CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 43898|Reply: 20

Procedure nal buka Tadika..

[Copy link]
Post time 1-9-2009 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Hi sesiapa tau procedure nak bukak tadika nie/
Mcm mana nak dapat lesen, apa qualification needed n so on???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2009 01:18 PM | Show all posts
cuba search...rasanya dah ada orang bukak thread pasal tadika...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 10:31 PM | Show all posts
kalau nak dapatkan keseluruhan procedure untuk buka tadika, awak boleh pergi jabatan kebajikan masyarakat. diaorg akan terangkan secara terperinci. buku pun ada diberi...

kalau dulu kena dapatkan kelulusan bomba, ukuran keluasan rumah (akan menentukan bilangan murid yang boleh dimuatkan), bina safety cthnya tangga and etc..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 10:32 PM | Show all posts
cuba tanya the dude. dia mmg ada business tadika...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 10:01 AM | Show all posts
Business tadika... taska...

Dah tanya dah welfare dulu... memang prosedur dia agak menyusahkan sikit.. tu sebab akak yang bagi i buku panduan tu..dia siap kata..jarang melayu nak bukak taska sebab complicated.. ada pun kadang... yang tadika besar2 tu...gah2... tu..tak ada lesen.. yerlah..

actually i have the book...guideline dia tu kan... kalau tak kuat semangat..memang runtuh...   first of all... orang yang nak apply tu kena ada sijil Early child education lah.. then..siapkan tempat untuk jadi taska tu.. dapatkan 3 kelulusan dari PBT... bomba... welfare dengan..apa ek..satu lagi...

Kalau kawasan perumahan..kena dapatkan kelulusan orang sebelah menyebelah rumah untuk tapak taska/tadika tu... .

Spek pulak.. kena ikut spek yang diberikan..berapa keluasan untuk setiap budak... tandas pun kena yang comel tu... tak boleh ada bucu2 tajam..ada tempat simpan buku... barang..tempat tidur yang proper..tempat bermain... etc...

Kuatkan semangat kalau betul2 nak buat... buat slow2.. insyallah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 10:41 AM | Show all posts
Business tadika... taska...

Dah tanya dah welfare dulu... memang prosedur dia agak menyusahkan sikit.. tu sebab akak yang bagi i buku panduan tu..dia siap kata..jarang melayu nak bukak taska sebab ...
LeyyaHanna Post at 2-9-2009 10:01


wow..good info...leyya nak bukak taska ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2009 11:11 AM | Show all posts
adalah plan dulu yaya..masa leyya kat muar.. memang minat sangat nak bukak business nie... memang masyuk sebab orang memang akan sentiasa beranak... dan sekarang..semakin ramai wanita yang bekerja.. so anak2 tak ada tempat nak tinggal..

Leyya plan siap nak buatkan umah transit untuk budak2  yang mana sekolah pagi petang..kita uruskan dia..dan adakan service untuk hantar diorang balik ke rumah time petang tu..s o tak adalah parents rushing nak ambik anak tenghari ...petang kan... tapi itulah.. costnya agak tinggi...

Tapi insyallah..impian tetap akan menjadi impian dan ianya akan menjadi nyata..cuma cepat dengan lambat ajer.. yaya nak jadi share partner kita ker?? boleh jer...sambil buat taska..kita business lain plak... kecantikan gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 04:28 PM | Show all posts
semoga leyya berjaya ye wat bisnes tadika ni..
kena kuat semangat ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2009 06:59 PM | Show all posts
kalo nak buka taska/tadika
area rumah teres..kena rumah lot tepi?
area flat/apartment kena tingkat bawah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 12:43 AM | Show all posts
nak bukak tadika/taska nie owner kene ade sijil kursus asas kanak-kanak bagi taska/pusat jagaan ataupun sijil pendidikan kanak-kanak (kalau xsilap la) utk tadika.. seme nie bleh dpt dari JKM... bile da g kursus.. kne sit for written exam dulu.. klu berjaya baru diaorg akan bagi sijil. skrg nie sape2 yg nak bukak taska/tadika kne ade sijil dulu... lpas tu g la daftar nama taska/ tadika... yg paling penting tmpt ke ade la n umah LOT TEPI... haaa nak daftar perniagaan tu kne ade surat dri JKM dulu tau..

