CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6798|Reply: 28

Urgent - Air Sembahyang

[Copy link]
Post time 11-8-2009 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Urgent - Air Sembahyang                       
                                                                                                aku baru ni terjatuh n kaki aku kena jahit so takleh la kena air.. doktor barut pergelangan kaki tu..

nak tanya camne cara aku nak ambil air sembahyang..

adakah aku perlu bertayamum...

atau

aku just ambil air sembahyang cam biasa.. cuma kat bahgaian kaki kena barut tu je elakkan kena air.. sah ke solat camtu?

aku jadi konfius.. sbb masa kena jahit aku tanya doktor dia kata ambilair sembahyang cam biasa.. cuma kaki yg kena balut tu takyah basuh.. yglain wak cam biasa..

tp ari ni ada sorang algi doktor kata kena wak tayamum..

tolong..

aku skrg wak cara kedua.. takut tak sah je solat aku... arap dpt respon secepat mungkin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2009 07:54 PM | Show all posts
tayamun bley jugak. mcm bese pun bley jugak. part yg kene barut tuh tayah la kene air. cume cap cap ngan tangan basah jek..kire amik syarat kene air la.

hrp yg lbh pakar leh jelaskan lagi  (u/p : pacit kupia)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2009 07:57 PM | Show all posts
aku ikut cara no 2 tu lah .. yg nak sahkan.. betul atau tidak cara tu?

dan kalu betul. leh simpan tak air sembahayang tu.. sbb cam tayamum.. setiap waktu kena ambik air sembahyang baru..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 09:02 PM | Show all posts
Mufti NS menjawab:
Kaki sebelah telah disimen dari peha hingga setengah tapak kaki dan nampak setengan kaki dan jari kaki. Adakah perlu wuduk atau tayammum di bahagian kaki yg kena simen tersebut?
Pesakit hendaklah mematuhi 2 perkara berikut:
1) Basuh sekitar bahagian anggota yang cedera.
2) Sapu semua bhg. Simen dgn air.
3) Apabila sampai kpd anggota yg cedera ketika berwuduk, hendaklah bertayammum. Rujukan Manhaj Fiqh Jilid 1 bhg. m/s 155)


Lebih lanjut dari:
KONSEP TAYAMMUM MENURUT PERSPEKTIF HUKUM
Oleh: Mohd Rawizal bin Mohd Nawi
B.A Syariah Islamiah

Contoh pertama: Terdapat luka di tangan:
i. Mula-mula hendaklah dibasuh muka, kemudian bertayammum sebagai ganti membasuh tempat luka itu. Kemudian membasuh bahagian tangan yang tidak luka, lalu menyapu sebahagian kepala.
ii. Atau mula-mula hendaklah dibasuh muka, kemudian ia membasuh bahagian tangan yang tidak luka.  Kemudian ia bertayammum sebagai ganti membasuh tempat luka. Kemudian menyapu kepala.  
Tidak sah jika ia mendahulukan tayammum sebagai ganti membasuh anggota tangan yang luka itu dengan mengkemudiankan tayammum sebagai ganti membasuh anggota tangan yang luka dengan mendahulukan pula menyapu sebahagian daripada kepala.  Kerana tidak ada tertib dalam pekerjaan yang demikian itu.

Contoh kedua: Luka di tangan dan kaki.
i. Mula-mula hendaklah dibasuh muka dengan air, kemudian bertayammum dan membasuh anggota tangan yang baik; ataupun membasuh anggota tangan yang baik dan bertayammum kemudiannya. Kemudian menyapu sebahagian daripada kepala dengan air dan selepas itu bertayammum lagi dan membasuh anggota kaki yang baik; ataupun membasuh anggota kaki yang baik dan bertayammum kemudiannya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 64)
penerangan lanjut baca sini:
http://www.kias.edu.my/tayamum.htm
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 09:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2009 09:12 PM | Show all posts
tak brp jelas lagi caranya...

leh terenga secara details tak? tapak kaki aku kena jahit.. so doktor balut?

means aku kena tayamum bahagian tapak kaki je ke camne?

adui.. dah tu selama ni cara aku salah ke? so kena ganti balik semua ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2009 09:37 PM | Show all posts
Kalo nak mandi wajib camna lak??
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 11:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by ibnur at 12-8-2009 12:59
tak brp jelas lagi caranya...

leh terenga secara details tak? tapak kaki aku kena jahit.. so doktor balut?

means aku kena tayamum bahagian tapak kaki je ke camne?

adui.. dah tu selama ni car ...
tuahayam Post at 11-8-2009 21:12

  
tak perlu ganti (kalau ikut pendapat yang aku ikut) sebab Allah tak bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak tahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2009 11:17 PM | Show all posts
Kalo nak mandi wajib camna lak??
danedzya Post at 11-8-2009 21:37


silaklik link yang saya dah beri atas tu.  

lagi sekali saya tampal:

http://www.kias.edu.my/tayamum.htm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2009 06:51 AM | Show all posts
camne cara nak tayamum bahagian kaki je? a,bik debu n sapu sekeliling kaki ke? dan yg lain seperti muka, pergelangan tangan, tangan, telinga dan kaki kiri kena ambik ari sembahyang seperti biasa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 09:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by always_typo at 12-8-2009 09:16

Perbuatan "tayamum" hanya melibatkan sapuan debu kepada muka dengan tangan sahaja.

