View: 133022|Reply: 470
|
HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH [HKLBR]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 15-4-2011 07:56
sebuah lagi projek Mamat Khalid;
S: Apa projek terbaru selepas kejayaan Kala Malam Bulan Mengambang?
J:Saya baru saja selesai pembikinan filem Estet lakonan Farid Kamil yang bakal ditayangkan hujung tahun ini. Kini saya menanti untuk ke lokasi dua lagi filem baru, Zombi Kilang Biskut (ZKB) dan Hantu Kak LimahBalik Rumah (HKLBR) yang akan memulakan penggambaran selepas Aidilfitri ini.
Filem HKLBR dibintangi Que Haidar dan penggambaran akan dibuat di Ulu Perak kerana suasana di situ sangat menyeramkan.
Bertajuk seram namun ia bukan cerita hantu biasa tetapi menyisipkan cerita kemasyarakatan dan cinta kepada negara. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita baru tak sbr nak tengok |
|
|
|
|
|
|
|
citer dia mmg beh... i like! |
|
|
|
|
|
|
|
Roll, kamera, action!
Oleh Zainuri Misfar
Berlakon dalam filem terbaru Mamat Khalid, Hantu Mak Limah Balik Kampung, suntik pengalaman penuh bermakna kepada penulis
BUKAN hendak jadi pelakon tetapi mahu merasai pengalaman sebagai pelakon. Hasrat itu disuarakan kepada Mamat Khalid ketika mengarahkan filem Kala Malam Bulan Mengambang kira-kira tiga tahun lalu. Bagaimanapun, ia berlalu begitu saja kerana Mamat sendiri ketika itu sibuk menyiapkan karyanya.
‘Permohonan’ kali kedua disuarakan sekali lagi ketika Mamat sedang menyiapkan filem Estet di Padang Rengas, Kuala Kangsar. Ia disampaikan secara berseloroh saja tetapi Mamat mengatakan itu adalah idea yang baik. Namun, begitu ia senyap begitu saja.
Tetapi kira-kira dua bulan lalu, Mamat mengirimkan SMS memaklumkan sama ada saya sudah bersedia menjadi ‘pelakon’ untuk filem arahan terbarunya Hantu Mak Limah Balik Kampung yang penggambarannya dibuat di sekitar Kuala Kangsar.
Dalam satu majlis di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Hulu Klang, Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai mengesahkan nama saya ada tersenarai dalam pasukan produksi filem Hantu Mak Limah Balik Kampung.
Kesibukan dengan tugasan harian menyukarkan saya meluangkan masa untuk membuat latihan bacaan skrip dengan pelakon lain di pejabat Mamat di Petaling Jaya. Namun begitu, Mamat memberi penerangan ringkas apa yang perlu dilakukan, serba sedikit mengenai watak dan karakter saya dalam filem itu nanti.
Menjadi pelakon filem (mungkin juga drama) yang bagus memang memerlukan komitmen, disiplin, semangat dan kesabaran yang tinggi. Menunggu berjam-jam sebelum masuk dalam set tetapi kemudiannya hanya melakukan satu adegan tidak sampai lima minit, sebenarnya satu kerja yang sangat melecehkan. Buang masa saja!
Namun, itulah hakikat yang perlu dilalui. Pengalaman ini dilalui sendiri oleh penulis ketika menjadi sebahagian daripada barisan produksi filem Hantu Mak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid. Penulis diberikan peranan kecil saja, memegang watak Zulfekar iaitu sebagai atendan ambulans. Tetapi sikapnya asyik merungut apabila buat kerja. Tidak pernah tunjuk muka manis.
Mamat tidak mahu penulis jadi pelakon ‘pak pacak’ saja. Lalu dia memberikan enam babak dalam filem ini dengan setiap satu babak diberikan beberapa baris dialog. Ada dialog diberikan secara spontan saja oleh Mamat kerana ia tiada dalam skrip asal.
Kalau mengikut skrip, dalam babak awal yang membabitkan diri penulis iaitu mesyuarat penduduk Kampung Pisang di sebuah balai raya memang tiada dialog. Tapi apabila hendak masuk dalam set tiba-tiba pembantu pengarah, Razif Rashid atau Ajib Boy memberitahu penulis, bahawa pengarah mahu penulis menghafal dua dialog.
Ia memang mengejutkan kerana penulis memang belum bersedia untuk menghafal dialog. Mujurlah dialog yang diberikan agak pendek dan mudah diingat. Bayangkan kalau dialog itu panjang berjela-jela hampir satu muka surat penuh seperti yang perlu dilakukan oleh Awie.
Debaran mula dirasai apabila Man Kadir sebagai Pak Jabit, Zami Ismail (Pak Abu), Johan Raja Lawak (Abi Hurairah) mengajak penulis membuat latihan bacaan skrip sebelum masuk dalam set. Tidak lama kemudian turut disertai oleh Mamat Khalid.
Mamat kemudian memberi arahan kepada penulis mengenai intonasi dan gerak badan ketika melafazkan dialog itu supaya bersesuaian dengan karakter Zulfekar yang suka merungut.
Kerja menyiapkan satu babak ini mengambil masa lama untuk disiapkan. Bermula dari jam 9 malam berakhir hampir 6 pagi. Kelihatan penduduk kampung yang dipanggil menjadi pelakon tambahan sudah kelihatan mengantuk tetapi masing-masing bersemangat. Mamat pula bijak mengambil mood apabila dia tidak memberi tekanan sama ada kepada pelakon dan kru.