Pastuh baru lahh JKM akan bagi check list ape yg diperlukan. tpi yang paling penting kne ade kelulusan dari pihak BOMBA, KESIHATAN dan MAJLIS PERBANDARAN (ikut area mane nak bukak)... Yg perbandaran tu prosedurnya agak rumit sbb bnyk terlibat dgn owner rumah (klu tpt nak bukak tu sewa) tpi klu sendiri pnya lagi senang sbb pelan lantai, agreement jual beli dan lain2 seme ade kan...

pastu kne sediakan jadual aktiviti kanak2 mengikut umur, jadual makanan mengikut umur, aktiviti tadika/taska, senarai nama kanak2, senarai nama pekerja dan sijil2 diaorg, pelan lantai rumah tu.. setiap bilik atau sudut apa aktiviti yang dilakukan.. contoh bilik 1 untuk budak umur 4-5tahun dsb... map kelokasi tadika/taska...

pastuh pengasuh atau pengajar kena ada sijil jugak tau... tukang masak kne inject...

tpi yg bagusnya tyme kite tgh berurusan dgn JKM bisnes tadika dah bleh jln.... kalu xsilap laa..
nie yg baby tau la.. sbb proses nak dftr taska mmg mcm nie.. so gud luck... yg lain2 tu mungkin ada lagi laa...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 11:24 AM | Show all posts
semoga leyya berjaya ye wat bisnes tadika ni..
kena kuat semangat ..
Farissa Post at 2-9-2009 16:28


Insyallah... doakan yer.. memang nak sangat bukak taska nie sebenarnya..and the best part is... adik Leyya yang no-2 dah ada 5 years experince kerja di taska sebagai english teacher and adik yang no-3.. dah pergi kursus asuhan kanak-kanak... sebab dia kerja kontrak dengan wellfare jaga anak anak yatim kat cheras... sijil dia boleh digunakan...

Memang itu plan seterusnya... insyallah... tunggu adik yang no-2 tu habis pantang....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 11:26 AM | Show all posts
nak bukak tadika/taska nie owner kene ade sijil kursus asas kanak-kanak bagi taska/pusat jagaan ataupun sijil pendidikan kanak-kanak (kalau xsilap la) utk tadika.. seme nie bleh dpt dari JKM... bile d ...
babygoku Post at 3-9-2009 00:43


Betul-betul... semua tu kena dapatkan kelulusan dari tiga tu... baru boleh bukak...

Tapi kalau nak ikutkan..sekarang nie pun..ramai yang buat dulu..bukak dulu..then slowly buat semua tu..sebab kalau nak buat sekali..memang costnya tinggi... tapi apa yang penting..sijil tu lah kan... bagi pengasuh dan pemilik.... sebab sekarang nie..bukan senang nak menjaga anak orang kan..tinggi tanggungjawabnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 04:30 PM | Show all posts
maaf ai mencelah... nampak gayanya ramai yg silap sangka perbezaan antara taska dan tadika disini...
untuk makluman semua, taska adalah sama macam pusat jagaan kanak-kanak iaitu khas untuk menjaga dan basic mendidik kepada kanak-kanak.

manakala tadika pula adalah taman didikan kanak-kanak iaitu sebuah pusat pendidikan untuk kanak2 dimana ia sebuah tempat pembelajaran kanak2..