Apa yang dimaksudkan oleh mufti dan tuan ibnur itu adalah buat tayammum itu untuk menggantikan basuhan kaki, bukan secara literal sapu debu pada kaki.

jadi sebelum berwuduk, tuan sediakan debu untuk bertayamum. Bila berwuduk, tuan ambil wuduk seperti biasa. Selepas basuh telinga (atau basuh kaki kiri yang tak cedera), tuan ambil tuala dan keringkan badan tuan (nanti debu tu melekat-lekat pulak!). Kemudian tuan buat tayamum (muka dan dua tangan disapu debu) untuk ganti basuh kaki. Lepas tu selesailah wuduk anda.

Harus diingat jika tuan bertayammum kerana nak solat sebab kecederaan pada salah satu anggota wudhu tuan, solat tersebut wajib diqadha apabila anggota wudhu itu sudah sembuh. Ini tidak sama dengan tayamum sebab ketiadaan air, atau sakit bahagian lain drpd anggota wudhu (dada misalnya) . Sila confirm dengan ustaz berhampiran. Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 11:44 AM | Show all posts
anggota wuduk - muka, tangan dan kaki... anggota tayamum - muka & tangan shj. kalau mana2 anggota wuduk tak boleh kena air, kita kena tayamum... tak ada separuh wuduk, separuh tayamum.
kalau dah tayamum, sah utk solat... mengapa pula nak kena qada? sebab tak boleh kena air?... sebab tak boleh kena airlah kita kena tayamum utk solat... begitu juga utk ganti mandi hadas besar... kalau sudah tayamum, tak payah mandi hadas besar semula...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 12:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by ibnur at 12-8-2009 13:04
Post Last Edit by always_typo at 12-8-2009 09:16

Perbuatan "tayamum" hanya melibatkan sapuan debu kepada muka dengan tangan sahaja.

Apa yang dimaksudkan oleh mufti dan tuan ibnur itu adalah bua ...
always_typo Post at 12-8-2009 09:15


ye, ada kesilapan dalam post saya tu.  nanti saya edit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 01:24 PM | Show all posts
ada 2 pendapat wuduk anggota cedera...

1. sapu air bahagian luar balutan sahaja.
2. gugur kewajipan berwuduk pada bahagian itu.

pendapat pertama dalil agak rapuh... kedua-dua pendapat ada dalil...

Wuduk dan Mandi
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 02:01 PM | Show all posts
12# tokwan_jantan

Memangpun, walaupun agak pelik,  kebanyakan kitab feqah yang saya belajar kata kena qadha, tapi ada conditions. Contoh : ini jawapan lebih detail dari laman mufti negeri melaka  ( http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=24 ) .

<snip>
Orang cedera anggota wudhuknya danberbalut apabila hendak solat dia perlu bertayammum dan membasuhanggota wudhuk yang baik kemudian sapukan dengan air atas balutan itu.

Berkenaan hukum sembahyangnya adalah seperti berikut:

(a)jika balutan itu pada anggota tayammum (muka dan tangan) makawajib qadha bila telah sembuh sama ada dibalut semasa berhadas atupunsuci.
(b)Jika balutan bukan pada anggota tayammum (spt. kaki) tetapi dibalut ketika berhadas maka wajib qadha
(c)Jika balutan bukan pada anggota tayammum dan diletak semasa suci tetapi ada najis yg tidak dimaafkan maka wajib qadha
(d)Jika balutan bukan pada anggota tayammum dan diletak ketika sucidari hadas dan tiada najis tetapi balutannya lebar daripada kadar ygdikehendaki maka wajib qadha
(e)Jika balutan itu bukan pada anggota tayammum dan diletak semasasuci dari hadas dan tiada najis sedang balutan itu sekadar yangdikehendaki shj maka tidak wajib qadha
</snip>

Maaf tidaklah saya boleh memberi dalil2nya, kena tanya yang lebih pakar atau rujuk kitab yang lebih besar.

Kalau anda tak mahu qadha, anda kena ambil wuduk dan basuh anggotawudhu tersebut SEBELUM anda membalutnya. Dalam ertikata lain, ketikaanda membalutnya anda perlu berada dlm keadaan suci dari hadas kecil.

Semasa saya mengalami musibah tempoh hari (kaki dibalut) dan terpaksabertayamum, saya telah mengqadhakan semua solat saya walaupun sayamasih mengerjakan solat2 tersebut dalam keadaan bertayamum.
.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 02:09 PM | Show all posts
begitu juga utk ganti mandi hadas besar... kalau sudah tayamum, tak payah mandi hadas besar semula....
tokwan_jantan Post at 12-8-2009 11:44


jgn keliru soal ini, tayammum itu cuma ruksah dan hanya dibuat utk menghalalkan kita mengerjakan ibadat seperti solat tanpa berwudhu atau mandi hadas. Ini kerana solat tanpa wudhu yang sempurna itu hukumnya haram.

