonan dalam acara Oscar tahun berikutnya.

Pencalonan itu merangkumi kategori filem, pengarahan, skor muzik, sinematografi, bunyi, suntingan filem, pengarahan seni serta kesan khas visual.

Raiders of the Lost Ark mencatatkan satu lembaran baru dalam penerbitan filem Hollywood ketika itu apabila filem berkenaan dicalonkan antara lima filem untuk merebut gelaran Filem Terbaik.

Sesuatu yang sungguh di luar dugaan kerana pada ketika itu, kecenderungan pemerhati filem Hollywood ke arah filem yang mempunyai nilai estetika yang tinggi dalam sesebuah filem.

Agak jarang sekali sebuah filem aksi pengembaraan seperti itu berjaya memikat hati juri Oscar untuk membolosi tembok kebal pencalonan melainkan dari aspek teknikal sahaja.

Biarpun begitu, Raiders of the Lost Ark tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya berjaya membawa pulang empat anugerah yang kesemuanya mewakili kategori teknikal.

Rentetan daripada kejayaan filem pertama dalam siri Indiana Jones itu, tiga buah filem lagi diterbitkan selepas itu.

Tahun 1984 menyaksikan Indiana Jones and the Temple of Doom diterbitkan dan disusuli dengan filem Indiana Jones and the Last Crusade lima tahun selepas itu.

Menyedari Indiana Jones mempunyai pengikut dan peminatnya sendiri, selepas 19 tahun filem keempatnya, Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull menemui penonton di seluruh dunia.

Masih lagi menampilkan Ford sebagai teraju utamanya di kala usianya sudah mencecah usia 60-an, filem tersebut tetap mendapat sambutan luar biasa.

Namun begitu, filem berkenaan tidak terlepas daripada kritikan pengkritik mahupun peminat setia siri filem itu.

Ternyata, ia bukanlah satu halangan untuk sekuel keempat itu membuat kutipan sebanyak AS$786 juta (RM2.8 billion) di seluruh dunia.

Kejayaan itu melayakkan filem berkenaan menduduki tangga kedua hanya di belakang filem The Dark Knight dalam senarai carta filem paling laris sepanjang tahun lalu.

Di sebalik kejayaan demi kejayaan serta fenomena yang tercipta menerusi Indiana Jones, mungkin ada yang tidak mengetahui sejarah kelahiran karakter pujaan ramai ini.

Semuanya bermula daripada kombinasi idea dua sahabat karib, Spielberg dan George Lucas yang mahu memberikan penghormatan kepada watak hero yang pernah ditampilkan dalam filem-filem aksi tahun 30-an.

Lantas, Lucas dan Spielberg mengambil keputusan menghabiskan masa bersama untuk berdiskusi mengenai projek filem berkenaan di Hawaii sekitar lewat tahun 1970-an.

Speilberg dalam satu temu ramah tidak berapa lama dulu masih lagi mengingati detik-detik bagaimana projek filem Indiana Jones bermula.

Ceritanya, ketika itu Lucas mahu 'lari' daripada menghadiri tayangan pembukaan filem Star Wars yang pertama pada tahun 1977 dan mengajaknya bercuti bersama isterinya di Hawaii.

"Setibanya di sana, dia (Lucas) bertanya kepada saya apakah projek filem saya yang seterusnya. Saya hanya memberitahu saya masih lagi cuba memujuk penerbit filem James Bond ketika itu bahawa saya benar-benar mahu mengarahkan filem James Bond.

"Saya juga ada memberitahunya bahawa saya ingin mengarahkan sebuah filem yang aksinya cukup menarik seperti filem James Bond. Dia hanya senyum dan memberitahu dia mempunyai skrip yang lebih baik daripada filem James Bond.

"Apabila dia menghulurkan skrip dan di saat saya membacanya, saya begitu terpegun dan terus bersetuju untuk mengarahkan filem tersebut," kata pengarah tersohor itu mengimbau kenangan kelahiran Indiana Jones.

Jelasnya lagi, Indiana Jones atau nama sebenarnya, Dr. Henry Walton "Indiana" Jones, Jr. bukan watak hero yang sudah disiap acuannya iaitu yang sering tampil kemas walaupun mengalami kecederaan serta berdepan dengan musuh.

Dia juga bukan seorang yang serius sepanjang masa kerana dia juga adalah seorang yang humor dan ada kala tindak tanduknya begitu melucukan.

Bahkan, dia seperti manusia lain juga yang tidak terlepas daripada membuat kesilapan biarpun dia merupakan seorang profesor dan ahli arkeologi yang mempunyai kelebihan dari segi pengetahuan serta kebijaksanaan.

Malah, dia juga begitu fobia terhadap ular dan lantas, menjadikan dia begitu dekat kepada penonton yang dapat mengaitkan diri serta senario yang dihadapinya.

Berbicara tentang Ford sebagai Indiana Jones pula, Spielberg memberitahu, dia memang mahukan aktor berkarisma itu memegang watak berkenaan tetapi ditolak dengan mentah oleh Lucas.

Alasannya, Ford sudah tiga kali membintangi filem-filemnya sebelum itu iaitu American Graffiti, Star Wars dan The Empire Strikes Back serta tidak mahu dilabelkan sebagai anak emasnya seperti mana gabungan Robert De Niro dan pengarah, Martin Scorsese.

"Apabila kami mengadakan uji bakat, kami cukup tertarik dengan Tom Selleck dan merasakan dia amat sesuai untuk memegang watak ini dan betul-betul mahukannya dalam Raiders of the Lost Ark.