2 jenis ini iaitu taska dan tadika adalah terletak dibawah berlainan agensi untuk makluman semua... taska terletak dibawah seliaan jabatan kebajikan masyarakat, manakala tadika pula terletak dibawah jabatan pendidikan malaysia...

satu lagi pusat adalah pusat jagaan iaitu tetakluk dibawah jabatan kebajikan masyarakat juga.

jadi kepada sesiapa yg berminat harus teliti dahulu pusat mana yg hendak dibuka terlebih dahulu samada mahu membuka taska, pusat jagaan ataupun tadika.

ok saya terangkan serba sedikit tentang ketiga2 pusat ini melalui pengalaman.

pusat jagaan-
pusat jagaan adalah sebuah pusat jagaan kanak2 hingga dewasa, tiada limit..dijaga dari sejak lahir hingga dewasa.. prosedurnya lebih mudah berbanding taska dan ia juga perlu pergi kursus penjagaan juga.


taska-
taska adalah sebuah pusat jagaan kanak2 dan ini boleh dijaga dari berumur sejak lahir hingga berusia 6 tahun, selebihnya dianggap sebagai transit iaitu budak2 dijaga yg bersekolah, transit juga tidak boleh melebihi dari 10 org.
setiap pengusaha diwajibkan mengambil kursus KAAK dan juga pekerja2nya juga, pekerja pula diwajibkan terdiri dari orang tempatan sahaja.oversea tidak dibenarkan.
syarat2 sebuah taska ialah sebuah tempat yg mempunyai tanah ditepi rumah untuk melakukan xtvt dan kecemasan.. jika rumah 2 tingkat, diwajibkan membuat tangga luar menuju keatas, setiap taska harus berdaftar dengan JKM, jabatan bomba dan majlis perbandaran.itu serba sedikit. ada byk lagik.

tadika-
tadika adalah sebuah pusat pembelajaran awal kanak2, sama macam sekolah. tidak meletak budak dari pagi hingga petang dan boleh dibuat 2 sesi pembelajaran samada sekolah pagi ataupun petang. harus berdaftar dibawah jabatan pendidikan (bukan JKM)..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 04:39 PM | Show all posts
Anyone want to know more......
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 02:52 PM | Show all posts
Sebelum anda menceburi perniagaan TASKA, adalah lebih baik anda memahami beberapa fakta penting terlebih dahulu. Di sini saya senaraikan 8 soalan lazim berkenaan TASKA yang selalu dikemukakan kepada saya, agar ianya dapat membantu anda memahami dengan lebih jelas hal-hal yang berkaitan dengan  perniagaan TASKA:-

1. Apakah itu TASKA?

TASKA adalah singkatan kata dari Taman Asuhan Kanak-Kanak. Dimana ianya merupakan tempat penjagaan kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah. TASKA adalah berbeza dari TADIKA dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Tujuan TASKA diadakan ialah untuk membantu ibubapa menjaga anak-anak mereka sepanjang ketiadaan ibubapa.

2. Adakah TASKA dan TADIKA perniagaan yang sama?

Tidak! TASKA dan TADIKA adalah 2 perniagaan yang berbeza. Permohonan untuk menubuhkan TASKA perlu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala permohonan untuk menubuhkan TADIKA perlu dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Oleh kerana TASKA dan TADIKA di bawah bidang kuasa badan yang berlainan, maka kertas kerja, peraturan, Akta penguatkuasaannya juga berbeza.

3. Senangkah nak dapat permit TASKA?

Secara jujur saya katakan, memang susah untuk mendapat permit TASKA. Pertama, kerana ia memerlukan sokongan dari 3 agensi teknikal seperti Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kedua, pengusaha TASKA wajib mempunyai Sijil Kursus Asuhan Kanak-kanak (KAAK). Ketiga, premis yang digunakan untuk aktiviti TASKA mestilah mematuhi syarat dan spesifikasi yang ditetapkan. Keempat, permohonan anda akan ditolak sekiranya anda gagal mengemukakan semua lampiran yang diminta. Dan bermacam-macam lagi ..... Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau dan takut kerana jalan penyelesaian kepada 1001 masalah ini ada didedahkan dalam Ebook Rahsia Bisnes TASKA.