Sekali tayammum cuma boleh dipakai untuk satu solat fardhu sahaja, the next one anda kena bertayamum semula.

Tayammum bukan ganti mandi hadas besar. Tayammum cuma  menghalalkan anda bersolat dalam keadaan berhadas besar/hadas kecil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2009 06:02 PM | Show all posts
jgn keliru soal ini, tayammum itu cuma ruksah dan hanya dibuat utk menghalalkan kita mengerjakan ibadat seperti solat tanpa berwudhu atau mandi hadas. Ini kerana solat tanpa wudhu yang sempurna it ...
always_typo Post at 12-8-2009 14:09


Tak silap saya asalnya maksud qadha oleh pembuka thread ialah kalau dia tersilap pada perkara yang dahulu, perlu ke dia qadha.  Tu yang saya katakan tak perlu sebab tak tahu.  Ni secara umumnya, saya rujuk pada beberapa pendapat.

kalau tak silap juga, mazhab hanafi sahaja kata satu tayammum satu waktu.  Mungkin saya tersilap.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 11:34 PM | Show all posts
waktu saya di luar negara roomate saya cina hongkong..waktu ambil wuduk mereka just lap aja kaki yg masih berstokin..dan dlm plane pun ramai ambil sembahyang cara tu..saya tanyakan ust itu mazhab....saya lupa mana satu sorry eh..tapi memang sah...
baru ni sorang ustazah bising2 ada muridnya ayahnya ajaran sesat..saya tanya sesat mcm mana? dia ambil wuduk kaki main lap dgn tangan aja...
saya malas nak argue dgn ustazah..kalau terlalu taksub dgn mazhab syafie memang tak tau ada mazhab lain yang lebih ringan hukumnya dan blh kita gunakan dlm masa terdesak begini..islam itu kan mudah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 10:30 AM | Show all posts
maaf jawapan saya cuma berdasarkan pengetahuan saya dalam mazhab syafie sahaja, itupun limited kepada yang saya belajar. Mazhab2 lain kenalah confirm dengan mereka yang arif dalam mazhab tersebut.  Taksub tak taksub saya tak tahu, tapi Imam Nawawi yang hebat tu pun ikut mazhab, apatah lagi saya yang jahil ni.

Sunsuria3, ambil wuduk lap kaki bila berstokin 'khuf' tu memang boleh dalam mazhab syafie. Tapi kena pakai stokin khuf la, stokin biasa cap ayam, Byford dsbgnya  tak boleh.  

Bila ambil wudhu dengan khuf, ada pula perkara2 tambahan seperti batal buka khuf tu dsbgnya yang perlu dipelajari, mungkin kebanyakan orang (sbb jarang buat) rasa susah, tak ingat dan lebih senang buka khuf tu dan ambil wudhu mcm biasa jer, so that's it..

sedikit info tentang khuf
http://bungadaffodil.blogspot.com/2008/12/cuti-cuti-uk.html
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 12:13 PM | Show all posts
19# always_typo
yg saya tg roomate saya tu guna stokin biasa ja yg kami pakai tiap mlm masa tidur sbb sejuk musim winter..kalau ke masjid pun tgk orang ambil wuduk guna style tu je...saya hanya melalui pemerhatian dan tanya pada ust..

anyway apa yg saya faham dari link tu
[size=85%]Mughirah bin Syu’bah r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. mengambil wudhuk dan baginda menyapu atas dua jaurab (sarung kaki) dan dua kasutnya”.[14]


[size=85%]Al-Jaurab bermaksud sarung kaki termasuklah stokin dan sebagainya. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie, Ahmad, Malik, Abu Hanifah dan sebagainya); jaurab (sarung kaki) yang harus disapu ke atasnya semasa mengambil wudhuk tanpa perlu menanggalnya (untuk membasuh kaki) ialah yang tebal, tidak nipis, tahan dibawa berjalan dan menutupi kawasan kaki yang wajib dibasuh dalam wudhuk, yakni yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti khuf yang disebutkan tadi.[15] Dalam mazhab Imam Syafi’ie, keharusan menyapu jaurab terikat dengan dua syarat;[16]


[size=85%]1. Ianya hendaklah tebal, tidak nipis.
[size=85%]2. Hendaklah berlapik dengan kulit dibawahnya (yakni di bahagian tapaknya).



[size=85%]Oleh demikian, berdasarkan pandangan jumhur ulamak; tidak harus menyapu di atas jaurab (sarung kaki) yang diperbuat dari kain nipis sebagaimana yang biasa dipakai hari ini.


[size=85%]Namun demikian, ada segolongan ulamak mengharuskan menyapu jaurab (sarung kaki) sekalipun nipis. Menurut Imam Nawawi; pandangan ini diceritakan dari Saidina ‘Umar r.a., Ali r.a., Abu Yusuf, Muhammad, Ishaq dan Daud az-Dzahiri. Mereka berdalilkan hadis tadi yang menyebutkan jaurab (sarung kaki) secara umum tanpa membatasnya dengan jenis atau sifat tertentu.[17][size=85%]

[size=85%]wallahualam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.080328 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list