CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1883|Reply: 4

dikongsi utk renungan & muhasabah diri

[Copy link]
Post time 21-8-2009 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Mudah2an dengan apa yang akak copy pastekan ini boleh dijadikan renungan & muhasabah diri...........

Assalamualaikum

Saudara/Saudari
Rakan rakan SIM

Saya ingin berkongsi pengalaman. saya pernah mempunyai 2 isteri. Dulunya saya hanya tumpu pada kerja. Kawan-kawan wanita memang ada disekeliling saya, malah staf saya ramai terdiri dari kaum hawa. Tiada perasaan hendak kahwin satu lagi pada ketika itu. Malah ada yang ajak bercinta dengan saya, saya menolak dengan baik.

Namun isteri saya yang pertama selalu bising sebab cemburu dan langsung tidak mempercayai saya. Beliau selalu menyatakan bahawa beliau menerima panggilan telefon dari entah sesiapa yang melaporkan bahawa saya sering berpeleseran dengan staff saya. Malah selalu keluar.

Sesungguhnya saya bukanlah terdiri dari lelaki yang sedemikian. Bagi saya, saya rapat dengan semua staf tak kira lelaki mahupun perempuan. Timbul fitnah adalah biasa bagi saya. Rumahtangga saya tidak aman. Saya selalu berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan dan hidayah kepada saya dan menerangkan hati isteri saya.

Sehingga satu hari, saya berkenalan dengan rakan sekerja tetapi jauh lokasi dan terus kami rapat sehingga saya bernikah dengannya secara sah tidak sampai setahun berkenalan. Tetapi pernikahan saya ini sememangnya mendapat tentangan hebat dari isteri saya yang pertama. Namun sudah ditetapkan jodoh, semua majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

Pernikahan saya yang kedua tidak lama kerana Isteri saya telah dijemput oleh Ilahi selapas setahun kami bernikah. sedih bukan kepalang, arwah isteri saya amat memahami saya. Sikapnya amat berbeza dengan isteri pertama saya. Namun ini lah yang dikatakan takdir.

sepanjang hidup bersama dengan arwah, arwah sering di hina kerana kononnya merampas hak orang. sehingga anugerah khidmat cemerlang yang beliau perolehi ditarik balik. Tetapi saya bersama arwah tetap aman dan bahagia. Tiada rasa tertekan mahupun terhina.

Nasihat saya, jangan lah antara kita semua menghina pada orang yang berpoligami. wanita yang ingin bernikah dengan suami orang janganlah dihina. Semuanya diaturkan oleh Nya. Kita diuji sentiasa. Ingatlah. Ada yang menyatakan jodoh ini boleh dibuat, disusun, namun jika tiada izinNya, jangan haraplah.



________________________________

aper yg dr ckp tu btul..walau pun i'm still young and blum berumah tangga but..i'm also ve the xprince...yg penting kat sini wat the reason too married again...kalau niat tu baik..insyallah segalanya akn diberkati Allah...
buat sesuatu dgn niat yg baik..bkn kerana nafsu...


>
>Saudari,
>Saya fikir kedua2 saudari kena beristikfar banyak2. Dalam perkara saperti ini, kalau kita tak setuju sekalipun jangan kita melepaskan cakap atau idea. Idea2 yang kita fikir bagus itu, kadangkala ia jadi menghina. Madu bagi kita bolih jadi racun bagi orang lain. Bukankah nikah khawin itu satu ibadah. Khawin lebih dari satu dan bermadu adalah unjuran Allah. Mahu tak mahu kita kena terima. Macam mana kita bolih menghina orang buat ibadah. Kalau tak setuju, kita senyap aja. Ini bukan main netball, kita bolih tak setuju dengan pengadil. Serupalah dengan tak pakai kain tudung. Orang bertudung jangan di ejek. Apalagi kalau kita tak bertudung.
>
>Saya pernah melihat seorang surirumah menghina suami jirannya khawin lebih. Akhirnya, tak sampai 3 bulan selepas itu, suaminya pula yang khawin lagi.
>
>Sepupu saya hanya seorang posmen. Dia khawin lagi. Ramai saudara mara yang tak setuju dengan perbuatannya. Maklumlah gaji posmen berapa sangat. Khawin dengan janda anak 3 pulak tu. Masih kecil dan perlu disekolahkan. Ada seorang sepupu saya yang nakal selalu mengejek dan menghinanya sehingga kalau ada upacara dikampung si-posmen ni jarang balik kerana tak mahu diejek. Tak lama kemudian sepupu yang suka menghina itu khawin lagi dan lagi. Sekarang 3 bini. Macam mana bolih jada macam tu. Fikirkanlah.
>
>Saya juga pernah berjiran dengan janda. Hidupnya senang, mewah dari hasil yang dihadiahkan olih suaminya (cerai hidup). Pernah beberapa kali mengatakan bahawa dia tak perlukan lelaki dalam hidupnya dan selalu mengatakan bahawa bodoh baginya kalau khawin dengan lelaki tak setaraf dengannya. Akhirnya dia ditangkap berkhawat dengan budak bangla yang kerja sebagai budak-errantnya.
>
>Nasihat saya, jangan sekali2 kita pass komen yang tak sepatutnya terhadap mereka2 yang khawin lebih atau bermadu. Allah yang mengunjurkan jodohnya, maka sudah tentu Allah ada sesuatu yang istemewa untuknya. Allah always works mysteriously.
>



Mod kalo ada tajuk yang relevan bleh la mergekan jer.........terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2009 09:37 AM | Show all posts
Cuba bayangkan perasaan istri pertama cam mane..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2009 09:52 AM | Show all posts
Mmg la xdinafikan perasaan tu...............
Cuma ingat satu...........kembali kpd NYA.......
Ingatlah........semua yang kita miliki bukan hak milik kita sebenarnya
Semuanya pinjaman belaka........hatta anggota tubuh kita sendiri, anak2, harta benda malah suami  termasuk semua yang kita cintai dan kasihi...........
Tapi...........sapa lah kita untuk menafi
Percaya pada Allah..............janji Allah itu pasti...........
Memang susah, mmg pedih, mmg hazab sesgt...........tapi kalo kita redha...........

Nak redha mmg susah, tapi xrugi sebenarnya, belajar terima hakikat, lapang dada dan hati terbuka, bahagia sebenarnya milik kita, kita yg tentukan, bukan org lain.........
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 10:01 AM | Show all posts
3# nisadarling

aku setuju ngan kate2 ko..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 10:36 AM | Show all posts
1# nisadarling

penulis artikle nie cam nak padankan muka2 org yg menentang poligami saja...
frankly, i plg tak suka dgn mana2 input....yg membayangkan "poligami" nie cam death sentence
pd golongan wanita....
kalo pompuan tu camni...haaaa, kannn...laki dia dah carik lain
seolah-olah membayangkan, kalo para bini tersalah laku....dapatlah habuan LAKI carik lain?
camtu....?

btolkan persepsi poligami tu....poligami bukan medium utk memadankan muka sesapa!
poligami HARUS pd yg memerlukan....
dan sebagai wanita dan isteri.....u ada HAK utk menerima atau tidak

so peace to all
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.053992 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list