4. Adakah perniagaan TASKA mempunyai permintaan?

Pada hari ini, kebanyakkan kedua-dua suami dan isteri bekerja di luar rumah. Seawal jam 8 pagi ibubapa terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk ke pejabat dan kembali kerumah selepas jam 5 petang. Bagaimana mereka menguruskan penjagaan anak-anak mereka sepanjang mereka bekerja? Jawapannya: Mereka terpaksa menghantar anak-anak mereka ke Taman Asuhan Kanak-kanak atau TASKA (kanak-kanak berada di TASKA tidak kurang dari 10 jam sehari dan 5 hari seminggu). Inilah peluang keemasan untuk anda.

5. Adakah perniagaan TASKA boleh memberi keuntungan lumayan?

Ya, perniagaan TASKA boleh memberi keuntungan yang lumayan. Bukti pertama saya: Saya memulakan perniagaan TASKA pada tahun 2002  (dengan satu cawangan sahaja). Tahun demi tahun berlalu, perniagaan TASKA saya semakin maju, kanak-kanak semakin bertambah ramai dan sehingga hari ini saya mempunyai 4 cawangan TASKA. Sekiranya perniagaan TASKA tidak memberi keuntungan, sudah tentu saya tidak mampu menambah cawangan-cawangan baru. Bukti kedua saya: Untuk seorang kanak-kanak yang berumur 2 tahun, yuran bulanannya antara RM200 - RM400 seorang, bayangkanlah sekiranya anda mempunyai 30 orang atau 60 orang atau 100 orang kanak-kanak ? Walaubagaimanapun, cara dan strategi yang anda gunakan amat penting sekali untuk menjamin kuntungan lumayan dan berterusan.

#        #

6. Apakah masalah atau risiko perniagaan TASKA?

Perniagaan TASKA melibatkan kanak-kanak. Setiap masa kita berhadapan dengan berbagai telatah dan karenah kanak-kanak yang berbeza usia dan latar belakangnya. Kita pernah juga membaca berita sedih di akhbar tempatan tentang kes kecederaan atau kematian kanak-kanak di Taman Asuhan. Mengapa ini berlaku? Pertama pengusaha TASKA jahil tentang amalan asuhan kanak-kanak yang sepatutnya. Kedua, Pengusaha TASKA atau pengasuh gagal mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak JKM. Ketiga, Pengusaha TASKA menjalankan perniagaan TASKA secara somborono dan tanpa permit yang sah. Keempat, mungkin ajal mautnya sudah sampai dan kita tidak berkuasa mengatasi takdir ilahi.

Jalan penyelesaian kepada masalah dan risiko ini; anda perlu memperkasakan diri anda dengan ilmu pengetahuan. Daftar TASKA anda secara sah. Patuhi garis panduan amalan asuhan kanak-kanak yang menggalakkan. Pengurusan TASKA mestilah bersistematik. Setiap masalah dan risiko ada jalan penyelesaianya. Jangan terlalu takut dengan masalah kerana ia adalah asam garam dunia perniagaan dan tidak ada perniagaan yang tidak mempunyai masalah dan risiko.

7. Di mana tempat untuk menghadiri kursus TASKA?

Banyak institusi swasta atau badan yang diiktiraf oleh JKM menjalankan Kursus Asuhan Kanak-kanak dan kursus pengurusan TASKA di setiap negeri dan hampir setiap bulan. Tedapat juga Kolej atau universiti swasta yang menawarkan kursus jangka panjang bagi bidang ini. Anda boleh menghadiri kursus tersebut dengan menghubungi Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia atau Pesatuan Taska Negeri. Maklumat penganjur kursus ada disertakan dalam Pakej Rahsia Bisnes TASKA.