"Namun, malang sungguh bagi kami apabila stesen televisyen CBS enggan melepaskan Selleck atas alasan dia telah mengikat kontrak untuk membintangi siri Magnum P.I. yang cukup popular ketika itu.

"Apabila sekali lagi saya mencadangkan nama Ford kepada Lucas, dia mengalah dan Ford dipilih memegang watak Indiana Jones dalam tempoh tiga minggu sebelum penggambaran bermula," ujar Spielberg yang merupakan pengarah untuk kesemua filem Indiana Jones.

Dengan imej berjaket kulit, bertopi fedora serta bercemeti sepanjang masa sudah cukup untuk meletakkan watak ini antara watak ikonik dalam perkembangan sinema dunia.

Biarpun banyak watak hero silih berganti, namun Indiana Jones tetap menjadi pilihan peminat dan pengkaji filem di Hollywood sehingga melayakkan Indiana Jones tersenarai di tangga kedua dalam senarai 50 watak hero sepanjang masa yang dipilih oleh American Film Institute (AFI).

Dan, kutipan untuk kesemua filem Indiana Jones yang mencecah AS$2 billion (RM7 billion) menjadikan siri filem Indiana Jones antara francais filem terlaris di dunia.

Untuk itu, sepanjang bulan Julai ini, saluran Max (saluran 412, Astro) akan menayangkan keempat-empat filem Indiana Jones yang ditampilkan menerusi Indiana Jones Quadrilogy.

Bermula dengan tayangan Raiders of the Lost Ark pada 4 Julai dan diikuti dengan Indiana Jones and the Temple of Doom (11 Julai) serta Indiana Jones and the Last Crusade (18 Julai).

Kemuncak Indiana Jones Quadrilogy adalah dengan tayangan perdana Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull pada 25 Julai yang pertama kali ditayangkan di televisyen pada pukul 10 malam.

Terdahulu, di sebelah petangnya menerusi saluran yang sama, tiga filem Indiana Jones akan ditayangkan secara maraton bermula pukul 4 petang sebelum tayangan Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull.




indy!!! mmg aku punyer feveret hero of all times......   cayer ler  harrison !! Last edited by eddlisa_uyuk on 26-10-2013 10:01 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2009 02:40 PM | Show all posts
aku suka indy and the last crusade, all time faveret indy movie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2009 03:16 PM | Show all posts
aku punyer feveret   raiders of the lost ark....  paling suka scene yg dia tembak tok arab tu... classic  mate!!@!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 03:32 PM | Show all posts
yg tok arab hunus pedang tu? last2 kena tembak? wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 10:27 PM | Show all posts
pilem2 indiana jones neh wajib dijadikan colection siries... hahhahah
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 12:06 PM | Show all posts
indiana jones..mmg watak faveret haku...

adakah ada sambungan lagi pasni?...citer indiana jones junior plak...;)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2009 06:33 PM | Show all posts
6# pisang69
mesti ader punyer la..selagi dorang ader idea musti kuar punyer la sekuel dier..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 08:40 AM | Show all posts
4# sekngucing

Antara scene paling kelako aku pernah tengok!

Cerita balik scene tu - sebenarnya panjang lagi, Indy kena fight Arab berpedang tu dengan cemeti dia. Tapi masa shooting, Harrison Ford cirit-birit dan tak sanggup nak shoot lama2. Jadi dia bagi cadangan kat Steven Spielberg untuk tembak aje Arab tu. Spielberg setuju dan adegan tersebut dipendekkan.

Urban legend scene ni ialah Ford sakit perut, lepas pengarah jerit 'action!' Ford terus keluarkan pistol dan tembak aktor tu, tak ikut storyboard asal. Spielberg suka dan maintain scene tu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2009 11:35 AM | Show all posts
8# alphawolf


nak tanya,parut kat dagu indy tu mmg betul kena masa dlm set film ker?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 12:26 PM | Show all posts
Parut tu Harrison Ford dapat lepas accident kereta. Cuma nak kasi sedap cerita, kononnya Indy dapat parut tu masa dia bebudak (tengok Last Crusade)
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 01:59 PM | Show all posts
mcm tu rupanya haha banyak kau tahu alphawolf, tp indy and last cerusade paling best pasal nak selesaikan teka teki tu bg aku sangat hebat!
-indy and raiders of last ark tu aku tak suka part last tu masa dia buka ark of covenant, hantu keluar dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 03:16 PM | Show all posts
Aku minat dengan fedora yang Indi pakai tu.

Nampak klasik gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 05:52 PM | Show all posts
10# alphawolf

ooo..camtu kaa...

paling aku suka the last crusade la...sbb ada jumpa hitler..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 05:53 PM | Show all posts
mgg pas baru negok Raiders of the lost ark kat astrus..memang evergreen la citer dier..tema pon best zaman wwr II
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 06:40 PM | Show all posts
last cruseda pun ada jumpa hitler, siap hitler sain buku lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 10:21 AM | Show all posts
last cruseda pun ada jumpa hitler, siap hitler sain buku lagi
sekngucing Post at 9-7-2009 18:40


time tu indy muka dah cuak giler.....sekali hitler sign autograf jer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2009 11:59 AM | Show all posts
kalau ada sambungan pun rasanya kena tukar hero kot...harrison dah tua arr...indiana jones nie kena lasak...kingdom of the crystal skull pun dah nampak slow skit hero kita nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 03:49 PM | Show all posts
aper nak wat..tapi anak dier kan ader..yang pasti mesti xleh lawan harrison ford punyer lakonan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 06:50 PM | Show all posts
Watak Indi ni rupanya seorang hero yang takutkan ular...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 11:44 AM | Show all posts
yeahh i missed indy movie.. ada sekuel baru lagi tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.427727 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list