Malahan sesekali dia berjenaka dan mengusik atau bergurau dengan kru bagi memastikan semuanya dalam mood yang baik disebabkan ketika itu masing-masing ada yang sudah keletihan dan mengantuk.
Penggambaran babak kedua membabitkan penulis dibuat pada waktu siang iaitu di Warung Pak Munawer. Ia dilakukan sebuah kuari yang terletak di tepi Sungai Perak di Sayong. Cuaca memang sangat baik. Penggambaran dibuat di bawah matahari yang agak terik dan kering tanpa tiupan angin walaupun berada di tepi sungai menjadikan badan terasa melekit.
Penggambaran babak ketiga juga di sebuah kuari tetapi dibuat pada waktu malam. Ia membabitkan adegan penduduk kampung mengejar hantu Mak Limah.
Babak ketiga dan keempat dilakukan di sebuah rumah penduduk kampung di Manong kira-kira 25 minit perjalanan dari Kuala Kangsar. Ini adalah babak penduduk kampung hendak membakar rumah Mak Limah yang dikatakan berhantu. Untuk babak ini, saya tiba bersama ambulans untuk membawa Mak Limah ke hospital selepas jatuh dari bumbung.
Ketika hendak membawa Mak Limah masuk dalam ambulans, tiba-tiba dia melarikan diri menyebabkan saya dan penduduk kampung seperti Abi Hurairah, Azwan, Megat Dewa, Usop mengejarnya. Giliran saya masuk dalam set kira-kira jam 3 pagi.
Berbanding pelakon, orang paling lasak di lokasi sudah tentu barisan kru yang diketuai Helmi Yusof sebagai Pengarah Fotografi (DOP) atau selalu dikenali sebagai jurukamera sudah memulakan ‘tugasan’ masing-masing dua atau tiga lebih awal. Mereka akan memasang lampu limpah atau lampu sorot pada kedudukan yang bersesuaian, menyiapkan set dan props.
DOP juga akan sentiasa membuat bacaan cahaya untuk memastikan memperolehi penataan yang bagus. Kerja ini memang amat menjerihkan. Setiap kali sudut penggambaran diubah, ketika itu juga kedudukan kamera, lampu dan set turut diubah.
Ketika pelakon sudah selesai menjalani penggambaran pada hari itu, kerja kru pula tidak selesai. Kali ini mereka perlu mengemas dan menyimpan semula peralatan penting.
Selain kru teknikal, petugas lain yang akan setia menunggu sehingga penggambaran beres ialah penjaga busana (wardrobe) dan jurusolek merangkap penyelia kesan khas. Mereka akan memastikan pakaian atau props dan solekan pelakon sentiasa teratur dan menepati kehendak pengarah pada setiap masa.
Memang banyak pengetahuan asas mengenai perkara di sebalik tabir ini selepas beberapa hari terbabit secara langsung dalam penggambaran Hantu Mak Limah Balik Rumah, terutama berkaitan dengan aspek teknikal.
Filem Hantu Mak Limah Balik Rumah membariskan pelakon seperti Awie sebagai Hussein, Johan Raja Lawak (Abi Hurairah), Delimawati (Kak Limah), Ummi Nazeera (Cik Nin), Avaa Vanja (Ayu), Nadia Mustafar (Munah), Syed (Usop), Zami Ismail (Pak Abu), Man Kadir Shah (Pak Jabit), Pekin (Musalman), Mohd Dewa (Purnama), Sofi Jikan (Wak Joko), Kamarul Yusoff (Chomprak) dan Azwan Anuar (Wak Kaswi). |
|
|
|
|
|
|
|
naseb baik awie ngan sofi jikan ade lagi.kalo tak sure boring |
|
|
|
|
|
|
|
WAH....KENA TGK SIOT......
TAJUK JER DAH TAU LAWAK TAHAP GABAN |
|
|
|
|
|
|
|
bace nama watak die pun dh buat kite tersenyum sndrik.tak sabar nk tgk citer mak limah ni.yg best nye watak mak limah tu cik kiah - ketua rombongan ke sukan komanwel....ingat lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
9# hashyreed
ingat lg, drama nie mase ntv7, br on air. kelakar |
|
|
|
|
|
|
|
NAMA WATAK DALAM FILEM MAMAT KHLAID MEMANG LAIN DARI YANG LAIN.SAMPAI AKU SENDIRI X PNH TERPIKIR ADA NAMA CAMTU DALAM DUNIA YANG FANA NI |
|
|
|
|
|
|
|
konpem tgk..suma drama n filem mamat khalid mmg peberet aku..idea luar biasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
pelem ROCK mmg tinggalkan kesan...pelem yg mengimbau kembali zaman bebudak rock kapak wa |
|
|
|
|
|
|
|
yeah sume pilem abg mamat ni mmg best.. dulu pandang rendah je.. bile tgk je sume citer die kat astro baru tau yg karya die mmg terbaik! sgt terbaik.. so pasni ade je muvie abg mamat ni for sure terjah wayang! |
|
|
|
|
|
|
|
cambest jer film ni....sure kelako rabak...
berlaku kat kg pisang lg ker citer ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kompom akan ku gi tgk film2 mamat khaled nih kat pawagam nanti |
|
|
|
|
|
|
|
citer mamat ni mmg klakor... huhhhuu |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok tajuk aja aku tahu ni citer Mamat Khalid |
|
|
|
|
|
|
| |
|