8. Berapakah modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan TASKA?
Ramai yang mengatakan modal mestilah antara RM40,000 hingga RM100,000. Pada tahun 2006, ketika saya membuka cawangan Taska saya yang ketiga, modal yang saya gunakan ialah RM20,000. Walaubagaimanapun di dalam ebook Rahsia Bisnes TADIKA, saya telah berkongsi pengalaman saya bagaimana saya membuka TADIKA pada tahun 2002 dengan modal yang kurang dari RM15,000. (Modal untuk perniagaan TADIKA dan TASKA adalah lebih kurang sama sahaja kerana kedua-duanya menggunakan peralatan yang hampir sama). Kesimpulannya, berapa banyak modal yang diperlukan, terpulang kepada kemampuan anda. Perinsip saya ialah "Start small finish big" .
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:29 AM | Show all posts
untuk tadika tak der ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2009 09:43 AM | Show all posts
wah.. bagus cita2 nih.. gudluck leyya..
actually kwn jaja pun ade gak nk bukak taska nih
tp tak sangka cm complicated gak cara2 nya.. nnt bleh la jaja inform dia..
dia pun nk wat nih sbb nnt anak dia takde org nk jaga
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 01:02 PM | Show all posts
ada tak sesiapa yang dah bukak tadika dan ikhlas nak berkongsi pengalaman jatuh bangun susah senang mengusahakan bisnes nie? saya pun berminat tp tgh survey2
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 05:11 PM | Show all posts
ok penerangan yg irfanpan88 tu dah cukup jelas..tu la prosedur yg perlu dilalui dulu..

untuk tadika boleh direct hubungi jabatan pelajaran ibu negeri untuk bertanya bila kursus yg terdekat (kursus utk buka IPS) pastu registerkan diri anda.. bila pergi kursus tu anda akan diterangkan dari A-Z bagaimana nk buka TADIKA/TUItion .. pastu sijil kedatangan tu melayakkan anda untuk memohon lesen.

klu untuk taska pula aku kurang arif. maybe bole juga berhubung dgn JKM yg terdekat utk penerangan lanjut..

dan tak da istilah TASDIKA (taska dan tadika) sebenar... tu just dibuat sendiri.. maybe illegal atau dia daftar dgn 2 jabatan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 04:13 PM | Show all posts
ok penerangan yg irfanpan88 tu dah cukup jelas..tu la prosedur yg perlu dilalui dulu..

untuk tadika boleh direct hubungi jabatan pelajaran ibu negeri untuk bertanya bila kursus yg terdekat (kursus  ...
safamm Post at 8-10-2009 17:11


betul tuh, kebanyakan kita masih keliru dalam membezakan antara tadika dan taska, ia sesuatu perniagaan yg berbeza, macam kes ai arituh, ada seorang ibu datang nak masukkan anak dia yg berusia 6 tahun ke taska dan tanya apa yg diajar... ai tanya dia nak anak dia belajar atau penjagaan, dan dia cakap dia suri rumah dan nak suruh anak dia sekolah, dan terpaksa laa ai bagi penerangan lengkap yg ai bukak taska, iaitu penjagaan kanak2 bila ibu bapa pergi bekerja, tapi ai ada ajar basic pada anak2 seperti belajar ABC, nyanyian dan lukisan, kalau nak proper pembelajaran untuk anak berusia 6 tahun, hantar laa ke tadika iaitu pusat pembelajaran awal kanak2.

setelah di beri penerangan, baru dia faham situasi antara taska dan tadika.

nak buka taska..
1- pegi kursus KAAK dibawah selia jabatan kebajikan masyarakat
2- cari lokasi taska iaitu sebuah rumah corner lot, rumah tgh tak bleh.
3- daftar perniagaan taska di ROC
4- cari staff dan iklankan taska untuk cari customer
5- lengkapkan permainan dan aturan penjagaan seperti makan, xtvt
6- submit borang ke majlis perbandaran, bomba, kesihatan dan bomba

ok. sekarang cukup untuk permulaan sebuah taska.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.061141 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list